Dengaq habaq PKR dah tersangat lah konfiden la ni bahawa Anwar Al Jub sudah hampir menakluki Malaysia. Sembang sembang kedai kopi yang terbaru ni 18 orang MP BN dah tunggu masa yang sesuai untuk lompat.
Dengaq habaq senario dia camni yang aku dengaq di salah sebuah Kopi Tiam di sebelah Pantai Timoq... Bila habis edah Al J, dalam pertengahan bulan April ini, dia layak bertanding. Padang permainan dia bukan di Permatang Pauh, bukan di Cheras tetapi di suatu kawasan Parlimen yang akan dikosongkan oleh seorang MP BN. Ni yang suspen nya sebab tak siapa boleh konfom daerah mana.
Walau bagaimanapun setakat hari ni 2hb April katanya 18 MP BN dah ready untuk tukar kem. 70% MP tu adalah dari cawangan PEMUDA. Ni semua dengaq habaq sajalah. Kalau tak jadi hampa janganlah dok saman aku pulak.
Nampak gaya cerita yang di hidangkan ni, adalah, nampak hala tuju dia sekiranya semua plot mengikut skrip yang di tulis. Bila dewan rakyat buat undi tak percaya dan cukup bilangan katak katak yang akan melompat maka terbubar lah Parlimen, maka terbanglah PackLah ke Australia untuk bercuti panjang.
Aku rasa baiklah PackLah ni pikiaq betui betui outcome benda ni, jangan sampai dia kena turun pasai di tarik. Biaq lah dia turun atas kesedaran dia bahawasanya dia tak boleh handle situasi ni dan dia bukanlah pemimpin yang rakyat kehendaki masa kini.
Rakyat yang lantik untuk jadi Yang Berhormat, biarlah dia turun dengan cara yang terhormat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment