Thursday, April 17, 2008

HERO

Dengaq habaq la ni rata cerok, pelusuk negara orang dok cakap pasai peralihan kuasa. Rata rata rakyat dah berani menyatakan ketidak puasan hati masing masing. Ketua ketua cawangan, ketua ketua bahagian dan menteri menteri kabinet pun dah berani berterus terang menyokong PackLah sepenohnya untuk menyerahkan kuasa kepada Timbalannya yang juga dianggap sebagai Jeneral BN dalam PRU12 yang lalu. Kia pi kira mai, Jeneral yang cedera jugaklah kalau di kaitkan dengan persembahan keselurohannya, tetapi Harimau yang garang didalam hutan Pahang.

Kadang kadang terfikir juga dalam kepala otak ana ni, apakah perasaan PM sekarang setelah diberitahu oleh rakyat akan kelemahannya itu. Macam mana kah beliau menjalani hidup seharian berdepan dengan orang orang yang suspek akan kepimpinan beliau?

Dengaq habaq, sekarang ni banyaklah reformasi yang PM dok jalankan. LPG di Sabah dan Sarawak dah diselaraskan harga dengan Semenanjung, mungkin hari tu dah kena ugut dengan orang sana.

Dengaq habaq yang terbaru sekali, malam ni, akan diadakan majlis makan malam diantara Kerajaan dengan Bar Council dimana PM akan menyatakan kekesalan dia yang teramat sangat atas apa yang terjadi kepada Institusi Kehakiman pada tahun 1988, 20 tahun yang lalu. Kerajaan juga sedang merancang untuk memberi pampasan kepada "mangsa" yang terlibat didalam episod itu. Jumlah pampasan masih belum di tetapkan.

Dengaq habaq juga PM meminta semua Hakim yang terlibat hadir pada malam ini apabila dia menyampaikan ucapan yang bertajuk "Delivering Justice, Renewing Trust". Ceritanya, lanie PM nak tunjukkan ketelusan dan keadilan serta mendapatkan kembali keyakinan rakyat terhadap Institusi Kehakiman yang didakwa telah dirosakkan oleh pemerintah sebelum beliau.

Tun Salleh Abas, Datuk George Seah, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah telah memberi persetujuan untuk hadir di majlis itu. Manakala Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman dan Tan Sri Eusoffee Adboolcader akan di wakili oleh keluarga masing masing.

Puan Sri Wan Azizah dan Saudara Lim Kit Siang juga dijangka hadir untuk sama sama meraikan kejayaan PackLah mengembalikan ketelusan dan keadilan serta bersama sama senyum apabila Kerajaan sekarang menyalahkan Kerajaan terdahulu, walaupun mereka datang dari Barisan yang mempunyai ideologi yang sama.

Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan simpati serta sokongan dari pihak peguam peguam dan juga untuk mendapat simpati dari rakyat untuk menyapukan bedak ke muka PM yang dah teruk di benci dan dihamun oleh orang ramai.

4 tahun pertama tak terlintas dalam kepala otak dia untuk mengerjakan ini semua, kemungkinan besar dok sibuk himpun harta untuk keluarga. Apabila dah tercekik sebab makan dengan gelojoh, terpaksalah buat benda ni ibarat sambil menyelam minum air. Menonjolkan diri sebagai hero kepada Institusi kehakiman dan juga menonjolkan keaiban kerajaan terdahulu, supaya orang bersimpati dengannya.

Ana rasa inilah jenis manusia yang elok sangatlah di jatuhkan segera agar tidak memudaratkan lagi kerajaan kita dan juga Negara kita yang tercinta ini.

1 comment:

abe MIE 'TERJAH' said...

Oleh: ABE G.MIE (penulis bebas)

ceritera POLITIK GAY dan POLITIK BABI?

Ada orang kat luar UMNO dok gila kuasa…..Mengamuk sakan…maklumlah partinya barusaja menang parlimen… mantan TPM tapi nak jadi PM….kira naik pangkat dari Penolong Pengurus kepada PEngurus Besar.

Apa…dia ingat Malaysia ni 'ladang ternakan' nenek moyang dia...nak buat apa boleh.. kata orang kronis dan nepotisme tapi bini anak dan kawan-kawan dilantik jadi YB pulak...bukannya apa.

Ini menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Pak Lah baru saja letak KJ jadi pembantu, macam2 orang kutuk. nie anak bini kira ok pulak. Politik Gay katakan.

Ceramah sana-sini….jadi nak senang kerja…tuduh orang rasuah..tapi diri sendiri baharu sahaja lepas dari mahkamah sabitan rasuah.... busuk membusukkan seperti kata shahnon ahmad.. orang tua kata- kuman dilaut nampak, gajah depan mata tak nampak…

Kecoh ladang babi….saya tak kisah dan ramai orang tak kisah sebab ladang babi bukan bina depan rumah kita…. Tapi kenapa tak bina kat Pulau Pinang atau Kepong …sampai sekarang tak jawab…

kat Kelantan banyak tanah kosong…Tok Guru boleh approved (lulus)... Kelantan hebat sebab no3 penternakan babi di Malaysia…(tak mahu jadi no1 ke)…dan kecoh tak ada hal sebab tok guru yang approved...
alasannya...kita jamin orang Islam tak makan babi...sebab kita Islam makan KFC (KFChicken) bukannya KFB (KFBabi) tapi ter-bau najisnya ada lah... terpijak tahik mungkin tak sebab ladang babi bersih...apapun, tak payah lah sokong sangat babi…

pasal air percuma..sekarang belum kasi lagi kat selangor..kesian orang selangor..tapi babi boleh guna air banyak...alasannya- untuk bersihkan diri… siapa nak kondeng (sekat)?...

orang kata orang Kelantan hebat dan hero... pasal politik... betul..tapi realitinya Orang Kelantan seperti saya dan kebanyakan dah jadi macam orang Indo, Nepal dan Myanmar (tak suka kerja di negeri sendiri)…tak suka dok negeri sendiri…berhijrah…beli rumah negeri orang…. Tinggal anak bini atau mak bapa kat kg sudah tua kerana nak cari makan…

di Kelantan pekerjanya perlukan gaji dan pendapatan minimum..setakat RM15 sehari bolehlah..

oooiii harga barang dah naik..gaji rendah....saya baru balik dari Kelantan…makanan kat Kota Bharu lebih mahal dari restoran di Selangor…pasal gaji bangla, myanmar, nepal datang kerja kat Selangor lebih tinggi gaji dari orang Melayu Kelantan tapi makanan kenapa boleh mahal...salahkan Barang Naik (BN) lagi ke….

pelaburan tak ada... 18 tahun lebih dok main lagu bangau oh bangau lagi..doa tetap doa…tubik (keluar-tamat) belajar kat Universiti kerja tak ada..kalau buat lading babi kat Kelantan boleh menyediakan peluang pekerjaan…

bertambah lagi undi kepada PAS…insyaallah..

masalahnya, hari-hari dok maki orang, ceramah situ sini, ..bukannya pikir nak bagi rakyat kerja atau pendapatan...sedarlah

...kita dok ceramah ramai2 bagi pelabur takut adalah... isi masa dengan benda lain tak ada ke?

kini pelaburan berpindah ke Negara lain seperti Vietnam dan China...saya megah dengan orang Melayu menang politik---sebab pembangkang jadi kerajaan...orang Cina boleh kerja di Vietnam dan negara China kerana penguasaan bahasa mereka hampir sama...

yang parah Cina kuasai politik...dan dah terbukti...melayu jadi tukang juara Dikir Barat dan Wayang Kulit aje... percaya tak yang orang cina bertaraf SPM setaraf orang Melayu bertaraf ijazah dalam pembayaran gaji? Itu tak apa… takutnya orang Melayu taraf ijazah jadi cleaner (tukang cuci) aje…

bangsa Melayu =bang Indo….minta pakatan rakyat jawab... dan kalau boleh bawa masalah ini kepada PM dan menteri sumber manusia…

lapan tahun saya keluar university… saya berada di bahagian pengurusan swasta asing….saya lihat bangsa Melayu jadi ayam-itik mencari kerja…kat orang India dah lama kena dibuli….

Kesian…yang ada ijazah merempat...salah kan BN tak bagi kerja sedangkan Pakatan Rakyat tak ada minat nak menarik pelaburan ke negeri pemerintahan...kemudian betulkan mentality pelabur tentang bangsa Melayu…

Kalau orang Melayu maju, islampun maju…ada lagi perompak… bolehlah kita buat hukum hudud… buat hudud tapi kerja tak ada…jadi perompak,,,, hukum aje tahu…
Saya nak ulang 1000 kali -negara kita sudah menjadi Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Myanmar...

horeee dan tahniah..dok bergolak... dulu bilang Indonesia beginie, nampaknya tempias kat kita pula….lepas nie kita jadi seperti filipina...jom kita hijrah ke Singapura dan Arab Saudi nak cari rezeki...

fikirlah...