Monday, April 7, 2008

PAK LAH....

Alhamdulillah...Akhirnya Pak Lah bangun dari tidurnya dan menjawab segala pertuduhan terhadapnya dengan nada yang sedih sekali. Nampak macam nak menangis dalam TV.

Sepatutnya Pak Lah tak perlu tunggu sekian lama untuk menjawab, hampir sebulan selepas PRU12 baru nak berkata sesuatu. Itu pun setelah di kecam hebat oleh bekas pemimpin, pemimpin dan rakyat jelata. Lagi lama dia tak berkata kata maka tohmahan atau kutukan dewata yang di lemparkan pada nya akan tersemat di hati rakyat.

Dia bukan saja menjawab apa yang Tun kata, siap dengan cerita kisah Tun sekali semasa jadi PM dulu. Ha...lanie baru ada akai. Macam ni lah yang kita mau. Pemimpin yang berani mempertahankan diri apabila diserang. Dan juga yang berani menyerang balas.

Walau bagaimanapun aku masih rasa Pak Lah dah terlambat. Ramai sangat dah yang meluat dan rimas ngan kepimpinan dia ni. Harap2 dia tau lah apa yang patut dilakukan, sebab aku tak mau dan tak ingin tengok dia dijatuhkan. Kesian. Sedih. Aku lebih rela tengok dia turun ngan sendiri selepas dia naikkan balik nama dia sikit...Nak naik sepenohnya aku rasa berat sikit sebab banyak yang dah rosak oleh kerana terlalu relax dan complacent.

No comments: