Thursday, April 3, 2008

TEORI

Dengaq habaq memba di Jitra kata gang gang muda disana pakat dok hantaq borang permohonan masuk PKR. Angka dia setakat ni katanya dah mencapai ratusan dah. Itu satu perkembangan baru yang sihat pada PKR dan amat nazak sekali kepada UMNO.

Dengaq habaq lanie, DSAI ni dah dianggap sebagai PM kepada 5 buah negeri dalam Malaysia. Capai jugak lah cita cita dia nak jadi PM walaupun 5 negeri.

Dengaq habaq jugak lagi DSAI dianggap penyelamat kerana Pakatan Rakyat dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP. Maka dengan sendirinya terhapuslah parti ethnik atau pun parti perkauman. MCA , MIC dan UMNO dah tak relevan lagi.

PKR adalah sebuah parti yang di anggotai oleh semua kaum. Melayu, Cina, India dan lain lain semuanya boleh masuk PKR. Tak berlandaskan apa apa ethnik. Terbuka untuk semua. Ini adalah suatu pendekatan yang baik cuma jangan di porak perandakan oleh kepimpinan parti sudah la...

PAS adalah sebuah parti Islam yang juga tak mengira kaum tetapi mestilah beragama Islam untuk menganggotai nya. PAS juga mempunyai kelab penyokong nya yang terdiri dari orang yang bukan beragama Islam.

DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi dan mengidami sebuah Bangsa Malaysia tetapi Cina yang ramai menganggotai nya. Ini adalah kerana ketua ketuanya berbangsa Tionghua...Ini jugak adalah sebuah parti yang tidak menekankan ethnik sebagai syarat untuk menganggotai nya.

Kalau Pakatan Rakyat berjaya merampas Malaysia dari tangan BN maka kita berpeluang untuk menyaksikan hancurnya parti parti ethnik kerana mereka ini sudah tak dak fungsinya lagi selain dari mengapi apikan isu perkauman.

Yang risau nya disini adalah PAS ngan DAP yang aku rasa masih meragui antara satu sama lain dan saling tidak mempercayai. Kesepakatan mereka ini hanya diperkuatkan dengan kehadiran DSAI yang mana boleh dianggap sebagai titi penyambung bagi kedua parti tersebut

Waduh...sedap juga bila dengaq teori ni. Rasa teruja sekejap. Marilah kita renong renongkan samada situasi ini boleh di realisasikan.

2 comments:

Anonymous said...

aku seriyau hang dok panggil AL jUB..Nanti dia jadi PM mampuih hang,aku tak pa ada labu2,pasai aku kata beli KY

khalifah said...

Tu nama manja, tak salah apa...