Thursday, April 10, 2008

PM ROMANTIK

Dengaq habaq ramai juga rakyat yang bengang dengan kelantangan Karpal mengutuk TDM. Ramai yang rasa siapa dia Karpal ni yang boleh mengeluarkan kata2 sebegitu rupa kepada negarawan Malaysia yang ulung seperti TDM ni.

Tapi apa nak buat kalau dah Melayu sendiri dok kutuk TDM, apatah lagi bangsa asing. Lupakah kita akan jasa baik dia dulu? Lupakah kita pembangunan yang dia bawa dulu? Lupakah kita kepada kepahlawanan dia dulu menentang Zionis dan Amerika? Kalau dah negara negara ke 3 boleh sanjung TDM, pasai apa kita dok cerita segala yang tak elok berkenaan beliau.

Ikutlah telunjuk PM yang ada la nie, untuk nak menutup kekurangan diri sendiri, bukalah cerita kesalahan orang lain, keburukan orang lain dan dengan itu dapatlah mengalihkan perhatian ke individu lain daripada rakyat menilai kelemahan dia. Mempertahankan anak menantunya walau pun seantero Malaya ni tau apa yang dilakukannya. Seantero Tanah Melayu ni sakit hati, meluat dengan keangkuhan nya.

Apa nak jadi kepada negara ana yang tercinta ini kalau dah dapat pemimpin yang disangka amat bersih, alim, imam dan fasih dalam keagamaan, tiba tiba bertukar menjadi seorang yang romantik. Cium bini di khalayak ramai. Perangai Melayukah tu? Berpegangan tangan dikhalayak ramai , tidak menegah isteri menelanjangi rambut di khalayak ramai, masih boleh dianggap Imam kah sebegitu? Imam kepada rakyat Melayu di Tanah Melayu ni. Ramai Menteri yang berbini dan berlaki, kecuali Azalina yang masih tak tentu hala, tapi tak dak pun yang dok muah..muah..muah..ngan bini depa depan orang ramai.

Alahai, kalau setakat nak tunjuk sayang kat bini saja tak yah jadi PM lah. Ana nak mintak PM berubah lah sikit. Tunjuklah personaliti sepatutnya sebagai seorang PM.

TDM dah buat Malaysia ni sebagai negara contoh kepada negara2 ke3 di dalam dunia, pemimpin yang dihormati, disegani dan disanjungi. Tapi masuk PackLah, hancus nama Malaysia. Apa lagi yang rakyat Malaysia nak bangga? PM paling romantik dalam dunia....

No comments: