Thursday, October 23, 2008

Al - Fatihah.


KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.

Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang.

Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.

Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.- Bernama

Ana kenal gak ngan gitaris ni. Baik budak ni. Lemah lembut. Rendah diri. Memang tak sangka lah dia tu seorang rocker yang tersohor di Malaysia ni. Ramai yang bersedih dengan pemergian Samad ini. Apa boleh buat. Dah termaktub....Al Fatihah...

Monday, October 20, 2008

LU SAPA??

Lama sangat rasanya Pak Lah dok menahan perasaan apabila dia di cemuh oleh TDM dulu, pastu rakyat pulak dok minta dia belah last sekali sampai kabinet dia sendiri pun dok minta dia undur diri, makanya dia pun meletup lah di Kota Kinabalu. Jam 11:30 mlm dia panggil buat sidang akhbar. Tak tahan sangatlah tu. Tahniah Pak Lah kerana berani bersuara. Tapi rasanya dah terlambat sebab 5 bulan lagi dah pencen. Mungkin pasai dah nak pencen kut baru berani cakap? Tapi walau camanapun, memang manusia ni boleh sabaq takat limit dia saja. Pas tu mesti meletup punya kalau dok cucuk dia lagi.

Bila Pak Lah kata "Tun tu sapa? Dok berlagak macam pengarah UMNO pulak", memang betui apa Pak Lah kata tu. Tun pun kadang2 kalau dia hentam orang tak bagi chance langsung. Tak yah dok tumbuk lagi lah kalau lawan kita tu dah jatuh. Takkan nak pijak dia sampai tenggelam? Paling best, pi tepuk bahu dia dan pimpin dia bagi berdiri balik. Pas tu dia mesti belah dah.

Yang depa ni pun satu jugak. Dah semua pakat setuju hari tu nak tangguh sampai March ni, awat yang dok bercerita kata lama sangatlah kempen, takut jadi sesuatu seperti rasuah dan sebagainya lah. Maknanya depa memang tahu lah bahawa rasuah ni berleluasa dalam pemilihan calun. Memang semua orang dah sedia maklum. Carilah jalan nak basmi kerja2 yang tak elok tu. Carilah penyelesaian.

Tapi hari ni Muhyiddin dah lega dah sebab dia dah layak untuk menyertai pertandingan timbalan presiden parti tu. Dia dah cukup pencalaonan untuk masuk padang. Bahagian Gerik lah yang memberikan dia tiket tu. Senyum lebaq lah. Tapi yang lain2 tu dok tercungap cungap lagi. Gang ni lah agaknya yang dicadang Tun agar dikeluarkan. Tak dak stamina dah. Saringan pun dah terkeluaq lidah, camano?

Najib setakat ni dah dapat 64 pencalonan. Ku Li kosong. 64-0. Skor ni macam main basketball atau pun ragbi je lah. Di Bachok Kelantan, nama Ku Li ada di sebut, tapi daripada 500 lebih ahli yang mengundi, Ku Li dapat 10 undian je. Kalau negeri sendiri pun payah nak dapat susah lah boss.

Hishammudin, Zahid,Shafie Apdal, Khaled dan gang2 muda lah katakan nampaknya mendahului gang2 tua. Elok pun camtu. Depa ni semua kena give way lah kat gang muda pulak buat kerja. Yang tua, relax dan dok diam2. Pi main golf ka, naik kuda ka, jadilah chairman sana sini, menikah ngan artis ka...jangan do pi tampaq pungkoq anak dara dah la...

Thursday, October 16, 2008

PENCALONAN

Setakat hari ni 16hb Okt 2008, beginilah nampaknya pencalonan yang telah diterima oleh depa depa ni. Nama Ku Li langsung tak timbui..Nampaknya tenggelam teruih kut.

Pak Lawak Hero Bollywood pun nampaknya senak jugak sekali ngan Mike Tyson.

Memang nampak jugaklah trend lanie macam depa nak phase out atau tolak pelan2 gang2 lama ni dalam pencalonan Naib Presiden. Matang pemikiran macam gitu, kata setengah orang. Tapi Rais Yatim kata kena ada jugak gang lama ni supaya depa boleh kerjasama dan perturunkan apa yang patut. Betui ka? Atau memang tak mau nak lepaih lagi.

Gedebe Kelantan dengaq kata dah merajuk dan teruih nak tarik diri dah. Mungkin dia terasa malu kut sebab dapat 1 saja pencalonan sedangkan yang dok raba pungkoq orang dapat lebih daripada dia..lebih pun satu sajalah...Tapi masa masih panjang.

Masih ada masa lagi..Itulah apa yang dikatakan oleh Khairy. Dia perlu 19 pencalonan lagi untuk layak bertanding No1 Pemuda. Ada bayak bahagian lagi yang belum bersidang. Masih banyak masa untuk dia pi hemoi muka untuk dapat undi. Kalau nak jolok apa yang patut pun masa ni lah.

PRESIDEN

(Kuota: 58 pencalonan)

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (30 )

TIMBALAN PRESIDEN

(Kuota: 39 pencalonan)

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (24)

2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (3)

3. Tan Sri Muhammad Muhd Taib (3)

NAIB PRESIDEN

(Kuota: 20 pencalonan)

1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (25)

2. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (16)

3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (15)

4. Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (11)

5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (6)

6. Datuk Seri Dr Rais Yatim (4)

7. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4)

8. Datuk Seri Shahidan Kassim (3)

9. Datuk Seri Mohamad Hasan (2)

10. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (2)

11. Tan Sri Annuar Musa (1)

PENCALONAN MENGIKUT BAHAGIAN:

SEPANG

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Khalid Nordin

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

TUARAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-President

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

TASEK GELUGOR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Shahidan Kassim

BUKIT GELUGOR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Shahidan Kassim

PARIT BUNTAR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Syed Hamid Albar

BAGAN SERAI

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Syed Hamid Albar

TAIPING

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Syed Hamid Albar

BERUAS

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KAMPAR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

CHERAS

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

SEMPORNA

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Rais Yatim

KALABAKAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Datuk Seri Syed Hamid Albar

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KOTA KINABALU

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

PONTIAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

MERSING

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

PASIR GUDANG

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PAGOH

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

BATU PAHAT

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA MELAKA

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Syed Hamid Albar

KUANTAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis

Datuk Seri Shahidan Kassim

ROMPIN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

SUBANG

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

SHAH ALAM

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

JEMPOL

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohamad Hasan

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

RASAH

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohamad Hasan

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

JELEBU

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

BAGAN DATOH

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Tuesday, October 14, 2008

DATUK SRK


Ana dok terpikiaq lah kan...tak dak sangat dah ka orang atau rakyat kita ni yang layak untuk diberi gelaran Datuk? Atau pun adakah dah terlalu banyak sangat yang bergelar Datuk dalam Malaysia ni sampai kita nak kena bagi kat orang luaq yang mai berlakon sekali kat Melaka. Tu dah kira jasa besaq dah ke? Lawak betui lah depa ni kadang2. Depa ni buat cam rakyat ni bodoh dan bangang agaknya. Tapi tak tau lah hulubalang di Melaka rasa camana. Depa semua seronok lah kut. Mungkin jugak pasai depa ada darah Parameswara maka depa nak bagi kat Shah Rukh Khan. Jangan terkezut kalau tahun depan depa bagi kat Jet Li atau Jacky Chan pulak sebab depa tu ada darah Hang Li Po...hahahaha.

Patutlah TDM kata mamat ni Pak Lawak bila dia nak bertanding jawatan dalam UMNO. Memang betui pun..Setuju..Tapi la nie pun Datuk dah terlalu ramai. Datuk tender pun ada jugak katanya. Sapa masuk tender tinggi dia dapat. Ada lah sesetengah negeri yang praktik kan begitu.

Di Kedah pun ana kenai sorang yang dah perhabis banyak duit dah untuk cuba2 daoat Datuk Seri ke apa ke, tapi sampai hari ni nampaknya tak dak lagi lah. Derma sana derma sini, macam2 lah dia buat. Tak tau lah mungkin depa kata Kedah ni susah sikit nak dapat Datuk. Lambat. Kena taboq banyak. Taboq jasa betui2 lah dan penoh ikhlas baru lah cepat kut...

WASSALAM

Monday, October 13, 2008

NUJUM....


Setakat pukui 12 tak sat ana dengaq Mukhriz dah dapat 40 pencalunan dah. Yang terdekat ngan dia, Khairy, tak cecah 20 pun lagi. Nampak gaya ada peluanglah Mukhriz ni nak mengepalai Pemuda kali ni. TDM ada kata yang dia percaya yang anak dia ni kemungkinan besaq kalah dalam pertandingan ni. Well, hari tu pun dia kata Pak Lah akan mempertahankan jawatan dia, tapi sebagaimana yang terjadi, Pak Lah dah buat keputusan untuk menarik diri. Kita harap apa yang TDM kata sekali ni salah lagi dan Mukhriz akan dilantik seterusnya... Tapi kalaulah Mukhriz menang, apa akan jadi kat Khairy ha? Tak dak position dah le..Ni kira first time dia nak bertanding dalam UMNO kan. Dulu dia dapat jawatan timbalan ketua Pemuda tanpa tandingan. Tak dak sapa yang berani nak lawan dia pasai pak mertua jadi PM masa tu. Nampak sangatlah depa ni semua kaki ampu. Maksud ana gang yang dalam Pemuda ni lah. Depa punya nak jaga hati PM, sampai sanggup bagi jawatan tu kat menantu dia. Tapi ada jugak kaki yang boo Khairy masa dia buat ucapan sulong dia dulu....Tapi YB masih ada lagi kat Khairy.

Pencalunan untuk Presiden pulak nampaknya Najib sorang saja yang depa dok calun. Ku Li tak dengaq habaq lagi. Nampak gaya macam dia main sorang je lah game ni. Timbalan pulak, Muhyiddin nampak strong. Semua orang dok nampak regu depa dua ni, Najib ngan Muhyiddin untuk menerajui Malaysia. Gang lain yang dok turut sama dalam race ngan Muhyiddin pun nampak macam kena tinggai je.

Dengaq habaqlah kan, katanya gang yang masuk race ngan Muhyiddin ni, semua dah nampak yang depa akan diketepikan oleh Najib bila dia jadi Presiden nanti. Jadi ni kira mission do or die lah. Klu sangkut, sangkutlah, kalau tidak pun kira die fighting lah. Nor Jazlan pulak harap kan nama pak dia je lah untuk naik, atau pun dia memang ditugaskan untuk buat pulut kacau kat situ. Yang dok cerita dia dah 4 kali ambik SPM, lanie nak ambik STPM pulak, Mike Tyson, banyak gak orang kata ni kamikaze dia lah...Kalau merudum, apalagi yang ada kat dia. Jawatan menteri pun tak tentu lagi kalau Najib pegang. YB pun tarak...

Yang pulun naib Presiden ni, bagi orang ramai tak lah thrill sangat kan...Biaq lah depa pakat dok pulun. Kita tunggu dan lihat dah le.

Tapi dengaq habaq jugak, Pakatan Rakyat takkan let go cita cita depa untuk take over kerajaan. Walaupun DAP tak berapa setuju ngan gang katak lompat, depa setuju ngan cadangan ambik alih kerajaan ikut pintu belakang. Walaupun PAS ngan DAP tak berapa nak ngam, walaupun ahli PAS banyak yang tak berapa nak setuju ngan PKR dan DAP, depa tetap nak ambik alih jugak. Lepas tu baru depa bergaduh kut. Arkitek dia masih dok berdoa siang dan malam agar cita cita dia tercapai..Cita cita untuk jadi PM. So near and yet so far dah dirasanya sebelum dia disingkir dari kerajaan dulu. La nie dah ada target date baru pulak. Sebelum Disember pulak katanya. Isnin 13/10/08 ni dia berjanji akan bagi satu show yang menarik dalam Parlimen. Jangan tak tengok.

Tuan guru Nik Aziz pun dalam wawancara dia ngan Rocky dan Sheikh pun menegaskan yang Pakatan Rakyat walau camanapun mesti ambik alih gomen dari BN untuk memperbetulkan banyak kesalahan dan kejahatan yang telah dilakukan oleh BN dari dulu sampai la nie. Kalau tok guru jadi PM kan ke bagus...Teori R.A.H.M.A.N pun tak lari. Sebab huruf "N" tu tak semestinya Najib, Nik Aziz pun leh jugak...

Ana rasa ana boleh terima....

Wednesday, October 8, 2008

BYE.....



Bunga api meletup letup menyambut kesedaran Pak Lah akhirnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, sekali gus melepaskan jawatan No.1 Malaysia. Kerenyeh sakan nampak muka Najib apabila Pak Lah kata nak handover kat dia dan memang yakin dia akan menang. Maknanya Najib nak kena bertanding ngan Ku Li lah gamaknya.

Yang sebenaqnya, gang2 dalam UMNO lama dah dok gabuih pungkoq Najib, sejak Pak Lah kata nak belah pada 2010 lagi. Memang depa dah tau tak dak guna dah dok angkat Pak Lah, sebab dia punya era dah ranap, kaput. Inilah dunia nyata...

Dalam masa 5 bulan ni Pak Lah kata dia nak tunaikan janji2 dia seperti menghapuskan rasuah, memerdekakan institusi kehakiman sepenuhnya dan macam2 lagi lah. Banyak jugak benda yang dia janji dulu, dia tak dan buat. Sebenaqnya bukan tak dan, tapi culture atau kebiasaan dalam UMNO tu yang menghalang Pak Lah dari mengimplementasikan sepenuhnya idea idea dia yang bernas tu. Salah Pak Lah pun ada jugak lah kut. Dia terlalu lembut dan semua berani melawan dia, dan dia tak leh nak lawan balik. Tu yang dia selalu dok lena tu. Dia bukan takut kat Menteri dia, cuma depa tu tak takut kat dia.

Kita umpamakan dia sebagai gajah yang dah nak matilah, la ni dok cari tempat dia untuk berehat selamanya. Jadi ana tak nampak apa impak yang dia akan buat dari sekarang sampai bulan 3 ni. Bagi penyokong setia dia, depa terasa macam Pak Lah dah terjun dari kapal yang di nakhodai nya, tinggai anak2 kapai terkapai kapai tak tau arah mana nak pi.

Syarikat yang di terajui oleh keluarganya dan sahabat handainya, kemungkinan besaq akan hilanglah taring depa selama ni. Dah tak dak kepentingan lagi. Tapi apa nak buat, dalam masa era dia sebagai PM, depa dah kaya raya dah. 7 keturunan lagi pun depa ok. Ada jugak cerita yang mengatakan Kemeterian Pertahanan tengah dok nego nak sewa helikopter dari satu syarikat dengan kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit selama berpuluhan tahun. Dengaq habaq syarikat tu pun ada sangkut paut ngan keluarga dia gak, pasai tu dia ambik kementerian tu dan akan pastikan gang dia dapat kontrak tu. Betui ke dak, wallah wa'alam. Mungkin ni lah pasai dia minta tangguh sampai bulan 3 kut. Atau mungkin ini satu cara pembayaran kepadanya agar belah cepat kut..Dengaq habaq je lah.

Gang2 dalam parti komponen kata Pak Lah mengambil tindakan yang wajar dan lebih mementingkan parti dari diri sendiri. Untuk mempastikan keteguhan parti dan BN. DAP kata dia telah di keluarkan dari UMNO. Kira macam ditendang keluaq atau disuruh keluaq lah kut. Walhal Karpal kata dia dipilih oleh ahli semua, tak kena kalau di pressure untuk dia berhenti.

Teka teki ni dah terjawab. Lagi teka teki akan keluaq. Ku Li nak lawan ka? Ada pencalunan ka? Muhyiddin dok tunggu apa lagi? Katanya nak buat pengumuman dah. Kita tunggu dan lihat episod seterusnya...

Jangan lupa akan DSAI. Katanya dia dok bincang sakan ngan gang dia pasai hari Isnin ni Parlimen dah bukak balik. Mungki dia dok cari pintu belakang mana yang dia boleh buka dan masuk....Ya ensuuunnn, mata kajiiii....

Monday, October 6, 2008

PULUN...

Sakan sungguh lanie depa dok pulun nak bertanding. Riuh, gah merata ceruk depa dok cerita. Orang tua tu tak dan kosongkan tempat lagi, depa dah canang merata yang depa nak bertanding. Nampak gaya memang sungguh lah depa dalam MT UMNO pun dah meluat habis kat boss depa ni. Depa kira tolong confirmkan kat rakyat lah kut bahawa memang Pak Lah akan chow sebelum 2010. Sebab depa dah tau kerusi Timbalan Presiden akan kosong berikutan pulangnya Pak Lah ke alam nyata dengan mengosongkan kerusi Presiden. Dan pada firasat depa, Timbalan Presiden akan menjadi Presiden dan kerusi tu kosonglah.

Tak terpikiaq kah yang mungkin ada orang macam Ku Li ka yang akan merebut jawatan Presiden? Walau apapun peluang beliau, tetapi keinginannya untuk mencorakkan kembali UMNO yang didakwa dah lemah tu amatlah kuat dan terdapat ramai jugak yang menyokongnya.

Bukan sikit, tapi ramai yang mempersoalkan siapakah yang paling layak antara kalangan ahli UMNO lah yang layak untuk memegang jawatan Presiden tu. Kalau ikut lojik dan adat UMNO, Timbalannya lah yang paling layak untuk naik tempat tu. Tapi rakyat yang reti berpikiaq sikit rasa Najib pun banyak masaalah jugak. Tak kuat kalau kena serang. Banyak sangat cerita2 yang dibelakang tabir yang sedang berlegar diakar umbi, samaada betui atau tidak berita tu, masih menjadi tanda tanya. Tapi cerita tu semua ada lojiknya kekadang bila kita amati lama2 sikit.

Yang bersuara untuk bertanding Presiden cuma Ku Li sorang saja. Kalau betui terjadi, Ku Li ngan Najib kena bertarunglah. Best tu...baru demokrasi. Ku Li ni ada ketokohannya. Ada karisma dia. Dia pun selama ni low profile je. Bila mai huru hara 8 Mac baru dia bersuara. So nampak gaya Najib bukannya terpaksa bertanding jawatan Presiden tetapi lebih kepada mempertahankan kedudukannya dalam UMNO. Kalau dia tolunji(kalah) habis lah dia. Apa pun tak dak. Tak dak chance lah Rosmah nak berkatek katek sebagai 1st lady...Tapi duit ada..Apa nak risau. 7 keturunan pun tak habis kan? Sembang pasai keturunan ni teringat jugaklah ana kata2 seorang tua yang ana jumpa kat Pekan Pahang.."Najib ni dari golongan bangsawan..Tak reti kesusahan.." dan ana ada jugak terima gambaq2 "keturunan" Najib dalam email...Handsome habis anak dia ni, macam bapa dia jugak...Ada jugak gambaq2 yang didakwa kata anak dia ni ngan kawan2 dia lah kut. Maklumlah, anak TPM, sapa tak mau rapat. Semua nak berkawan ngan dia kan? Ana pun dapat dlm email, mungkin betui mungkin tidak..Tapi org muda kan? Mesti lah tengah dok hot... Semoga berbahagialah depa. Agar depa tau jugak kesusahan rakyat yang dok merana sebab duit dah jadi semakin kecik dengan kenaikan harga barang2 lanie.

Lanie dah terdapat 3 orang yang menyatakan kesanggupan depa untuk bertanding post No.2 tu. Zahid Hamidi, Ali Rustam dan Nur Jazlan Mohammed. Muhyiddin masih tunggu dan lihat sampai 9hb ni bila Pak Lah buat pengumuman samaada dia nak bertanding ke tidak. Dia ni memang dah terkenal dengan cakap tak serupa bikin dia..Kata minyak tak naik, esok tu naik. Kata Parlimen tak bubar, esok lusa bubar, sampai dah terkenal ngan gelaran flip flop. Ana pun tak tau pasai apa depa gelaq dia camni, sebab flip flop boleh jugak bermaksud sebagai slipper jepun lah kita kata.

Zubaidah Abu Bakar kata dalam NST, Mike Tyson pun teringin jugak post No.2 tu, Rais Yatim dan Isa Samad jugak mempunyai impian yang sama. Ramai betui lah sekali ni. Semuanya nak pulun cuba. Demokrasi...Telus.. Tapi kena ingat jugak yang bukan calang2 orang yang boleh dok kat kerusi tu. Dia akan jadi pengganti No.1. Keputusan ini terletak kepada Bahagian lah untuk mencalunkan. Biaq yang betui2 ada ketokohan saja yang dicalun.

Tapi tak taulah..mungkin depa ni semua tak dan nak buat apa apa pun kalau Al J Pmtg Pauh berjaya curi kerusi tu melalui pintu belakang... Asyik belakang saja lah dia ni...

Friday, October 3, 2008

RAYA KEDUA

Hari ni dah hari kedua kita sambut raya. Ziarah menziarah antara sahabat handai dan keluarga adalah adat kita disini apabila menjelangnya Syawal.

Yang ana bestnya, lepas bertanya habaq, mulalah masuk bercakap pasai politik. Ternyata, orang Melayu lanie prihatin sungguh dengan senario politik negara kita yang tercinta.

Ana lebih banyak cucuk menyucuk untuk mendapat pandangan adik beradik dan sahabat handai yang jumpa 2/3 hari ni. Yang ternyata sekali ialah semua yang anak berkesempatan sembang dok tanya bila atau jadikah Pak Lah nak mengosongkan takhta. Macam2 cerita atau pendapat serta persoalan yang di lontarkan depan ketupat dan rendang. Kurang pulak cerita DSAI nak jadi PM. Yang dok bergelak dan berkata, " Yang dok gah sangat hari tu pasai 16/9 pun tak leh pakaiii..."
Yang taksub ngan DSAI masih menaruh harapan dan banyak sekali pandangan serta alasan kenapa 16/9 tak jadi kenyataan. "Tunggulah bila Parlimen bersidang nanti", kata depa.

Keluaq juga cerita tentang DAP yang kurang setuju ngan katak lompat. PAS pun ada jugak menyuarakan sikit sebanyak. Cuma PKR saja yang dok berbangga dengan idea serta strategi depa untuk menyambut semua katak2 yang nak lompat. Tapi sampai lanie masih dok dengaq habaq saja lah. Katak pun teragak agak jugak kut nak lompat sebab silap silap tergelinciaq, miss soru anak bini. Mungkin depa pakat dok tolak antara satu sama lain suruh pi dulu kut. Lebih kurang cam nak test ayaq dululah, samaada sejuk atau panas. Samaada lepas lompat tu dia jatuh atas kerusi empuk atau kerusi plastik. Kalau terkuat sikit landing boleh pecah kerusi tu, maka punkoq kena simen lah....GEDEBAB, macam nangka daa... Tapi walau camana pun, kena maintain macho.

DSAI pun dah kata dia tak nak bagi tarikh lagi dah. Makan diri rasanya. 2 kali nujum Pmtg Pauh tersalah baca dari mangkuk sakti dia. Mungkin ayaq dalam mangkuk tu keroh kut, atau pun mangkuk tu dok berayun. Walau apa pun ana dok terngiang2 dalam telinga ni kata kata Sarjan Penyamun Bujang Lapuk..."Mari kita lihat siapa yang kenaaaa...?". Jangan rakyat yang terkena sudah lah...


Ana ni tak kisah kut mana pun. Jadi ke tak jadi ke ana rasa ana ni serupa jugak. Kais pagi makan pagi..kais petang makan petang. Nak buat gena, takat tu lah aja rezeki nampaknya yang Allah allocatekan kat ana.

Thursday, October 2, 2008

DUIT DUIT...

Dengaq habaq cerita terbaru dari web Kickdefella katanya Pak Lah dapat duit raya dari Rosmah. Betui ke tu? Kalau betui macam apa yang di katakan maka 200x jutawanlah Pak Lah ni..Kata Sheikh dia jugak dengaq habaq kata Rosmah pi jumpa Bala 2/3 hari lepas dia menghilang diri tu kat British Isle dan huloq RM5J. Biaq betui...Kalau camni kira dalam beg tangan dia tu berjuta2 lah dia dok bawa kesana kemari. Kaya sunggoh depa ni no..

Ana pun dah terbaca, maka ok gaklah kalau share ngan kalian semua. Cerita ni semua yang bestnya, Sheik minta depa yang disebut untuk menafikan, sebab dia sendiri pun tak percaya ngan source berita ini. Kita tunggu dan lihatlah samaada betui ke tak berita ni. Samaada depa nak nafi atau depa nak buat diam saja.

Dulu depa dok cerita kata ada konspirasi nak bagi Najib jatuh, dan kemungkinan besaq PM ada sangkut paut. Depa kata gak PM sekongkol ngan DSAI. Depa kata lagi yang PM lebih suka DSAI naik dari Najib. Betui ke dak tak taulah nak kata. Ana pun dengaq habaq saja...Jangan buat fitnah..ana tak bersalah..

Kita tengok sajalah apa nak jadi, tak tau lagi kesudahan nya. Best betui cerita ni. Sentiasa suspens. Ada saja karektor baru yang muncul.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena hari baik bulan baik ni ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin..Kalau ada yang tersalah cakap tersinggung bahasa dan tersentuh minda, ana pohon maaf sekali lagi. Segala bentuk dan hasil nukilan adalah dari hati ana semata2.

Ana berharap sangat agar selepas raya ni, kita bersatu balik, berbaik2 semula dan terus bersatu padu agar Negara Boleh kita ni dapat melonjak kembali di persada dunia, agar negara ketigsa dulu yang mengagungkan kita kembali konfidennya terhadap kita.

Mungkin keputusan samaada nak bertanding atau nak lepas jawatan Presiden Umno akan menjadi titik permulaan yang baru untuk parti yang suatu masa dahulu "agung" sekali sehingga kebanyakkan ahlinya lupa diri, lupa daratan, megah, sombong dan ranggi. La nie depa dah merasa camana duduk disebelah pagaq lain. Dikawasan yang hilang taring dan ngaumannya.

Senario sekarang ni amat demokratik sekali. Amat telus. Semua bangsa dah berani bersuara. Semua bangsa dah berani mengutuk satu sama lain..Yang ni kah yang kita mau?

Masa berjumpa sahabat handai sambil makan ketupat hari raya ni, sembang2 lah, pikir2 lah....