Thursday, June 12, 2008

HARI DEPA

Dengaq habaq nya, sekarang dan disaat ini, musuh utama kerajaan sedang diserang bertubu tubi oleh senjata senjata kerajaan. Bekas bos Pak Lah la yang ana maksudkan. TDM. Lepas satu satu lagi yang dibangkitkan yang ada sedikit sebanyaknya bersangkutan ngan TDM.
Bermula dengan kes Lingam, pastu minta TDM disiasat. Majlis meraikan hakim hakim yang dibuang kerja dulu, juga dinampak sebagai satu jentikan nakal pada TDM. La ni kisah Hakim kena ugut dengan TDM masa TDM berkuasa dulu.

Bila dia bercakap, depa semua marah dia, maki dia dan macam macam lagi..Merajuklah orang tua tu. Orang tua yang bijaksana. Orang tua yang disegani oleh ramai rakyat dunia. DSAI sendiri mengaku apa yang diperkatakan oleh TDM tu banyak yang betul.DSAI mengaku apabika diwawancara di TV Flipina. TDM bertindak keluar parti menunjukkan protes terhadap pimpinan parti, ada pulak yang merasa lega kerana duri dalam dagimg dah dicabut keluaq.

Anak dia ikut keluaq, depa suruh Mokhzani resign dari SIC walaupun SIC tu bukan bapa depa atau UMNO punya. Sanusi rupanya keluaq lagi awai, tapi dia ni gang TDM. Depa buang kerja dia walaupun kontrek ada 2 tahun lagi.Apa nak buat depa guna Daulat Raja untuk nyahkan Sanusi.Biaq pi lah. Seksa lagi masa dibawah pemerintahan Jepun dulu, orang kata.

Semakin terserlah kekuatan kuasa depa ni semua. Depa dok bawak keluaq taring sikit...sikit...nampak?

Dengaq habaq depa mungkin nak cari pasai camana nak suruh Tun belah dari Petronas pulak. Camana depa nak buat tak tau lah. Tapi buat masa la nie depa dok guna Tun juga untuk dapatkan kerja kerja luaq negeri untuk pPetronas. Kerja tu orang lain tak leh nak buat sebab negara ke 3 dan negara2 sebelah Arab, Amerika Selatan semuanya hanya sanggup deal ngan TDM saja.Depa tengok dia cam Tuhan, orang kata.

Biaq lah apa depa nak buat, ni hari depa.

1 comment:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

bila agaknya UMNO dan BN hendak pulih kembali? Najib on the wany jadi PM lepas nie mungkin masalah selesai kot...


pkrpasdap.blogspot.com