Dengaq habaq kerajaan baru Negeri Kedah nak laksanakan hukum HUDUD.Perundangan yang akan dilaksanakan itu adalah mengikut Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 seperti yang dicadangkan di Kelantan dan hanya tertakluk kepada undang undang Negeri.
Kerajaan hanya dapat melaksanakan undang undang ini sekiranya mendapat persetujuan dari ahli exco gabungan BA yang membentuk kerajaan sekarang. UMNO dah tetap menjadi pembangkang dan memang akan membangkang nampak nya.
Penerangan yang menyeluruh hendaklah disampaikan kepada seluroh rakyat agar tidak meragui atau menentang perlaksanaan hukum ini.
Dengaq habaq juga bahawa mereka akan melanti 2 exco yang bukan beragama Islam untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat yang bukan beragama Islam.
Dengaq habaq berkenaan disko, penjualan arak dan perjudian, PAS akan berbincang dengan pakatannya iaitu DAP dan PKR berkenaan amalan agama dan budaya hidup kaum yang bukan beragama  Islam.
Daripada info info yang didapati sekarang tentang kerajaan baru ni , nampaknya  amat memberangsangkan dan tidak lah  menakutkan seperti yang di war warkan oleh  pembangkang kerajaan ini.
Harapan kita cuma agar PAS dapat memperbaiki lagi perkhidmatan Dewan Bandaraya Alor Setar ,  membersihkan  lagi  Bandaraya  Alor Setar dan  yang  paling penting sekali  melantik seorang  Datuk Bandar  yang  berkeupayaan  untuk menjalankan  tugas nya dengan  baik.
TAHNIAH PAS....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
No comments:
Post a Comment