Sunday, April 13, 2008

BERSEMUKA DENGAN MEDIA

Rancangan RTM, Bersemuka Dengan Media jam 6 petang menampilkan Datuk Seri Nazri. Ada sorang hamba Allah yang menamakan dirinya Keria dari Perlis buat panggilan secara live dan menegur Nazri tentang kenyataan Nazri yang menghentam Tun. Keria minta Nazri agar bersopan sikit terhadap seorang bekas pemimpin yang hebat. Keria juga meminta dia mengenang kembali jasa jasa Tun di masa lalu.

Nazri jawab dengan sombong nya bahawa Tun adalah bekas pemimpin. Bukan pemimpin lagi. Pemimpin sekarang adalah Pak Lah. Walau apa pun yang Tun kata, dia mendakwa yang dia menang dalam pilihanraya yang lalu." Saya menang. Orang lain yang tegur Tun pun semua menang."

Macam ni lah pemimpin yang kita ada. Depa bermuka muka dengan bekas pemimpin. Depa cuma hormat orang yang ada kuasa saja. Yang tak dak kuasa lagi, tak payah tunjuk hormat. Boleh blah. Lalang sungguh. Kalau dengan Tun pun dia buat camtu apa lagi dengan rakyat? Rakyat cuma ada kuasa 5 tahun sekali. Lepas lantik depa, depa bermaharajalela selama 4 tahun lebih, pastu mai cari kita lagi, suruh sokong depa..Tak pa lah, orang kawasan dia menyokong, pasai tu dia menang.

No comments: