Sunday, March 9, 2008

TAKBIR...

Maka terserlah sudahlah apa kemahuan rakyat negeri Kedah sebenarnya. Bekas bekas YB yang terpaksa angkat bungkuih pun kita ucapkan berbanyak terima kasih kerana berkhidmat dalam kerajaan selama ni.

Apo nak di kato? Angin perubahan dah sampai. Rakyat Kedah dah pun bersuara. Rakyat Kedah dah pun menyatakan pendirian. Tiada apa lagi yang perlu di lakukan sekarang. BN kena relax lah dulu dan berlatih semula. Perlawanan ni dah tamat. Wisel pengadil dah di tiup. Masa tambahan 13 hari tu nampaknya tak cukup untuk menjaringkan gol kemenangan.

Setelah rakyat Kedah memberikan cuti selama 5 tahun kepada calun calun yang kalah, ambil lah peluang ini untuk renong, fikir, tenong dan takbir banyak banyak keatas segala kesilapan yang telah di buat. Ini bukan masanya nak mengungkit apa kebaikan , kemajuan dan kebajikan yang telah dilakukan tapi adalah masa untuk mengimbas kembali apa saja keputusan yang telah memudaratkan rakyat dibuat semasa berkuasa dulu.

Tok Det kenalah pikiaq dalam dalam, pasai apa boleh jadi macam ni. Mungkin kerana terlalu "over confident". Dalam sejarah benda ni tak pernah berlaku tetapi ini lah titik permulaan untuk di bukukan dalam buku sejarah yang akan datang.

Rasa nak tergelak pun ada, rasa sedih pun ada. Inilah lumrah dunia. Newton's law kata apa yang naik mesti turun. Sebab dunia ni ada graviti. Suatu kuasa yang tidak membenarkan kita terbang di awang awangan macam Superman. BN dah rasa macam Superman, sebab tu lah bila tiba tiba rakyat bawa keluaq kryptonite, jatuh gedebuk lah ke tanah. Macam nangka daa...

Maka dengan ini berkurangan lah sikit duit orang ramai dok pi buang di luaq negeri oleh delegasi Kedah yang dok pi shopping ngan anak bini depa semua.

Walau camana pun, orang Kubang Pasu tetap setia kat BN. Kemungkinan besaq depa rasa bersalah kat Tun M dulu maka itu lah membuatkan depa bagi sokongan padu kat BN. Datuk Jo yang di gampar gempur akan kehilangan kerusi dia nampaknya masih mengekalkan kerusi tu walau pun majoriti dah kurang sikit. Tapi tak kisah walau satu pun, menang jugak.

Datuk Saad Man nampaknya tak jadi lagi lah MB seperti yang di war warkan. Mungkin boleh minta jawatan jadi Naib Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri nanti. Masih kuat jugak Datuk Saad ni, masih tegap dan masih boleh diterima oleh orang Jitra walaupun kisah kisah peribadi dia di bongkarkan di khalayak ramai. Kemungkinan jugak orang Jitra undi parti bukan calunnya. Mungkin juga orang Jitra nak tengok apa dia boleh buat dan beri dalam 5 tahun ni insyaallah. Harap harap Datuk Saad tak menghampakan Jitra.

Datu Zaini jugak yang best. Diam diam dia pun, banyak juga majoriti yang dia sapu. Tahniah Datuk. Harapan orang orang kawasan Bukit Kayu Hitam pun mesti lah di tunaikan. Janji janji kempen pun jangan lah dok tunggu dekat pilihanraya lagi sekali baru nak tunai. Yang tu semua dah stail lama. La ni semua orang nak cepat. Tambahan pulak BN tak kuasai Kedah, kerajaan pusat mau dok bela betui betui lah ADUN BN yang ada dua tiga kerat je lagi kat Kedah ni. Masa ni lah nak kena tunjuk yang BN ni jujur nak tolong rakyat menaikkan taraf hidup depa.

Kehendak rakyat yang paling ketara sekali ialah depa masih mau BN memerintah tapi tak nak bagi BN kuasa penoh sebab terlalu berleluasa sangat. Rakyat dah pandai la ni. Tapi BN masih dok sangka rakyat ni bodoh lagi. Ini lah pahana nya bila kita dok sangka orang yang pandai tu bodoh.

Sampailah masanya Pak Lah pun pikiaq baik baik samaada nak dok lena lagi kat kerusi PM tu atau nak pi lena kat katil teruih dan bagi orang lain pulak mengemudi kapal tu. Rakyat dah bersuara menunjukkan depa tak suka ngan apa yang dia dok buat la ni. Penang negeri dia pun tungging, apa lagi nak kata. Dengan elok, buatlah cerita kata kesihatan tak baguih dah, selalu dok lena dan minta berhenti sajalah. Walaupun di Penang orang banyak menyatakan yang Pak Lah ni lebih dahsyat daripada Harun Din sebab Harun Din boleh tangkap jin saja, tapi Pak Lah boleh menelanjangkan Jeanne, dia tetap tak boleh tawan Negeri dia sendiri.

TAHNIAH di ucapkan kepada Barisan Nasional Kubang Pasu dan TAKZIAH kepada Barisan Nasional Negeri .

WASSALAM.

No comments: