Thursday, April 3, 2008

SOPAN

Dengaq habaq kelmarin 2/4/08 sekumpulan bekas Ahli Parlimen, termasuk juga mantan menteri dari era Tun Razak berkumpul di Memorial Tun Razak untuk mencapai kata sepakat dan mengirim satu delegasi untuk bertemu PackLah untuk menasihatinya supaya mengundur diri agar UMNO dan BN dapat dipulihkan seperti sediakala. Terubatnya UMNO maka secara tak langsung juga mengubati hati hati Melayu yang terluka.

Seperti kenyataan yang dibuat oleh PackLah dalam media hari ini menyatakan dia tidak akan lari dari tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri. Tetapi bertanggung jawab diatas kekalahan UMNO/BN dia tak mahu sebut langsung. Masih bertegang yang dia berjaya menubuhkan kerajaan walaupun mendapat majoriti mudah kerana rakyat memberi mandat padanya.

Aku rasa rakyat kita ni masih sopan dan telah meminta secara elok supaya PackLah lepaskan saja jawatan tu dan biarlah penggantinya pulak yang memimpin Malaysia. Kalau rakyat dah hilang sabar maka kesopanan dan kesusilaan yang tertera didalam Rukunegara mungkin di lupakan sejenak dan jadik lah benda yang kita pun tak syok nak tengok...

No comments: