Beras, susu, gula dan kopi dan serba mak nenek lagi naik harga bila minyak naik harga. Rakyat dah jadi semakin susah dan tertekan. Duit gaji dah jadi semakin kecik bila barang dah jadi semakin mahai. Apa nak buat, tulah realiti kehidupan hari ini.
Kerajaan senang senang suruh rakyat tukaq lifestyle, tukaq cara hidup. Apa maksud depa sebenaqnya? Kalau dulu makan 3 kali sehari, lanie kena makan 2 kali sehari ka? Kalau dulu seminggu sekali bawa anak bini makan kat luaq, lanie sebulan sekali ka?
Kenyataan diatas tu adalah untuk orang yang makan 3 kali sehari dan bawak anak bini makan diluaq seminggu sekali, apahal pulak dengan orang yang dok kais pagi makan pagi? Kalau yang makan sehari sekali, cara hidup baru ni makan 2 hari sekali lah.
Dalam pada orang semua dok ikut berjimat depa pi bayaq ex-gratia kat hakim yang kena buang tu 1.5 Juta Ringgit seorang! Bukan nya sikit tu. 4 orang dah 6 juta. Pasai apa nak kena bayaq kat depa ni ana pun tak paham lah. Walaupun kena buang, depa ni dok makan pencen lagi. Dalam pada tu ada yang jadi direktor sana sini.
Menamatkan perkhidmatan depa ni semua dulu diambil kira dari keputusan tribunal yang diadakan. Tribunal ni yang menentukan salah laku depa. Awat tak mau buat tribunal lain, buktikan depa tak salah.? Biaq orang ramai tau dan dengaq macam mana depa dok cerita kisah Lingam tu. baru adil. Ni buat keputusan sendiri saja kata depa ni tak salah, pas tu bagi duit pulak. Duit tu mai mana? Duit rakyat yang lanie kena tukaq cara hidup pasai melambung nya harga harga barang keperluan seharian. Duit kita lah pi bagi kat depa untuk cover balik kononnya, kesilapan tindakan kerajaan dulu. Ini tidak adil. Tanpa sebarang perbicaraan menentukan betul atau salah huikuman terdahulu, terus bagi duit. Kalau duit bapa Zaid tu tak pa lah.
Hakim yang digantung kerja dan selepas itu dimasukkan kembali kedalam institusi kehakiman pun dapat jugak ex-gratia. Pasai apa? Kononnya dia tak dapat naik pangkat lepas tu sebab dipinggirkan. Awat, dia tu bagus sangat ka sampai dia boleh tahu yang dia akan dinaikkan ke jawatan lebih tinggi? Kalau macam tu, banyak lagi orang yang perlu dapat ex-gratia ni, kerana ramai rakyat/pekerja yang tak disukai oleh bos, maka dipinggirkan dan tak naik pangkat. Kena siap berjuta juta lagi lah untuk bayaq depa ni, atau kriteria ni hanya untuk hakim2 saja?
Lepas dapat duit, depa ni pun apa lagi, kondem TDM kiri kanan. Hak tu tak betui, hak ni salah.. Ana rasa lah ini adalah salah satu bentuk bayaran agar pelawak pelawak ni mula mencaci dan mengutuk TDM. Hapraq betuilah Zaid ni. Well, mungkin Pak Lah berjaya di putaq oleh Zaid yang tak bertanding, tak dipilih oleh rakyat, tapi dipilih sendiri oleh Pak Lah untuk jadi menteri. Oppurtunis gila babi "da oh" ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Apo nak dikato? Berbuih mulut pun bukan depa nak dengaq kita.
Yang makin kaya depa, kita rakyat jelata makin sengsara. Kata kerajaan tak dak pitih, tapi sekarang banyak pulak. Ex-gratia, RMK9 pula tambah lagi berpuluh billion. Kalu dapat pingat emas kat olimpik pun boleh dapat RM1 million!!!!
Jgn kutuk kerajaan BN, nanti Si Luncai marah kat hampa. Dia jadi kaya raya, boleh pakai kereta 2500cc sbb bisnes yg org UMNO bagi tau.
Kalau tak percaya, tanya la Si Luncai yg dok tak duduk buka tajuk daun ketum pulak. Ana pun tak tau dia ni samada wayar putuih atau kurang cerdik.
Si Luncai mabuk dgn Ketum nya...,
Nak tegelak, nak tegelak!!!
Post a Comment