Monday, May 19, 2008

SAYONARA UMNO...

Dengaq habaq Nik Aziz adalah antara orang yang paling gembira bila TDM keluar UMNO. Dia menyifatkan TDM sebagai seorang yang terkenal di medan antarabangsa dan tajam pemikirannya. Dan sekiranya TDM nak masuk PAS, dia menyifatkan bahawa PAS menumpang tuah.

Pak Lah pun kata dia terkejut dengan tindakan TDM dan masih menegaskan yang dia takkan letak jawatan. Beliau berkata yang beliau masih banyak kerja yang nak dilakukan.

Apakah relevannya tindakan TDM ini? Mengapakah dia sanggup sehingga ke tahap meninggalkan parti yang amat disayanginya dan pernah menerajuinya selama lebih dari dua dekad. Adakah tindakan ini lebih kepada peribadi atau ada agenda lain disebalik tindakan yang amat drastik ini? Mengiku lapuran beliau membuat keputusan selepas dicabar. Katanya kalau nak naik Everest dia tak mampu, nak belayar pusing dunia seorang diri lagi lah tak mampu, tapi nak keluar parti senang saja.

Beliau ada jugak mengajak yang lain mengikut jejak langkah nya tetapi menghalang mereka yang keluar parti dari menganggotai parti lain. Tunggu sehingga Pak Lah turun, masuk balik dalam UMNO.

Sanusi dah ikut. Malah dia lebih awal dari TDM bertindak keluar dari parti. Cawangan di Johor pun dah sibuk dok bincang nak ikut.

Tak mungkin penyokong penyokong TDM dalam UMNO yang akan menyusul tindakan ini. Ini adalah kebanyakkannya berselindung dan tidak menonjolkan sokongan mereka. Cari makan beb. Kemungkinan penyokong yang tua boleh ikut.

Apakah tindakan Mukhriz lepas ini? Nak ikut jejak bapa ke? Kalau keluar kemana kah hala tuju? Daripada lapuran yang terdapat dalam dunia siber ini, Mukhriz nak tunggu dan lihat.

Pak Lah pun dah gagap bila memberi kenyataan dalam berita TV tadi. Si Luncai dari Jitra jugak minta agar ahli UMNO Jitra keluar beramai ramai sebab UMNO di Jitra pun dah macam hidup segan mati tak mau. ‘Biaq padan muka Jo kepala besaq’, katanya.

Kalau ada ahli Parlimen yang teringin ikut TDM...apa jadi kat kerajaan? Al -Jub mesti senyum meleret.

Luncai baru SMS bagi tau dia dah dok ajak memba Jitra keluaq UMNO...aduh..Luncai oh Luncai..Nakai lah hang ni..

No comments: