Sunday, April 13, 2008

TAPAK NIAGA

Dengaq habaq kawasan tempat letak kereta bersebelahan dengan Apartment Park Avenue di jalan Kebun Bunga Penang akan dijadikan sebagai tapak penjaja yang sekarang ini berniaga di hadapan pintu masuk ke Botanical Garden.

Peniaga peniaga yang akan berpindah ke situ terdiri dari berbagai bangsa. Ada yang berniaga makanan, cenderahati, ais krim dan serba mak nenek lagilah. Yang pastinya, projek ini telah diluluskan semasa kerajaan BN dulu lagi sebab korek mengorek di jalankan sebelum PRU.

Dengaq habaq la ni, penduduk di sekitar kawasan tu sudah protes. Yang terbabit adalah Park Avenue dan Forest Field. Depa sampai ke tahap nak ambik court injunction untuk menghentikan projek tu atas alasan yang amat mementingkan diri sendiri ya itu, harga rumah depa akan jatuh. Kawasan tu depa dakwa akan menjadi kotoq sekiranya peniaga semua mai tang situ.

Depa ni semua kaya kaya jadi mungkinlah Ah Guan boleh tolong depa. Tiap malam minggu, Hash House akan berkumpul di parking lot tu, minum arak dan buat bising serta mencarut carut tak dak pulak depa nak komplen.

No comments: