Monday, April 7, 2008

JOHOR

Dengaq habaq dalam Utusan Online dah sebut bahawa UMNO dah kenal pasti kutu yang sabotaj UMNO/BN sehingga kalah 5 negeri. Aku harap orang yang dimaksudkan ini betui dan aku rasa dia seorang yang bijak kalau dapat buat networking sampai UMNO kalah sebegitu.

Banyak blog tempatan yang mengulas tentang kenyataan PackLah semalam. Dia hentam Tun, DSAI dan Ku Li sebaliknya dia telah mempertahankan menantu dia.

Tapi betui juga apa setengah orang kata yang PackLah langsung tak jawab masaalah yang Tun kemukakan. Sebaliknya dia cari kesalahan Tun untuk menutup kesalahan dia. Kerja dia la ni macam auditor lah, cari kejanggalan atau kesalahan orang.

Aku masih boleh bagi peluang kat dia sebab mungkin ni buah pertama dia, tapi jangan la tunggu lagi sebulan baru nak bawa keluaq buah yang kedua...hehehehe.

Hari Jumaat ni dengaq habaq dia ada mesyuarat tertutup ngan big shot UMNO Johor. Dengaq habaq depa ni pun dah mesyuarat sebelum ni untuk memberi kata dua kat PackLah. Katanya dalam mesyuarat tu cuma Shahrir saja yang dok defend PackLah dan minta diberi peluang lagi kat PackLah. Hak lain semua dah tergedik gedik nak labuh PackLah dah. Hisham tak dak dalam meeting tu.

Keputusan nya depa anggap PackLah ni seorang yang baik hati, tapi........

Tunggu tengoklah hari Jumaat ni. 4 hari je lagi.

No comments: