Dengaq habaq ada rakyat yang sangsi dengan MB baru ni kerana banyak portfolio yang di terajui oleh beliau. Ada juga yang meragui akan ketulusan beliau dalam melaksanakan tugas tugas beliau.
Aku rasa masih terlalu awal untuk kita mempertikaikan apa apa pun yang kerajaan baru Negeri Kedah ni sedang laksanakan. Berilah mereka masa dan peluang untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam pentadbiran Negeri Kedah ini. PAS selalu melaung laungkan meminta rakyat memberi peluang kepada mereka untuk memerintah. Ini lah masa dan ketikanya untuk mereka merealisasikan segala janji mereka kepada rakyat. Berjaya atau tidak adalah hak rakyat untuk menentukan. Rakyat juga akan menentukan samaada selesa atau tidak bernaung dibawah kerajaan PAS. Walau apapun yang akan dihidangkan, terpaksalah makan untuk jangkamasa 5 tahun ni, insyaallah.
Memilih pemerintah negeri ni sama jugaklah dengan memilih makanan di dalam menu. Selalunya gambaran yang di lakarkan diatas kertas lebih cantik, lebih menyelerakan dari yang sebenarnya. Inilah yang di panggil pemasaran. Marketing. Memasarkan produk. Tujuan utamanya adalah supaya dapat yakinkan pembeli untuk mencuba produk atau makanan itu. Untuk 5 tahun ini terpaksalah makan. Manis ka, masam ka, pedas ka, pedaq ka, terpaksa hentam je lah sebab kita dah buat pesanan. Pesanan ini pulak tak boleh ditukar ganti dalam masa 5 tahun.
Dari pemerhatian aku, Exco yang dilantik ni memberangsangkan sekiranya kelulusan kertas yang kita mahu. Tetapi dalam dunia realiti ini, tak semua yang berkelulusan tinggi tu dapat memberikan khidmat yang tinggi. Yang setaraf dengan apa yang telah di pelajarinya. Teori dan praktikal selalunya amat berbeza di dalam masyarakat. Dalam drama boleh lah di pandukan kepada skrip, tapi dalam realiti kehidupan ianya boleh menjadi satu cabaran yang hebat.
Pensyarah ada, doktor perubatan ada, jurutera ada, peguam ada, ahli perniagaan ada, pentadbir ada, guru agama ada dan akhir sekali pegawai tentera laut pun ada. Kuat barisan ni. Apa lagi yang di perlukan untuk mentadbir sebuah negeri yang rata ratanya orang Melayu yang pasrah dengan pemerintahan barisan dahulu. Jangan lupa rakyat juga amat kecewa dengan pemerintah negara yang ada sekarang maka terpilihnya pemerintah negeri yang baru.
Wahai rakyat Negeri Kedah Darul Aman...Tagihlah janji janji mereka, tagihlah modal insan yang rakyat Kedah amat perlukan, tagihlah keselesaan hidup yang dijanjikan. Jangan sedikit pun kita bertolak ansur seperti dulu. Terlalu banyak bertolak ansur dan hormat kepada kerajaan lalulah yang menjadikan Tok Det dan kuncu kuncu nya sombong, bongkak dan kaya raya.
Lima tahun tak lama, hanya sebentar saja, kita kan mengundi semula.
WASSALAM
Thursday, March 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment