Showing posts with label Johari Baharum. Show all posts
Showing posts with label Johari Baharum. Show all posts

Wednesday, March 19, 2008

LOBBY MELOBI...

Dengaq habaq ramai jugak yang terus lobi melobi untuk jadi setpol lah, P.A lah dan macam macam lagi bila berita angin laut India Pasifik kata Jo Pak Om dilantik jadi Menteri penoh. Gang hak dok ampu Jo siap ngan bunga manggar, nak kalung bunga lah dan macam macam jenih bunga lah nak sambut menteri kononnya.

Dengaq habaq bekas kastam, cikgu dan mcm2 lagi dok kira nak sambut sakan lah, lebih pada nak sambut Taipusam lagi dengan bunga bunga nih. Nasib baik tak dak sapa bawak nyoq untuk dipecahkan. Klu tidak weil, weil lah.

Jo masih kekal taraf jawatan yang lama jugak. Tak naik dan tak turun. Gang yang benci kat dia dok kata dia dinaikkan pangkat jadi officer boy Pak Lah. Apa pun Jo, dengan komen hang pasai Mukhriz tu dah sah hang dapat musuh baru.

Dengaq habaq ramai yang tunggu Jo masa Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian nanti. Depa nak bertanding habis habisan ngan Jo. Mukhriz yang Jo kata tak berjasa kat Kubang Pasu dan dilantik sebagai calun kerana mengenang jasa Tun, sahih dah akan bertanding. Ranap Jo Derhaka. Dulu dia tikam bapak Mukhriz kut belakang, aku ingat kali ni Mukhriz nanti ludah muka dia kut depan.

Dengaq habaq Tok Ad pun dok intai tempat tu jugak. Tapi yang common nya, orang lain semua meluat kat Jo, jadi tak mustahil depa pakat dan tenyeh Jo hidup2.

Dengaq habaq kalau benda yang diidam terjadi, ada orang sanggup buat makan cara besaran siap ngan artis sekali.

Sunday, March 2, 2008

Kisah Johari Baharum

Dengaq habaq buku yang dok edar kat Jitra ni adalah kisah Datuk Johari Baharum. Kononnya buku ni mencatatkan kisah dia dari mula mula menjinak ngan politik dulu...Wallah huallam..

Dengaq habaq ada juga kuncu kuncu calun ADUN yang akan mencetak rompak buku tu supaya dapat diedarkan dengan kebih agresif lagi. Nampak sangat lah ada kacau bilau dalam UMNO Kubang Pasu ni. Cetak rompak ni tak merugikan penerbit malah menguntungkan lagi kerana pengedaran nya akan jadi lebih luas...Anyway buku tu memang diedar percuma.

Dengaq habaq cerita cerita macam ni lah yang akan memeriahkan lagi PRU di Kubang Pasu.

Satu Parti Lain Hati

Dengaq habaq semalam DJB dan kuncu kuncu nya pi berkempen. Sudah berkempen, DJB minta dirilah dan pergi ke tempat yang seterusnya untuk berkempen lagi..Ada lah kuncu yang mai sama berkempen tadi tak ikut DJB pi tempat seterusnya malah sambung kempennya di situ. Tetapi tajuk dia dah bertukar. Tajuk dia kali ni amat bertentangan dengan tajuk yang DJB bawa dan sebaliknya telah memperkecil dan mengutuk DJB walhal semua nya satu parti tapi berlainan kem.

Dengaq habaq melaporkan dari sumber di Kg. Naga, Jitra.

Dengaq habaq ada sebuah buku yang menceritakan keburukan DJB telah diedarkan supaya dapat di baca beramai ramai. Ini adalah satu usaha yang baik bagi entrepreneur Melayu di Jitra yang menceburkan diri dalam bidang penerbitan. Syabas..harapan dengaq habaq dapat buku tu supaya kita boleh sebarkan melalui internet dan mendapat audience yang lebih ramai lagi seluruh antero dunia...

Dengaq habaq buku tu akan jatuh ke tangan "cub reporter dengaq habaq" hari ni dan kita akan masukkan di dalam blog ini.

P.S DJB=Jo

Friday, February 29, 2008

Jamuan Rakyat; Jasamu Dikenang

Dengaq habaq dari Malaysia Today

Penulis Khas, HARAKAH


Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi persetujuan untuk hadir dalam satu majlis yang dianjurkan khas untuk bekas Perdana Menteri itu, "Jamuan Rakyat; Jasamu Dikenang". Program tersebut dikatakan diusahakan oleh seorang usahawan dari Jitra yang berpejabat di Kuala Lumpur.

Permohonan rasmi diajukan kepada pejabat Dr Mahathir dikatakan dibuat pada pagi 22 Februari 2008, manakala tarikh yang dicadangkan untuk majlis jamuan rakyat itu ialah 29 Februari 2008. Difaham Dr Mahathir telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis tersebut, melalui surat dikeluarkan pada 27 Februari 2008.

Apa yang menarik, mengikut penganjur, pada awalnya Dr Mahathir dijangka tidak dapat hadir kerana mengikut jadual yang ditunjukkan oleh pegawai di Yayasan Kepimpinan Perdana, bekas wakil rakyat Kubang Pasu sejak 1974-2004 itu mempunyai program di sebelah pagi 29 Februari. Walau bagaimanapun, pihak penganjur mendapat berita yang mengejutkan apabila Dr Mahathir telah memberi persetujuan dua hari sebelum program jamuan rakyat itu.

Persetujuan rasmi Dr Mahathir itu telah menimbulkan kegemparan di Jitra dan seluruh kawasan Kubang Pasu, apatah lagi dalam suasana kempen pilihan raya ini. Kehadiran Dr Mahathir dijangka mengundang masalah dan kesulitan kepada calon-calon BN di Kubang Pasu memandangkan mereka memiliki sejarah hitam menjatuhkan maruah Dr Mahathir mesyuarat agung Umno bahagian kira-kira dua tahun lalu.

Orang Kubang Pasu khususnya ahli-ahli Umno tidak akan lupa bagaimana Dr Mahathir yang begitu banyak berjasa di daerah itu telah diaibkan apabila percubaan beliau untuk menjadi perwakilan ke perhimpunan agung Umno tewaskan melalui amalana rasuah politik wang.

Seluruh negara tahu bahawa pihak yang memalukan Dr Mahathir itu ialah Dato' Johari Baharum, Dato' Saad Man, Dato' Haji Zaini, Tan Sri Osman Aroff dan ramai lagi ahli-ahli jawatankuasa bahagian Umno Kubang Pasu.

Orang-orang yang naik dan berjaya kerana Dr Mahathir tiba-tiba boleh bertindak menikam negarawan ulung itu dari belakang. Peristiwa itu begitu mengejutkan ahli-ahli Umno di seluruh tanah air. Tidak terfikir bagaimana seorang tokoh bertaraf antarabangsa boleh dimalukan oleh anak-anak didiknya sendiri.

Persoalan yang hangat dibicarakan sekarang, mengapa Dr Mahathir yang telah bersedia hadir program rakyat Kubang Pasu itu boleh membatalkannya di saat-saat akhir?

Golongan yang mengkhianati Dr Mahathir pasti menjadi cemas apabila rakyat Kubang Pasu yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik boleh menjemputnya ke sebuah majlis kenduri rakyat. Walhal pihak penganjur yang tidak dikenali itu bukannya golongan yang sebelum ini asyik mencium tangan Dr Mahathir, atau yang mendapat apa-apa projek semasa Dr Mahathir berkuasa dahulu.

Ahli-ahli biasa Umno Kubang Pasu memang cukup kecewa dengan langkah tikam belakang Dr Mahathir itu, sehinggakan pemimpin Cina tempatan pun boleh bersungut: "Bagaimana orang yang suap nasi ke mulut kita boleh kita lumurkan najis ke mukanya? Pelik sekali apabila pemimpin Umno Kubang Pasu yang menjadi kaya raya dan berpengaruh disebabkan pertolongan Tun boleh bertindak begitu kurang ajar."

Seorang kakitangan kerajaan yang berasal dari Kelantan dan sekarang menjadi pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mengatakan, "mahu tak mahu, semua orang kena terima bahawa jasa Dr Mahathir amat besar kepada Kubang Pasu. Kalau bukan kerana Tun, Kubang Pasu sampai hari ini mungkin tiada apa yang istimewa, malah tiada UUM, tiada IPDA, tiada POLIMAS dan lain-lain lagi."

"Sebab itu kita hairan bagaimana sejak Tun bersara sehingga hari ini, tiada satu majlis pun, umpama Jasamu Dikenang dianjurkan, sama ada oleh Umno, Barisan Nasional, Majlis Daerah atau mana-mana Jabatan Kerajaan di Kubang Pasu," tambahnya.

"Sebab itulah, apabila ada penganjur sanggup mengeluarkan belanja untuk menjayakan Majlis Jamuan Rakyat, Jasamu Dikenang, sudah pasti ia mendapat sambutan hangat dan menyedarkan pihak-pihak berkenaan yang agak lupa pada jasa Tun selama ini," sambung pensyarah tersebut.

Apa pun, hasrat rakyat Kubang Pasu untuk meraikan jasa-jasa Dr Mahathir tertangguh lagi. Rasanya ada tekanan dalaman agar majlis berkenaan, terutama sewaktu kempen pilihan raya ke-12 rancak berjalan.

Difahamkan pejabat Dr Mahathir memaklumkan kepada penganjur melalui SMS petang Khamis, 28 Feb: "Zulaimi, memandangkan beberapa masalah yang timbul bersangkutan dengan majlis esok. Tun M memutuskan tidak dapat hadir. Ia mengucapkan terima kasih di atas ingatan Zulaimi. lain kalilah ...insya-Allah, when u have more time 2 prepare."

Tidak dapat dibayangkan bagaimana kiranya Dr Mahathir dapat hadir ke majlis jamuan rakyat itu. Tentu ia penuh sesak dengan ribuan hadirin, dan calon-calon BN di Kubang Pasu, yang telah mengkhianati Dr Mahathir selama ini, mungkin akan datang untuk mencium tangan bekas Perdana Menteri itu lagi dan mengharapkan agar mereka tidak dibelasah di depan umum, terutama Johari Baharom, Saad Man dan juga Haji Zaini.

Dengaq habaq cut n paste je dari Malaysia Today:Your source of independent news

Wallah waalam...

Thursday, February 28, 2008

Dato' Saad Man n Dato Johari Baharum

Dengaq habaq, ada orang tak puas hati camana DSM ni boleh jadi bidan terjun dilantik last minit masuk calun. Ada yang kata dia ni duri dalam daging pada DJB .

Memang pun lepas kepala besaq besaq kepala naik dia tak mau lagi orang yang rapat ngan Tun. Aku tak salah dia sebab dia ada Boss baru, kena ambik hati Boss dia.

Dengaq habaq, ada orang yang lebih suka PR DSM dari DJB dan depa mengharap kalau DSM boleh gang ngan Mukhriz maka ada chance la Mukhriz masuk bahagian.

Dengaq habaq juga katanya camana depa nak gang bila DSM tikam belakang Tun dulu...

Dengaq habaq lagi katanya DSM memang nak tolong Tun masa pemilihan tapi di tahan oleh Tok Det dan diberi perjanjian untuk kurangkan pengantungan.

Dengaq habaq lagi satu katanya DSM ni kena buatan orang dan sedang merana atas kesalahan dia terhadap orang2 tertentu.

Dengaq habaq juga ramai yang dok berkemah di Bukit Indah la ni sebab ramai yang suka dan ada yang tak suka. Lumrah dunia. Gang yang dok ampu DJB pun ramai kat Bukit Indah la ni.

Dengaq habaq DJB dah ketaq lutut la sikit sebab belum nampak cerah lagi laluan yang dia nak lalui ni. Gang bawa lampu penyuluh dah tukaq kem.

Dengaq habaq Kubang Pasu ni sensasi juga berita berita dia sampai yang terbaru surat layang keluaq kata DSM tinggai bini tua dia...

Dengaq habaq dok ataih pagaq...Camana pun 8hb ni pasti bergegaq...

Gelak sakan

Dengaq habaq...Pak Lah, Tok 'Ad ngan Tok Mukriz gelak sakan dalam Berita Harian hari ni..Tapi Tok JB tak nampak rupa langsung. Camana la agaknya..Org kuat tak dak. Nak kata sibuk hal negara, la ni parlimen dah bubar. Big Boss mai pun tak nampak muka.

Dengaq habaq...pemilihan bulan Mei ni, harus tak dak jugak. Apa pun kita tengok 8hb ni lah camana. Gah sungguh cerita dia ni kat Jitra.

Aku masih tertunggu tunggu sapa sapa nak bercerita ngan lebih lanjut pasai apa jadi macam ni.

Dok dengaq habaq saja....

Aiya...Kita pun tak mau kasi oo...

Dengaq habaq...Penghuni pekan Jitra yang berbangsa Cina pun dok heboh tak mau bagi undi kat kepala besaq besaq kepala ni... Adus...apa sudah jadi. Aku tak puas hati terus merisik lagi, pasai apa yang orang meluat sangat kat Cik Gu yang besa mengajar senaman ni. Dia bukan calang calang orang.Dah jadi Timb.Menteri dah pun. Dah besa boh orang dalam ISA dan dah besa lepas orang dari ISA. Pengalaman mentadbir KKDN lama jugak. Tak ketahuan apa ka orang Jitra ni dok rimas kat dia.

Risik pi risik mai dapatlah konklusi bahawasanya yang dok buat orang rimas ngan dia ni sebab orang kiri kanan dia ni..

Dengaq habaq...Chat Kastam ngan Cik Gu Najib katanya yang punca segala ketidak puasan hati orang ramai. Depa ni dok buat apa gamaknya. Aku harap adalah sapa sapa yang sanggup masuk campoq dan cerita sikit pe'el depa ni...Informer aku tak sanggup nak cerita sebab banyak sangat katanya. Boleh buat buku..

Dengaq habaq jelah....

WASSALAM

Dengaq habaq

Dengaq habaq, katanya Bang 'Ad kita ni lah yang dah selamatkan Jitra dari terjerumus pi kat PAS. Semua orang heran camana Tok 'Ad Man ni boleh celah masuk saat saat akhir ni...rupa rupanya ada cerita sensasi disebalik ni..

Dengaq habaq Guru Besaq yang nak jadi calun kat Jitra ni di war war kan cerita dah jadi broker la pulak. Bukan takat broker untuk diri dia nak jadi calun saja malah dah jadi broker tanah sama. Kira pi kira mai buleh la ke dia sekeping tanah dengan harga yang berpatutan. Sebagai seorang 'broker' dia pun terus masukkan harga yang tak berpatutan pada Koperasi Guru Guru Negeri Kedah untuk purchase tanah tu...Kamsen(komisyen) yang dapat tu lah kut yang buat istana hinggap dia. Cara lojik lah, bukan nak kutuk sapa sapa pun, besar manakah gaji sorang guru sampai boleh beli rumah harga 500 ribu ni?

Semua orang tau..tapi Tok Det tak tau sebab dia dok pi tutup mata kawan tu selama 4 bulan lebih katanya dok pi menongkoi opis MB sampai sekolah tempat dia mengajar pun dia tak sampai...dengaq habaq lah...

Last last minit Pak Lah dah tau dan PAS pun memang nak guna benda ni lah nak protes masa pencalunan...Tolak pencalunan tu PAS yak yeh lah...TAKBIR....

Last last Tok 'Ad Man lah penyelamat Jitra...

Alhamdulillah...Kalau Dia tak izin, tok sah buat camana lah, tok sah dok kambus camana lah mesti nampak. Tak nampak habis pun dia berbau...

Dengaq habaq je lah aku ni..pas tu aku share ngan hampa semua. Kalau rasa tak betui hampa tolong betuikan..

WASSALAM

Assalamualaikum...

Dengaq habaq....Kubang Pasu banyak sangat cerita menarik la ni...Katanya Parlimen mungkin bungkuih sebab kepala besaq besaq kepala dah buat honaq banyak sangat sampai kawan kawan lalang semua dah belah yang tinggai Shakir, Bendahari Bahagian ngan Zulfitri saja lagi yang dok ampu.

Kali ni tak dak dah sampul 200 tapi bagi sejadah, untuk senang di akhirat nanti tapi apa nak buat kalau bagi sejadah pun orang tak mau. Aduh sedih pak! Mesjid Teluk Malik bukan takat tak mau sejadah, depa tak mau orang yang bagi sejadah tu. Apa lagi, kepala besaq, besaq kepala arah Said Din pi ambik balik. Terkinja kinja la hamba Allah tu pi ambik balik.

Melayu ni kalau kita sembang pasai ugama ka atau apa apa saja berkenaan ngan mesjid ni, payah sangat depa nak tolak, habih sangat pun depa dok diam saja lah. Tapi kalau dah suruh pi ambik balik , tu menunjukkan sangat lah pemberian tu tak ikhlas. Kalau nak bagi kat mesjid pun tak ikhlas tak payah lah. Ingata la sama, zaman la ni bukan tunggu tua baru nak mati, yang muda pun ramai yang dah di panggil balik untuk mengadap yang Maha Esa. Apa lagi kalau dah setengah abad.Tetapi ada juga masa nya Allah simpan lama lama dan bagi macam macam musibah sebagai balasan atas apa yang kita buat dulu.

Aku ni bukannya arif sangat nak cakap pasai ugama ni, tapi takat jahil aku ni kira orait lah. Mulut mau manis dan hati mau baik be....

Bang ‘Ad ni nampak nya telah diterima semula kat Jitra ni. Depa pakat balik kat dia semua nya. Termasuklah gang gang yang dok ampu kepala besaq,besaq kepala tu. Tapi aku rasa Bang ‘Ad kena jaga jaga lah sikit. Kalau depa boleh lari daripada kepala besaq besaq kepala pi kat Bang ‘Ad, begitu jugak lah depa ni boleh lari dari Bang ‘Ad sekiranya ada masaalah. Kutu macam ni mau dok jentik buang.

Adios..Aku akan update lagi cerita sensasi di Kubang Pasu bila aku dapat berita sahih nanti.

WASSALAM.