Dengaq habaq besar kemungkinan, Parlimen Arau pun akan senasib dengan Kubang Pasu kerana calun dia tak popular ngan ramai orang.La ni orang ramai dah pandai dan tak mengundi kerana parti sahaja. Integriti dan perwatakan calun juga memainkan peranan yang penting dalam pilihanraya ini.
Dengaq habaq calun Parlimen Arau adik kepada MB Perlis dan ramai yang tak setuju dengan pencalunan tu. Kalau tak setuju, pilih orang lain saja lah. Kuasa di tangan kita 8hb. ni.
Dengaq habaq orang Kubang Pasu pun nak tukar wakil Parlimen juga tahun ni tapi tak tau lah samaada jadi kenyataan atau tidak. Tetapi memang terserlah nampak calun Parlimen Kubang Pasu goyah sebab gang yang dok ampu dia selama ni dah tukar kem ke Bukit Indah..Tak tau lah samaada kastam ngan cikgu tu masih setia, atau dah tak ada tempat lagi nak hijrah sebab orang dah kenai sangat dengan pe'el depa ni...
Dengaq habaq saje...Biaq BN menang tapi jangan bagi menang banyak sangat, nanti depa riak, macam sesetengah orang yang aku kenai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment