Raja Petra ni berani sungguh. Dia yakin dengan informer dia. Dia sanggup membahayakan diri dan jugak keluarga dia dengan membuat pendedahan sedemikian. Yang di dedah bukan calang calang pompuan. Pompuan yang akan jadi 1st lady pulak tu. Kalau dalam wayang, kemungkinan besaq dah ada orang cuba bunuh dia dah masa ni. Dalam wayang lah. Tapi kes profail tinggi ni pun kalau kita teliti memang boleh jadi skrip filem yang baik.
Tapi dalam pemikiran ana lah, kalau depa sanggup bunuh dan letupkan Altantuya, tak mustahil depa sanggup buat yang lebih teruk lagi untuk menutup kesalahan depa tu. Kejam depa ni semua.
Penasihat PKR awal awal lagi memuji keberanian RPK serta berdoa agar RPK selamat. Dia jugak telah mengarahkan peguamnya memberi bantuan sepenuhnya kepada RPK sekiranya diperlukan. Apa saja yang berkaitan ngan Najib, Al Jub akan go all out.
Hari ni dalam Star, Dr Shaaribuu Setev, bapa kepada mangsa dakwa dia telah membaca deklarasi RPK dan tidak memberi sebarang komen samaada ia betul atau salah. Beliau juga berpendapat bahawa RPK cuba mencari keadilan dan berharap agar RPK tidak menempuh masaalah yang lebih berat dengan deklarasi nya itu. Dr Shaaribuu memaklumkan tentang dua orang cucunya yang selalu bertanyakan ibu mereka dan jugak isterinya yang mendapati gangguan mental dan selalu terjaga dari tidur serta memanggil nama anaknya itu. "Begitulah kehidupan saya sekarang", katanya...
Kita harap sangatlah agar tindakan RPK ni dapat membetulkan keadaan dan dapat menyelesaikan kes ini segera, supaya yang bersalah terbukti salah dan yang tidak bersalah dapat meneruskan hidup mereka dengan aman...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment