Sunday, April 27, 2008

GERAM...

Dengaq habaq Hishamuddin dah minta maaf pasai isu keris dalam perhimpunan dulu. Ada lah gamaknya orang bagi tahu dia yang episod tu adalah salah satu daripada sebab bangsa asing lari dari menyokong BN. Episod keris ni dah lama. Memang Cina dah berbunyi lama dah pasai ketidak setujuan mereka. Apahal la nie baru nak pohon maaf. Dulu bila orang tegur, apa yang di jawab? Semua ni wayang. Masa banyak sokongan hampa ikut suka hati hampa saja. Hampa semua juah. Hampa semua ranggi. Lupa yang dok bagi hampa dok tang situ semua adalah rakyat. Rakyat yang terdiri dari berbilang kaum.

Cerita Melayu sebagai Tuan dalanegara ni tak payah dok heboh. Semua rakyat tau tentang kedaulatan Melayu ni. Apa nak dok pi heboh, saja nak bagi orang sakit hati. La nie baru padan muka. Ana bukan lah nak support Cina ka, India ka atau bangsa lain dari Melayu. Ana rasa kita dok dalam Negara yang berbilang kaum yang mana kita memerlukan antara satu sama lain untuk hidup, untuk memajukan negara, untuk memartabatkan Malaysia dimata dunia, buat apa nak dok tunjuk samseng kat bangsa lain. Hampeh.

La ni nampak sangat lah kita ni menggelabah. Sana sini la nie dok mengaku bertanggung jawab. Sanggup letak jawatan.Lepas sebulan setengah baru nak rasa tanggung jawab. Aduhai tak dak klas langsung. Lepas rakyat dah tenyeh betui betui, baru nak menangis, alahai...betui betui la drama yang boleh terima anugerah lakonan terbaik. Esok dapat sokongan balik camtu lah juga, depa nanti lupa.

Khir Toyo boleh bagi penyapu kat Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Hulu Selangor. Ha la nie, amacam? Patut Tan Sri Khalid mau bagi award kat Khir pulak. Kena bagi penyapu jamban supaya dia boleh cuci segala tahi yang dia dengan bini dia tinggai. Bini dia pun pandai pandai transfer duit tu pi ke tempat lain lepas kalah pasai apa? Duit tu duit persatuan bini bini wakil rakyat. Tolong orang orang susah lah katanya. Takut bini bini wakil rakyat baru, nanti makan duit tu dan tak tolong orang susah. Yang sebenaqnya, depa yang ambik alih kerajaan lama ni lagi susah nak buat kerja depa, sebab semua orang dok tengok dan tunggu depa buat salah saja. Tak perlu risau. Tak perlu nak tunjuk terrer. Orang dah kenai ngan perangai hampa semua..

Ana rasa geram lah 2/3 hari ni bila baca cerita cerita ni semua. Yang tu lah lumrahnya. Apa pun yang dibuat RM juga yang jadi penentunya. Nak tolong orang ka, nak songlap orang ka, semua nya pasai duit.

Kedah pun ada jugak satu Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. PBANK untuk singkatannya. Memang depa selalu dok pi bank lah dok pi ambik duit dan belanja duit. Dengaq habaq persatuan ni di terajui oleh Kerabat DiRaja Kedah. Tapi depa ni base kat KL. Ramai yang support PBANK ni dari segi kewangan. Bagi pun bukan bagi saja. Bagi ada makna.

Majlis depa ni bila masa pun ada hiburan. Sebab Peneraju Persatuan ni , laki bini suka menyanyi. Buat album dengan Mawi lah, dengan Nurul lah dan sapa sapa lagi. Nak pi cari performer untuk show pun depa pi sendiri. Meneru pi. Lebih banyak duit habis untuk organise Majlis kutipan dana daripada bantuan yang diberi kepada mangsa bencana alam. Hidup depa seronok saja. Cari lembu, cucuk hidung, tarik, tunggang.

Yang susah akan tetap susah...Ini lah antara Melayu Melayu yang ana tengok dalam Masyarakat kita hari ni yang dok berselindung disebalik jawatan, pangkat dan kedudukan mereka untuk hidup bersukaria... Dangdut bannnggg....Ampun Tuanku...

7 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...
cium keris salah...kalau dah kalah gitu lah..semuanyer salah...

bagi subsidi minyak sampai 20bilion salah dan tak bagi kan semua barang naik...kira lagi salah...

tak tengok website teresa kok (DAP) syok potong babi (ingat nyer ada lima ekor yang masih panas kepala dan ekor tak dipotong) pastu terus cium pisau.... tak pe kot...

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...
cium keris salah...kalau dah kalah gitu lah..semuanyer salah...

bagi subsidi minyak sampai 20bilion salah dan tak bagi kan semua barang naik...kira lagi salah...

tak tengok website teresa kok (DAP) syok potong babi (ingat nyer ada lima ekor yang masih panas kepala dan ekor tak dipotong) pastu terus cium pisau.... tak pe kot...

Bangsa Malaysia said...

Cium keris tak salah. Agong pun cium keris semasa pertabalan dia.Yang tak betuinya bila kita terlampau nak menakutkan bangsa lain tentang ketuanan Melayu. Benda ni tak perlu nak ulang. Semua bangsa lain dah tau Melayu tu sapa. La nie, dah dapatlah penangan nya

Cabai Kampong said...
This comment has been removed by the author.
Cabai Kampong said...
This comment has been removed by the author.
Cabai Kampong said...
This comment has been removed by the author.
Cabai Kampong said...
This comment has been removed by the author.