Saturday, May 3, 2008

BALAK

Dengaq habaq Kedah Darul Aman dibawah pentadbiran Ustaz Azizan nak buat tender terbuka untuk konsesi balak. Tender “NEGO” dulu telah merugikan negeri sebanyak RM50J setahun. Aduh..banyak tu. Mana lah duit sebanyak tu pi. Poket sapa lah yang dia dah masuk.

Daripada RM10,000 se ekar, Kedah hanya dapat diantara RM500 – RM1000 sahaja. Sebatang pokok pun dah boleh dapat RM3000. Takkan satu ekar ada satu pokok saja kut? Ini lah apa yang Ustaz tanya

Patutlah rumah depa besaq besaq dulu. Barang dalaman semua mahai mahai belaka. Berjuta harga rumah. Rumah sapa? Tak tau...kawan kawan towkay balak lah...

No comments: