Sunday, May 11, 2008

MUHYIDDIN

Dengaq habaq Muhyiddin rasa macam nak bertanding untuk tempat yang lebih tinggi dalam parti setelah beberapa lama memegang jawatan yang sama saja. Kalau dah keinginan sebegitu makanya tempat yang atas lagi adalah tempat Najib atau Pak Lah je lah.

Dengaq habaq Muhyiddin pun dah mempersoalkan sistem kuota pencalunan yang diguna pakai dalam UMNO untuk pertandingan sesuatu jawatan. Katanya sistem inlah yang memangkinkan lagi politik wang. Beliau juga menyatakan yang beliau pernah membawa persoalan itu kepada TDM suatu masa dulu tetapi tidak diendahkan malah TDM menyuruhnya ikut sahaja sistem yang ada. Tetapi sekarang TDM pulak yang meminta agar sistem itu di tolak.

Walau camana sekali pun pertandingan dalam parti adalah sihat dan melambangkan demokrasi sepenohnya. Yang membuatkan tak sihat adalah serangan peribadi dan juga ahli ahli yang tak sporting dan akan berdendam tak sudah. Ahli jenis ni ken kuteh(cubit) buang..

No comments: