Monday, March 31, 2008

28.4.2008

Dengaq habaq tarikh diatas tu tarikh keramat yang menentukan masa depan dan hala tuju kerajaan Malaysia. Terlalu banyak kali sangat dengaq tentang 28hb ni. Mac pun ada cerita, ni mai bulan April pulak depa buat cerita.

Dengaq habaq 28hb ni depa nak buat undi tak percaya kat pucuk pimpinan. Kalau jalan undi tu maka jalanlah Pok Lah. Yang kedua pulak katanya hari tu jugak lah kita akan menyaksikan banyak katak yang akan melompat dari sebelah sini pi sebelah sana.

Dengaq habaq juga katak katak ni pun ada dua jenis. Kalau jenis yang mencadang pi kat pembangkang dengan angka yang cukup maka dengan otomatiknya, pembangkang dah jadi pencadang a.k.a pemerintah. Katak jenis ni dia tak kira bangsa dan agama. Maksud aku katak bangsa apa pun yang ahli pencadang boleh lompat. Saheh juga depa ni jadi jutawan sekelip mata.

Dengaq habaq ada juga sejenis lagi katak yang lebih mementingkan bangsa dan agama, sekiranya melompat dan berkawan dengan pencadang, maka sama sama lah depa memerintah dan ketuanan Melayu serta Agama kita akan bertambah tegoh dan negeri yang hilang pun dapat balik sebanyak 4 adanya.

Orang Melayu ni kena pikiaq tengoklah camana agaknya depa nak tengok Malaysia ni dalam 4/5 tahun akan datang ni.

Melayu ni camtulah..Dalam BN ni UMNO terkonteng kontenglah parti Melayu. Hak tu sajalah parti yang orang Melayu boleh tumpang sekaki. Kalau dia benci saja, habih tungging...Masuk parti Melayu lain semuanya pembangkang. Walhal bangsa lain dia boleh masuk banyak parti lain dan masih dok dalam Barisan Nasional.

Tak salah kalu kita cantum sat (kahwin kontrak), supaya kemelayuan Melayu di Tanah Melayu ni terserlah la sikit. Lepas menikah tu kita cuba lah bercinta. Dulu pun orang Melayu kawin mana ada dating dating semua, mak pak cari terus jalan. Kekal jugak. Ni pun kita pakai konsep sama. Kawin dulu agar eratkan silaturrahim, pas tu tengoklah camana.

Orang Melayu la ni dah jadi 3 puak yang besaq. Puak hak dok memerintah selama ni , dah lupa diri, berlagak, sombong, angkuh dll. Buat harta macam tak dak esok dah. Balaih sana balaih sini. Taboq sana sini. Gang depa ni Proton Perdana tu tukang masak depa pakai pi market. Hak baik pun ramai. Tapi hak tak elok tu lah yang orang dok nampak. Ketua pulak lemah. Asyik tidoq sampai anak menantu kena tolong buat kerja kat dia.

Puak hak lagi satu pulak dok hala ke ugama Islam. Tak salah langsung. Akhirat ngan dunia ni kena belen(balance) orang kata. Dulu bangsa asing tengok depa pun takut. Awat dak? Pakai jubah, belit serban, berjanggut, jadi orang naik seriau. La ni depa dah moden dah. Depa dah dengaq MAWI nyanyi dah. depa pun pakai kot sakan dah lanie. Bukan kata pakai kot tu moden, tapi selagi kita tutup aurat dan presentable, alhamdulillah. Handsome...

Puak hak nombot 3 ni aku tak tau nak cakap camana. Bukan dia ada identiti kut mana sangat. Mula dia stat, mengharapkan simpati orang ramai atas apa yang terjadi pada ketua depa lah. Sampai la ni pun dok cerita benda yang serupa jugak. Depa ni lagi moden. Campoq semua bangsa. Ini aku suka sebab barulah nampak Bangsa Malaysia. tapi ketua dia ni dulu bukannya tak pernah dok dalam kerajaan...Aku rasa macam dia ni frust saja. Nak balas dendam dan nak jadi orang No.1. Aku rasa frust sebab dia dok cakap benda yang dia boleh tangani masa dok dalam kerajaan dulu, pasai apa tak buat?

Agak hampa lah..Yang mana elok... UMNO + PKR atau UMNO + PAS?

Renonglah tengok. Macamni saja yang aku nampak untuk Melayu naik balik.

FITNA (H)


Ni dah bukan dengaq habaq lagi dah sebab aku dah dapat menyaksikan dengan sendiri nya filem FITNA yang di buat oleh Geert Wilder melaun dari Belanda ni yang mempersendakan Al Quran. Dalam filem tu dia ada tunjuk sorang pompuan bersembahyang dan membaca Al Fatihah dengan sepenohnya tetapi hampa tengok sendirilah cara pemakaian nya.

Pompuan nilah dok cerita macam mana dia jatuh cinta ngan orang lain tapi dipaksa kahwin ngan orang lain dan betapa busuknya badan suami dia tu dan bagaimana bapak saudara dia yang selalu meraba raba dia dan mendapat kebenaran dari bapak dia.

Bagi aku ni bukanlah Islam yang kita praktikkan. Ini adalah satu cerita yang nak menjatuhkan Islam dan memburukkan agama suci ini. Memang patut pun apa yang Tun kata agar kita semua boikot barang2 keluaran dari Belanda. Setahu aku la ni mana mana website yang bubuh filem ni dah adapat warning dari satu pertubuhan Islam yang aku tak pasti bahawa mereka semua akan dibunoh. Jadi banyaklah yang dah keluarkan filem itu.

Filem ni juga menceritakan tentang kekejaman suami suami yang berugama Islam, selalu suka pukui bini depa tetapi cara dia cerita tu macam semua lelaki Islam berperangai sedemikian.

Gambaq yang aku paparkan disini bukan lah untuk menaikkan syahwat hampa semua tetapi nak tunjukkan macammana depa gambarkan Islam dalam filem tu.

Memanglah kita alu-alukan sebarang berita yang benar dan telus tetapi sekiranya cerita ni untuk menjatuhkan ugama, dan tidak menceritakan yang sebenaq hanyalah rekaan dia semata mata maka aku pun kondem sekondem nya lah.

Sunday, March 30, 2008

JERUSALEM POST

Dengaq habaq kisah PKR memenangi 31 kerusi dalam Parlimen telah mendapat liputan di dalam
Jerusalem Post, sebuah akhbar Israel. Nampaknya orang Yahudi kenai dia dan memuji dia serta berharap dia jadi PM Malaysia. Yahudi ni jugak kenai Tun Dr.M tapi bukanlah semesra Anwar Al Jub, tetapi lebih kepada benci pasai Tun selalu dok hentam depa. Boleh kata Tun sorang sajalah yang dok hentam depa. Kalau harap PackLah, dia kena siasat dulu baru boleh cakap. La ni dah 4 tahun lebih dah, apa pun dia tak kata.

"Anwar's term as Minister of Finance was characterized by unprecedented economic prosperity and growth, awarding him widespread acclamation. However, his political career came to an abrupt stop when he voiced strong opposition to Tun Dr. Mahathir's support for the Bumiputra
('Sons of the Soil'), programme. This opposition led to criminal convictions for corruption and sodomy (the sentencing was 6 and 9 years respectively, although the sodomy conviction was overturned in 2004). "

Ini adalah petikan artikel yang bertajuk Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister dari akhbar Jerusalem Post yang aku cut and paste dari MYKMU...

Apa yang aku paham dari petikan ini adalah, nama Anwar naik mendadak semasa dia pegang jawatan Menteri Kewangan yang menyaksikan ekonomi negara berkembang dengan pesatnya. Katanya lagi Anwar ni mendapat pengiktirafan lah...tetapi karier politik Anwar mampus apabila dia menentang Dr.M dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru. Pasai dia tentang lah maka dia masuk dalam atas tuduhan rasuah dan liwat.

Setahu akulah, masa dalam UMNO dulu dia lah yang paling kuat suara nak hidupkan Melayu, naikkan Melayu, dan sebagainya pasai Melayu.

Anwar ni betui2 ulaq jugak. Cerita dia ni kat Penang pun gah jugak. Yang aku tau dia ada banyak wang yang ditinggalkan kat proxy dia di Penang dulu. Hampir 100 Juta. Tu baru sorang...

Saturday, March 29, 2008

PACK LAH


Dengaq habaq camni lah suasana makan makan di Sri Perdana, bila PM yang bersih dan suci tu melayan tetamu dia merangkap pak penakan menantu dia Patrick Badawi. Mesra sungguh depa, mungkin masa ni lah juga dia dok bercerita camana nak menentukan Kiblat kat Mesjid Kristal. Syarikat Patrick lah yang diberi kontrek katanya untuk membina mesjid tersebut.


Tok Derih pun senyum meleretlah bila towkay yang buat mesjid buat lawak ka atau dok kira V.O untuk ditambah ke kontrak asal. Berlambak lambak lebihnya harga dari kontrak asal. Mungkin pasai minyak naik harga kut.

Patrick Lim ni pi mana pun naik helikopter. Jadi mestilah kena charge berlebihan sikit. Lagi pun wang ehsan yang Terengganu dapat pun bukan nya sikit. Lagi baik buat bagi Bandaraya Terengganu tu cantik.Buatlah mesjid yang bukan untuk sembahyang tapi untuk tayang seperti apa yang Hj Hadi kata.

Dengaq habaq Tengku Mizan tanya Pak Lah apa yang Derih buat ngan duit 1 billion yang Terengganu dapat tiap tiap tahun tu sampai tahap kemiskinan di Terengganu masih tinggi. No.2 tertinggi dalam Malaysia bila Pak Lah gi mengadap dia pasai isu MB tu. Pak Lah pun tersengih sengih belah camtu je lah.

Piala Monsoon boleh buat, sambutan Islam Hadhari boleh buat, Mesjid Kristal boleh buat dan macam macam lagi lah, tapi rakyat Terengganu tak cukup makan. Sedih.

Macam tu pung masih ada orang yang tenggelam punca dan sokong dia gila gila.

Gambar gambar di petik dari blog kickdefella...

BLOG KHIR TOYO

Dengaq habaq K.Toyo dah buka blog dan ramai juga rakyat2 dah masuk dan beri komen serta ucapan tahniah kat dia.

Inilah antara jawapan dia pada gang gang yang dah boh komen...

"Marilah kita sama-sama berusaha untuk membetulkan apa yang perlu dibetulkan. Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam."

Depa dah sedaq la ni betapa pentingnya dunia siber ni...hehehehe

www.drkhir.blogspot.com

TANAH KAT PADANG TEMBAK

"Dear poor Penangnites, pls b informed that our former Chief Minister Tan Sri Koh Tsu Koon has cheated Penang people on government land sales. A big piece of open land located at Padang Tembak, beside Sekolah Pd tembak (formerly belongs to poor people of their houses being demolished) is now converted into individual property with the owner named KHAIRY JAMALUDDIN, son-in-law of Prime Minister Abdullah Badawi. We Penang people would like to appeal to new CM Lim Guan Eng to take immediate legal action against previous BN government for such an inhuman deals & return back the land to Penang people. Koh Tsu Koon is now residing in KL when this land deal was exposed to the knowledge of the public. We want ex-CM to explain for this matter. Pls sms to all."

SMS diatas tu telah dihantar melalui email...Harap mamak mee boleh masuk campoq sikit.

Friday, March 28, 2008

BANNER

Dengaq habaq banyak banner yang terpampang di pekan Aloq Setaq hari ni meminta dan merayu mungkin agar Ketua Pasukan BarisanNasional yang kalah mengundur diri dengan secara terhormat seperti yang dilakukan oleh Khir Toyo.

Dengaq habaq ada yang marah dan ada yang serah. Walau camanapun kita tunggu tengoklah apa nak jadi lepaih ni. Lebih elok ka atau lebih kolot?

Dengaq habaq Tok Det buat kenyataan yang dia akan mengetuai barisan pembangkang yang efektif dalam Mesyuarat Undangan Negeri Kedah nanti. Masa jadi pembangkang baru nak efektif buat apa? Awat tak mau buat bagi efektif masa dok dalam kerajaan dulu? Tak payah nak dok keriau sana sini nak jadi efektif la apa bala lah...


Dengaq habaq habih saja Tun Dr M dalam kabinet maka Kedah pun terkulai layu. Harap boleh bangga tang bolasepak sajalah..Lebih pada tu apa ha? Pekan Rabu?

Thursday, March 27, 2008

KEPUTUSAN MT

KEPUTUSAN MT :

1. Perhimpunan Agong & Pemilihan 16-20 Dis 2008
Cawangan 17 Jul - 24 Ogos
Bahagian 9 Okt - 9 Nov

2. Terima Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dengaq habaq ada gegaran nampaknya hanya lah berita angin sahaja.

Keputusan diatas telah di SMS oleh Mamak Mee

LUCUT GELARAN

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

Berita dari siasah daily.

PROTON PERDANA

Dengaq habaq la ni ada banyak enjin dan gear box Proton Perdana yang dijual murah di Kedah. Kemungkinan besaq semua tu enjin kerete Exco Negeri dulu sebab bila drebar drebar baru ambik alih, kereta yang baru servis mengikut rekod begitulah keadaan nya. Ada yang berasap, ada yang kena boh minyak enjin tiap hari dan ada yang masuk gear tak leh jalan.

Apa punya kotoq perangai. Duit sapa tu semua kalau bukan duit rakyat. Nauzubillah.

ANAK RAJA

Dengaq habaq KLpos melaporkan bahawa rumah banglo putih di Jalan Langgak Golf, Jalan Ampang sibuk dan meriah sekali dengan kehadiran ramai ahli UMNO tengahari tadi.

Kehadiran depa di rumah putera raja Kelantan tu menimbulkan tanda tanya yang teramat sangat di kalangan gang2 UMNO yang tak dijemput.

SCOMI


Tuesday, March 25, 2008

BALAK..

Sambungan dari berita terkini...

Dengaq habaq banyak sangat lori balak dok jalan sebelah malam di daerah Kuala Nerang dan Pedu. Pembalakan haram ke? Atau JPJ tak bagi jalan siang siang? Ya lah, kalau nak buat yang tak betui benaq ni selalunya malam, pasai orang tak nampak...

Harap2 Ustaz Azizan tolong tolong jengoklah sama daerah tu. Hantaq pegawai pi buat intipan dan siasat dengan lebih lanjut. Rakyat musykil dan ingin tahu cerita sebenaq..

Assalamualaikum Ustaz...

TERKINI...

Dengaq habaq konon nya, seorang pemimpin UMNO negeri akan diberkas Polis dan BPR atas tuduhan rasuah yang melibatkan kurang lebih RM3 juta. Tokoh ini telah menyelinap banyak sebelum PRU hari tu mungkin kerana dia dah tahu akan kejatuhan Barisan Nasional.

Banyaknye duit tu. Kalau dapat di agihkan seorang RM100 kepada keluarga yang kurang berkemampuan, 30,000 keluarga dapat beli minyak masak, beras, gula, kopi dan sebagainya.

Kita tunggu dan lihatlah samada berita yang Ana dapat menerusi SMS ini benar atau pun tidak. Kalau ia benar terjadi maka alhamdulillah syukur kita kepada Allah.

Dengaq habaq tokoh berkenaan ni terbabit dalam pemberian konsesi balak, tak jauh mana dari kampung dia katanya.

Tamak haloba kalu, macam ni lah pembalasan nya. Tuhan pun la ni dah bayaq cash atas kesalahan seseorang agar dapat dia merasa malu dan hinanya dia dipandang oleh masyarakat nanti.

Monday, March 24, 2008

TOK DET

Dengaq habaq ramai lagi yang dok sembang tak habih habih pasai politik dan keadaan yang melanda Kedah la nie. Pi mai pi mai depa dok puji Tok Det SEKIRANYA dia letak jawatan macam K Toyo. Depa teringin sangat nak keluarkan banner dan tampalkan di merata pelusuk Negeri dan antaranya ada yang mencadangkan agar ia berbunyi begini "SYABAS TOK DET ATAS RASA TANGGUNG JAWAB KEATAS AGAMA BANGSA DAN SAHABAT"

Aku pun tak tau pasai apa depa nak sangat suruh Tok Det ni blah, atau adakah udang di sebalik mee yang mengintai jawatan Tok Det? Atau adakah mereka rasa Tok Det dah tak berjaya dan tak berkemampuan lagi menerajui UMNO di Kedah?

Beranikan diri macam Mukhriz. Jadi gentleman. Dok selindung buat apa..

Gabenor Pulau Pinang Tun Rahman Abbas,
Ketua Menteri Lim Guan Eng,
Duit balaih, negeri terlepas,
Tok Det tunggu apa, nak tunjuk samseng?

Pantun hasil nukilan memba di Jitra...

MESIN JUDI

Dengaq habaq banyak juga mesin judi yang terdapat dalam negeri Kedah ni dan juga halal katanya sebab diberi lesen. Jengok jengoklah sama Ustaz, pasai dok dengaq habaq yang dok patronise tu kebanyakkan nya Melayu...

Sunday, March 23, 2008

JO PAK OMm

Dengaq habaq Jo dok meratuih lagi pasai tak dapat jadi Menteri penoh. Orang Jitra kata dia dah jadi macam opis boy Pak Lah. Kalau opis boy macam tu aku pun mau. Gaji besaq, kereta besaq, rumah besaq dan kepala pun besaq. Pendek kata semua nya besaq lah sampai kalau menipu pun jadi penipu besaq..

TOYO

Dengaq habaq ramai orang yang simpati dan rasa bangga dengan keputusan yang telah diambil oleh Khir Toyo apabila dia melepaskan jawatan dia di dalam UMNO negeri dan bertanggung jawab diatas kekalahan BN Selangor didalam pilihanraya yang baru lalu.

Hishammuddin Hussein Onn menyatakan rasa terharu dan bangga nya diatas keikhlasan Khir yang nampaknya lebih mementingkan UMNO dari diri sendiri.

Dengaq habaq orang Kedah pun dok bercakap alangkah bangga nya depa kalau Tok Det pun buat camtu. Baru ada klas gitu.

Saturday, March 22, 2008

KEDAH LWN PERAK

Dengaq habaq 24/3/08, 8:45mlm. Pasukan Kedah akan menentang Perak dalam siri Liga Super. Kerajaan Negeri Kedah telah membeli kesemua tiket untuk perlawanan itu dan diberikan percuma kepada seluroh rakyat Negeri Kedah sebagai tanda Terima Kaseh kerana memberi Kedah kepada PAS.

Alhamdulillah...Syukur. Kalau macam ni selalu kan baguih. Walau macamanapun kita mengucapkan ribuan Terima Kaseh kepada Ustaz Azizan diatas usaha nya ini. Tidakkah ini dianggap sebagai imbuhan atau mungkin ucapan thank you. Kita ambiklah dan ucap Alhamdulillah...

Pi jangan tak pi. Tiket dah free. Dok tunggu apa lagi..

KUBANG PASU

Dengaq habaq la ni dah jadi macam dilema la pulak orang orang di Jitra ni. Lepaih saja Pilihanraya Umum depa dah dok kira pulak Mesyuarat Agong nak pilih ketua bahagian UMNO Kubang Pasu pulak.

Dengaq habaq la ni ada 3 orang calun. Kita namakan S.M.J. S nak jadi ketua sebab nak kuasa yang lebih dan menonjolkan diri dan juga pasai tak suka ketua yang dok ada la ni. M nak jadi ketua pasai nak tonjolkan diri dan juga untuk nak balaih dendam kat ketua yang sedia ada diatas penikaman yang dia lakukan. J ni nak kena mempertahan kan jawatan dan juga untuk mencantaskan sesiapa saja yang teringin nak lawan dia.

Dengaq habaq S&M ni mempunyai azam yang sama didalam menjahanamkan pemegang jawatan. Cita cita M ni lebih tinggi dari S. Eloklah depa ni bekerjasama dalam menghancurkan J. 2 lawan 1 kalau depa kerjasama. Boleh tungging J. Amacam? Pastu buat lah perjanjian sesama sendiri.

HISHAM

Dengaq habaq Tok Hisham bangga dan terharu keatas tindkan beberapa pemimpin dalam UMNO yang meletak jawatan mereka diatas kekalahan BN baru lalu. Ini menunjukkan sikap bertanggung jawab kelas 1, yang lebih mementingkan parti dan bangsa dari diri sendiri.

Dengaq habaq dia macam dok kenen Pak Lah je. Tapi orang tua ni, yang dianggap lebih kuat daripada Harun Din dalam hal jin ini masih tak reti nak faham atau buat tak faham.

Thursday, March 20, 2008

MAULIDUR RASUL


Alhamdulillah.... Perarakan hari ni mencapai matlamat nya yang sebenar yaitu menyambut Maulidur Rasul. Tiada apa apa yang tidak diduga berlaku walau pun banyak sekali jurugambar dari pelbagai media cetak dan elektronik yang hadir untuk mendapatkan scoop yang hebat.
Yang datang berarak semuanya berpakaian melayu, nampak macam nak pergi kenduri kahwin atau pun nak pi kahwin.

Bukan setakat jurugambar saja yang hadir, polis pun ramai yang hadir. Kehadiran polis ni adalah sedikit mengerunkan kerana bukan polis biasa yang hadir mengawal keadaan tetapi polis anti rusuhan. Walau bagaimanapun, syabas kepada pihak polis yang dapat mengawal keadaaan dengan baik sekali.

Polis polis yang hadir pun ikut sama sama berdoa agar majlis ini berjalan lancar dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku.

Para para pemimpin yang berugama Islam turut hadir untuk memeriahkan lagi Majlis hari ini yang bermula selepas menunaikan fardhu Asar dari hadapan Mesjid Kapitan Keling ke Padang Kota Lama dan balik Ke Mesjid.

Semoga berkekalan lah sambutan yang sebegini rupa walau pun Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan parti yang tidak menerima Islam dan tidak mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam, walaupun Ugama Resmi negara kita adalah Islam.

Wednesday, March 19, 2008

MAULIDUR RASUL

Marilah beramai ramai kita sambut hari kelahiran Nabi Junjungan kita dan jauhilah daripada melakukan apa apa yang boleh memudaratkan keadaan. Biarlah perjuangan untuk Ugama Bangsa dan Negara berjalan dengan aman serta menunjukkan kematangan orang Melayu berpolitik yang tidak mencampurkan agama dan politik untuk kepentingan diri sendiri.

WASSALAM

LOBBY MELOBI...

Dengaq habaq ramai jugak yang terus lobi melobi untuk jadi setpol lah, P.A lah dan macam macam lagi bila berita angin laut India Pasifik kata Jo Pak Om dilantik jadi Menteri penoh. Gang hak dok ampu Jo siap ngan bunga manggar, nak kalung bunga lah dan macam macam jenih bunga lah nak sambut menteri kononnya.

Dengaq habaq bekas kastam, cikgu dan mcm2 lagi dok kira nak sambut sakan lah, lebih pada nak sambut Taipusam lagi dengan bunga bunga nih. Nasib baik tak dak sapa bawak nyoq untuk dipecahkan. Klu tidak weil, weil lah.

Jo masih kekal taraf jawatan yang lama jugak. Tak naik dan tak turun. Gang yang benci kat dia dok kata dia dinaikkan pangkat jadi officer boy Pak Lah. Apa pun Jo, dengan komen hang pasai Mukhriz tu dah sah hang dapat musuh baru.

Dengaq habaq ramai yang tunggu Jo masa Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian nanti. Depa nak bertanding habis habisan ngan Jo. Mukhriz yang Jo kata tak berjasa kat Kubang Pasu dan dilantik sebagai calun kerana mengenang jasa Tun, sahih dah akan bertanding. Ranap Jo Derhaka. Dulu dia tikam bapak Mukhriz kut belakang, aku ingat kali ni Mukhriz nanti ludah muka dia kut depan.

Dengaq habaq Tok Ad pun dok intai tempat tu jugak. Tapi yang common nya, orang lain semua meluat kat Jo, jadi tak mustahil depa pakat dan tenyeh Jo hidup2.

Dengaq habaq kalau benda yang diidam terjadi, ada orang sanggup buat makan cara besaran siap ngan artis sekali.

Tuesday, March 18, 2008

TOLAK JAWATAN

Dengaq habaq satu sejarah telah tercipta dalam pembentukan kabinet kali ini. Dah 50 tahun merdeka ni lah sekali terjadi.

Dengaq habaq Datuk Anifah Aman yang dilantik Pak Lah sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan telah menolak perlantikan itu. Sama sama lah kita tunggu apa kah lanjutan dari berita itu. Berita dipetik dari KLpos.

KABINET

Dengaq habaq Pemuda UMNO tak mau ambik sebarang tindakan terhadap Mukhriz pasai depa kata tu adalah luahan perasaan peribadi dia. Haaa...tudia Pak lah, apa nak buat. Dok nampak dah macam gang Hisham ni macam tak mau layan arahan Pak Lah saja. PM kan dah serah kat Hisham suruh ambik tindakan.

Aku tak terkejut lah sebab semalam kan Pemuda Johor dah bagi kenyataan macam menyokong dia dan kata sayang kat dia...Hisham and gang support dia ni, sebab depa meluat kat KJ, lagipun Pak Lah dok cantas habis gang sepupu Hisham, Najib. Hampa tengok sat kabinet baru tu, JJ ngan Tengku Adnan pun dah hancus. Gang Najib kat Trengganu dia cantas habis, pasai tu lah depa buat kacau kat Idris Jusoh.

Dengaq habaq sepupu dan memba KJ dah naik jadi menteri, Shaziman ngan Ismail Sabri. Gang Pak Lah dalam Team B dulu pun dah naik pegang portfolio best punya, Penerangan. Shahril , Rais Yatim semua sudah naik jadi Panglima dia la ni...

SI LUNCAI NGAN LABUNYA...

Dengaq habaq luncai ni sakan dia. Labu dia gebu. Depa ni semua lah dok tungkuih lomoih untuk pastikan kemenangan BN di Jitra. Buat masa la ni tak dak lagi lah dok tikam belakang. Kalau nak tikam belakang kena panggil Anwar lah,,,

Ada yang senyum dan ada yang kecewa ngan berita Senator tak jadi tu. Biaq lah, dah tak dak rezeki. Bukan tak dak rezeki duit, kalau duit depa ni dah berlambak dah. 3 keturunan lagi pun tak habih.

Dengaq habaq mulanya dicadangkan hiburan oleh Artis tanahair pada Majlis Kesyukuran ADUN Jitra, tup tup baru teringat yang malam tu malam maulud nabi. Kalau tidak PAS sahih pancung hidup hidup.

SENATOR DET KHALID

Dengaq habaq Det Khalid akan dilantik jadi senator dan seterusnya di beri jawatan Menteri Pusat, lapor KL Pos. Apo nak di kato lagi, dari Menteri Besar yang kehilangan Negeri Kedah, dapat pulak jadi Menteri yang mengawasi seluroh Malaysia. Ini sudah kira dahsyat. Ramai yang akan tersenyum suka dan tak kurang jugak yang akan meluat dengan perkembangan ini. Tapi kita kena tunggu dan lihat apa yang akan diumumkan oleh Pak Lah nanti.

Dengaq habaq jugak yang Shahril Samad akan ganti tempat Zam di Kementerian Penerangan. Nama Khairy katanya tak dak, tapi tak taulah nak kata...Semua di tangan dia.

Monday, March 17, 2008

ANWAR

Dengaq habaq Anwar panggil semua ADUN dan MP PKR pi rumah MB Selangor untuk berbincang. Ni sudah suspen. Apa kah berita besaq tu? Nak habaq kata Pak Lah ajak dia masuk UMNO balik ke? Atau nak habaq kata dia dah boleh beli Ahli Parlimen BN dan BA boleh memerintah Malaysia ke?

Kalau dia masuk balik UMNO maka jadi pinggan retak ribu la pertubuhan tu. Jadi lagi banyak grup lah. Jenoh berebut..

Kalau dia nak habaq kata dia boleh beli MP BN, aduh lagi lah haru biru. Nak buat Kerajaan Perak pun depa bertengkaq bagai nak rak, ni kan pula nak buat Kerajaan Malaysia... Arboq salam lah rakyat semua...

MAJLIS KESYUKURAN

Dengaq habaq Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh ADUN Jitra pun ada desas desus akan disabotaj. Orang buat kenduri, panggil mai makan, kalau rasa nak pi, pi sajalah. Kalau rasa tak suka dok diam sudah. Jangan lah dok buat cerita nak sabotaj lah, nak rosakkan la.

Dah la BN kalah di Kedah, sama sama Barisan pun nak buat kacau. Camana nak tunjuk kat orang kata kita ni satu padu.

Dengaq habaq Majlis tu untuk rakyat pi dan berkenalan ngan lebih dekat ADUN yang di pilih, dan masa tu jugaklah untuk tagih apa yang dijanjikan. Bila lagi, ni lah masanya.

MAULIDUR RASUL

Dengaq habaq Majlis sambutan Maulidur Rasul di Penang tahun ni mungkin akan menjadi yang terbesar pernah diadakan. Perarakan yang dijadualkan adalah seperti yang selalu diadakan, dan kehadirannya, kemungkinan besar akan berganda kerana inilah masanya orang orang Islam yang rasa terpinggir setelah tergadai nya Negeri yang tercinta ingin mengeratkan lagi siratulrahim tanpa mengira parti yang dianggotai.

Alhamdulillah... Allahu Akbar..

PAKATAN

Dengaq habaq kemungkinan besaq akan ada pakatan diantara parti parti yang majoritinya Melayu bertujuan untuk menyelamatkan bangsa, agama dan Tanah Melayu ini. Kita tunggu dan lihat lah samaada percaturan yang dibuat akan membuahkan hasil atau sebaliknya.

PEMUDA UMNO JOHOR

Dengaq habaq Pemuda UMNO Johor minta semua pihak agar menghentikan desakan meminta agar Mukhriz di pecat. Biarlah Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang di ketuai oleh Hishammudin menyelesaikannya.

Dengaq habaq depa jugak minta Mukhriz agar jangan minta maaf diatas tindakannya kerana itu akan menunjukkan kelemahan seorang pemimpin. Mukhriz harus sedia menerima risiko atas pendiriannya. Baru ada class gitu.

Mukhriz pun ada menyebut bahawa surat dia tu akan menimbulkan kemarahan dari kalangan ahli UMNO dan Pak Lah sendiri. Ini menunjukkan yang dia tahu risikonya dan dia berani mempertahankan pendapatnya.

Pemuda UMNO Johor mengaku yang mereka menyayangi Mukhriz dan dapat lihat siapa sebenarnya aset dan siapa yang meleset dalam UMNO.

WISMA NEGERI

11hb Mac aku ada buat cerita kata Pejabat MB kosong dan yang tinggai cuma laptop sahaja 1 bijik. La ni hari ni dah keluaq berita semua dokumen penting kerajaan dah tak dak. Ustaz Azizan dapat tau cerita ni selepas buat siasatan dalaman katanya. Dia pun apa lagi, teruih pi buat laporan polis dan Phahrolrazi Zawawi dilantik untuk menyiasat kejadian ini.

Dengaq habaq sehelai kertas pun tak dak..Punya lah cuci pejabat tu. Gang Det Khalid tolong cuci dan samak pejabat tu sebelum orang lain masuk, pasai tu semua dah clear... Tok sah risaulah Ustaz, kalau bangkai ni, tutup macammana pun berbau jugak..Tak cukup minyak wangi nak tutup bau tu.

MUKHRIZ

Dengaq habaq Johari Baharum hentam Mukhriz sakan. Katanya Mukhriz dipilih untuk bertanding pun disebabkan Tun Dr Mahathir tu bapa dia, dan Mukhriz ni langsung tak berjasa kepada Kubang Pasu.

Apa jasa yang Jo ni dah buat kat Kubang Pasu sehingga ranggi sekali cara dia cakap. Benci sungguh dia ni kat Tun dan anak pinak dia. Pasai apa boleh jadi camtu? Dia ni adalah jenis yang tak kenang budi orang, dah la Tun dia tikam dari belakang, ni anak Tun pulak dia dok pelekeh. Atau pun dia risau Mukhriz ni bakal sapu dia masa pemilihan bahagian nanti kut? Jadi kalau boleh dia nak cantas awai2.

Jamuan

Dengaq habaq satu Jamuan Kesyukuran Barisan Nasional untuk DUN N06 JITRA, akan diadakan pada 19hb Mac 2008, bertempat di DEWAN IPDA BANDAR DARULAMAN. Semua dijemput hadir.

Dengaq habaq Tok Ad nak bagi makan lah semua yang dah bertungkus lumus dan juga yang telah memberi sokongan kepada beliau. Pi jangan tak pi. Makan free. Siap ada hiburan lagi oleh artis tempatan. Foo Yoh... Class habis.

Sunday, March 16, 2008

VETERAN UMNO

Dengaq habaq ramai juga veteran UMNO ni minta adakan perhimpunan khas UMNO untuk membincangkan isu isu yang melemahkan UMNO hingga tolunji 5 negeri. Yang membuat kenyataan terbuka la ni ialah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang siap mencadangkan tarikh 11 Mei ini. Tarikh ini adalah ulangtahun hari penubuhan UMNO katanya. Ku Li menambah lagi yang beliau hampir menitiskan airmata memikirkan senario sekarang, justeru itulah maka dicadangkan perhimpunan khas itu.

Dengaq habaq Datuk Dr Azizan bekas Ahli Parlimen Sik dan bekas exco kanan Kedah pun menyuarakan pendapat yang sama.

Kita mengharaplah agar ramai lagi ahli ahli veteran yang sanggup dan berani menyatakan pendapat masing2 tanpa segan silu. Nak takut apa lagi, dah veteran...

Pok Lah

Dengaq habaq bukan setakat BA saja yang mempunyai masaalah dalam menentukan MB, UMNO yang sekian lama memerintah pun dah saling rebut merebut kerusi itu. Contohnya, Perlis. Pak Lah pilih, Raja pilih, ADUN pilih selepas semua rakyat buat pilihan.

Aku rasa nak buat satu cadangan agar diadakan pemilihan untuk melantik MB dan Ketua Menteri di setiap negeri. Dengan ni tak dak lagilah huru hara nacam la ni. Ap sere lah semua ni. Tak payah dok sembang banyak lagi dah pasai tajuk ni, sebab rakyat dah buat pilihan pada 8hb yang lalu dan ternyata BN tolunji 5 negeri. La ni Pak Lah pilih MB, Raja pulak tak setuju. Rasanya bukan rakyat saja yang hantaq message, Raja pun dok hint lah tu. Bekas Agong pulak.

Begitu juga dengan Terengganu..Agong pun dak setuju ngan pilihang Pok Lah. Oh kacau Pok Lah. Tetapi Pak Lah ni bernasib baiklah, sebab dia tak dengaq rintihan rakyat dibawah, dia tak nampak rintihan rakyat dibawah dan dia tak baca blog kut. Kalau dia buat semua ni mesti dia sedaq. MT UMNO semua sokong. Jadi Pak Lah kira macam seluroh M'sia sokong.

Buatlah Pak Lah oi...apa yang patut.

PEACE BROTHERS

Dengaq habaq bangsa lain dari Melayu pun banyak mendapat SMS memberi amaran agar tidak mendekati kawasan yang diadakan perhimpunan dan kawasan Tol kerana Pemuda UMNO nak buat demo mendesak Pak Lah letak jawatan, takut rusuhan akan berlaku.

Aku rasa data dalam SMS ni tak betul lah, sebab hari ni UMNO Pulau Pinang buat kenyataan supaya hamba Allah yang meminta Pak Lah letak jawatan di pecat dari UMNO.

Dengaq habaq rakyat pun risau dengan senario yang ada la ni di Pulau Pinang. Tak kata kat depa lah, bila dah ramai ni macam macam boleh jadi. Yang takut akan jadi berani, yang sengap akan jadi bising dan yang aman akan jadi huru hara.

Orang Melayu ni amat terkenal dengan sopan santunnya, janganlah pamerkan sebaliknya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Maulidur Rasul 20/3/2008

Dengaq habaq ada siri kedua protes ni yang akan diadakan di Pulau Pinang. Di Mesjid Negeri katanya, untuk nak sampaikan memorandum kepada TYT Pulau Pinang. Dengaq dengaq habaq tu hari Khamis lah selepas Majlis Maulidur Rasul. Tetapi berita yang aku dapat ni tak disahkan. Dan barang diingat Blog Dengaq Habaq ni bukan menyokong ataupun membangkang, sekadar menyampaikan saja.

UMNO Pulau Pinang

Dengaq habaq Dato' Azhar Ibrahim membuat usul agar Dato' Mukhriz di pecat dari UMNO kerana menyatakan pendapat beliau.

Dato' Azhar kata dia tak boleh terima bakal pucuk pimpinan yang tidak tegas dan tak berpendirian. Tapi aku rasa kalau diamati betui2 apa yang dia cakap dalam PC dia tu ada kesinambungan dengan warkah yang dikirim kepada Presiden parti. Cuma dalam PC, dia tak terperinci.

Dengaq habaq 2/3 hari ni Dato' Azhar ni asyik mengacum kat Pak Lah saja lah. Minta batal projek mega kat Penang pun Pak Lah tak setuju, ni dia suruh Pak Lah pecat Mukhriz pulak. Betul betul aksi seorang pembangkang yang berwibawa. Protes jalanan pun dia dah start.

Dengaq habaq ada peluang jadi Ketua Menteri ni bila BN sapu bersih Penang yang kita tak tau bila.

Shahidan Kassim

Dengaq habaq 10 dari 15 ADUN di Perlis berdiri tegoh dibelakang Raja Perlis diatas perlantikan Dr.Md Isa Sabu sebagai MB yang baru. Syed Razlan membuat kenyataan ini seperti dilaporkan didalam Malaysia Today.

Beliau dan 9 ADUN yang bersetuju dengan perlantikan itu telah berjumpa dengan Raja Perlis dan Pak Lah untuk menyatakan persetujuan mereka.

Wakil tunggal dari PAS pun bersetuju dengan perlantikan itu dan membuat kenyataan bahawa Perlis memang amat memerlukan MB yang baru.

Dengaq habaq Shahidan telah memberi amaran sekiranya Dr Md Isa menerima perlantikan itu, dia adalah dianggap sebagai membelakangi kehendak UMNO.

Bunyi cam budak2 lah kadang2.. Pak Lah pun dah berjanji akan menyelesaikan masaalah ini dan kita tunggu dan lihat siapa lebih kuat...PM atau Raja.

Kalau Dr.Md Isa jugaklah yang jadi MB, nampak sangatlah yang surat dari Pak Lah tu langsung tak laku. Terengganu pung cerita yang skripnya lebih kurang sama. Mari kita lihat siapa yang kena?

Saturday, March 15, 2008

MEGA PROJEK DI PENANG

Dengaq habaq dari BERNAMA, Pak Lah kata adalah tanggung jawab Kerajaan Pusat untuk meneruskan segala cadangan projek projek di Pulau Pinang. Katanya lagi sebagai perdana Menteri Malaysia adalah tanggung jawab dia memajukan semua negeri didalam Malaysia ini samaada dibawah BN atau pun tidak. Projek peojek ini adalah janji Kerajaan kepada rakyat.

Nampaknya Datuk Azhar terkedu lah sat, sebab dia melaungkan supaya projek projek ini dibatalkan. Dengaq habaq ini menimbulkan lagi kemarahan rakyat pada UMNO Pulau Pinang kerana nampak sangat depa nak tunjuk ranggi depa kat sana. Mujoq ada Pak Lah. Kan aku dah kata, kalau kensel mungkin rugi Pak Lah....

MUKHRIZ

Dengaq habaq gang gang yang dok main kayu tiga ngan Pak Lah, la ni dah tak berani rapat sangat ngan Mukhriz. Sebab musabab dia aku rasa semua orang tau lah. Periok nasik nak kena jaga dulu daripada maruah parti ka, maruah bangsa ka dan apa kejadah lagi lah.

Dengaq habaq Hishammuddin pun dah kata yang cara Mukhriz tu tak betui, walau pun desas desus ada bunyi yang menyatakan dia lah yang beri mandat untuk Mukhriz buat sidang akhbar di B'worth tempoh hari dan dia jugaklah yang nasihat Mukhriz jangan cakap apa yang sepatutnya di luahkan masa sidang akhbar tu kerana bimbangkan keselamatan Mukhriz dan juga orang ramai kerana terdapatnya ahli ahli 3 line yang dok ushar kat situ. Tunggu untuk buat kacau.

Walau camana pun, Mukhriz telah buat apa yang orang lain teringin nak buat tapi tak berani nak buat. Syabas kerana meluahkan apa yang terbuku dihati tanpa berselindung di balik tirai. Semoga UMNO buka mata dan sedar bahawa Pertubuhan tu takkan kemana kalau dok tanggung biawak hidup.

Dengaq habaq hari ni ada perhimpunan nak minta Pak Lah mengundur diri tapi tak leh konpom. Apa pun buatlah jangan menang sorak kampung tergadai sudah...

BATAL PROJEK

Dengaq habaq Guan Eng kata Datuk Azhar Ibrahim bercakap tanpa berfikir apabila meminta Kerajaan Persekutuan membatalkan segala projek yang telah dicadangkan. Ini adalah bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan Kerajaan Persekutuan. Dan lagi Guan Eng menambah bahawa reaksi yang di tunjukkan oleh UMNO Pulau Pinang adalah cara mereka membalas dendam diatas kekalahan mereka.

Aku rasa setuju jugak dengan apa yang Guan Eng kata, Datuk Azhar tu bunyi macam merajuk. Tak mau bagi apa apa kat rakyat Pulau Pinang dah, sampai Bas Rapid pun dia nak suruh berhenti. Ambik lah kekalahan ni sebagai satu pengajaran, tentu ada silap tang tang mana yang membuatkan orang banyak yang meluat kat UMNO. Cerminlah diri sendiri dulu. Tak profesional langsung. Yang akan rugi dengan tindakan ni sapa? Rakyat jugak. Kalau kita boleh bagi perkhidmatan yang baguih walaupun kalah, maka lepas ni orang nanti sayang lah balik. Ni dak..macam marah kat nyamuk bakar kelambu, walaupun la ni jarang orang pakai kelambu dah.

Tambah Guan Eng lagi, katanya dia pasti Pak Lah takkan setuju untuk membatalkan projek yang telah dirancang kerana Pulau Pinang ni adalah Negeri Pak Lah dan Pak Lah adalah Perdana Menteri untuk seluroh rakyat Malaysia. Takkan Pak Lah nak jadi Perdana Menteri untuk orang yang sokong dia saja? Sapa nak jadi PM untuk orang yang tak menyokong BN tanya GE lagi...Anwar ke?

Gerakan pun tak setuju dengan cadangan UMNO ini. Soo Koon nak projek ni di jalankan juga. Dia pun berharap Pak lah akan teruskan.

Hampa rasa camana? Patut teruskan atau dak? Pak Lah ngan Khairy rugi besaq kalau projek ni tak jalan sebab banyak yang Mega projek ni Patrick Lim yang dapat... Sebab tu GE rasa confident je...

Friday, March 14, 2008

KOMTAR 14/3/08






Gambar gambar Demonstrasi kat KOMTAR.

SMS UTK MELAYU PULAU PINANG

Dengaq habaq inilah SMS yang diedarkan di Pulau Pinang semalam...Renong renong lah.

"Kemana Melayu...? Kenapa sokong kafir Harbi. Maruah tercabar. Agama tercalar...Mengapa biarkan perpecahan berlaku. Ayoh bangunlah atas nama Islam dan bangsa baik yang berparti dan tidak berparti. Jangan biarkan nasib kita ditentukan oleh bangsa lain. Ketuanan Melayu disingkir dari Tanahair kita. Kalau mereka boleh bersatu singkirkan kuasa kita, kenapa kta masih bersengketa. Belakangkan fahaman politik anda. Marilah pertahankan maruah agama dan bangsa demi masa depan generasi kita. Jangan sampai jadi Singapura ke 2. Pribumi merintih di tanahair sendiri. Kita tak mahu senasib dengan Palestin. Agama dipijak, bangsa dilanyak. Ayoh pertahankan agama dan bangsa kita. Mari berkumpuldi depan KOMTAR 14.3.2008, Jumaat, jam 3 ptg. PAS tertipu. Keadilan dimungkiri. Umno disingkiri. MELAYU TERSUNGKUR."

Mamak Mee yang hantaq SMS ni kat aku kata, "Abang..Apa yang saya buat la ni adalah untuk cuba nak minta bagi PAS, PKR dan UMNO berganding untuk menyelamatkan Melayu. Macam mana kalau dah YDP Majlis agama pun dilantik oleh Cina yang bukan beragama Islam pulak tu. Kalau bangsa Cina umpamanya tak suka MCA, dia boleh masuk Gerakan atau PPP dan depa ni masih dalam Barisan Nasional...Tapi kalau Melayu tak suka UMNO, hancuslah. Parti yang ada Melayu yang lain semuanya pembangkang. Abang pikiaq lah bang..."

Dengaq habaq Mamak Mee akan kontek lagi dan memberikan lagi cerita cerita atau dilema Melayu Penang la ni...

Tima Kacih Mamak Mee....

MB PERLIS

Dengaq habaq dengan megahnya semalam Shahidan Kassim dah bagi amaran sesiapa yang tak setuju dia dilantik sebagai MB, agar keluaq dari BN. Kenyataan ni juga menyebut dia telah mengadap Raja Perlis di KL semalam.

Dengaq habaq tup tup tadi Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria buat kenyataan Raja Perlis telah berkenan melantik ADUN Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai MB menggantikan Shahidan Kassim.

Semua orang tahu bahawa ADUN ni adalah orang Radzi Sh Ahmad. Walaupun Shahidan diberi watikah oleh Pak Lah tapi Raja Perlis berdegil jugak dan terus melantik Dr Md Isa sebagai MB. Berita terkini dari KLpos ni juga menyatakan bahawa Shahidan dok ada di Putrajaya la ni..Dok menangis kat Pak Lah la kut.

Trengganu pun jadi camni jugak. Apa dah jadi ni, sampai Raja Melayu dan Agong sendiri tak setuju dengan pilihan Pak Lah. Tapi pasai apa dia pi lantik Pak Lah jadi PM semula? Mungkin tang situ tak dak undang undang yang membenarkan dia overrule.

Pak Lah kena pikiaq habis habis la. Kalau rakyat tak setuju, Raja2 pun ada yang tak setuju, bertanggungjawablah sikit dan mengaku kat dunia bahawa kekalahan BN kali ni adalah kesilapan percaturan Ketua Barisan Nasional. Gentleman sikit orang nampak. Ni dok eksyen dan angkoh lagi. Mungkin nak angkat anak menantu jadi Menteri dulu baru dia blah..tak tau lah nak kata.

KOMTAR HURU HARA

Dengaq habaq la ni kat KOMTAR Penang dah penoh ngan orang ramai yang tak puas hati dengan tindakan DAP nak hapuskan DEB. Helikopter dok berlegar di ruang udara, jalan masuk ke Georgetown dah tutup dan ramai FRU disitu.

Aku harap harap sangatlah jangan jadi macam peristiwa 13 Mei dulu. Pakat doa doa lah kita agar saudara saudara kit semua selamat.

TSUNAMI DALAM UMNO

Foto dari Minaq Jiggo Fotopages

Dengaq habaq banner seperti tertera diatas berlambak lambak kat ibukota Kuala Lumpur. Inilah yang dinamakan gelombang Tsunami yang melanda didalam UMNO .

Apakah tindakan Pak Lah seterusnya? Dia nak buat dek saja ka? Dia nak menyalahkan orang lain lagi ka? Dia nak kata Tun punya jarum sudah jalan ka? Penasihat penasihat dia kena maklumkan kat dia perkara yang sedang melanda dalam pertubuhan Melayu ni. Jangan dok cerita kat dia kata hanya segelintir orang saja yang tak suka dia. Kalau rakyat dalam 4 negeri dikatakan segelintir, aku tak tau nak kata apa lagi lah.

Pak Lah pernah sebut selepas mendapat keputusan PRU bahawa dia tak di pressure atau diberi tekanan oleh mana mana pihak untuk meletak jawatan. Sekarang Mukhriz dah keluarkan surat dan telah pun diedarkan ke seluruh pelusuk dunia. Surat khabar NST Singapore dah masukkan dalam paper. Depa seronok la tengok Malaysia huru hara. Pak LAh panggillah Lee Kuan Yew tolong dia, sebab dah baik sangat ngan S'pore.

Selagi adanya orang macam Johari(Derhaka)Baharum dan ramai lagi yang dalam UMNO tu, habih lah Pak Lah. Depa dok gula gulakan orang tua tu sampai tak sedaq diri. Bagi gula pun pasai nak sesuatu dari orang tua tu jugak. Esok kalau Najib naiklah, aku harap dia dah tengok dan kenai betul betul kutu ni semua dan cantaih habis habisan depa ni. Kalau tidak hidup dia susah.

Setiausaha UMNO pun serupa.Memba lama tu. Daripada time Team B dulu depa ni rapat. Yang dia dok pi sibuk kacau Raja Perlis tu pasai apa? Tak professional langsung. Bergaduh takat kerja sudah lah, ni dah jadi personal. Rakyat mau kat Shahidan, biaq lah. Itu lah politik namanya, sokongan rakyat. Kalau nak cantas sana cantas sini, baik kerja potong rumput. Tak ganggu orang. yang Raja tu pun satu, negeri dah lah kecik daripada Kubang Pasu, boh Pegawai Daerah sudah lah.

Setengah orang nanti tengok depa ni semua macam bodoh piang. Tak reti dalami hati perut rakyat. Yang depa tau hati perut depa saja.

Ahhh..politikus ni mana mana pun memang menikus..

Dengaq habaq je lah.

PERHIMPUNAN LEPAS JUMAAT

Dengaq habaq lepas sembahyang Jumaat nanti satu perhimpunan akan diadakan di Mesjid Negeri Shah Alam dan berarak ke Pejabat SUK Selangor untuk membantah keputusan DAP menghapuskan DEB di Pulau Pinang.

Apa nak buat orang Penang yang mau, ada ketua BN dalam Penang pun tak leh buat apa. Menghabihkan boreh...

SURAT MUKHRIZ ms1





SURAT MUKHRIZ ms2




Thursday, March 13, 2008

PEMERINTAH

Dengaq habaq ada rakyat yang sangsi dengan MB baru ni kerana banyak portfolio yang di terajui oleh beliau. Ada juga yang meragui akan ketulusan beliau dalam melaksanakan tugas tugas beliau.

Aku rasa masih terlalu awal untuk kita mempertikaikan apa apa pun yang kerajaan baru Negeri Kedah ni sedang laksanakan. Berilah mereka masa dan peluang untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam pentadbiran Negeri Kedah ini. PAS selalu melaung laungkan meminta rakyat memberi peluang kepada mereka untuk memerintah. Ini lah masa dan ketikanya untuk mereka merealisasikan segala janji mereka kepada rakyat. Berjaya atau tidak adalah hak rakyat untuk menentukan. Rakyat juga akan menentukan samaada selesa atau tidak bernaung dibawah kerajaan PAS. Walau apapun yang akan dihidangkan, terpaksalah makan untuk jangkamasa 5 tahun ni, insyaallah.

Memilih pemerintah negeri ni sama jugaklah dengan memilih makanan di dalam menu. Selalunya gambaran yang di lakarkan diatas kertas lebih cantik, lebih menyelerakan dari yang sebenarnya. Inilah yang di panggil pemasaran. Marketing. Memasarkan produk. Tujuan utamanya adalah supaya dapat yakinkan pembeli untuk mencuba produk atau makanan itu. Untuk 5 tahun ini terpaksalah makan. Manis ka, masam ka, pedas ka, pedaq ka, terpaksa hentam je lah sebab kita dah buat pesanan. Pesanan ini pulak tak boleh ditukar ganti dalam masa 5 tahun.

Dari pemerhatian aku, Exco yang dilantik ni memberangsangkan sekiranya kelulusan kertas yang kita mahu. Tetapi dalam dunia realiti ini, tak semua yang berkelulusan tinggi tu dapat memberikan khidmat yang tinggi. Yang setaraf dengan apa yang telah di pelajarinya. Teori dan praktikal selalunya amat berbeza di dalam masyarakat. Dalam drama boleh lah di pandukan kepada skrip, tapi dalam realiti kehidupan ianya boleh menjadi satu cabaran yang hebat.

Pensyarah ada, doktor perubatan ada, jurutera ada, peguam ada, ahli perniagaan ada, pentadbir ada, guru agama ada dan akhir sekali pegawai tentera laut pun ada. Kuat barisan ni. Apa lagi yang di perlukan untuk mentadbir sebuah negeri yang rata ratanya orang Melayu yang pasrah dengan pemerintahan barisan dahulu. Jangan lupa rakyat juga amat kecewa dengan pemerintah negara yang ada sekarang maka terpilihnya pemerintah negeri yang baru.

Wahai rakyat Negeri Kedah Darul Aman...Tagihlah janji janji mereka, tagihlah modal insan yang rakyat Kedah amat perlukan, tagihlah keselesaan hidup yang dijanjikan. Jangan sedikit pun kita bertolak ansur seperti dulu. Terlalu banyak bertolak ansur dan hormat kepada kerajaan lalulah yang menjadikan Tok Det dan kuncu kuncu nya sombong, bongkak dan kaya raya.

Lima tahun tak lama, hanya sebentar saja, kita kan mengundi semula.

WASSALAM

PAK LAH OH PAK LAH

Dengaq habaq surat dari Dato' Mukhriz meminta Pak Lah mengundur diri sedang diedarkan di kalangan ahli ahli UMNO. Surat itu juga telah dihantar kepada Najib, Ali Rustam, Muhyidin Yassin dan Radzi Sheikh Ahmad.

Dengaq habaq surat ini akan membuatkan UMNO melalui suatu lagi ribut taufan dalaman.

Dengaq habaq petisyen meminta Pak Lah berundur dengan cara terhormat juga akan dihantar oleh salah satu bahagian UMNO Wilayah Persekutuan.

Aku pun tak tau lah apa akan terjadi sekiranya perkara ni betui2 terjadi. Bukan ribut lagi dah, mungkin tsunami kedua akan melanda UMNO. Ramai orang berpendapat yang Pak Lah ni langsung tak gentkeman bila BN mengalami kekalahan sehingga hilangnya 4 negeri. Koh Tsu Koon mengaku bertanggungjawab sepenohnya keatas kekalahan parti Gerakan didalam PRU yang lalu. Ong Ka Ting sampai tak nak apa2 jawatan dalam kabinet sebab dia nak perbetui balik MCA sehingga election yang akan datang. Samy tok sah cakap apa lah sebab dia memang ranggi tapi dia pun sanggup jumapa balik dan berbaik dengan Subra untuk menyatu padukan kaum India.. Tapi Pak Lah kut la nak kata "Saya sebagai orang No.1 dalam Barisan Nasional bertanggung jawab sepenohnya keatas kegagalan BN mencapai 2/3 majoriti kali ini dan kita akan blah blah blah....." haram dia tak sebut.

Aku rasa dia ni masih rasa tak bersalah dan menyalahkan orang lain atas kegagalan BN. Dia sebagai towkay, CEO, Manager sebuah syarikat dan kalau syarikat tu tak perform dengan sepatutnya, dia lah yang di pertanggungjawabkan. Apa nak persalah atau buang org lain pulak. Dia pun dilantik oleh rakyat dok tang tu. Rakyat ni macam pemegang saham lah dalam syarikat tu. Kalau dah pemegang saham nampak dia tak leh buat kerja, tak menguntungkan syarikat, pemegang saham berhak bersuara agar dia melepaskan jawatan tersebut. Dia pun patutnya pahamlah, yang dok gantung lagi tak mau lepaih pasai apa? Pencen ada lepaih ni. Tak susah aih.

Ramai di kalangan rakyat ni aku rasalah, cuma nak dengaq dia kata dia bertanggung jawab dan kalau dia nak dok lagi untuk nak perbetui balik UMNO, aku rasa rakyat pun nanti kesian balik kat dia dan bagi chance sekali lagi. Tapi apa nak buat, perkataan tu tak leh nak keluaq dari mulut dia.

Mari kita lihat siapa yang kena!!!! Kata kata fofular oleh Ibrahim pendek dalam Ali Baba Bujang Lapok daaaa...

ANGKAT SUMPAH DI PERAK BATAL

Dengaq habaq lepaih cerita DAP buat kurang ajar, PKR pulak buat pasai. Dah nampak sangatlah bahawa depa ni tak leh nak bersatu. Macammana lah depa nak memerintah Perak nanti. Huru hara Perak, boleh tukaq jadi gangsa camni. Pengagihan kerusi EXCO pun boleh berbalah, buat cerita dia tu bincang tak bagi tau, dia ni bincang tak bagi tau. Masa menang amat bermegah dengan bloggers2 nya, dengan ITnya la no dah kelam labut. Semua ni sembang baik masa belum dapat kuasa saja, bila dah dapat macam ni lah jadinya. Rakyat Perak yang pilih...Kejor Yob Kejor.

Yang sebenaqnya kalau aku jadi PAS atau PKR, baik aku join venture ngan BN. Terus boleh buat kerajaan dan tak payah nak dolak dalik...

Dengaq habaq upacara tu batal sebab PKR tidak diberitahu berapa korsi depa dapat. Join sekali semua, biaq DAP melahaq....PAS+BN=34..PKR+BN=35. DAP=18. BN=28. PAS=6. PKR=7. BA kat Perak ni betul betul NO CLASS..

EXCO KEDAH

Ustaz Azizan - Kewangan, Perancangan Ekonomi, Pengerusi Perancangan Tanah dan Hasil, Pengerusi Majlis Tindakan dan Keselamatan Negeri dan YDP Majlis Ugama Islam.

Ir Phahrolrazi Zawawi - Pembangunan Luarbandar, Kerja Raya.

Mohamed Taula Mat Rasul - Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ir Amiruddin Hamzah - Pertanian, Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi.

Dr Hamdan Mohamed Khalid - Kebudayaan , Belia dan Sukan

Dr Ismail Salleh - Kesihatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan.

Siti Aishah Ghazali - Pembangunan Wanita dan Kebajikan

Abdullah Jusoh - Pendidikan, Teknologi Informasi dan Komunikasi.

Tan Wei Shu - Alam sekitar, Tenaga Rakyat, Pengangkutan dan Hal Ehwal Kaum Cina.

Mohammad Radzi Salleh - Pelancungan dan Pembangunan Masyarakat.

Arumugam a/l Vengatarakoo - Perdagangan, Hal Ehwal Kaum India dan Siam, Perpaduan dan Hal Ehwal Pekerja Estet.

UPACARA ANGKAT SUMPAH PERAK

Dengaq habaq masaalah perlantikan MB baru di Perak telah pun selesai dan DAP telah pun bersetuju untuk hadir di upacara tersebut.

Dengaq habaq setelah menyatakan pendirian DAP dalam blog Lim Kit Siang pada lebih kurang jam 7.20pm semalam, terlalu ramai lah orang yang memberi pelbagai komen dan kebanyakan nya menyatakan kekecewaan mereka diatas tindakan yang diambil oleh DAP. Komen komen ini datang dari penyokong DAP keseluruhannya.

Kita masih belum pasti samaada DAP bermain wayang kulit atau pun betul2 jujor dalam hal ini. Tapi harap harap tu jujor lah.

Wednesday, March 12, 2008

KJ NAK LETAK JAWATAN

Dengaq habaq KJ ni dah merajuk dan disebarkan cerita nak letak jawatan. Ini adalah kerana ramai otai UMNO kata dialah punca BN kehilangan 5 negeri dalam PRU hari tu.

Dengaq habaq juga dia ni saja je buat benda ni nak bagi orang pujuk dia. Dari situ dia boleh buat perkiraan lah sapa atau berapa banyak yang sokong dia.

Buatlah apa yang patut..asalkan bahagia...Cuma aku harap bila dia hantar surat perletakan jawatan terus di terima. Tak dak sapa nak pujuk..Baru ada akai.

KERIS

Dengaq habaq adalah saudara saudara Cina di negeri yang di kuasai oleh parti Cina dok tanya orang Melayu mana perginya keris Hishamuddin yang dok hunus masa mesyuarat agong UMNO dulu? Dah hilang ka? Apa pasai sudah diam?

Perkara macam ni tak sihat. Aku harap orang Melayu ni sabaq je lah. Orang Melayu di Malaysia adalah orang Islam. Orang Islam ni lemah lembut dan tertib. Yang hunus keris pun orang Melayu jugak. Tepok sebelah tangan tak bunyi. Biaq lah depa dok tepok. Jangan sampai tepok anak bini atau kepala kita sudah la...

DAP BOIKOT ANGKAT SUMPAH

Dengaq habaq DAP akan memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak besok 13hb Mac 2008 kerana tidak bersetuju diatas perlantikan wakil PAS Mohamad Nizar Jamaludin sebagab MB. DAP mendakwa bahawa mereka bersetuju sekiranya wakil mereka sendiri iaitu ADUN Sitiawan Ngeh Koo Ham atau ADUN Behrang dari PKR Jamaluddin Mohd Radzi yang dilantik. Alasan mereka adalah kerana PAS hanya memenangi 6 kerusi ADUN walhal DAP 16 dan PKR 7.

Aku rasa pemboikotan ini adalah lebih kepada bencinya DAP kepada parti yang berlandaskan ISLAM. Ini juga adalah cara mereka menunjukkan kurang ajar mereka kepada Sultan yang memerintah Negeri Perak. Apa nak buat...pilihan rakyat.

Terpikiaq juga aku, apa akan jadi kepada Perak nanti kalau komponen parti yang memerintah tak bersetuju pendapat sesama mereka? Ada chance lah BN nak cucuk supaya mereka latah!!

KJ JADI MENTERI?

Dengaq habaq kata KJ akan di lantik menjadi Menteri Dalam Negeri. Maka kena berhati hatilah bloggers sekelian, takut nanti semua dikategorikan dalam I.S.A. Tapi kalau dia nak tangkap bloggers semua boh I.S.A pun tak cukup tempat tahanan rasanya.

Dengaq habaq ini adalah percaturan yang dibuat oleh Pak Lah. Ya lah, kalau baba tak jaga sapa lagi nak jaga anak menantu dia. Kita harap jugaklah Mukhriz pun masuk kabinet jugak. Baru exciting sikit rasanya.

MB Perak

Dengaq habaq Mohammad Nizar Jamaluddin di lantik Menteri Besar Perak dan di bantu oleh dua wakil bukan melayu seorang dari DAP dan seorang lagi akil berbangsa India. Serupa macam Pulau Pinang lah jugak. Mesti konsisten. Cuma di Penang Ketua nya Cina dan pembantunya Melayu dan India.

Dengaq habaq di Selangoq timbalan MB kemungkinan besaq dari DAP. Alahai..ini lah apa yang rakyat mau agaknya.

Dengaq habaq Khir Toyo menafikan dakwaan dokumen2 penting telah dimusnahkan sebelum MB baru masuk opis. Beliau menambah lagi bahawa Kerajaan nya amat telus dan jujur. Dengaq habaq dia juga kata yang dia akan jadi pembangkang yang kuat dan akan memastikan segala janji janji PKR, DAP dan PAS ditunaikan. Pandai lah dia, janji dia dulu pun tak dan nak tunai, nak dok check janji orang pulak. Tapi itu memang lah tugas pembangkang yang baik.

KEPUTUSAN KEDAH DALAM PRU12

PERLIS OH PERLIS

Dengaq habaq UMNO Perlis minta Radzi Sheikh Ahmad undur diri dari UMNO. Kenyataan ini di buat setelah terjadi nya masaalah perlantikan semula Shahidan sebagai MB yang katanya tak di persetujui oleh Raja Perlis.

Dengaq habaq depa tau yang dok cucuk Raja tu ialah Radzi. Dan Raja pun memang dah tak suka kat Shahidan kut, pasai tu nak boh adik dia jadi MB. Senang sikit adik beradik memerintah. Negeri pun bukan besaq mana. Perlis mempunyai keluasan 810km persegi. Kecik dari Kubang Pasu yang mempunyai keluasan 948km persegi. Kalau boh D.O pun boleh dah....

Dengaq habaq depa dok berebut ni semua bukan pasai apa, maruah dia lah kena jaga. Ni dah jadi rakyat lawan ngan Raja dan Radzi lah yang jadi dalang nya. Dengaq habaq je lah

Tuesday, March 11, 2008

KONTRAKTOR

Dengaq habaq banyak kontraktor yang dok keloh kesah dulu mengharapkan sangat lah agar kerajaan baru Kedah ni akan dapat mengagihkan tender tender kerajaan jegeri dengan lebih adil dan saksama sekarang berbanding dengan zaman pemerintahan Tok Det dulu.

Dengaq habaq dulu tender kerajaan negeri dok pi kat kaum kerabat istana saja, sampai kontraktor lain semua kebuloq dan terpaksa berhijrah untuk cari makan. Buatlah macam KM Pulau Pinang cadang agar ia nya lebih telus dan adil.

Dengaq habaq ada memba dari Jitra tadi kompom pasai Tok Det kawin ngan ratu irama Malaysia kita. Tapi kalau ada gambaq ka, surat nikah ka lagi cun lah kan. Kita boleh cerita kat semua orang. Bina mesjid ni perkara yang elok dan di tuntut oleh agama, buat apa nak sembunyi. Cuma takut Mesjid lama tak tau yang jadi payah ni. Kalau betui aku nak ucap tahniah kat Tok Det.

Dengaq habaq masa laporan akhbar dulu Noranuza kata dia kawin ngan usahawan umur 50an. Tok Det ni usahawan ka? Dia usaha untuk dapat Noraniza adalah, dan juga usaha untuk buat kekayaan...Alhamdulillah.

Lim Guan Eng

Dengaq habaq Ketua Menteri Pulau Pinang , saudara Lim Guan Eng, telah memansuhkan segala saman peniaga roda tiga dan parkir kenderaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebelum 11hb Mac. Lega banyak lah nampak gaya nya orang Penang.

Dengaq habaq lagi dia akan memansuhkan perlantikan ahli Majlis Perbandaran sebaliknya akan diserah kan pada penduduk setempat untuk mengundi calun yang bertanding untuk menjadi Ahli Majlis. Ni baru lah demokrasi.

Dengaq habaq semua tender kerajaan negeri akan dibuat secara terbuka dan telus supaya semua kontraktor yang layak boleh mengambil bahagian. Ini lagi satu cadangan yang baik dan telus, jangan dok bagi kat satu ethnik saja sudah lah.

Dengaq habaq dia juga akan meminta semua pegawai kerajaan membuat perisytiharan harta masing masing secara terbuka juga. Ini pun satu cadangan yang bagus. nampak bagus saja DAP ni. kita tunggu dan lihatlah nanti. Selalunya penyapu baru ni....

TAHNIAH saudara.

Al - Fatihah


Dengaq habaq Bekas ADUN Pelabuhan Klang Datok Zakaria Mat Deros, 61, telah pulang ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi 11hb Mac kerana diserang sakit jantong. Aruah menghembuskan nafas nya yang terakhir di "Istana Zakaria" yang mempunyai 16 bilik tidor, 21 tandas dan mempunyai keluasan tanah 43,000 kaki persegi di Kampong Idaman.

Dengaq habaq kemungkinan besar serangan sakit jantong adalah disebabkan oleh ura ura yang menyatakan MB baru dari parti pembangkang akan mengambil tindakan keatas segala tindak tanduk ADUN dahulu yang menyalahi undang2.

Walau macammana pun, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya. Al- Fatihah.

KEMAS

Dengaq habaq arahan Tok Det suruh tutup tadika Kemas semua adalah kerana dia mendakwa KEMAS tu hak UMNO. Jadi tak leh operasi lagi lah. Apa salahnya benda tu di teruskan. Itu adalah kegunaan masyarakat. Takkan UMNO tak mau berkhidmat untuk masyarakat dah kut. Mentang2 dah kalah, buat perangai macam budak2.

Dengaq habaq yang terbaru lah ni, aku tak leh nak kompom, katanya Tok Det ni menikah ngan penyanyi Noraniza Idris. Betui ka? Aku pun dengaq habaq orang saja. Kalau ada sapa2 nak kompom, silakan lah.. Dah jadi laman gossip pulak. Tak kisahlah dah dengaq habaq...

PEJABAT MB KEDAH "0"

Dengaq habaq pejabat MB Kedah di Wisma Negeri kosong...yang tinggai hanyalah sebuah laptop. Habih Tok Det bawa lari nampaknya. Tapi kemungkinan besaq juga hak tu semuanya barang peribadi dia. Walau apa pun Datuk Azizan kena panggil ID(interior decorator) lain lah, buat bagi elok elok balik dan buat baca Yassin ka apa ka bagi tolak segala hantu syaitan yang penoh dalam tu.

PEMBELIAN

Dengaq habaq di Selangoq ni ada yang dah berbelah bagi pulak. Ada yang rasa depa ni tak mau kerajaan ada kuasa penoh, tak mau bagi dapat 2/3, jadi pakat undi lah BA. Tup tup terlepaih teruih. La ni lega. Teruih dapat kat PKR. Mungkin Shah Alam boleh bukak panggong wayang dan kelab dangdut kut lepas ni. De Facto PKR kan suka menari....

Dengaq habaq juga di Selangoq pun urusan jual beli berjalan dengan lancar.Tapi ramai orang kata dah seluroh Malaysia dah urusan jual beli ni. Tapi yang aku tau Selangoq saja. Jual beli apa? Kedai perabut, jual beli kerusi lah. Anak katak nak melompat kalau dah jadi jutawan segera...Untung gila tu, baru berapa hari je dah di offer jutaan ringgit. Wallah wa allam.

SHARE HIT DANCE

Dengaq habaq Shahidan Kassim dah silap game dia main dulu. Mula sekali dia dah pi bertekak ngan Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid. Pas tu apa lagi 7 kali kena jumpa Pak Lah untuk nak maintain kerja dia sebagai MB. Okay, selesai pi lah bab tu. Masa penamaan calun dan juga agihan kerusi, dia ni ketegaq juga nak letak adik dia di Arau dan hantaq Syed Razlan pi ke Pauh. BN menang sakan di Perlis.

Dengaq habaq masa ni lah Radzi Sh Ahmad nak balas dendam dia dengan menyokong Syed Razlan adinda kepada Raja Perlis untuk jadi Menteri Besar yang baru. Raja Perlis pun dah setuju. Kelupoq la Share Hit Dance macam ikan keli naik darat. Pasai tu lah sampai la ni watikah untuk MB Perlis tak keluaq sampai la ni...

Kepala Batas 10hb.Mac

Dengaq habaq katanya ramai rakyat yang mencecah ribuan lah katanya yang pi berhimpun di Kepala Batas nak pujuk Pak Lah suruh blah kemarin. Aku tak pasti, cuma dengaq habaq saja.

Kalau depa bertujuan untuk nak tunjuk pada pucuk pimpinan ketidak puasan hati depa terhadap Pak Lah, aku rasa tepatlah depa buat kat situ. Tapi kalau depa harap nak jumpa sesiapa dan bagi tau apa yang depa tak setuju, tempat tu tak kenalah.

Dengaq habaq juga ada ramai yang pi tunggu depan pintu Istana Negara nak bagi Pak Lah tengok depa, sebelum Pak Lah masuk angkat sumpah. Depa ni pun mewakili golongan yang minta dia blah juga.

WASSALAM

Lim Kheng Yaik

Dengaq habaq LKY suruh Pak Lah buang semua penasihat dia tu, sebab depa tu lah yang dok cucuk Pak Lah sehingga BN tolunji 5 negeri kali ni.

Aku setuju sangat lah dengan LKY ni, tapi aku rasa Pak Lah pun tak lama dah kut. Kalau dia kuat lagi, kalau Najib tak kacau pungkoq dia, kalau MT tak suroh dia blah, dia dok lagi disitu. Mungkin dia pun nak perbetui apa yang dia dah buat silap. Masa ni adalah masa yang terbaik untuk rakyat menikmati segala bentuk imbuhan yang dia akan bagi untuk dapatkan sokongan balik.

Kita dok diam diam dan tunggu je lah. Kita dah bersuara 8hb hari tu. La ni biaq depa mengelupoq pulak.

Sidang Akhbar Mukhriz

Dengaq habaq SMS berleluasa lah mengatakan Mukhriz buat PC untuk minta Pak Lah blah. Mula cadang nak buat kat Sunway Hotel, Sbg Jaya, tetapi oleh kerana ramai sangat samseng samseng KJ dan Pemuda Kepala Batas dok tunggu, maka telah di tukar PC tu pi ke Hotel Park View.

Cara Mukhriz cakap tu memang lah berlapik dan aku rasa mungkin ada maksud yang tersirat lah. Tak perlu dia nak bercakap straight to the point, nanti depa kata bapak dia yang suruh dia kata camtu.

Tahniah Mukhriz diatas kemenangan di Jerlun, walaupun depa boh disitu nak bagi kalah, tapi hampa menang jugak akhirnya.

Jo Lagi..

Aku rasalah Johari Baharum ni dok aim nak dapat Menteri penoh kut sekali ni, pasai tu lah dia buat kenyataan camtu. Tapi memang dia ni mangkuk sikitlah, dia cakap macam orang yang tak cukup akai. Camana la nak harap dapat jadi Menteri penoh. Ooopps..silap. Orang macam ni lah Pak Lah suka. Ada chance lah dia...

Monday, March 10, 2008

Jo Defend Pak Lah

Dengaq habaq bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir hari ini telah meminta semua ahli UMNO supaya memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan supaya tidak meminta pucuk pimpinan mengundur diri di atas kekalahan BN dalam PRU12 yang baru lalu.

Dengaq habaq dia kata lagi bahawa dalam tahun 1999 pun BN kurang mendapat sokongan Melayu, tetapi tak ada siapa pun yang menyuarakan agar Tun mengundur diri. Masa tu Pak Lah la orangnya yang pi merata ceruk untuk mendapatkan sokongan tu balik dan pasai tu lah depa menang dengan angkuhnya pada 2004.

Dengaq habaq dia juga kata UMNO kecik hati pasai Tun dah janji takkan kritik UMNO bila Tun bersara dulu. Dia tambah lagi bahawa bukan Pak Lah sahaja yang patut dipersalahkan tetapi kesemua pimpinan UMNO yang kena pikiaq balik dan buat percaturan baru macammana nak sapu balik apa yang dah hilang.

Dengaq habaq dia menyalahkan percakaran dalaman dan juga orang orang yang terpinggir dan tak dipilih untuk jadi calun yang merosakkan PRU12 ni.

Berita diatas ni dipetik dari NST Online.

Bagi pendapat akulah, 1999 isu yang paling besaq masa tu adalah kisah Anwar. Jadi memang terbelah la Melayu masa tu. BN kalah dua negeri. Kelantan dan Trengganu. Jatuh ke tangan PAS. Nampak sangatlah disitu Melayu saja yang sakit hati dan marah kat BN. Tahun 2004 depa sapu bersih bukan pasai depa buat polisi yang baguih, bukan pasai depa memerintah ngan baguih, tapi pasai orang nampak Mr. Clean ambik alih. Imam Hadhari pegang Malaysia. Bini pulak masa tu dok sakit, jadi Malaysia kesian dan ingin sangat nak merasa pimpinan Pak Lah.

Lepas dah bagi 4 tahun imam Hadhari bukan takat pegang Malaysia saja, Michelle Yeoh pun dia gagau jugak. Anak pinak dia pulak gagau semua peluang yang ada untuk buat duit.

Imam ni pulak, dok pompang sana sini lah pasai Hadhari dia tu, sampai terlupa la pulak nak suruh bini dia pakai tudung. Orang orang kampong benda kecik macam ni lah yang depa nampak.

Tak pa pi lah hak tu, lepaih tu dia dok lena la pulak. Dulu mula mula orang ingat kan kut dok jaga bini dia sakit jadi orang pun tak kisah, ni dah ada bini lain pun lena jugak. Awat tah menantu tak tolong buat keputusan bila pak mertua dah dok lena, budak tu pun take over lah. Lepaih tu, sakit hati lah gang gang yang lama dok dalam UMNO ni, mula lah buat cerita macam macam. Punca dia...Pak Lah.

Kisah cerita barang naik, minyak naik ni dah banyak orang cakap dah. Mungkinlah tak boleh nak elak, tapi Pak Lah kena lah buat bagi ada banyak kerja, dan orang pun ada banyak duit untuk belanja, tak lah bising pasai harga barang naik. Ni dok sembang pasai RM9 lama sangat dah tapi apa satu habuk pun tak sampai kat kutu2 dibawah ni. Awat tah tak bising.

Betui macam Tun kata, bukan takat Melayu saja yang marah, Cina apa tah lagi sebab depa ni kebanyakkan nya bines, kalau dah tak dak projek nak bisnes apa. Hindu ni depa dah meluat kat Samy, tapi Pak Lah dok simpan lagi, jadi depa bagi tau lah kat Pak Lah. Ini lah cara rakyat bagi tau kat pemimpin. Kalau nak cakap depa mana mau dengaq.

La ni BN tolunji(lingkup org penang kata) 4 negeri. Penang terus dapat kat DAP. Negeri dia sendiri tu. Kira macam rumah dia la tu, kubu dia pun tak leh jaga, nak dok tunggu apa lagi. Perak pun dapat kat DAP tapi pasai ada Raja punya pasai kena bagi melayu jadi MB. Selangor, negeri terkaya dalam Malaysia pun tolunji jugak. Lari malam mamat Jawa tu. Kedah ni yang aku rasa terkezut lah sikit. Walau pun ramai orang tak puas hati ngan Tok Det ni, tak sangka depa marah betui sekali ni.

Kedah melahirkan 2 orang Perdana Menteri. Orang sokong BN gila. Tapi bila Tun tegoq sikit, semua marah kat dia, semua kutuk dia, Johari Baharum tikam dia dari belakang, ayo... semua orang sudah buka mata. Tahun ni patut nya Jo ni dah bungkuih, tapi dia memang cekap. Kalau Tun pun dia boleh bagi bungkuih, takkan PRU ni dia tak leh makan. PRU ni orang Kedah class gitu, kalau boh tunggui kayu lawan BN pun boleh menang. Mana taknya, kalau dah calun Bebas pun boleh menang?

Cukuplah, lama lama tulih pasai ni jadi emosional.

Pak Lah ni dah "Apsere na pete" dah. Pasai kat Penang kalu Apsere na pete ni kira hancus lah.
Pak Lah = Pack lah.

WASSALAM.

Keluhan Orang Langkawi

Dengaq habaq orang Langkawi dah merasa penangan pertama selepas BN menang...Inilah dia keluhan hati hamba Allah dari Langkawi..Tenunglah...

"Kami rakyat Langkawi dah kena hukuman pertama apabila inginkan negara Islam. Tiket feri untuk rakyat langkawi tiada lagi potongan. Harga tiket dinaikkan oleh syarkat kroni BN sama seperti pelancong yg lain. Wakil Rakyat Langkawi kami (Nawi dan Rawi serta Datuk Paduka) bangunlah tentang kenaikan. Kalau tak. Penat sajalah orang langkawi pilih hampa."

Camana Datuk datuk sekelian?

Dengaq habaq kata Datuk Paduka bila bercakap 30% je orang boleh paham. Camtu pun boleh lekat juga jadi Ahli Parlimen tu. Mungkin Pak Lah ambik dia ganti Samy, sebab Samy cakap pun susah nak paham jugak.

Menteri Besar Kedah

Petisyen Pak Lah

Artkel ni di petik dari http://www.mykmu.net/

Bahawa saya, Ab Jalil bin Aboo Backer, ahli UMNO bernombor 03030707 (semakan terkahir tiga tahun lalu) memohon agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara terhormat sebelum Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO yang akan akan datang.

Tidak perlu berselindung lagi bahawa kekalahan besar Barisan Nasional di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah rentetan ketidakpuasan hati rakyat terhadap dasar ekonomi, pentadbiran dan pelaksanaan Islam Hadhari oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Kekalahan di negeri-negeri pantai barat terutama di kawasan pengundi kaum cina membuktikan perjuangan laman ini dan ramai lagi ahli UMNO serta laman-laman web milik ahli atau penyokong UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini.

Tindakan Abdullah menaikkan harga petrol secara keterlaluan, harga tol yang mendadak dan kenaikan kadar pinjaman asas telah menyebabkan rakyat di kawasan bandar mengalami kejutan inflasi yang bukan sedikit kesannya. Sungguhpun dirayu dan dipohon mempertimbangkan keadaan, pentadbiran Abdullah memilih untuk terus membuat dasar-dasar ekonomi yang tidak menguntungkan golongan peniaga kecil.

Tindakan memperkenalkan Islam Hadhari dan promosi berlebihan mungkin menarik perhatian penduduk pantai timur, namun di negeri-negeri yang komposisi kaumnya pelbagai agama ia menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puas hati di kalangan bukan Islam. Manakala di negeri seperti Kedah yang mempunyai banyak sekolah pondok dan kelas pengajian agama, Islam hadhari dianggap satu kecelaruan dari Islam sebenar.

Di Kedah juga ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Abdullah dan akhbar-akhbar yang dikuasai oleh UMNO memperlekehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Di kalangan pemimpin akar umbi UMNO sendiri melihat bagaimana banyak projek-projek hanya dijalankan di bawah setelah kedudukan Pak Lah tergugat akibat diasak oeh Tun Dr. Mahathir. Mereka melihat jika Pak Lah menang besar sekali lagi, maka kebongkakan pentadbiran Pak Lah akan berterusan seperti yang berlaku selepas 2004.

Di sebalik cuba mentadbir negara dan membawa kemajuan, Pak Lah mahu menjadi pemimpin popular yang cuba memuaskan hati semua pihak terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional. Hasilnya di kalangan penyokong UMNO dan BN merasa kecewa dan berpendapat mereka tidak penting.

Pak Lah juga banyak mengenepikan kepimpinan UMNO yang dipilih oleh perwakilan. Sebaiknya banya mendengar cakap penasihat-penasihatnya yang bukan pun pemimpin UMNO seperti Datuk Kalimulllah Hasan, Datuk Anuar Zaini, Datuk Kamarulzaman dan Khairy Jamaluddin. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO yang telah setia bersama UMNO ketika zaman jatuh dan bangun sejak 20 tahun lalu.

Tindaan Pak Lah memberi ruang terlalu ramai kepada sahabat-sahabat beliau bekas pemimpin semangat 46 seperti Radzi Sheikh Ahmad sehingga melebihi kuasa mereka yang setia bersama UMNO pada 1988 dan 1998 memberi banyak kesan sampingan. Ramai yang melihat Pak Lah yang mereka sokong dan dokong sebagai pengganti Dr. Mahathir telah mengkhianati mereka.

Krisis politik di Kubang Pasu, dan kemudiannya Perlis menyaksikan pengaruh terlalu besar Radzi Sheikh Ahmad dalam parti menyebabkan ramai akar umbi UMNO tidak berpuas hati. Lihat sahaja mengapa sehingga hari ini Datuk Seri Shahidan tidak diberi watikah untuk mneghadap Raja Perlis bagi membentuk kerajaan sungguhpun beliau berjaya menang besar dalam pilihan raya umum?

Dalaman UMNO juga tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah melucutkan jawatan Datuk Ibrahim Ali tanpa sebab disiplin yang jelas. Bagi pemimpin UMNO di bawah, jika Ibrahim Ali yang menang bertanding sebagai Ketua UMNO Pasir Mas pun boleh dibuang, apatah lagi pemimpin UMNO lain.

Dalam pentadbiran kerajaan, Pak Lah meruntuhkan kredebiliti sistem kehakiman, pasukan polis dan anggota pentadbiran kerajaan. Hasilnya banyak undi di kalangan kumpulan ini beralih kepada pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pak Lah.

Pak Lah juga diingati kerana keputusan-keputusan yang berubah-ubah sehingga menimbulkan kemarahan ramai orang. Dari isu jambatan bengkok, penjualan aset khazanah Nasional, MV Augusta dan dasar pro Singapura sehinggalah tindakan Pak Lah menafikan akan membubarkan Parlimen pada 13 Februari lalu.

Ini menimbulkan kemarahan rakyat di Pantai Barat yang lebih banyak terdedah dengan laporan media internet. Mereka tidak melihat masa depan bersama pemimpin "flip flop" yang banyak dikatakan dikausai oleh anak-anak muda Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.

Banyak lagi jika mahu ditulis kelemahan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Cukuplah sekadar sebahagian kenyataan ini untuk menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu meletak jawatan kerana dasar pentadbiran dan imej peribadi beliau sudah tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat.

Dalam pilihan raya umum kali ini, banyak wakil rakyat yang telah berkhidmat dengan cemerlang turut tumpas kerana masalah pentadbiran Abdullah. Wajarkah ramai lagi menjadi mangsa dalam pilihan raya akan datang?

Selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri dan meneruskan dasar-dasar ekonomi semberono ini, publisiti keterlaluan terhadap Islam Hadhari dan penguasaan golongan tertentu di Jabatan Perdana Menteri, selagi itu rekod dan perkhidmatan wakil rakyat BN di kawasan bandar tidak akan memberi apa-apa erti.

Dalam pilihan raya kali ini pembangkang tidak pun bekerja keras kerana Abdullah telah memusnahkan UMNO dan BN selama empat tahun lalu.

Justeru saya sebagai ahli UMNO dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

Dengaq habaq pagi tadi ramai yang berhimpun depan Istana Negara secara aman supaya Pak Lah nampak depa yang meminta dia undur diri dan tak angkat sumpah untuk jadi PM. Tapi nampak gaya Pak Lah dah pun angkat sumpah dan kekal PM Malaysia.

Dengaq habaq pulak petang ni katanya ramai yang berkumpul di Kepala Batas meminta Pak Lah undur. Tak tau lah apa outcome dia...

BN SALAHKAN BLOG

Dengaq habaq BN menyalahkan blog diatas kekalahan depa. Aku rasa ni semua cari alasan untuk nak lindung kebodohan depa sendiri.

Itulah menunjukkan kata depa ni langsung tak ikut peredaran masa. Masih lagi nak guna media kerajaan. Berapa orang yang percaya kat suratkhabar la ni. Berapa orang yang percaya kat RTM. Berapa ramai yang percaya TV3. Akademi fantasia, One in A Million depa percaya lah.

Blog ni memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapat berita yang tak diluluskan oleh kerajaan dan juga untuk mendengar pendapat dari penulis tu sendiri. Ikut tak ikut atas pengundi tu saja. Pembaca blog langsung tak tau sapa yang menulis, dan depa pun bukan bodoh nak terima bulat bulat apa yang di sajikan.

Dari pemerhatian aku lah, depa masih anggap orang Kedah ni ulu dan tak ikut peredaran masa dalam penggunaan internet dan sebagainya. Depa silap lah kali ni.

Walau camanapun aku akan sentiasa update apa yang aku rasa nak kongsi dengan hampa semua. Aku akan kongsi juga apa yang aku pikiaq betui. Atas hampa la nak terima ke tak.

WASSALAM.

Negeri Kebajikan

Dengaq habaq Kedah akan dijadikan negeri kebajikan dengan caranya tersendiri lah. Tak lah ikut manifesto PAS yang merangkumi seluroh negara. Kemungkinan besaq kita boleh dapat banyak insentif dari kerajaan yang baru ni.

Dengaq habaq depa juga kata nak ikut Kelantan sebagai negeri contoh. Ikut tu tak pa, tapi ikut yang elok sajalah. Jangan ikut pasar yang kotor dan busuk tu. Kalau boleh jangan lah ikut tutup kedai awai sangat....

TAKBIR

KERAJAAN KEDAH

Dengaq habaq kerajaan baru Negeri Kedah nak laksanakan hukum HUDUD.Perundangan yang akan dilaksanakan itu adalah mengikut Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 seperti yang dicadangkan di Kelantan dan hanya tertakluk kepada undang undang Negeri.

Kerajaan hanya dapat melaksanakan undang undang ini sekiranya mendapat persetujuan dari ahli exco gabungan BA yang membentuk kerajaan sekarang. UMNO dah tetap menjadi pembangkang dan memang akan membangkang nampak nya.

Penerangan yang menyeluruh hendaklah disampaikan kepada seluroh rakyat agar tidak meragui atau menentang perlaksanaan hukum ini.

Dengaq habaq juga bahawa mereka akan melanti 2 exco yang bukan beragama Islam untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat yang bukan beragama Islam.

Dengaq habaq berkenaan disko, penjualan arak dan perjudian, PAS akan berbincang dengan pakatannya iaitu DAP dan PKR berkenaan amalan agama dan budaya hidup kaum yang bukan beragama Islam.

Daripada info info yang didapati sekarang tentang kerajaan baru ni , nampaknya amat memberangsangkan dan tidak lah menakutkan seperti yang di war warkan oleh pembangkang kerajaan ini.

Harapan kita cuma agar PAS dapat memperbaiki lagi perkhidmatan Dewan Bandaraya Alor Setar , membersihkan lagi Bandaraya Alor Setar dan yang paling penting sekali melantik seorang Datuk Bandar yang berkeupayaan untuk menjalankan tugas nya dengan baik.

TAHNIAH PAS....

MB Baru


Pesuruhjaya PAS Kedah Azizan Abdul Razak menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar yang baru daripada Sultan Kedah di sini, petang Ahad.

Istiadat yang berlangsung di Wisma Darul Aman disaksikan Raja Muda, bekas Menteri Besar

Datuk Seri Mahdzir Khalid dan para Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi pilihan raya umum pada hari Sabtu.

Azizan, 64, dilantik Menteri Besar setelah menerajui pakatan parti pembangkang yang berjaya menumbang Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

PAS memenangi 16 kerusi, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) empat kerusi dan masingmasing satu oleh DAP dan calon Bebas manakala BN menguasai 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan pembangkang antara PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah Kedah membentuk kerajaan campuran setelah menumbangkan BN yang menguasai 31 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2004.

Bagi 15 kerusi Parlimen di Kedah yang diumumkan semalam, PAS menang di enam kawasan, PKR lima dan BN hanya empat.

Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti AlAzhar dan Undang-undang dari Universiti of Kent, United Kingdom, ialah bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan anggota jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau kali pertama bertanding dan memenangi kerusi DUN Sala pada pilihan raya umum 1999 dan mempertahankannya pada 2004 apabila ditukar menjadi Sungai Limau.

Pada pilihan raya umum ini, Azizan menewaskan calon BN, Basori Abu Hassan di DUN Sala dengan majoriti 3,212 undi. Azizan memperoleh 12,028 undi.