Friday, March 7, 2008

SELAMAT MENGUNDI

Dengaq habaq depa dok cerita kata Jo nak bagi sijil apa ka kat Jitra sekali ngan selit envelope, teruja lah penerima sijil semua. Sijil pun telah di edarkan tapi envelope tak dak. Marah lah semua yang harap nak terima rasuah tu. Sampai dah ke tahap tu lah UMNO Kedah ni la ni. Tak dapat RASUAH pun depa marah? Ada ka? Benda tu kan salah dan dosa tu. Segalanya RM.

Dengaq habaq cerita ni kat Kuala Kedah pun serupa jugak. Sokong untuk tidak memberi. Tetapi kena ingat lah kalau nak kena pakai duit baru dapat undi, tu menunjukkan orang dah tak suka, mau dok blah buang.

Dengaq habaq merata rata dalam Kedah ni BN nampak lesu dan tak bermaya. Mungkin pasai tak banyak bajet kut.Lemah betuilah umat la ni.Tak dak duit tak kerja lah. Mana dia perjuangan yang dok laung laung tu. Masuk parit lah semua.

Dengaq habaq Datok Jo banyak yang dok tikam belakang dia la ni. Tapi tak kisah lah Jo, dulu pun hampa tikam belakang Tun jugak. Baru penoh pengalaman bila kita rasa apa yang kita buat kat orang dulu. Well done.

Dengaq habaq Tok Ad pun adalah desas desus yang tak sedap di dengaq. Yang tak sedap dengaq ni pada ampunya diri, pada orang lain depa syok dengaq.

Dengaq habaq calun yang play safe sekali adalah Tok Zaini lah. Alhamdulillah kalau dia boleh maintain bagi tak dak cerita sensasi ni, orang suka lah. Tapi janganlah low profile sampai tak buat kerja pulak selepas di lantik.

Dengaq habaq ingin mengucapkan selamat mengundi semua dan pilih lah yang terbaik dari segala segi. Undi di tangan kita.

No comments: