Friday, June 20, 2008

UNDI

Bila semua orang termasuk pembangkang gumbira dan setuju dengan pentadbiran Pak Lah yang dikatakan telus dan terbuka, maka terjadilah segala bangsa dan ugama yang minta disamakan status mereka dalam negara Malaysia yang tercinta ni. Tak dak segan silu lagi dah. Bukan takat minta itu ini, siap ngan ugut sekali, terutama yang dok sebelah Sabah dan Sarawak. Tapi memang tak salah depalah, sebab they are in a position to demand.

Bila Yong Teck Lee buat pengumuman nak sokong undi tak percaya terhadap PM, ana rasa dah nak sampai dah apa yang di war warkan oleh DSAI.

Lanie, semua orang dok suspen ngan gang sebelah Sabah & Sarawak saja. Sebab nampak gaya, disinilah kawasan yang di risik dan di tabur janji oleh DSAI untuk mencapai cita cita ultimatenya untuk jadi Menteri Perdana di Malaysia. Cita cita ini sekiranya tercapai akan menggembirakan akhbar Israel yang telah menujum belalangkan DSAI menjadi PM Malaysia.

Walau camanapun, balik kita ke topik asal, undi tak percaya. Siapa yang akan mengusulkannya? Siapakah yang akan menyokongnya? Dapatkah undi tu diteruskan?

Pak Lah dah bawa keluar cerita tentang Yong Teck Lee dah. Itulah resmi dia. Bila kena attack sikit, dia akan cari keburukan atau kesilapan orang. Tun attack dia sikit, dia bawa keluaq cerita 20 tahun dulu. Dia guna cara sebegitu untuk mempertahankan diri. Dia kata kawan tu tamak dan sebagainya. Adalah jugak ampu ampu dia yang bagi bermacam macam teori yang mempertahankan PM. Semua juak juak Pak Lah pun dengan sebulat suara lah menyokong Pak Lah sepenoh hati. Jiwa dan raga. Semua yang menyokong tu adalah ketua parti2 komponen. Tapi anak2 parti tak kata apa pun. Inilah trump card depa yang nak menjatuhkan Pak Lah ni. Mana tau dengan tiba2 hari Isnin ni, katak2 akan berbunyi dan mula melompat? Siapa tahu... Belalang munkin tahu. Pak Belalang tak tau apa, belalang yang banyak ada info. Kalau Belalang salah bagi info, maka Pak Belalang bungkus lah.

Mukhriz kata dia tak mau sokong. Katanya, apa saja yang akan menguntungkan DSAI, dia takkan sokong dan akan cuba membetulkan salah silap parti dari dalam parti.

Ana harap sangat kalau Pak Lah nak turun pun, biaqlah dengan cara yang penoh ormat. Kesian kat dia. Tapi depa yang didalam Parlimen tu lebih mengetahui. Buatlah apa yang patut.

Monday, June 16, 2008

MINI MEMO

Dengaq habaq Kit Siang bersama delegasi Roketnya telah bertemu Ust Azizan, MB Kedah untuk menyampaikan memorandum 'mini' yang mengandungi 12 permintaan dari kaum kaum Cina di Kedah. Antaranya ialah ketidak puasan hati masyarakat Cina di Alor Setar berkenaan cukai pintu, kurangnya kaunselor tempatan berbangsa Cina dari 38 orang dahulu tetapi hanya 18 sekarang, birokrasi dalam perkhidmatan awam, anggota perkhidmatan awam yang sombong dan kurangnya Cina didalam perkhidmatan awam.

Perjuangan DAP adalah untuk menjadikan negara ini sebuah negara Malaysian Malaysia, dimana semua rakyat adalah sama tidak kira bangsa dan ugama. Tetapi pasai apa la nie depa dok lebihkan Cina dalam perjuangan DAP?

NEGERI ISLAM

Dengaq habaq cadangan Pemuda PAS supaya Negeri dibawah Pakatan Rakyat mentadbir negeri secara Islam mendapat tentangan yang hebat dari parti yang amat benci dengan Islam, DAP. Kit Siang menegaskan bahawa pentadbiran secara Islam tidak menepati janji Pakatan Rakyat untuk menegakkan konsep sekular. Katanya, " Tidak dibenarkan langsung percubaan untuk menegakkan pentadbiran secara Islam atau undang undang Hudud di dalam negeri jajahan PR."

Jadi sekarang terserlah lah kenapa PAS diam langsung berkenaan undang undang Islam selepas berpakat dengan DAP dan PKR. Rupa rupanya depa ada janji...Tak leh cakap langsung pasai pentadbiran Islam. Kalau macam tu, PAS dah macam parti lain jugaklah, bila perjuangan dia yang utama adalah menegakkan Islam, mentadbir secara Islam, melancarkan undang2 Hudud dan sebagainya telah ditentang oleh partner bukan Islamnya.

Mereka dah sampai ketahap sanggup meletakkan Islam disisi agar mereka dapat 'berkahwin' dengan DAP dan PKR untuk sama sama menjatuhkan parti Melayu yang sedang memerintah negara sekarang.

Dengaq habaq PAS sanggup mengeluarkan kata kata seperti "Biar berpakat dengan kafir dari berpakat dengan UMNO" apabila di ajak berpakat dengan UMNO untuk mentadbir negeri Perak. Sekurang kurangnya UMNO ada jugak bercakap pasai Islam, memperjuangkan Islam, menegakkan Islam dalam pentadbirannya.

Thursday, June 12, 2008

HARI DEPA

Dengaq habaq nya, sekarang dan disaat ini, musuh utama kerajaan sedang diserang bertubu tubi oleh senjata senjata kerajaan. Bekas bos Pak Lah la yang ana maksudkan. TDM. Lepas satu satu lagi yang dibangkitkan yang ada sedikit sebanyaknya bersangkutan ngan TDM.
Bermula dengan kes Lingam, pastu minta TDM disiasat. Majlis meraikan hakim hakim yang dibuang kerja dulu, juga dinampak sebagai satu jentikan nakal pada TDM. La ni kisah Hakim kena ugut dengan TDM masa TDM berkuasa dulu.

Bila dia bercakap, depa semua marah dia, maki dia dan macam macam lagi..Merajuklah orang tua tu. Orang tua yang bijaksana. Orang tua yang disegani oleh ramai rakyat dunia. DSAI sendiri mengaku apa yang diperkatakan oleh TDM tu banyak yang betul.DSAI mengaku apabika diwawancara di TV Flipina. TDM bertindak keluar parti menunjukkan protes terhadap pimpinan parti, ada pulak yang merasa lega kerana duri dalam dagimg dah dicabut keluaq.

Anak dia ikut keluaq, depa suruh Mokhzani resign dari SIC walaupun SIC tu bukan bapa depa atau UMNO punya. Sanusi rupanya keluaq lagi awai, tapi dia ni gang TDM. Depa buang kerja dia walaupun kontrek ada 2 tahun lagi.Apa nak buat depa guna Daulat Raja untuk nyahkan Sanusi.Biaq pi lah. Seksa lagi masa dibawah pemerintahan Jepun dulu, orang kata.

Semakin terserlah kekuatan kuasa depa ni semua. Depa dok bawak keluaq taring sikit...sikit...nampak?

Dengaq habaq depa mungkin nak cari pasai camana nak suruh Tun belah dari Petronas pulak. Camana depa nak buat tak tau lah. Tapi buat masa la nie depa dok guna Tun juga untuk dapatkan kerja kerja luaq negeri untuk pPetronas. Kerja tu orang lain tak leh nak buat sebab negara ke 3 dan negara2 sebelah Arab, Amerika Selatan semuanya hanya sanggup deal ngan TDM saja.Depa tengok dia cam Tuhan, orang kata.

Biaq lah apa depa nak buat, ni hari depa.

Sunday, June 8, 2008

HARGA MINYAK

Ana baru dapat email yang memberikan gambaran harga harga minyak di negara negara yang mengeluarkan minyak. Yang ada minyak macam kitalah lebih kurang cakap. Tetapi walau bagaimanapun mengikut kata kerajaan harga minyak di negeri kita adalah masih murah dibanding dengan negara lain...

RETREAT

Dengaq habaq ada lah satu artikel dalam NST hari ni cerita kisah MT UMNO pi berholiday sambil sembang2 kat Glemarie Resort, dok pikiaq dan bagi cadangan camana nak selesai masaalah yang dok keluaq mai satu persatu dalam UMNO. Tapi semua anggota yang hadir di suruh bersumpah tidak akan menceritakan apa yang terjadi dalam sessi sembang menyembang ni.

Dengaq habaq ada lah jugak topik dimana depa nak kena buat satu garisan pemisah antara Puteri dan Wanita UMNO. Sebab la nie tak dak langsung garisan ni dan Wanita nampak sangat ketidak sukaan nya terhadap Puteri ni..Jgn berganyang sudah.

Cerita pasai peralihan kuasa pun ada jugak, tetapi tarikhnya masih terbuka untuk Pak Lah. Terbuka untuk Pak Lah memikirkan bila dia nak calo...

Ana syok jugak baca TDM punya penerangan pasai apa Tun Salleh di tamatkan khidmat. Boleh baca kat sini. Tun ni pun, bila dah lama camni baru dia nak cerita. Tapi memang dah stail dia, mesti ada jawapan yang bernas bila orang dok tekan tekan dia. Harap harap sangat Zaid ada benda nak timbal balik dengan artikel TDM tu..Kita tunggu lah..

Saturday, June 7, 2008

GANU

Apa lagi nak cakap la nie? Semua orang dok sembang pasai minyak. 7 kupang seliter naik, bukan main main lah cek oi. Belambak tu. Nak tinggai kereta dirumah dan naik pengangkutan awam kena pikiaq banyak kali lah pulak. Kalau yang dok KL dan Selangor, boleh lah ada banyak alternatif. LRT, komuter, bas dan teksi. Kalau yang dok negeri kecik camano? Bas pun tak tentu hala. Sat ada sat tak dak. Ni minyak naik, bas pun nak naik tambang. Tapi boleh tahan lagi kalau tambang naik, cuma bila timing perjalanan tak tentu hala tu yang buat ghaplah ni.

Kadang2 bila tengok keputusan kabinet la nie dah macam tengok KLSE pulak. Sat kata nak naik minyak bulan Ogos, sat kata kereta luaq tak leh beli minyak, sat camtu sat camni. Aduh naik biru mata dok tengok macam macam sangat.La nie depa dah biaq Siam dan Singaporean beli minyak pulak. Tak tegas langsung. Nampak gaya Pak Lah dah convince yang lain utk jadi cam dia. Ikut suka depa nak buat camana. GILA..GILA kepala otak den..

La nie kita tak dak pilihan lain daripada dok tunggu lah Domino effect yang akan melanda dengan kenaikan minyak ni. Makanan akan naik, malah semua nya naik lah. Masak dirumah pun serupa lah bila beras mahai...

Ana amat bersimpati ngan golongan yang serba kekurangan yang berlambak lambak dalam Malaysia ni dan especially sebelah Sabah dan Terengganu.

Bila cakap pasai Terengganu, awat tah tak susah orang dia apabila makanan di Terengganu ni mahai gila. Mengalahkan KL. Nasi kukus, ayam seketui, gulai cair, sambal dan bungkus dalam kertas minyak walaupun makan kat kedai dah RM5/=.Campoq ais manis jadi RM6.20/= Tak ke haru kalau ais manis pun RM1.20?

Hampa kalau tak percaya cuba pi kat PAKA. Pekan "minyak". Kerana ada komplek Petronas, semua harga mahal. T-shirt bundle kalau kat KL jual 3 helai RM10/= tapi kat Paka sehelai RM10/=. Tak surprise kalau Paka punya crime rate and drug abuse paling tinggi..Orang tak leh cope ngan kehidupan seharian. Tapi memang lah bodoh kalau pilih jalan tu....

Thursday, June 5, 2008

MINYAK

Dengaq habaq Idris Jala, orang kuat MAS, tak caya kata minyak dalam dunia ni tak cukup. Dia menegaskan bahawa selagi kita boleh tengok tanker masih dok belayar, orang kerja kat off shore masih dok berbelanja sakan bila naik darat, setesen minyak kita tak sesak maka itu lah tanda2 nya yang minyak ni masih mencukupi untuk kegunaan semua.

Dia menyalahkan speculators yang menyebar khabar angin tentang kekurangan minyak dan menyebabkan harga minyak melambung. Speculators ni jugak lah yang telah membeli minyak dengan banyak dan sorok. Mengeluarkan apabila harga melambung. Untung be...


Apa yang di tegaskan oleh rakyat ada juga kebenaranya, bila mana harga pasaran minyak dunia melambung maka Malaysia mestilah untung banyak. Takkan duit keuntungan tu tak leh subsidised kan minyak agar kita dapat harga yang tak melambung sampai 7 kupang sekali naik...Mampus.

Arab Saudi dijangka mendapat pendapatan USD1Billion satu hari hasil dari kenaikan harga minyak. Kegunaan domestik nya tak sampai RM1 seliter..Amacam?

Betuilah kalau Pak Lah kata nak pakai duit untuk dana itu ini, untuk beras lah untuk pemakanan lah..itu baguih. Tapi jangan lah dok pi boh kat koridor mana ka atau huloq pi kat Patrick buat projek mega ka atau huloq pi Scomi buat projek. Walhal rakyat dok melopong...

Wednesday, June 4, 2008

MINYAK

Dengaq habaq minyak naik lagi. 7 kupang 8 duit tu..Berat lah lanie. Kalau dah minyak naik akan ada domino effect lah untuk barang2 lain. Kos pengeluaran barang makanan mesti naik sebab tariff letrik akan naik bulan depan. Sayur sayuran , ikan dan serba mak nenek nanti naik punya sebab kos penghantaran dah naik. Pendek kata dan panjang cerita semua nya naik belaka lah.

Yang turun hanyalah moral rakyat. Yang tak naik adalah gaji rakyat didalam sektor swasta kebanyakkannya. Yang merudum adalah kehidupan sosial rakyat miskin, rakyat yang kais pagi makan pagi.

Apa nak buat..redha je lah. Kalau DSAI kata dia boleh turunkan harga minyak, pasai apa Kabinet la nie tak nampak camana nak buat. Atau DSAI saja cerita untuk dapat sokongan.

Arab Saudi ada minyak dan jual petrol kepada rakyat dia dengan harga yang berpatutan. Kita pun ada minyak tapi nak kena ikut harga pasaran global. Apa tidaknya bila minyak yang ada semuanya di jualkan keluar sampai kita kena beli minyak orang lain pulak untuk pakai. Nampak gaya kerajaan lebih mementingkan bisnes dari menolong rakyat sendiri. Kacau camni.

Monday, June 2, 2008

SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

Dengaq habaq bekas Menteri Sukan dan Menteri Sukan suruh Mokhzani letak jawatan dari menerajui SIC kerana dah keluaq UMNO. La ni barulah kita tau, bahawa kriteria untuk peagang jawatan jawatan sebegini adalah kena jadi ahli UMNO. Sepang International Circuit tu UMNO punya ka? Bukan kah itu kerjaan Malaysia punya? Jadi apa kejadahnya UMNO sembang macam depa punya?

Dengaq habaq juga peruntukan untuk SIC la nie dah naik, dan ada cadangan nak nyalakan litar tu supaya boleh lumba malam. Kontrak tu mestilah mahal gila. Banyak yang nak kena bela, dengan menggunakan nama partilah apabila mereka terima. Tetapi sejauh mana duit tu sampai keparti , tak siapa yang tahu.

DUIT ngan KUASA. Itulah politik Malaysia. Yang dok kebuloq dimerata kampong, merata jalan, merata setinggan sapa pun tak ambik peduli selagi tak masuk Bersamamu TV3. Asyik nak glamour memanjang lah depa ni semua. Pakaian depa, jam tangan depa, talipon depa adalah yang tercanggih walaupun ramai hanya tahu buat, terima call saja dan kekadang SMS.

TULUS

Dengaq habaq bila Ezam masuk UMNO semula, macam macam cerita dah keluaq. Macam macam teori pun berbangkit. Ada yang kata dia spy DSAI yang akan bekerja dari dalam, ada juga yang kata dia lah yang akan menjadi orang tengah nanti bila DSAI sendiri nak masuk balik dalam UMNO. Ada jugak yang kata dia adalah alat yang digunakan Khairy untuk menyekat kemaraan pengaruh Najib. Aduh...tal larat nak dengar dah ana ni. Banyak sangat spekulasinya..Tetapi inilah yang membuatkan senario politik kita bertambah ceria dan berwarna warni.

Satu artikel dalam Harakahdaily hari ni ada menyatakan tentang cerita cerita Ezam dari tahun 98 dulu. Bagaimana dia pinta ditunjukkan seorang pemimpin yang ikhlas masuk UMNO. Mungkin dialah orangnya kut. Mungkin jugak dialah yang palinh jujur masuk UMNO. Politik tahi kucinglah semua ni. Dia sendiri pun tak ikhlas dengan parti yang lama.

Memang patut kalau TDM kata dia macam katak. Lompat sana sini.

Tetapi ana pikiaq lah kan, kalau dia ni dapat jawatan yang dicita masa dalam PKR dulu, tak mungkin dia jadi camni. Tup tup balik kepada kekuasaan jugak yang depa mau. Kita tunggu dan lihatlah apa yang dia nak buat, atau apa yang disuruh dia buat. Jangan jadi hapraq sudah lah.

Friday, May 30, 2008

EZAM

Ana terima satu email baru tadi dari Tom Sawyer...Beginilah bunyinya:

Ezam Masuk Umno

Kata Pak Lah, Ezam masuk Umno macam orang biasa, tak ada special treatment apa-apa. Habis tu kenapa dia punya penyerahan borang keahlian Umno boleh dibuat di Parlimen dan mendapat liputan meluas dari media-media? Saya masuk Umno hari tu pun submit kat Cawangan aja dan lepas tu tak tahu diterima atau tidak, sampai sekarang dah beberapa tahun tak tahu statusnya. Apa pun, saya nak isytihar yang saya tak mahu ada kena-mengena dengan Umno sekarang. Piiiiraaahhhh..

Ezam kata, dia masuk Umno bukan jadi spy PR. Offcourse lah.. takkan lah Pemimpin Umno sekarang bangang sangat, walaupun pada hakikatnya mereka bongok!!!! Kalau Khairy dah tak popular dan kalau Khairy bertanding Ketua Pemuda, kemungkinan ramai orang tak sokong melainkan kalau dipaksa... maka mereka mesti mencari seseorang yang boleh dijadikan "proxy" yang boleh di"control" oleh mereka. Siapa lagi yang boleh lawan Mukhriz? Khir Toyo nak beri laluan pada Mukhriz...

Kan sekarang tiba-tiba pulak Si Ezam buat "statement" yang kalau dia dicalonkan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda, dia sanggup... you can see all these coming out one by one ...... lain-lain sebab Ezam masuk semula Umno, hanya Nujum Pak Belalang yang tahu....

Memang Tom Sawyer ada point kat situ. Bukan kah perkara sebegini dah jadi semacam normal di Malaysia ini? Takkan rakyat tak nampak hala tuju Ezam selepas dia keluar dari PKR?

HarakahDaily ada melaporkan yang Ezam datang berjumpa dengan Ketua Pengarangnya 2/3 minggu sebelum PRU yang lalu dan minta diberikan butiran butiran tentang rasuah pemimpin tempatan dan yang dinginkan sangat oleh beliau adalah cerita rasuah Khir Toyo. Walau bagaimanapun, Sayuti tak bagi maklumat yang dipinta kerana kurang yakin dengan tindakan Ezam ini. Dia menyangka ada udang di sebalik mee.

Begitu jugak dengan dakwaan pemimpin PKR yang menyatakan bahawa akaun Ezam bertambah setelah diberi saguhati oleh anak menantu PM untuk menjatuhkan terus Khir.

Walau apa pun yang terjadi, senario sebegini bukan lah asing bagi kita semua. Begini lah politik Malaysia. Beginilah yang dikatakan pemimpin yang memegang teguh kepada prinsip mereka. Ini lah seorang makhluk yang meninggalkan UMNO kerana Bossnya di kenakan tindakan, bersama sama ngan bossnya, bini boss dan anak boss dan setiausaha sulit boss menubuhkan aprti lain untuk menentang kezaliman UMNO masa itu. Ini lah juga makhluk yang menghentam TDM, Pak Lah dan siapa saja didalam UMNO dimasa tu untuk menegakkan prinsipnya, masuk ISA untuk menegakkan prinsipnya. Sanggup apa saja.

Tetapi apabila tidak mendapat jawatan yang diidamkan dalam parti Keadilan, terus merajuk dan meninggalkan parti dan bersumpah berkali kali yang dia tak akan kembali lagi kepada UMNO. Kuasa jugaklah penentu segalanya. Kuasa jugak yang diinginkanya. Apakah yang dijanjikan kepadanya?

Ezam S/Usaha Politik DSAI suatu masa dulu,nampak Pak Lah telah membuat pembaharuan dalam UMNO. TDM yang menerajui UMNO selam lebih dari 2 dekad atk nampak langsung kekuatan Pak Lah.

TDM keluaq UMNO. Ezam masuk UMNO. Najib kata dia banyak maklumat. Ada orang kata dia Spy untuk DSAI. Ada orang kata dia gila kuasa. Azmin kata dia tak dak prinsip perjuangan. Orang dalam UMNO sendiri kata depa tak boleh nak percaya ngan mamat ni sebab dia ni memba ngan Khairy.

Biaq lah apa pun terjadi...Kemungkinan besar tindakan menerima Ezam ke dalam UMNO satu tamparan kepada parti lamanya PKR walaupun Azmin menyatakan tak guna ada pemimpin yang tak konsisten ngan perjuangan nya.

Ana cuma nak tengok satu sahaja. Sekiranya sampai masa DSAI nak bertanding pilihanraya kecik ka besaq ka, boh lah Ezam untuk mewakili UMNO menentang PKR...Mesti best punya fight.....

Saturday, May 24, 2008

MEDIA

Dengaq habaq banyak cerita keluaq pasai ada kapal air asia ada masaalah bila landing dan banyak orang dok hantaq email merata kata TV dan mainstream media tak masukkan dlm berita depa.

Ana dengaq baru baru ni masa F1, bila Pak lah pi, ramai orang boo dia...Tak pun masuk dalam mainstream media? Serupa lah tu....

JERLUN

Dengaq habaq Pemuda Jerlun setuju saranan Ahli Parlimen mereka agar pucuk pimpinan segera membuat peralihan kuasa. Zulkefri Awang , Ketua Pemuda menyokong penuh dengan tindakan Mukhriz dan menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang minta agar Mukhriz di kenakan tindakan tatatertib kerana mengeluarkan saranan itu sebagai membunuh demokrasi di dalam parti. Kalau dah kebebasan bersuara disekat, mana demokrasi lagi, katanya.

Di Malaysia ni memang terkenal dengan kebebasan bersuara, cuma anda tak akan bebas lagi selepas bersuara.

Friday, May 23, 2008

TDM

Dengaq habaq masih terdengaq pertikaian orang pasai TDM letak jawatan, pasai anak2 dia dah kaya dan sebagainya lah. Kisah anak menantu Pak Lah kaya raya pun dah tak larat dengaq. Terlampau banyak sangat.

Yang membuatkan ana heran ni pasai orang ramai dalam dunia siber yang dok hentam TDM tak henti henti. Depa dok maki sana, dok maki sini pasai orang tua tu. 22 tahun dia jadi PM tak dak ke benda elok yang dia buat? Tak dak ka pembangunan yang dia buat? Kebuluran kah rakyat masa tu? Tenggelam kah nama Malaysia di dunia ni? Benci kah negeri2 lain pada Malaysia?

Pada ana lah, negara yang tak suka TDM ni adalah negara yang dia tegoq. Tu pun dia bukan saja saja tegoq. Ada pasai lah dia tegoq. Depa ni lah kebanyakkan nya yang tak suka, meluat dan benci kat dia.

Ana ingat lagi satu kenyataan DSAI dulu semasa dia masih blue eye boy TDM, dia pernah kata, kalau depa pi conference apa2 ka, ramai negara ketiga nanti approach Malaysia suruh jadi tukang cakap untuk isu isu yang negara tu sendiri tak berani keluarkan. Takut kena sanction dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa orang hormat Malaysia masa TDM jadi PM. Adalah kebaikan dia.

Jahat dia tu ana tak tau lah banyak mana dia affect rakyat jelata. Tapi kekadang dalam politik ni, inilah salah satu cara untuk kehadapan.

Senag cakap macamni lah. Bila kita pakai kain pelikat, kita tak leh nak tutup sepenohnya badan kita. Tutup belah bawah sampai kaki, dada ngan kepala nampak jugak. Tutup kat ataih, bawah ternganga. Moralnya, tak leh nak bagi semua orang gembira.

pssttt... Mulai hari ni ana pun keluaq dari UMNO...nak ikut mentor dan jugak doktor yang sunatkan ana dulu...hahahahaha.

Wednesday, May 21, 2008

AZMIN

Dengaq habaq Azmin Ali buat kenyataan supaya ahli UMNO jangan ikut cakap TDM meminta PM letak jawatan. Katanya lagi biaq PM buat kerja dia dan memulihkan kembali apa yang sakit dalam parti.

Heran jugak bila dia sebagai seorang pembangkang dalam Parlimen bercakap begitu. Mungkin betullah teori orang mengatakan PKR tak mau Pak Lah letak jawatan sebab dengan adanya Pak Lah kat situ, perancangan mereka untuk ambik alih kerajaaan lebih senang. Kalu tidak buat apa depa dok defend Pak Lah?

Tuesday, May 20, 2008

LUNCAI

Dengaq habaq Luncai semalam beriya iya sangat nak ajak memba memba dia keluaq UMNO ikut Tun. Apa dah jadi? Tak dengaq habaq pun? Atau sudah kecut? Mungkin te**q dah masuk dalam perut.

Kalau setakat sembang saja tak guna..Tunjuk lah keberanian. Mana dia semangat yang berkobar nak tunjuk kat Jo pu****k?

Sembang tinggai sembang lah jugak. Kedai kopi kat Tanah Merah tu je lah yang jadi saksi..Politik kampung.

WAKIL KEDAH

Dengaq habaq Tun ada membuat kenyataan semalam di Aloq Setaq yang berbunyi lebih kurang begini...

"BN hilang Penang, Perak, Selangor, Kelantan tapi depa ni semua ada wakil dalam kabinet, Kedah camana?"

Jo ada! Bukan kah dia mewakili Kedah. Timbalan pun apa nak buat. Depa kata dia jadi opis boy pun biaq pi lah.

Bunyi kenyataan atau lebih pada persoalan ini seakan akan bunyi dari Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu. Depa ni menang besaq pun tak dapat apa Tun. Patut lah depa hangat ati. Orang yang tak bertanding yang Pak Lah pilih. Dahsyat sangat ka depa ni. Sampai tak perlu bertanding untuk menjawat jawatan Menteri. Orang yang besa kena tangkap bawa wang tunai kat Australia pun dah jadi Menteri...

Tak salah kalau Anifah Aman dan Ghaffur merajuk...Ana sokong...

IKUT?

Dengaq habaq UMNO Merbuk bercadang nak ikut TDM. Sampai hati kah depa? Berani ka?

Dengaq habaq Karpal seperti biasalah akan ada saja komennya bila TDM buat sesuatu Benci sungguh benggali ni kat TDM. Yang terbaru dia kata TDM ni lemah apabila keluaq dari UMNO. TDM sepatutnya berdiri teguh dibelakang parti yang pernah diterajuinya selama 22 tahun. TDM juga katanya takut akan siasatan yang akan dijalankan lanjutan kes video Lingam.

Karpal juga menambah bahawa tindakan TDM tu membayangkan bahawa dia memang bersalah didalam kes Lingam ini.

Ana rasa TDM ni langsung tak dak kebaikan lah dari sudut pandangan Karpal.

Monday, May 19, 2008

SAYONARA UMNO...

Dengaq habaq Nik Aziz adalah antara orang yang paling gembira bila TDM keluar UMNO. Dia menyifatkan TDM sebagai seorang yang terkenal di medan antarabangsa dan tajam pemikirannya. Dan sekiranya TDM nak masuk PAS, dia menyifatkan bahawa PAS menumpang tuah.

Pak Lah pun kata dia terkejut dengan tindakan TDM dan masih menegaskan yang dia takkan letak jawatan. Beliau berkata yang beliau masih banyak kerja yang nak dilakukan.

Apakah relevannya tindakan TDM ini? Mengapakah dia sanggup sehingga ke tahap meninggalkan parti yang amat disayanginya dan pernah menerajuinya selama lebih dari dua dekad. Adakah tindakan ini lebih kepada peribadi atau ada agenda lain disebalik tindakan yang amat drastik ini? Mengiku lapuran beliau membuat keputusan selepas dicabar. Katanya kalau nak naik Everest dia tak mampu, nak belayar pusing dunia seorang diri lagi lah tak mampu, tapi nak keluar parti senang saja.

Beliau ada jugak mengajak yang lain mengikut jejak langkah nya tetapi menghalang mereka yang keluar parti dari menganggotai parti lain. Tunggu sehingga Pak Lah turun, masuk balik dalam UMNO.

Sanusi dah ikut. Malah dia lebih awal dari TDM bertindak keluar dari parti. Cawangan di Johor pun dah sibuk dok bincang nak ikut.

Tak mungkin penyokong penyokong TDM dalam UMNO yang akan menyusul tindakan ini. Ini adalah kebanyakkannya berselindung dan tidak menonjolkan sokongan mereka. Cari makan beb. Kemungkinan penyokong yang tua boleh ikut.

Apakah tindakan Mukhriz lepas ini? Nak ikut jejak bapa ke? Kalau keluar kemana kah hala tuju? Daripada lapuran yang terdapat dalam dunia siber ini, Mukhriz nak tunggu dan lihat.

Pak Lah pun dah gagap bila memberi kenyataan dalam berita TV tadi. Si Luncai dari Jitra jugak minta agar ahli UMNO Jitra keluar beramai ramai sebab UMNO di Jitra pun dah macam hidup segan mati tak mau. ‘Biaq padan muka Jo kepala besaq’, katanya.

Kalau ada ahli Parlimen yang teringin ikut TDM...apa jadi kat kerajaan? Al -Jub mesti senyum meleret.

Luncai baru SMS bagi tau dia dah dok ajak memba Jitra keluaq UMNO...aduh..Luncai oh Luncai..Nakai lah hang ni..

Sunday, May 18, 2008

PUNCH

Dengaq habaq Datuk Punch Gunalan, bekas pemain badminton tersohor suatu masa dulu telah ditendang keluar dari jawatannya sekarang iaitu, Timbalan Presiden BWF(Badminton World Federation) apabila undi tidak percaya telah dilancarkan terhadapnya di Jakarta semalam.

Yang bestnya, undi tak percaya ini telah di cadangkan oleh Persatuan Badminton Mongolia. Nampak gaya hubungan kita ngan Mongolia ni dah semakin tak elok berhubung kes Altantuya. Undi tak percaya dilancarkan oleh kerana Punch telah buat satu perjumpaan sulit dengan ahli gabungan BWF lain untuk mengeluarkan Presiden BWF sedikit masa dulu.

Politik oh politik

LAPURAN LINGAM

Dengaq habaq Mahfuz kata pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung klip video Lingam itu ada isu disebaliknya. Walaupun kabinet masih belum buat keputusan samaada nak didedahkan kepada umum, akhbar dah pun melaporkan. Kumpulan akhbar tu pula memang ada hubung kait dangan UMNO. Plot cerita ini semakin "interesting". Boleh buat wayang ni..

Yang nampak sangat adalah, ini adalah 'peluru' yang kuat untuk menghentam TDM dan juga proksi nya Najib. Ana pikiaq pi pikiaq mai, kebenaran dan lojik ada di sebalik kenyataan Mahfuz ini.Pendedahan ini secara tak langsung dapat menghentam gang UMNO yang masih kuat menyokong TDM dan memperkukuhkan lagi kepimpinan UMNO yang dah goyah itu.

Inilah yang dinamakan politik.Amat menarik.

Source cerita ni dari sini.

TDM

Dengaq habaq TDM nak sangat sangat sekiranya di panggil untuk membela diri apabila lanjutan kes Lingam ni akan dibawa ke tengah lagi. Katanya, dia akan menceritakan dari pandangan beliau sendir bahawa semua orang melobi untuk jawatan bukan sahaja Hakim, bermacam macam lagi.

Dengaq habaq TDM juga kata dia tak tau yang melobi tu salah...Sapa pun yang melobi, keputusan akhir adalah di tangan PM semasa. Masa tu apa yang PM rekomen, Agong pasti tanda tangan. Cuma PM sekarang punya rekomen sikit tadak boleh pakai. Kalau rekomen Pak Lah laku, Deris Jusoh ngan Shahidan jadi MB dah!!

DAKWAT OH DAKWAT

Dengaq habaq kisah dakwat hitam di mintak oleh PM supaya dihabiskan cerita oleh pihak pihak yang tertentu. Pack Lah sekali lagi menafikan kenyataan Pengerusi SPR yang menyatakan Kabinet memberi kata putus agar dakwat itu tidak digunakan oleh SPR dalam PRU yang lalu.

Dua dua kepala nampaknya kelepiaq, tak mau tanggung jawab. Sorang kata dia, sorang lagi kata bukan. Walau apa pun, duit yang digunakan untuk membeli dakwat itu adalah duit rakyat. Bukannya sikit, jutaan ringgit harga nya. Dengan beras dok naik harga ni, suruh depa makan lah dakwat tu. Tak pun buat kopi macam cerita Nujum Pak Belalang.

Senang senang je depa buang duit rakyat. Kita yang kerja siang malam, bayaq cukai, depa beli dakwat, simpan dalam store. Sikit hari kering pi macam tu jelah dakwat tu. Hahahaha.

Wednesday, May 14, 2008

ANIFAH AMAN

Dengaq habaq Malaysia Today melaporkan bahawa Anifah Aman telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya merampas kuasa dari BN. Tawaran ini telah dibuat selepas Anifah menolak perlantikan nya sebagai Timbalan Menteri. Beliau merasakan jawatan sebagai Menteri Penuh sepatutnya menjadi miliknya. Kemeterian Pembangunan Luar Bandar lah yang diidamkan. Beliau juga tidak dapat menerima hakikat perlantikan Mike Tyson sebagai menteri walhal Mike langsung tidak bertanding dan untuk memburukkan keadaan Selangor diwakili oleh 4 menteri didalam kabinet sedangkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Anifah dan Ghapur mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah. Kedua duanya tidak berpuas hati dan menolak perlantikan kabinet.

Dilapurkan juga bahawa Anifah masih was was untuk melompat dan masih tunggu dan lihat. Sekiranya permintaan Sabah masih tidak di layan menjelang September ini, maka mimpi ngeri Pak Lah mungkin menjadi kenyataan.

UGUTAN

Dengaq habaq Ahli Parlimen dari Sabah ni betui betui dah genggam teloq Pak Lah apabila depa semua dok mintak dilebihkan Menteri dalam Kabinet dari kalangan rakyat Negeri Sabah dan Sarawak. Yong Teck Lee siap memberi tarikh September untuk Pak Lah menyelesaikan permintaan mereka atau sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku.

Terasa kasihan pulak pada pucuk pimpinan apabila isu isu ni dibangkitkan. Nampak sangatlah bahawa kedudukannya macam telor dihujung tanduk. Bila bila masa sahaja boleh pecah. Suasana kerja mestilah tension sekali apabila sentiasa diugut sebegini. Ana percaya BN ada sesuatu yang boleh dilakukan supaya tidak dimalukan oleh PR.

Sunday, May 11, 2008

JELUTONG/ SG PINANG

Dengaq habaq 50 orang dari Jelutong dan 160 orang dari Sg Pinang dah masuk PAS baru baru ni. Alhamdulillah depa dah jumpa hala tuju.

Ketua Bahagian UMNO Jelutong(Penaja) Razak dok buat apa? Habis pakat lari pi kat PAS. Sibuk gamaknya, kerja di TNB lagi, kerja di luaq lagi, projek sana sini lagi...kaya kaya kaya.

Daripada seorang budak pejabat naik ke penjaga store dan akhirnya naik menjadi seorang kerani.

Ana rasa Razak ni eloklah letak jawatan dari TNB tu dan fokuskan sepenoh masa untuk perjuangan UMNO. Bagilah peluang kepada satu insan lain yang akan menggantikan tempat dia dalam TNB nanti. Dengaq habaq dalam TNB pun bukannya ada selalu kat meja dia...

BRAHIM ALI

Dengaq habaq isu kisah Orang Kurang Upaya ni telah dimainkan dengan efektif sekali oleh pihak pihak yang tertentu. Tetapi yang syoknya, kedua belah pihak adalah dari pakatan yang sama. Maksud ana, kedua duanya adalah di luar Kerajaan. Depa dok minta Ibrahim Ali minta maaf kat Karpal Singh sebab Ibrahim Ali suruh dia berdiri bila bercakap didalam Dewan, walhal Karpal memang cedera dan terpaksa guna kerusi roda selepas teksi yang di naikinya dulu terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Datin Seri Dr Wan Azizah, Lim Lip Eng, Loh Gwo Burne, Gobind Singh Deo dan ramai lagi telah membawa sekumpulan OKU ke Parlimen memprotes diatas kenyataan Ibrahim Ali itu.

Tapi Ibrahim Ali tetap dengan keputusannya tidak mahu meminta maaf kepada Karpal dan menyatakan kepada kumpulan OKU bahawa masaalahnya hanaylah dengan Karpal dan tidak ada sangkut langsung dengan OKU. Dia juga menyifatkan bahawa kumpulan OKU itu telah dipergunakan oleh pihak yang tertentu untuk kepentingan plitik mereka.

Ana setuju habis ngan Ibrahim Ali dalam isu ini. Tak dak kerja lain ka depa ni, asyik membesarkan isu isu yang kecik camtu?

KETUANAN MELAYU

Dengaq habaq Ong Tee Keat tak mau dengaq lagi perkataan Ketuanan Melayu dilaungkan oleh sesiapa saja. Katanya lagi, perkataan itu melambangkan yang bangsa Melayu itu adalah Tuan kepada bangsa bangsa lain didalam Malaysia ini, walhal selama ini semua bangsa telah hidup bersama sama tanpa ada Tuan dan Hamba.

Ketuanan Melayu ni setakat dok laung sajalah. Bila mai ekonomi negara, sapa yang jadi Tuan? Depa cuti Raya, semua kerja kerja terpaksa stop sama. Kerja kerja kontrak langsung tak leh jalan. Itulah menunjukkan kekuatan depa...

Orang Melayu dok bising sana sini nak DEB dikekalkan dan sebagainya, bangsa asing dok tunggu saja. Sapa dapat kontrak pun akan datang juga membeli peralatan yang di monopoli oleh mereka. Talak lugi punyaa...

SITI FATIMAH TAN

Dengaq habaq Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, telah dibenarkan menjadi kafir semula selepas Hakim Mahkamah Syariah, Othman Ibrahim, memberi keputusannya.

Kes sebegini merupakan kes yang pertama di Malaysia dimana seorang Muslim yang masih hidup diberi kebenaran untuk meninggalkan agama Islam.

Mengikut bukti bukti yang dibentangkan, Tan Ean Huang, seorang peniaga dari Nibong Tebal memeluk agama Islam atas dasar ingin berkahwin dengan seorang warga Iran, Ferdoun Ashanian, pada tahun 1999. Ferdoun pulak langsung tak pernah membimbing Tan untuk menjadi seorang muslimin yang baik dan Tan pulak tak pernah meninggalkan kebiasaan nya menyembah berhala Tua Pek Kong, Kuan Yin dan Thi Kong. Atas dasar ni lah maka Hakim membenarkannya kembali ke agama asal.

Maka, Ong Ka Ting, Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah dan Pengurus Program Sisters In Islam Norhayati Kaprawi pun bersetujulah sangat dengan keputusan tu. Ong Ka Ting menyifatkan keputusan ini sebagai bersejarah dan berharap sesiapa lagi yang mempunyai masaalah yang sama supaya tampil kehadapan dan dapatkan penyelesaian dengan segera.

Mengikut Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian hal ehwal agama, tiada undang undang di peringkat federal untuk menghalang seseorang untuk menukar agamanya.

Nasharuddin Mat Isa, PAS, menyatakan bahawa meninggalkan agama Islam adalah dilarang sama sekali kecuali seseorang itu dipaksa memeluk Islam.

Selepas mendapat keputusan tersebut Tan terus ke tokong berdekatan untuk bersyukur.

Siapa salah? Tan kah? Suaminya kah? Atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang? Dah terlambat untuk menuding jari. Kalau dah individu itu sendiri tidak mendalami ajaran agama, tidak dibimbing dengan sempurna dan memeluk agama hanya untuk berkahwin dan berseronok diranjang, ana setuju sangat dengan keputusan hakim itu. Kerana individu sebeginilah yang menjatuhkan imej Islam di mata bangsa asing yang berlainan agama.

BEREBUT NAMA

Dengaq habaq nama Allah akan dibicarakan tentang status penggunaan nya oleh penganut agama Kristian yang ingin sangat menggunakan nama itu dalam akhbar mingguan mereka The Herald Tribune.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia pulak mengeluarkan kenyataan agar The Herald menggunakan nama lain agar dapat memperkayakan istilah dalam perbendaharaan Bahasa Melayu. Ini adalah cara yang sopan untuk menghalang penggunaan perkataan tersebut.

Walau bagaimanapun ana ada terbaca sesuatu yang memperkatakan tentang subjek ini. Sila layari sini
Pandangan seorang kristian lah katakan...kristian indon.

NALLA

Dengaq habaq Malaysian Indian United Party yang di terajui oleh Dato' Nalla dah tolunji di Pulau Pinang. Seramai lebih kurang 2000 ahlinya melompat katak ke Parti Keadilan Rakyat setelah mendakwa Nalla tenggelam punca apabila BN kalah.

Ana rasa ahli ahli ni yang tenggelam punca dan merasakan tak dak future dengan parti baru ini. Walau apa sekali pun, lompat si katak lompat...Pordemaa?

MUHYIDDIN

Dengaq habaq Muhyiddin rasa macam nak bertanding untuk tempat yang lebih tinggi dalam parti setelah beberapa lama memegang jawatan yang sama saja. Kalau dah keinginan sebegitu makanya tempat yang atas lagi adalah tempat Najib atau Pak Lah je lah.

Dengaq habaq Muhyiddin pun dah mempersoalkan sistem kuota pencalunan yang diguna pakai dalam UMNO untuk pertandingan sesuatu jawatan. Katanya sistem inlah yang memangkinkan lagi politik wang. Beliau juga menyatakan yang beliau pernah membawa persoalan itu kepada TDM suatu masa dulu tetapi tidak diendahkan malah TDM menyuruhnya ikut sahaja sistem yang ada. Tetapi sekarang TDM pulak yang meminta agar sistem itu di tolak.

Walau camana sekali pun pertandingan dalam parti adalah sihat dan melambangkan demokrasi sepenohnya. Yang membuatkan tak sihat adalah serangan peribadi dan juga ahli ahli yang tak sporting dan akan berdendam tak sudah. Ahli jenis ni ken kuteh(cubit) buang..

KARPAL OH KARPAL

Dengaq habaq Karpal dah takut dengan bayang bayang nya sendiri apabila membuat kenyataan yang beliau risau akan keselamatan nya setelah Pak Lah membuat kenyataan bahawa Peguam Negara akan menyiasat dan memikirkan apakah hukuman yang setimpal dikenakan sekiranya Karpal didapati salah didalam pertuturannya terhadap Sultan Perak.

Ini menunjukkan bahawa PM telah menganggap dia bersalah walaupun belum dihadapkan ke Mahkamah, katanya lagi.

Well, apa nak ditakutkan. Stand by your words lah. Tanggung jawablah keatas apa yang diperkatakan. Lagi pun, bukan kah hari itu dia amat menyokong ketelusan yang telah di tunjuk PM apabila mengadakan jamuan makan dengan loyar loyar dan hakim hakim yang di buang dulu.

Terima je lah ...

Thursday, May 8, 2008

MALAYSIA TODAY

Dengaq habaq Raja Petra Kamaruddin ni degil sungguh la sampai tak mau jumpa bini dia pun. Duit dah rakyat bagi untuk jamin dia, tapi dia tak mau keluaq jugak. Mungkin dok dalam tu dia boleh dapat idea lagi untuk bercerita dalam M'sia today.

Secara peribadi aku rasa dia ni nak jadi hero. Kadang kadang reaksi dia ni macam Gandhi. Kadang kadang macam ... tak tau nak kata apa lah.

Eloklah sekiranya pilihanraya yang akan datang ada parti yang nak bagi dia bertanding satu kerusi. Dia ni aku rasa teringin sangat nak jadi wakil rakyat. Hero bloggers memang dia dah dapat. Hero Rakyat belum lagi.

DAKWAT

Dengaq habaq PBT kat Penang tu masih belum dibubarkan lagi oleh ROS. Oleh tu apa yang Puan Sri buat tak betui lah. Yang dok pi hantaq duit bagi kat BAKTI tu buat apa? Depa dah berlambak duit dah. Lagi baik kalau dia bagi kat yang memerlukan.

Dengaq habaq jugak dakwat hitam yang depa nak guna masa pilihanraya dulu, dan tak jadi guna pasai ada cerita orang lain bawak masuk dakwat yang sama, ternyata cerita tu hanya rekaan semata mata selepas polis mendapati tiada asas langsung diatas lapuran itu. La nie apa cerita yang sebnaq nya? Rakyat nak tau jugak samaada dakwat tu dah sampai ke Malaysia ke atau cerita beli dakwat tu cerita atas kertas saja dan ada orang yang dah jadi jutawan pasai beli dakwat tu.

Malu dengaq cerita camni semua. Nampak sangat kerajaan ni anggap macam rakyat ni semua bodoh dan tak berpelajaran.

Monday, May 5, 2008

BISING

Dengaq habaq ramai orang Islam dah mula bising apabila Hakim yang bukan melayu dan bukan Islam yang akan menentukan samaada penggunaan nama Allah dibenarkan disebut didalam The Herald, majallah katolik Malaysia.

Inilah keadilan dan inilah ketelusan Hadhari. Mungkin banyak lagi isu isu Islam akan do hakimkan oleh yang bukan Islam.

Telah pun ada cadangan untuk dibawa ke Parlimen agar orang yang memeluk agama Islam kerana perkahwinan, dibenarkan menukar agama sekiranya berlaku perceraian dan sebagainya. Marriage of convenience lah katakan. Kahwin supaya pencegah maksiat tak tangkap basah lah namanya tu...

TUHAN

Dengaq habaq penganut agama Kristian Katolik Malaysia telah mendapat kebenaran dari Mahkamah untuk membawa kes penggunaan nama Allah sebagai Tuhan didalam akhbar The Herald. Hakim Mahkamah Tinggi ,Lau Bee Lan telah meluluskan agar kes itu didengar di Mahkamah setelah pihak Kerajaan cuba membuang kes itu.

Ini lah ketelusan dan keadilan yang ditunjukkan oleh Hakim setelah diperbetulkan oleh Pak Lah baru baru ini, kononnya lah.

Kerajaan telah mengharamkan penggunaan nama Allah dalam akhbar itu dan hampir hampir mengharamkan penerbitan newsletter yang diterbitkan di dalam bahasa Inggeris, Mandarain, Tamil dan Melayu itu.

Ini menunjukkan betapa degilnya mereka dan masih nak berlawan serta nak menegakkan penggunaan nama Allah itu walaupun sentimen rakyat yang beragama Islam dah tercalar. Katanya sebab yang amat ketara diatas kedegilan mereka untuk berlawan adalah kerana bangsa lain merasa tidak senang dengan Kerajaan yang rata rata menghebahkan yang negara kita adalah negara Islam.

Aduh ...kacau kalau camni. Depa nampak dah samseng dan kurang di ajar cara menghormati satu sama lain. Pikiaq pikiaq balik, orang Melayu pun kekadang ada juga kata camtu kat depa.

Saturday, May 3, 2008

KJ10Q

Dengaq habaq adalah satu tempat di Plaza Damansara bernama Chef and Brew. Kalau kat Penang ada satu cawangan di Krystal Point. Caesars Salad dia sedap...Amma...

Oklah sambung cerita. Kononnya disitulah tempat perjumpaan seorang anak muda yang penoh dengan kuasa. Dia akan datang ngan kereta bernombor daftar KJ10Q. Bila sampai dia terus naik ke atas dan ramai lah balachi yang akan ikut dia dan ramai lagi yang dok tunggu nak jumpa ngan dia. Semua nya siap dengan fail tebal tebal belaka.

Dahsyat budak muda ni.

Dipetik dari sini.

SUFIAH YUSOF

Sufiah Yusof, 23, genius Matematik yang menggemparkan kita suatu masa dulu. Kebanggaan rakyat negara ni adalah kerana ibu kepada Sufiah adalah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan seorang Pakistan dan menetap di England.

Dia ni bermasaalah kerana dia tak dapat membesar seperti budak budak yang sebaya denganya. Umur belasan tahun dah masuk Universiti yang dahsyat pulak tu.

Yang ana nak bincang disini ialah apabila ramai rakyat yang melenting bila Sufiah didapati memeprdagangkan dirinya dalam internet dengan bayaran 130 pound untuk satu sessi. Lumayan tu. Maka berkerumun lah rakyat memberi pandangan dan pendapat cara mana nak memperbetulkan kepala budak tu supaya jadi orang yang lebih berguna. Kaunselling lah, mebincang lah, pendekatan agama lah dan macam macam lagi. Yang nak terpa pi dari sini pun ramai.

Tapi yang ana hairannya, kat sini pun berlambak lambak yang berperangai macam Sufiah tu. Dok berdagang di tepi jalan pun ada. Yang dalam hotel ka, spa ka, massage parlour ka, tok sah dok kiralah punya ramai. Tapi tak dak sapa pulak yang nak bagi pendapat atau pandangan cara pendekatan yang sesuai untuk menangani masaalah yang di dalam negara sendiri ni.

Tak salah sungguh orang dulu dulu dengan membuat perumpamaan, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata...BUTA. Buat apa pun depa nak cari nama, nak recognition dan pampasan. Itulah rakyat negara ana yang tercinta....

BALAK

Dengaq habaq Kedah Darul Aman dibawah pentadbiran Ustaz Azizan nak buat tender terbuka untuk konsesi balak. Tender “NEGO” dulu telah merugikan negeri sebanyak RM50J setahun. Aduh..banyak tu. Mana lah duit sebanyak tu pi. Poket sapa lah yang dia dah masuk.

Daripada RM10,000 se ekar, Kedah hanya dapat diantara RM500 – RM1000 sahaja. Sebatang pokok pun dah boleh dapat RM3000. Takkan satu ekar ada satu pokok saja kut? Ini lah apa yang Ustaz tanya

Patutlah rumah depa besaq besaq dulu. Barang dalaman semua mahai mahai belaka. Berjuta harga rumah. Rumah sapa? Tak tau...kawan kawan towkay balak lah...

PBT

Dengaq habaq Puan Sri Chui Kah Peng isteri kepada Tan Sri Koh Tsu Koon mengajak Guan Eng ngan Jeff OOi berdebat secara terbuka mengenai isu Persatuan Bunga Tanjung yang mempunyai matlamat yang sama dengan BALKIS di Selangor.

PBT pun membubarkan juga Persatuan nya sam seperti BALKIS lah dan wang sebanyak RM590,665 telah diagihkan kepada BAKTI dan beberapa persatuan yang lain.

Dah jadi macam Hillary Clinton ngan Obama lah pulak.

Tut tut, Guan Eng kata tak payah lah nak berdebat terbuka. Mai jumpa dan selesai dengan elok. Tak yah dok cerita satu dunia..Segan jugak dia.

PARLIMEN

Dengaq habaq tak jadi lah Menteri Penerangan nak batalkan siaran langsung dari Parlimen pasai Kabinet tak setuju.

Alahai, bagi peluang lah kat pembangkang tu sekali lagi. Depa ni teramatlah memerlukan muka depa keluaq dalam TV sebab TV Kerajaan tak mau ambik gambaq muka depa semua. Tak pernah pun ada cerita depa buat apa apa, cuma bila depa buat benda yang tak berapa elok baru masuk TV. Tu pun negatif lah selalunya. Depa pun teringin jugak.

Tapi ana hormat lah Tok Guru Nik Aziz bila dia hentam depa yang dok buat leceh dalam Parlimen tu, walaupun dia juga seorang pembangkang. Kenyataan yang macam tu terus dimasukkan dalam akhbar sebab dia hentam gang dia.

MB Perak

Dengaq habaq MB Perak tengah dok mesyuarat bila Raja Muda Perak menitah dia supaya mengadap. Raja Nazrin nak bagi tau bahawa pemberhentian Jamry adalah salah dan MB kena minta kelulusan dia dulu. Maka dia menitah suruh bagi balik jawatan tu kat Jamry.

Alahai, lambat siang nak jadi MB. Bila mai undang undang dan salah silah dalam hal pentadbiran negeri, tak tau menahu. Main hentam keromo saja. Camana ni. Terlampau nak tunjuk kuasa depa sampai langsung tak horamat Raja. Dah kelam mata bila memegang jawatan eksekutif tertinggi dalam negeri.

Ana harap depa belajaq bagi khatam dulu lah berkenaan undang undang dan tata tertib pentadbiran Negeri. Raja Perak tu pernah di anggap sebagai Raja yang paling intelligent dalam dunia sebab dia biasa jadi Ketua Hakim sebelum jadi Sultan Perak. Dan Raja Muda Perak pun bukan calang calang orang. Ada PHd tu. Raja Muda Kelantan kut lah tak berapa nak cerdik....

Sunday, April 27, 2008

Abe Mie Kato Lagi..

Abe Mie tak jemu memberi pendapat nya dan ana rasa bersalah kalu tak utarakan disini. Sedap di renung dan tenung. Ana anggap dia sebagai penulis jemputan pada blog ana lah. Terima kasih abe...

Salam... jumpa lagi gamaknyer..'

terima kasih sebab siar pendapat saya...saya suka menulis...pernah jadi wartawan dan editor to dah berhenti dan loni dok kerja dengan syarikat international JEPUN..kesian tengok bangsa Melayu dalam swasta..

bangsa lain senang masuk kerja...geng kita, kena ada ijazah lah, pengalaman lah...itu ini..diskriminasi... nak wak cam ner... kita kan hero lagi dalam politik..kan gitu.. tapi dulu. DAP dah jadi superman dah, melayu jadi SUPARMAN (indo punya nama)...

adanya blogspot ginie leh dapat saya asah lagi pena saya...

saya nak kecek sikik tentang komander bernama KULI nak bertanding jawatan presiden UMNO….

Apa akan jadi kalau Pak Lah dah kena be-LAH dan KULI jadi presiden…

kata KULI UMNO bukan kerajaan tapi parti… andainyer dia menang, dia boleh desak UMNO lantik diri dia sebagai PM kelak…songsang betul… benda macam nie saya gelar POLITIK GAY…

Kenapa KULI tak mahu dok diam aje…main dengan anak lembu, bela ayam itik atau borak dengan kambing…macam cerita mat salleh buat...

tenang fikiran sebab cakap dengan manusia susah nak ikut…. Atau main sorok-sorok dengan cucu kat rumah?
saya hairan dengan KULI kenapa dia nak terus jadi PM?

kenapa tak mahu jadi TPM dahulu lawan najib seronok cerita, pastu jadi PM? itupun kalau ada rezeki...
Nak jadi PM bukannya senang…parti dok gelumbang dengan lumpur…kat Selangor TOYOL buat hal…dan sebab itulah isu nie jadi isu nasional…rasuah, pendatang asing, rampas tanah orang melayu kasi kat bangsa Indo.. lupa aje… yang penting Toyol kena jawab soalan PKR supaya UMNO orang UMNO tak jadi speaker rosak..

saya minat pasal KULI…dia rasa diri dah uzur ke?

nie nasihat cucu ...kalau terus jadi PM mana boleh...belajar dulu lah...takkan sejarah semangat 46 ditubuhkan dan UMNO kena bubar dah KULI dah lupa selupanya… mering dibuat nyer…

KElantan kalau menjadi seperti terengganu dah kubu kuat BN boleh juga KULI bermegah dan royak yang kejayaan BN sebab dia..

nie entah apa apatah...dia penyebab BN jadi ‘Bencana Nasional’ kat Kelantan adalah...

saya tengok KULI sama dengan Perdana Menteri GAY (sendiri ingat lah sapa orang tu)...dok gila-gila nak jadi PM Malaysia...

nak ambil sabah dan sarawak...sedangkan partinya hanya kuasai 31 kerusi aje...dan bininya dilantik Bayangan PM ...cakap pun tak pandai ada hati nak jadi PM.....PM-perempuan malu (boleh jadi)boleh kot

Abe mie, ana nak jampuk sikit.

Ku Li tak tau lah samaada ada anak atau tak untuk memberi dia cucu agar dapat bermain main ngan dia. Lagi pun memang lah dari dulu dia ni teringin sangat nak jadi ketua. Lawan, kalah. Buat parti lain, nampak tak leh pi dah, masuk balik. Dengaq habaq dia bela orang asli kat Gua Musang dahsyat. Happy depa kalau Ku Li buat kenduri bagi depa seronok...Selalu jugak dengaq habaq dia buat majlis makan makan dan minum minum ngan depa. Pasai tu dia takkan kalah kat situ. Kalau nak harap dia ambik balik K'tan, pakai tak dak dah. Text ucapan cucu penakan dia Tengku Faris tu, kemungkinan bessaq depa kata kuncu kuncu dia lah yang tulis...Menaikkan semangat Melayu katanya, tapi celah celah tu mendukacitakan bangsa asing lagi sekali. Tak serik jugak. Cari pasai. Tak perlu buat benda tu..

Al Jub(DSAI) memang lah langsung hampeh la nie. Tak tau lah apa yang dia nak. Tapi tempat PM tu for sure dia mau. Pasai tu dok kerja keras risik sana sini. Tapi apa takut, Israel sokong dia jadi PM. Memang depa dah masuk paper dah, memuji ketokohan dia. Kalau Israel backing ni selalunya menang.....hehehehe.

April 27, 2008 1:37 AM

GERAM...

Dengaq habaq Hishamuddin dah minta maaf pasai isu keris dalam perhimpunan dulu. Ada lah gamaknya orang bagi tahu dia yang episod tu adalah salah satu daripada sebab bangsa asing lari dari menyokong BN. Episod keris ni dah lama. Memang Cina dah berbunyi lama dah pasai ketidak setujuan mereka. Apahal la nie baru nak pohon maaf. Dulu bila orang tegur, apa yang di jawab? Semua ni wayang. Masa banyak sokongan hampa ikut suka hati hampa saja. Hampa semua juah. Hampa semua ranggi. Lupa yang dok bagi hampa dok tang situ semua adalah rakyat. Rakyat yang terdiri dari berbilang kaum.

Cerita Melayu sebagai Tuan dalanegara ni tak payah dok heboh. Semua rakyat tau tentang kedaulatan Melayu ni. Apa nak dok pi heboh, saja nak bagi orang sakit hati. La nie baru padan muka. Ana bukan lah nak support Cina ka, India ka atau bangsa lain dari Melayu. Ana rasa kita dok dalam Negara yang berbilang kaum yang mana kita memerlukan antara satu sama lain untuk hidup, untuk memajukan negara, untuk memartabatkan Malaysia dimata dunia, buat apa nak dok tunjuk samseng kat bangsa lain. Hampeh.

La ni nampak sangat lah kita ni menggelabah. Sana sini la nie dok mengaku bertanggung jawab. Sanggup letak jawatan.Lepas sebulan setengah baru nak rasa tanggung jawab. Aduhai tak dak klas langsung. Lepas rakyat dah tenyeh betui betui, baru nak menangis, alahai...betui betui la drama yang boleh terima anugerah lakonan terbaik. Esok dapat sokongan balik camtu lah juga, depa nanti lupa.

Khir Toyo boleh bagi penyapu kat Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Hulu Selangor. Ha la nie, amacam? Patut Tan Sri Khalid mau bagi award kat Khir pulak. Kena bagi penyapu jamban supaya dia boleh cuci segala tahi yang dia dengan bini dia tinggai. Bini dia pun pandai pandai transfer duit tu pi ke tempat lain lepas kalah pasai apa? Duit tu duit persatuan bini bini wakil rakyat. Tolong orang orang susah lah katanya. Takut bini bini wakil rakyat baru, nanti makan duit tu dan tak tolong orang susah. Yang sebenaqnya, depa yang ambik alih kerajaan lama ni lagi susah nak buat kerja depa, sebab semua orang dok tengok dan tunggu depa buat salah saja. Tak perlu risau. Tak perlu nak tunjuk terrer. Orang dah kenai ngan perangai hampa semua..

Ana rasa geram lah 2/3 hari ni bila baca cerita cerita ni semua. Yang tu lah lumrahnya. Apa pun yang dibuat RM juga yang jadi penentunya. Nak tolong orang ka, nak songlap orang ka, semua nya pasai duit.

Kedah pun ada jugak satu Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. PBANK untuk singkatannya. Memang depa selalu dok pi bank lah dok pi ambik duit dan belanja duit. Dengaq habaq persatuan ni di terajui oleh Kerabat DiRaja Kedah. Tapi depa ni base kat KL. Ramai yang support PBANK ni dari segi kewangan. Bagi pun bukan bagi saja. Bagi ada makna.

Majlis depa ni bila masa pun ada hiburan. Sebab Peneraju Persatuan ni , laki bini suka menyanyi. Buat album dengan Mawi lah, dengan Nurul lah dan sapa sapa lagi. Nak pi cari performer untuk show pun depa pi sendiri. Meneru pi. Lebih banyak duit habis untuk organise Majlis kutipan dana daripada bantuan yang diberi kepada mangsa bencana alam. Hidup depa seronok saja. Cari lembu, cucuk hidung, tarik, tunggang.

Yang susah akan tetap susah...Ini lah antara Melayu Melayu yang ana tengok dalam Masyarakat kita hari ni yang dok berselindung disebalik jawatan, pangkat dan kedudukan mereka untuk hidup bersukaria... Dangdut bannnggg....Ampun Tuanku...

Friday, April 25, 2008

PENDAPAT JUJUR

Apa yang dikatakan oleh Abe Mie dibawah ni ada kebenarannya jugak. Tetapi inilah resam manusia, buat apa saja asalkan dapat kedudukan. Ikutlah apa saja walau pun menyimpang dari tujuan asal, supaya dapat merasa kerusi yang diidami sekian lama.

Pada ana, siapa saja yang memerintah akan melalui simpang siur yang serupa. Takkan dapat mengembirakan semua rakyat. Umpama pakai kain pelikat dan tak pakai baju. Buka gulong, tutup dari kepala kebawah, mesti akan ternampak kaki. macam tu lah kita ni.

Tetapi kita hendaklah berani menyatakan pendapat dengan jujur, jangan beri pendapat untuk mendapatkan peminat. Kalau cerita apa yang orang nal dengaq serupalah dengan ahli politik, bagi pendapat yang rakyat nak dengaq, lepas tu diam 4 tahun....

Abe Mie Kato...

Abe Mie kata:

PKR DAN PAS diBABIkan OLEH DAP
oleh: abe MIE (penulis bebas)

saya gemar melayari website dan membaca HARAKAH. ini luahan hati saya tentang akhbar berkenaan yang semakin hari semakin nyanyuk dan 'tua'

‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian.

Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.

Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme.

PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

Bagaimana dengan pemerintahan PAS
lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.
Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China.

Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.

Ana terasa nak kongsi dengan hampa semua apa yang abe mie kata. Tiap tiap pendapat seseorang hendaklah dihargai dan harus kita renung dan fikir fikirkan...

Tq abe mie...

Tuesday, April 22, 2008

TANJONG

Ana setuju 100% dengan pandangan Presiden CAP(Pesatuan Pengguna Pulau Pinang), S M Mohammed Idris bahawa kerajaan harus mementingkan manusia daripada kenderaan. Beliau memperkatakan sedemikian memandangkan Pulau Pinang sekarang sudah sesak dengan kenderaan. Bila musim cuti sekolah, keadaan semakin teruk dengan kebanjiran kereta kereta dari luar Pulau Pinang .

Dengan pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang, akan bertambah lagi lah kenderaan yang masuk ke Pulau. Cadangan SM Idris agar di bina LRT dari Pulau Pinang ke Butterworth adalah satu cadangan yang baik. Tetapi apa nak dibuat dengan Feri yang sediada ni?

Sekiranya ada pengangkutan awam yang baik dari tanah seberang, pengangkutan awam dalam Pulau masih tak boleh dibanggakan lagi. Kemasukan Rapid Penang mungkin akan memperbaiki keadaan tetapi dengan keadaan dan mentaliti orang Pulau Pinang sendiri yang berlagak samseng dan tak suka orang luaq, keadaan menjadi susah. Depa lebih suka bangsa asing tetapi anak Pulau Pinang yang menjalankan bisnes ni.

Ni lah sikap yang kena kikis dari minda orang Tanjong. Kekadang tu nak tunjuk samseng tak tentu hala, sampai merugikan diri sendiri. Pikiaq pikiaq lah tengok..

Sunday, April 20, 2008

SALAM


Camni lah sepatutnya orang Islam bersalaman antara lelaki dan wanita . Sunggoh sopan dan santun sekali. Siap pakai sarong tangan lagi. Bukan dok pegang bahu sana sini, atau pelok pinggang sambil bergambaq.

Majlis Kerajaan bersama Malaysian Bar Council tempoh hari bila Datin Seri Wan Azizah juga turut hadir bersama serta beberapa ahli ahli parti pembangkang yang lain.

Ada jugak cemuhan yang diterima bila PM buat majlis ni. Tapi apapun yang dilakukan buat masa la nie pada ana adalah nak cuba tonjolkan kembali diri dia yang dah nak tenggelam. Sekurang kurangnya la nie dah dapat support dari loyar loyar dan hakim hakim.

Tetapi kontraktor kontraktor masih tak merasa jasa PM lagi sejak dia pegang teraju. Kontraktor yang buat kerja ngan BLT boleh la gagau banyak, dan juga yang buat kerja dengan Syarikat Patrick Lim..

Saturday, April 19, 2008

PARLIMEN

Dengaq habaq Sidang Parlimen akan bermula tak lama lagi. Sidang yang pertama untuk kerajaan yang baru.

Terdapat 222 kerusi didalam Parlimen yang dianggotai oleh Ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat untuk mewakili mereka mendapatkan segala kemudahan dan pembangunan yang sepatutnya diterima dari kerajaan. Mereka inilah yang akan menanyakan soalan, mendapat penjelasan akan sebarang ketidak puasan hati rakyat yang mereka wakili. Inilah forum yang maha tinggi didalam Malaysia.

Alangkah mengejutkan apabila didapati 29 daripada Ahli Parlimen yang dilantik langsung tiada soalan untuk ditanya. Langsung tiada. Adakah ini menunjukkan kawasan yang diwakili itu tiada bermasaalah langsung? Cukupkah semua keperluan infra strukturnya? Kaya raya kah rakyat dalam kawasannya?

Atau adakah Ahli Parlimen ini merasakan dengan elaun yang dapat dan dapat berkampung di KL 2/3 minggu, maka tak payah dok tanya apa apa? Atau nak tunggu dekat pilihanraya lagi satu baru nak bertanya? Atau masihkah depa ni dok meraikan kemenangan sehingga lupa tugas yang sepatutnya dilakukan?

Rugi je lah duit rakyat kalau camni. Kita tak perlu Ahli Parlimen yang dok mengeram teloq saja kat dalam bangunan Parlimen tu. Pasai yang bagi kerja tu kat depa adalah rakyat. Rafidah Aziz ngan JJ ni mungkin dah lupa camana nak tanya soalan sebab depa selama ni dok menjawab saja. Ahli PKR ngan DAP ni mungkin masih terkezut dengan kemenangan dan masih belum tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Tapi tak mungkin bodoh sebegitu rupa.

Yang bestnya, orang dok kata PAS parti kampung tapi bila mai persidangan Parlimen semua orang dia menjalankan tanggungjawab mereka mengemukakan soalan...

Aduh...sakit hati dengaq lah.... Nama nama yang tidak mengemukakan sebarang soalan ada tertera dibawah

1. Abd. Rahman bin Bakri - Sabak Bernam - BN
2. Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah - Igan - BN
3. Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin - Besut - BN
4. Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti - BN
5. Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman - Kimanis - BN
6. Abit Joo Hulu - Rajang - BN
7. Ding Kuong Hiing - Sarikei - BN
8. Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis - Rompin - BN
9. Dato’ Dr James Dawos Mamit - Mambong - BN
10. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad - Kangar - BN
11. Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah - BN
12. Dato’ Seri Rafidah binti Aziz - Kuala Kangsar - BN
13. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas - Gading - BN
14. William @ Nyallau Anak Badak Lubok - Antu - BN
15. Datuk Haji Yusoff Bin Mahal - Labuan - BN
16. Charles Anthony a/l R Santiago - Klang - DAP
17. Er Teck Hwa - Bakri - DAP
18. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu - DAP
19. John a/l Fernandez - Seremban - DAP
20. Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy - Batu Kawan - DAP
21. Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat - PKR
22. Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah - PKR
23. Chua Tian Chang - Batu - PKR
24. Gobalakrishnan a/l Nagapan - Padang Serai - PKR
25. Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang - PKR
26. Manikavasagam A/L Sundaram - Kapar - PKR
27. Dato’ Rashid Bin Din - Merbok - PKR
28. William Leong Jee Keen - Selayang - PKR
29. Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad - Hulu Selangor - PKR

Dipetik dari http://iamamalaysian.wordpress.com/2008/04/18/the-height-of-irresponsibility-29-mps-did-not-submit-parliamentary-questions/

Thursday, April 17, 2008

HERO

Dengaq habaq la ni rata cerok, pelusuk negara orang dok cakap pasai peralihan kuasa. Rata rata rakyat dah berani menyatakan ketidak puasan hati masing masing. Ketua ketua cawangan, ketua ketua bahagian dan menteri menteri kabinet pun dah berani berterus terang menyokong PackLah sepenohnya untuk menyerahkan kuasa kepada Timbalannya yang juga dianggap sebagai Jeneral BN dalam PRU12 yang lalu. Kia pi kira mai, Jeneral yang cedera jugaklah kalau di kaitkan dengan persembahan keselurohannya, tetapi Harimau yang garang didalam hutan Pahang.

Kadang kadang terfikir juga dalam kepala otak ana ni, apakah perasaan PM sekarang setelah diberitahu oleh rakyat akan kelemahannya itu. Macam mana kah beliau menjalani hidup seharian berdepan dengan orang orang yang suspek akan kepimpinan beliau?

Dengaq habaq, sekarang ni banyaklah reformasi yang PM dok jalankan. LPG di Sabah dan Sarawak dah diselaraskan harga dengan Semenanjung, mungkin hari tu dah kena ugut dengan orang sana.

Dengaq habaq yang terbaru sekali, malam ni, akan diadakan majlis makan malam diantara Kerajaan dengan Bar Council dimana PM akan menyatakan kekesalan dia yang teramat sangat atas apa yang terjadi kepada Institusi Kehakiman pada tahun 1988, 20 tahun yang lalu. Kerajaan juga sedang merancang untuk memberi pampasan kepada "mangsa" yang terlibat didalam episod itu. Jumlah pampasan masih belum di tetapkan.

Dengaq habaq juga PM meminta semua Hakim yang terlibat hadir pada malam ini apabila dia menyampaikan ucapan yang bertajuk "Delivering Justice, Renewing Trust". Ceritanya, lanie PM nak tunjukkan ketelusan dan keadilan serta mendapatkan kembali keyakinan rakyat terhadap Institusi Kehakiman yang didakwa telah dirosakkan oleh pemerintah sebelum beliau.

Tun Salleh Abas, Datuk George Seah, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah telah memberi persetujuan untuk hadir di majlis itu. Manakala Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman dan Tan Sri Eusoffee Adboolcader akan di wakili oleh keluarga masing masing.

Puan Sri Wan Azizah dan Saudara Lim Kit Siang juga dijangka hadir untuk sama sama meraikan kejayaan PackLah mengembalikan ketelusan dan keadilan serta bersama sama senyum apabila Kerajaan sekarang menyalahkan Kerajaan terdahulu, walaupun mereka datang dari Barisan yang mempunyai ideologi yang sama.

Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan simpati serta sokongan dari pihak peguam peguam dan juga untuk mendapat simpati dari rakyat untuk menyapukan bedak ke muka PM yang dah teruk di benci dan dihamun oleh orang ramai.

4 tahun pertama tak terlintas dalam kepala otak dia untuk mengerjakan ini semua, kemungkinan besar dok sibuk himpun harta untuk keluarga. Apabila dah tercekik sebab makan dengan gelojoh, terpaksalah buat benda ni ibarat sambil menyelam minum air. Menonjolkan diri sebagai hero kepada Institusi kehakiman dan juga menonjolkan keaiban kerajaan terdahulu, supaya orang bersimpati dengannya.

Ana rasa inilah jenis manusia yang elok sangatlah di jatuhkan segera agar tidak memudaratkan lagi kerajaan kita dan juga Negara kita yang tercinta ini.

Monday, April 14, 2008

KHINZIR

Dengaq habaq hari ni Siasahdaily mengeluarkan kenyataan Dr Dzulkifli Ahmad anggota parlimen Kuala Selangor yang memuji kerajaan Selangor kerana berani menangani isu penternakan babi secara terbuka.

Setelah ana baca penjelasan tu ana pun rasa apa yang depa buat tu betui jugak. Kajian dibuat di Jerman. Penternakan secara tertutup ni tak lah dok bawa bau yang busuk, najis yang mengalir ke sungai dan pendek kata, terkawal.

Duit yang dibelanjakan itu pun bukannya dari Kerajaan Negeri, tetapi oleh penternak itu sendiri. Kerajaan hanya menyediakan tapak. Sekiranya terkena tanah sesiapa, mungkin akan diberi pampasan kut.

Selama ni dok bau busuk, air kotor, darah babi, najis babi dan apa lagi berkenaan babi akan hilang dan rakyat akan mendapat udara yang bersih balik. Dakwa depa yang merancangkan projek tu lah. Syabas.

Tapi ana naik geli tekak bila tulis pasai babi ni......

DR CHUA

Dengaq habaq cerita Dr Chua Soi Lek keluaq dalam blogspot di Amerika. Dahsyat jugak. Silap haribulan ada producer sana cari dia untuk nak buat filem pulak. Pelakun utama lah katakan.

Bila ana masuk tengok, ramai orang dok download. Kesian dia. Patut depa senyap dah lah. Dia pun dah ngaku bersalah dari segi undang2 kekeluargaan, tapi undang undang Malaysia tak leh buat apa apa kat dia, dan sampai hari ni pun tak leh trace sapa yang buat recording tu.

Yang depa cekup cuma orang yang mengedar. Camtu lah...Tapi ana rasa ana tau sapa buat recording tu...Ana rasa sajalah. Pendapat peribadi dan tak reflect pendapat parti..hahahaha. Macam Tok Det katalah.

Sunday, April 13, 2008

TAPAK NIAGA

Dengaq habaq kawasan tempat letak kereta bersebelahan dengan Apartment Park Avenue di jalan Kebun Bunga Penang akan dijadikan sebagai tapak penjaja yang sekarang ini berniaga di hadapan pintu masuk ke Botanical Garden.

Peniaga peniaga yang akan berpindah ke situ terdiri dari berbagai bangsa. Ada yang berniaga makanan, cenderahati, ais krim dan serba mak nenek lagilah. Yang pastinya, projek ini telah diluluskan semasa kerajaan BN dulu lagi sebab korek mengorek di jalankan sebelum PRU.

Dengaq habaq la ni, penduduk di sekitar kawasan tu sudah protes. Yang terbabit adalah Park Avenue dan Forest Field. Depa sampai ke tahap nak ambik court injunction untuk menghentikan projek tu atas alasan yang amat mementingkan diri sendiri ya itu, harga rumah depa akan jatuh. Kawasan tu depa dakwa akan menjadi kotoq sekiranya peniaga semua mai tang situ.

Depa ni semua kaya kaya jadi mungkinlah Ah Guan boleh tolong depa. Tiap malam minggu, Hash House akan berkumpul di parking lot tu, minum arak dan buat bising serta mencarut carut tak dak pulak depa nak komplen.

ROAD SHOW

Dengaq habaq road show di Kelb Golf Cinta Sayang pun panaih lit lit. The Star melaporkan, ramai yang tak puas hati dengan cara pemilihan calun untuk PRU tempoh hari. Kadir Sheikh Fadzir telah menganggap diri dia macam tongkoi kayu sebab Tok Det buat pemilihan langsung tak consult orang lama. Idea orang lain dia tak pakai langsung.

Dengaq habaq letih juga Najib ngan Rafidah dok menulis ketidak puasan hati gang akar umbi UMNO Kedah. Jenoh menepih juga lah depa ni, macam macam buah dah keluaq.

Dengaq habaq di Penang, Berahim Saat kata kalau team bola kalah, setiausaha FAM kena letak jawatan, la ni PackLah kena letak jawatan jugaklah sebab team dia kalah...

BERSEMUKA DENGAN MEDIA

Rancangan RTM, Bersemuka Dengan Media jam 6 petang menampilkan Datuk Seri Nazri. Ada sorang hamba Allah yang menamakan dirinya Keria dari Perlis buat panggilan secara live dan menegur Nazri tentang kenyataan Nazri yang menghentam Tun. Keria minta Nazri agar bersopan sikit terhadap seorang bekas pemimpin yang hebat. Keria juga meminta dia mengenang kembali jasa jasa Tun di masa lalu.

Nazri jawab dengan sombong nya bahawa Tun adalah bekas pemimpin. Bukan pemimpin lagi. Pemimpin sekarang adalah Pak Lah. Walau apa pun yang Tun kata, dia mendakwa yang dia menang dalam pilihanraya yang lalu." Saya menang. Orang lain yang tegur Tun pun semua menang."

Macam ni lah pemimpin yang kita ada. Depa bermuka muka dengan bekas pemimpin. Depa cuma hormat orang yang ada kuasa saja. Yang tak dak kuasa lagi, tak payah tunjuk hormat. Boleh blah. Lalang sungguh. Kalau dengan Tun pun dia buat camtu apa lagi dengan rakyat? Rakyat cuma ada kuasa 5 tahun sekali. Lepas lantik depa, depa bermaharajalela selama 4 tahun lebih, pastu mai cari kita lagi, suruh sokong depa..Tak pa lah, orang kawasan dia menyokong, pasai tu dia menang.

Saturday, April 12, 2008

RTM KENA HALAU

Dengaq habaq Selangor FM sudah kena halau daripada pejabat depa pasai tak mau bagi airtime kat MB. Kasaq sungguh MB ni. Maklumlah dia ni ahli korporat dulu, jadi sapa tak mau dengaq arahan dia dapat habuan lah.

Renovation opis dan studio saja dah habih RM500,000.00. Sakit juga Shaberi Cheek nak kena cari opis lain untuk Selangor FM tu. Kemungkinan besaq Selangor dapat stesen radio baru kut. Alternatif Selangor FM....

Pi mai pi mai Kedah jugak lah yang tak dak masaalah. Tak dak lah pulak kata nak halau Kedah FM ka atau nak minta airtime ka.. Perak dan Penang pun serupa gak. Tapi betuilah, depa di S'gor ni brutal habis, depa buat macam2, ladang khinzir pun depa modenkan...Syabas, hehehe.

JOHOR

Dengaq habaq UMNO Johor buat dengan cara yang amat sopan sekali bila meminta PackLah membuat plan peralihan kuasa. Kiranya kalau suruh buat plan tu macam suruh serah cepat cepat lah supaya tak memudaratkan UMNO.

Betui sangatlah tu macam mana yang di gembar gemburkan dalam internet. Memang lah orang Johor minta PackLah berundur, tapi dengan cara baik lah.

Apa lagi yang dia boleh buat cuma peralihan kuasa sajalah agar ia menjadi satu peralihan yang licin dan aman. Dengan peralihan ini yang dijangka selepas Perhimpunan Agong nanti, maka dapatlah PackLah bercuti dan tidoq puas puas. Peganglah tangan bini tu puas puas. Ciumlah bini tu puas puas. Orang pun tak payah dok tengok dah..Meluat.

Thursday, April 10, 2008

PM ROMANTIK

Dengaq habaq ramai juga rakyat yang bengang dengan kelantangan Karpal mengutuk TDM. Ramai yang rasa siapa dia Karpal ni yang boleh mengeluarkan kata2 sebegitu rupa kepada negarawan Malaysia yang ulung seperti TDM ni.

Tapi apa nak buat kalau dah Melayu sendiri dok kutuk TDM, apatah lagi bangsa asing. Lupakah kita akan jasa baik dia dulu? Lupakah kita pembangunan yang dia bawa dulu? Lupakah kita kepada kepahlawanan dia dulu menentang Zionis dan Amerika? Kalau dah negara negara ke 3 boleh sanjung TDM, pasai apa kita dok cerita segala yang tak elok berkenaan beliau.

Ikutlah telunjuk PM yang ada la nie, untuk nak menutup kekurangan diri sendiri, bukalah cerita kesalahan orang lain, keburukan orang lain dan dengan itu dapatlah mengalihkan perhatian ke individu lain daripada rakyat menilai kelemahan dia. Mempertahankan anak menantunya walau pun seantero Malaya ni tau apa yang dilakukannya. Seantero Tanah Melayu ni sakit hati, meluat dengan keangkuhan nya.

Apa nak jadi kepada negara ana yang tercinta ini kalau dah dapat pemimpin yang disangka amat bersih, alim, imam dan fasih dalam keagamaan, tiba tiba bertukar menjadi seorang yang romantik. Cium bini di khalayak ramai. Perangai Melayukah tu? Berpegangan tangan dikhalayak ramai , tidak menegah isteri menelanjangi rambut di khalayak ramai, masih boleh dianggap Imam kah sebegitu? Imam kepada rakyat Melayu di Tanah Melayu ni. Ramai Menteri yang berbini dan berlaki, kecuali Azalina yang masih tak tentu hala, tapi tak dak pun yang dok muah..muah..muah..ngan bini depa depan orang ramai.

Alahai, kalau setakat nak tunjuk sayang kat bini saja tak yah jadi PM lah. Ana nak mintak PM berubah lah sikit. Tunjuklah personaliti sepatutnya sebagai seorang PM.

TDM dah buat Malaysia ni sebagai negara contoh kepada negara2 ke3 di dalam dunia, pemimpin yang dihormati, disegani dan disanjungi. Tapi masuk PackLah, hancus nama Malaysia. Apa lagi yang rakyat Malaysia nak bangga? PM paling romantik dalam dunia....

Wednesday, April 9, 2008

DATUK HADI AWANG

Dengaq habaq Dtk Hadi pun keluar kenyataan bahawa depa memang dok nego ngan MP BN untuk lompat. Tetapi dia kata depa tak mau bayaq, rasuah semua tak leh, dosa. Semakin sakan depa dok sebaq berita camni.

Dalam opis ana ni adalah sorang pelukis pelan, budak muda lagi, 22 tahun. Cerita dia, orang kampung dia kat Maran biasa tengok seekor harimau tak tau dari mana datang, dok selimpuh tengok poster Hj. Hadi. Orang lain semua dah gabra, harimau tu lepas puas menatap gambar Hj. Hadi terus belah masuk dalam hutan.

Apa rasanya yang anda semua dapat dari cerita yang sebegini? Camana orang di Maran ni tengok Hj.Hadi? Kalau pikiaq mendalam sikit, dah sakan tok hj ni.

SMS

Semalam ana dapat SMS daripada mamak mee yang berbunyi camni....
"Program Agenda Ekonomi Malaysia telah bermula dengan telah bermula dengan usahawan babi di kawasan penempatan Melayu Sepang. Berminat boleh pohon. Borang terdapat di pejabat PKR dan DAP."

Terkezut ana bila baca sms ni, dok pikiaq jugak bila mamak mee ni berkecimpung dalam bidang ni pulak. Tapi di Sepang pulak tu. Kalau mamak kata kat Batu Maung ka apa ka, sah dia terlibat sama.

Rupa rupanya ni cerita di Selangoq lah. PKR bukan parti ethnik. Dia tak perlu nak jaga hati orang Melayu sahaja, sebab dia adalah parti untuk semua bangsa yang di panggil bangsa Malaysia. Jadi ana tak terkejut lah dengan berita tu, sebab nak jaga undi, takut nanti hilang. Dapat kat DAP nanti, tolunji pulak Selangoq.

HALWA TELINGA

SEDIKIT HIBURAN UNTUK PARA PENGUNJUNG YANG BUDIMAN. KALAU RASA TAK SEDAP SILA BAGI TAU, KALAU SYOK BAGI TAU KAWAN KAWAN..HEHEHEHE

Tuesday, April 8, 2008

BATU KAWAN


Bukak email hari ni tengok ada sorang memba hantaq satu berita yang aku rasa menarik lah untuk share dengan hampa semua. Mungkin ramai dah dapat email ni, tapi tak pa lah, tengok lagi sekali.

Cerita dia camni. Ada satu pemaju Abad Naluri Sdn Bhd yang akan memajukan tanah di Batu Kawan Penang. Cerita ni semua start lama dah,sebelum gomen kata nak ambik tanah lumba kuda kat Batu Gantong untuk di majukan sebagai PGCC(Penang Global City Centre). Tapi projek ni mendapat bantahan dari orang ramai. Tapi depa nak juga buat dan berjanji akan mengantikan tanah Penang Turf Club ni dengan ssatu lagi Equine Centre kat Batu Kawan.

Abad Naluri ni lah yang jadi pemaju. Bukan takat tempat lumba kuda saja dia nak buat, perumahan dan sebagainuya akan naik kat situ, maka majulah Batu Kawan nanti.

Yang bestnya, lokasi dia ni memang cun melecun habis. Betui betui sebelah jalan masuk ke Jambatan Pulau Pinang ke2. Tempat tu akan jadi prime land lah, harga mesti mahai gila. Masa depa beli dulu murah saja. La ni dah RM15-16 sekaki persegi. Bila dah jambatan turun tang tu, alahai...berkali kali gandalah harganya.

Dahsyat sungguh info yang depa dapat ni kan! Pasai tu lah depa kaya raya, sebab depa mungkin dapat info lebih dulu daripada kita yang nangoi nangoi ni.

Chairman Abad Naluri ni Datuk Seri Kamal Hashim. Orang kita lah katakan, tapi yang dok support dibelakang dia ialah Equine Capital Sdn Bhd. dan Pak Penakan bini Kamaludin anak PackLah yang empunya. Bestkan.... Pelancaran PGCC disebelah menunjukkan dari kiri DS Kamal Hassan, PackLah, Tsu Koon dan Patrick Lim.

Monday, April 7, 2008

JOHOR

Dengaq habaq dalam Utusan Online dah sebut bahawa UMNO dah kenal pasti kutu yang sabotaj UMNO/BN sehingga kalah 5 negeri. Aku harap orang yang dimaksudkan ini betui dan aku rasa dia seorang yang bijak kalau dapat buat networking sampai UMNO kalah sebegitu.

Banyak blog tempatan yang mengulas tentang kenyataan PackLah semalam. Dia hentam Tun, DSAI dan Ku Li sebaliknya dia telah mempertahankan menantu dia.

Tapi betui juga apa setengah orang kata yang PackLah langsung tak jawab masaalah yang Tun kemukakan. Sebaliknya dia cari kesalahan Tun untuk menutup kesalahan dia. Kerja dia la ni macam auditor lah, cari kejanggalan atau kesalahan orang.

Aku masih boleh bagi peluang kat dia sebab mungkin ni buah pertama dia, tapi jangan la tunggu lagi sebulan baru nak bawa keluaq buah yang kedua...hehehehe.

Hari Jumaat ni dengaq habaq dia ada mesyuarat tertutup ngan big shot UMNO Johor. Dengaq habaq depa ni pun dah mesyuarat sebelum ni untuk memberi kata dua kat PackLah. Katanya dalam mesyuarat tu cuma Shahrir saja yang dok defend PackLah dan minta diberi peluang lagi kat PackLah. Hak lain semua dah tergedik gedik nak labuh PackLah dah. Hisham tak dak dalam meeting tu.

Keputusan nya depa anggap PackLah ni seorang yang baik hati, tapi........

Tunggu tengoklah hari Jumaat ni. 4 hari je lagi.

PAK LAH....

Alhamdulillah...Akhirnya Pak Lah bangun dari tidurnya dan menjawab segala pertuduhan terhadapnya dengan nada yang sedih sekali. Nampak macam nak menangis dalam TV.

Sepatutnya Pak Lah tak perlu tunggu sekian lama untuk menjawab, hampir sebulan selepas PRU12 baru nak berkata sesuatu. Itu pun setelah di kecam hebat oleh bekas pemimpin, pemimpin dan rakyat jelata. Lagi lama dia tak berkata kata maka tohmahan atau kutukan dewata yang di lemparkan pada nya akan tersemat di hati rakyat.

Dia bukan saja menjawab apa yang Tun kata, siap dengan cerita kisah Tun sekali semasa jadi PM dulu. Ha...lanie baru ada akai. Macam ni lah yang kita mau. Pemimpin yang berani mempertahankan diri apabila diserang. Dan juga yang berani menyerang balas.

Walau bagaimanapun aku masih rasa Pak Lah dah terlambat. Ramai sangat dah yang meluat dan rimas ngan kepimpinan dia ni. Harap2 dia tau lah apa yang patut dilakukan, sebab aku tak mau dan tak ingin tengok dia dijatuhkan. Kesian. Sedih. Aku lebih rela tengok dia turun ngan sendiri selepas dia naikkan balik nama dia sikit...Nak naik sepenohnya aku rasa berat sikit sebab banyak yang dah rosak oleh kerana terlalu relax dan complacent.

Sunday, April 6, 2008

AZMIN

Dengaq habaq hari ni Azmin kata dah hampir 30 orang MP yang sudi di sunting oleh PKR. Yang menghairankan pulak katanya MP tu bukan Melayu. Ketua Pemuda PKR kata kebanyakkan nya dari Pemuda UMNO. Aik? Ini mungkin strategi PKR untuk mengharu birukan persepsi orang ramai dan juga UMNO khusunya dan BN amnya.

Cekap strategi depa ni..Tak tau lah apa yang akan betul betul berlaku.

Saturday, April 5, 2008

MENTERI PENERANGAN

Dengaq habaq garang sungguh Menteri Penerangan baru ni marah kat TDM. Dia kata jangan rosakkan UMNO sekali lagi. Setahu akulah dia ngan gang gang dia lah yang buat sampai UMNO di haramkan dulu. Dia dan gang gang dia lah yang buat Semangat 46.

Tapi yang bestnya, walaupun dia hentam TDM pasai suruh pucuk pimpinan letak jawatan tapi dia langsung tak sebut pasai Ku Li yang lebih kurang serupa juga kenyataan dia semalam. Pasai Ku Li bos semangat 46 dulu dan dia adalah kuncu kuncu nya.

La ni dah jadi Menteri, penyapu baru pulak tu, apa pun kena sapu cepat cepat supaya bos nampak dan dengar yang dia ni buat kerja dan juga jack bos dia. Tu pun kalau PackLah tak terlena lah..

Mengikut kenyataan nya lagi, TDM salah apabila menyatakan yang akar umbi UMNO marah kat pucuk pimpinan walhal katanya, cuma pengundi di kawasan bandar yang tidak mengundi BN tetapi orang kampong semua nya sokong sebab harga getah ngan kelapa sawit naik.

Kedah tu kawasan Bandar ka? Perak tu keseluruhannya kawasan Bandar ka? Ijok tu bandar ka? Dia ni pun cakap main lepaih sajalah. Macam Zam juga...

JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Dengaq habaq kata PAS hantaq memorandum kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan usulan supaya YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang meletak jawatan. Ini adalah untuk menyenangkan proses ambil alih yang nak dibuat oleh Pakatan Rakyat. PAS mendakwa YDP tu telah dilantik semasa BN menguasai Pulau Pinang jadi YDP sepatutnya kena kosongkan jawatan itu agar depa boleh masukkan YDP dari kalangan parti mereka atau yang sehaluan pemikiran dengan depa.

(2) Yang di Pertua, Timbalan Yang di Pertua dan ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen (1) hendaklah orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di Pertuan Agong
http://jaipp.penang.gov.my/epaipp1993.htm

Aku petik dari Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Bahagian II.

Boleh pakai ke?

PULAU PINANG

Dengaq habaq banyak tender dah keluar di Pulau Pinang sekarang ni. Kerja kerja kebanyakkan nya telah di kecilkan untuk memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kelas F.

Dengaq habaq banyak Ali Baba yang menumpang kekuatan dengan UMNO telah putus mata pencarian dengan tender terbuka sekarang ni. Towkay towkay yang dibelakang tabir dulu sudah tampil kehadapan untuk menguruskan sendiri projek projek yang baru.

Tak dak lagilah yang dok goyang kaki masuk duit sekarang ni. Kalau terus nak goyang kaki maka hilang gigi tinggai gusi lah.

Lagi satu perkara yang menghairankan aku, kenapa ramai rakyat berbangsa Cina dan India sedang cuba dekati pemilik pemilik lesen kelas F Bumiputera walhal yang Melayu dok riuh rendah pasai DEB dan sebagainya?

Melayu di Pulau Pinang bukannya di tindas, tapi Melayu Pulau Pinang ni dah terlalu manja dengan kesenangan yang diperolehi masa UMNO berkuasa dulu. Sikit sikit kata negeri ni kita punya. Tapi projek yang dapat di Ali Baba kan. Lepas tu dengan bangga nya menceritakan kesenangan yang diperolehi tanpa bekerja. Ini lah budaya yang perlu dikikiskan dari minda segelintir Melayu Pulau Pinang.

Aku rasa situasi sebegini juga sama disemua negeri yang hilang taring UMNO/BN. Berusahalah untuk memajukan diri...

Friday, April 4, 2008

MENGEMBALIKAN KEKUASAAN MELAYU MELALUI UMNO

Petikan ucapan KU LI di Balai Rakyat Bukit Cekati Gua Musang 4hb April 2008 Jam 10pagi
Ucapan penuh boleh dilayari di http://klpos.com

"Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN."

"Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya."

"Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka."

PEMUDA

Dengaq habaq Hishamuddin akan lepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno kepada sesiapa saja yang nak bertanding. K.Toyo ngan Mukhriz nampaknya berminat untuk bertanding. Apahal pulak dengan yang nombor 2 tu. KJ takkan nak dok diam saja.

Kenyataan KJ hari ini menunjukkan kesetiaan dia kepada Hisham dan menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukan samada dia bertanding untuk No.1 atau nak maintain No.2.

Dengaq habaq juga kalau KJ bertanding untuk No.1, KToyo ngan Mukhriz akan la la li tam plom siapa nak masuk. Berat kepada KToyo memberi laluan pada Mukhriz, dan bersama sama menghancurkan KJ.

Dengaq habaq ramai jugak yang hairan dan terkezut dengan tindakan Hisham yang tak mau mempertahankan jawatan nya. Ada kah ini satu taktik sepupu sepusat sepusing, mak lain2 pak asing2 antara dia ngan Najib? Kemungkinan besaq dua beradik sepupu ni dah siap planning untuk lebih jauh kehadapan di dalam Persidangan UMNO Disember ini. Yang bestnya, Hisham melepaskan jawatan hanya selepas mendengar KToyo dan Mukhriz berhasrat untuk bertanding.

Ini menunjukkan yang dia semacam tak harap nak tinggal Pemuda kepada KJ. Bila ada hasrat orang lain nak bertanding baru dia rasa lega dan terus buat pengumuman.

15.8.2008

Dengaq habaq Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah meminta jasa baik ahli ahli UMNO dan juga rakyat agar tidak lagi membuat usul agar Pak Lah letak jawatan. Katanya lagi biar lah Pak Lah memikul jawatan tersebut kerana pihak pembangkang berkeyakinan untuk merampas takhta Pak Lah lebih senang lagi dari makhluk lain yang memegang jawatan itu.

Dia juga menambah lagi bahawa PKR memberikan masa 4 bulan bermula dari 15hb April kepada BN untuk bersedia menyerahkan kepimpinan Malaysia kepada mereka. 15hb Ogos Malaysia akan mendapat pucuk pimpinan baru dan semestinyalah Perdana Menteri baru.

Kita tunggu dan lihat 15 Ogos ini. Tak mustahil....

Thursday, April 3, 2008

TEORI

Dengaq habaq memba di Jitra kata gang gang muda disana pakat dok hantaq borang permohonan masuk PKR. Angka dia setakat ni katanya dah mencapai ratusan dah. Itu satu perkembangan baru yang sihat pada PKR dan amat nazak sekali kepada UMNO.

Dengaq habaq lanie, DSAI ni dah dianggap sebagai PM kepada 5 buah negeri dalam Malaysia. Capai jugak lah cita cita dia nak jadi PM walaupun 5 negeri.

Dengaq habaq jugak lagi DSAI dianggap penyelamat kerana Pakatan Rakyat dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP. Maka dengan sendirinya terhapuslah parti ethnik atau pun parti perkauman. MCA , MIC dan UMNO dah tak relevan lagi.

PKR adalah sebuah parti yang di anggotai oleh semua kaum. Melayu, Cina, India dan lain lain semuanya boleh masuk PKR. Tak berlandaskan apa apa ethnik. Terbuka untuk semua. Ini adalah suatu pendekatan yang baik cuma jangan di porak perandakan oleh kepimpinan parti sudah la...

PAS adalah sebuah parti Islam yang juga tak mengira kaum tetapi mestilah beragama Islam untuk menganggotai nya. PAS juga mempunyai kelab penyokong nya yang terdiri dari orang yang bukan beragama Islam.

DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi dan mengidami sebuah Bangsa Malaysia tetapi Cina yang ramai menganggotai nya. Ini adalah kerana ketua ketuanya berbangsa Tionghua...Ini jugak adalah sebuah parti yang tidak menekankan ethnik sebagai syarat untuk menganggotai nya.

Kalau Pakatan Rakyat berjaya merampas Malaysia dari tangan BN maka kita berpeluang untuk menyaksikan hancurnya parti parti ethnik kerana mereka ini sudah tak dak fungsinya lagi selain dari mengapi apikan isu perkauman.

Yang risau nya disini adalah PAS ngan DAP yang aku rasa masih meragui antara satu sama lain dan saling tidak mempercayai. Kesepakatan mereka ini hanya diperkuatkan dengan kehadiran DSAI yang mana boleh dianggap sebagai titi penyambung bagi kedua parti tersebut

Waduh...sedap juga bila dengaq teori ni. Rasa teruja sekejap. Marilah kita renong renongkan samada situasi ini boleh di realisasikan.

SOPAN

Dengaq habaq kelmarin 2/4/08 sekumpulan bekas Ahli Parlimen, termasuk juga mantan menteri dari era Tun Razak berkumpul di Memorial Tun Razak untuk mencapai kata sepakat dan mengirim satu delegasi untuk bertemu PackLah untuk menasihatinya supaya mengundur diri agar UMNO dan BN dapat dipulihkan seperti sediakala. Terubatnya UMNO maka secara tak langsung juga mengubati hati hati Melayu yang terluka.

Seperti kenyataan yang dibuat oleh PackLah dalam media hari ini menyatakan dia tidak akan lari dari tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri. Tetapi bertanggung jawab diatas kekalahan UMNO/BN dia tak mahu sebut langsung. Masih bertegang yang dia berjaya menubuhkan kerajaan walaupun mendapat majoriti mudah kerana rakyat memberi mandat padanya.

Aku rasa rakyat kita ni masih sopan dan telah meminta secara elok supaya PackLah lepaskan saja jawatan tu dan biarlah penggantinya pulak yang memimpin Malaysia. Kalau rakyat dah hilang sabar maka kesopanan dan kesusilaan yang tertera didalam Rukunegara mungkin di lupakan sejenak dan jadik lah benda yang kita pun tak syok nak tengok...

BANNER

Photobucket

Dengaq habaq KedahLanie lapor kata banner ni di gantong oleh Pemuda Kuala Kedah, tapi aku rasa bukan kut. Kalau tak silap perkiraan aku banner ni mai dari utara Kedah. Sedap kata kata dia, sinis tetapi beradab. Anak sapa lah agaknya yang buat ni...

Dengaq habaq jugak kata banner ni tak tahan lama sebab telah diturunkan oleh makhluk yang tak suka dengan kata kata tu. Mungkin Bandaraya Aloq Setaq buang kut sebab tak minta lesen nak gantong banner....

Wednesday, April 2, 2008

DEMOKRASI?

AKAN DATANG

Dengaq habaq PKR dah tersangat lah konfiden la ni bahawa Anwar Al Jub sudah hampir menakluki Malaysia. Sembang sembang kedai kopi yang terbaru ni 18 orang MP BN dah tunggu masa yang sesuai untuk lompat.

Dengaq habaq senario dia camni yang aku dengaq di salah sebuah Kopi Tiam di sebelah Pantai Timoq... Bila habis edah Al J, dalam pertengahan bulan April ini, dia layak bertanding. Padang permainan dia bukan di Permatang Pauh, bukan di Cheras tetapi di suatu kawasan Parlimen yang akan dikosongkan oleh seorang MP BN. Ni yang suspen nya sebab tak siapa boleh konfom daerah mana.

Walau bagaimanapun setakat hari ni 2hb April katanya 18 MP BN dah ready untuk tukar kem. 70% MP tu adalah dari cawangan PEMUDA. Ni semua dengaq habaq sajalah. Kalau tak jadi hampa janganlah dok saman aku pulak.

Nampak gaya cerita yang di hidangkan ni, adalah, nampak hala tuju dia sekiranya semua plot mengikut skrip yang di tulis. Bila dewan rakyat buat undi tak percaya dan cukup bilangan katak katak yang akan melompat maka terbubar lah Parlimen, maka terbanglah PackLah ke Australia untuk bercuti panjang.

Aku rasa baiklah PackLah ni pikiaq betui betui outcome benda ni, jangan sampai dia kena turun pasai di tarik. Biaq lah dia turun atas kesedaran dia bahawasanya dia tak boleh handle situasi ni dan dia bukanlah pemimpin yang rakyat kehendaki masa kini.

Rakyat yang lantik untuk jadi Yang Berhormat, biarlah dia turun dengan cara yang terhormat.

PANTAU MEMANTAU

Dengaq habaq UMNO Kedah bagi arahan supaya ahli Majlis PBT dan JKKK meletak jawatan dan sebaliknya JKKK akan dilantik menjadi JKKK Persekutuan yang mana tugas nya adalah sama dengan tugas JKKK negeri.

Apakah motif UMNO dalam isu ini wallahualam. Dengan keputusan ini maka akan terjadi konfliklah bila terdapat 2 JKKK didalam sesebuah kampong nanti. Apa akan jadi pada rakyat yang akan jadi lebih bingung bila ada 2 jawatankuasa kampong mentadbir kampong itu. Bukankah itu macam nak buat kacau saja.. Pembaziran yang tak boleh diterima oleh aku lah perkara macam ni. Nak tunjuk lagak kuat apa lagi kalau dah kalah. Diam sudah la. Tengok lah apa kerajaan baru nak buat. Ni dok jadi pengacau bagi lebih senduk lah pulak.

Tambah besaq lah ranggi JKKK ni semua. Masuk bawah Kementerian pulak tu. Sapa bayaq gaji? Orang Kedah bayaq gaji untuk 2 JKKK. Duit kita semua tu.

Tok Det ni kan, dari dulu tak habih2 dok baziaq duit. Kalau hampa buat kerja ngan betui, telus dan jujur dulu takkan boleh kalah. Dah kalah banyak songeh la pulak, nak buat tu buat ni. Duit rakyat jugak yang dibelanjakan. Cukup lah. Hentikan lah.

Patutnya pikiaq, buat think tank dan cari solution camana nak dapat balik negeri yang hilang. Ni dak...dok kira nak perabis duit rakyat lagi. Hampa tengok Dr.K sat. Dia tanggung jawab sepenohnya, buat blog supaya dia boleh dapat feedback dari rakyat jelata, cari sebab musabab kekalahan parti UMNO, bukan macam ni cara dia. Hampeh betuilah...Tak dapat balik dah Kedah ni aku nampak...