Dengaq habaq bekas Menteri Sukan dan Menteri Sukan suruh Mokhzani letak jawatan dari menerajui SIC kerana dah keluaq UMNO. La ni barulah kita tau, bahawa kriteria untuk peagang jawatan jawatan sebegini adalah kena jadi ahli UMNO. Sepang International Circuit tu UMNO punya ka? Bukan kah itu kerjaan Malaysia punya? Jadi apa kejadahnya UMNO sembang macam depa punya?
Dengaq habaq juga peruntukan untuk SIC la nie dah naik, dan ada cadangan nak nyalakan litar tu supaya boleh lumba malam. Kontrak tu mestilah mahal gila. Banyak yang nak kena bela, dengan menggunakan nama partilah apabila mereka terima. Tetapi sejauh mana duit tu sampai keparti , tak siapa yang tahu.
DUIT ngan KUASA. Itulah politik Malaysia. Yang dok kebuloq dimerata kampong, merata jalan, merata setinggan sapa pun tak ambik peduli selagi tak masuk Bersamamu TV3. Asyik nak glamour memanjang lah depa ni semua. Pakaian depa, jam tangan depa, talipon depa adalah yang tercanggih walaupun ramai hanya tahu buat, terima call saja dan kekadang SMS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment