Friday, June 20, 2008

UNDI

Bila semua orang termasuk pembangkang gumbira dan setuju dengan pentadbiran Pak Lah yang dikatakan telus dan terbuka, maka terjadilah segala bangsa dan ugama yang minta disamakan status mereka dalam negara Malaysia yang tercinta ni. Tak dak segan silu lagi dah. Bukan takat minta itu ini, siap ngan ugut sekali, terutama yang dok sebelah Sabah dan Sarawak. Tapi memang tak salah depalah, sebab they are in a position to demand.

Bila Yong Teck Lee buat pengumuman nak sokong undi tak percaya terhadap PM, ana rasa dah nak sampai dah apa yang di war warkan oleh DSAI.

Lanie, semua orang dok suspen ngan gang sebelah Sabah & Sarawak saja. Sebab nampak gaya, disinilah kawasan yang di risik dan di tabur janji oleh DSAI untuk mencapai cita cita ultimatenya untuk jadi Menteri Perdana di Malaysia. Cita cita ini sekiranya tercapai akan menggembirakan akhbar Israel yang telah menujum belalangkan DSAI menjadi PM Malaysia.

Walau camanapun, balik kita ke topik asal, undi tak percaya. Siapa yang akan mengusulkannya? Siapakah yang akan menyokongnya? Dapatkah undi tu diteruskan?

Pak Lah dah bawa keluar cerita tentang Yong Teck Lee dah. Itulah resmi dia. Bila kena attack sikit, dia akan cari keburukan atau kesilapan orang. Tun attack dia sikit, dia bawa keluaq cerita 20 tahun dulu. Dia guna cara sebegitu untuk mempertahankan diri. Dia kata kawan tu tamak dan sebagainya. Adalah jugak ampu ampu dia yang bagi bermacam macam teori yang mempertahankan PM. Semua juak juak Pak Lah pun dengan sebulat suara lah menyokong Pak Lah sepenoh hati. Jiwa dan raga. Semua yang menyokong tu adalah ketua parti2 komponen. Tapi anak2 parti tak kata apa pun. Inilah trump card depa yang nak menjatuhkan Pak Lah ni. Mana tau dengan tiba2 hari Isnin ni, katak2 akan berbunyi dan mula melompat? Siapa tahu... Belalang munkin tahu. Pak Belalang tak tau apa, belalang yang banyak ada info. Kalau Belalang salah bagi info, maka Pak Belalang bungkus lah.

Mukhriz kata dia tak mau sokong. Katanya, apa saja yang akan menguntungkan DSAI, dia takkan sokong dan akan cuba membetulkan salah silap parti dari dalam parti.

Ana harap sangat kalau Pak Lah nak turun pun, biaqlah dengan cara yang penoh ormat. Kesian kat dia. Tapi depa yang didalam Parlimen tu lebih mengetahui. Buatlah apa yang patut.

5 comments:

Anonymous said...

DEPA NI SEMUA GHAPLAH JINGGA. Yg ni dok mengata kat yg nu. Yg nu pun kata balik kat yg ni. Dua2 pun penyangak yg pandai mencongak!
Kalau tak pecaya...., tanya la kat al-maulana Si Luncai kita. Dia pandai congak n pandai mencari nafkah. Kereta pun 2500cc ke atas. Ada berapa biji, ana pun tak tau la. Tapi ana amat kagum dan sanjung la bisnesman melayu yg maju macam si Luncai tu.
Si Luncai terbang dgn labu2 nya..... tahniah! tahniah!

Anonymous said...

Luncai buncai. Hang dok sibuk pasai dia apahal. Cara dia cakap tu riak, membangga diri.Aku harap si luncai tu sedar bahawasanya duit dia tu semua tak boleh bawa masuk kubur. Kata kata dia tu yang dikira di alam barzakh nanti. Sedih mengenangkan adanya orang yang macam dia ni. Aku nak cakap lebih pun tak berani sebab aku tak tau dia ni bangsa apa. Kalau melayu, selalunya merendah diri. Mungkin melayu yang lupa diri ...

Anonymous said...

Semua tu penyangak,dua2 pun sama DSAI pun sama,dulu aku iangat Khalifah kita panggil AL JUB kat DSAI...La ni dia tak berani panggil dah,keta aku banyak pun bukan duit dari UMNO,cuma duit dari orang UMNO dan GOLKAR...he...he

Anonymous said...

Kualau macam tu, Luncai suku sakat Khir Toyo kot, ni melayu + jawa = MELAWA.
Betoi dak Luncai? Tapi kalau hang dok dapat rezeki dari UMNO dan GOLKAR, aku yakin 95% hang ni pun 2x5 dgn depa juga la. Hang kata semua depa tu penyangak, aku perasan hang pun 95% penyangak juga la sebab bisnes hang "bin" UMNO dan GOLKAR.
Tapi yg kawan kita kata hang riak tu, aku setuju 1000%

Anonymous said...

Riak ka tak hampa punya pasai lah,baik aku menum ayaq ketom,mai la joint minum ketom,pi mai pun orang kedah dah terkenal minum arak