Monday, June 30, 2008

EPISOD SETERUSNYA.

Ana pun heranlah pasai apa DSAI pi lari ke kedutaan Turki untuk bersembunyi. Mungkin dia risau dengan segala ugutan yang diterimnya yang baru diberitahu hari ini selepas pertuduhan dilemparkan terhadapnya oleh mamat 23 tahun tu.

Susah juga nak pikir bila lepas satu episod, datang lagi satu episod yang lebih sensasi. Politik Malaysia ni memanglah suatu tarikan buat masa ini. Menarik sungguh jalan ceritanya.

Dalam rakyat dok kelam kabut dan siang malam cakap pasai harga minyak yang melambung naik, keluaq cerita Pak Lah nak kensel semua projek yang besaq. Nak save cost katanya. Pas tu dai inject lagi 30 billion untuk sedapkan hati rakyat . Tapi rakyat Pulau Pinang dah merungut pulak sebab Pak Lah kensel projek yang depa dok tunggu sekian lama. Guan Eng siap melatah mengatakan Pak Lah atau kerajaan kensel tu semua untuk membalas dendam atas kekalahan di Penang tempoh hari. Banyak jugak lah rakyat yang hilang peluang pekerjaan bila projek dah batal. Well, itulah cara dia mentadbir. Kita rakyat ikut je lah. Sedap dia, sengsaralah kita.

Tup tup keluar pulak Raja Petra membuat deklarasi di mahkamah menyatakan Rosmah dan sepasang suami isteri tentera terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, rakyat Mongolia. Dah kelam kabut orang dok cerita pasai tu lah pulak. Dah dekat nak sejuk berita tu dihangatkan kembali ngan cerita DSAI di tuduh sodomi buat kali yang keduanya.

Lanie DSAI dah mendapat perlindungan di Kedutaan Turki agar tak ditangkap ke? Bukan kah keterangan diperlukan supaya penyiasatan polis boleh berjalan lancar? Takut dimasukkan kedalam dan di pukul lagilah tu agaknya yang membuat kan dia ambil keputusan untuk berlindung di Kedutaan Turki tu.

Seperti yang telah ana jangka, mesti akan keluar cerita cerita konspirasi yang membuatkan kita semua tergamam mendengarnya. Rakyat akan lupa sebentar kisah minyak dan beralih kepada kes ini lah pulak.Memang penulis skrip cerita ni amat mengetahui selera rakyat Malaysia yang sukakan cerita2 ayng bercampur antara aksi yang hebat dan juga aksi seksnya.

Ramai sungguh orang(penyokong DSAI) berkomen yang kes ini adalah satu konspirasi yang besar oleh pembesar negara. Betul ke? Kalau camtu buat apa lari masuk Kedutaan Turki, buatlah lapuran atau berilah keterangan supaya terang semua orang. Tapi bila dia dah keluarkan cerita ugutan bunuh terhadap dirinya, maka kita boleh lah terima yang dia terpaksa sembunyi untuk mengelakkan diri dari di bunuh atau sebagainya.

Jeng jeng jeng...semakin hangat isu ni. Bruce Willis mau berlakon cerita ni baru sedap. Sang Tuba setuju ngan ana agar dibiarkan saja rencana Allah ni berjalan mengikut kehendaknya. Kalu dah salah, salah le. Kalau dah betui, takkan nak disalahkan jugak. Ni berlari dan bersembunyi ni nampak macam bersalah je?

Mohd Saiful yang telah mengaku di sodomi oleh tertuduh akan hilang kewibawaannya selepas ini. Satu Malaysia dah tahu siapa dia. Orang PKR dah bertanya tanya berapa banyak yang dibayar supaya dia membuat pertuduhan sebegitu rupa terhadap penasihat parti depa... Ada juga yang bertanya kenapa dia tak melawan, adakah orang lain yang terlibat sama dalam proses sodomi tu, kerana kalau satu pihak tak setuju maka terjadilah ROGOL namanya.

Ada jugak mamat yang bertanya Saiful samaada dia ada bukti seperti gambar atau video utk menguatkan lagi tuduhan beliau. Ini adalah golonga desperado yang taksub sangat dengan DSAI. Untuk pengetahuan ramai, tiada satu kes rogol pun yang dilapurka di lampir sekali dengan video dan gambar. Tetapi yang salah merogol tetap menjalani hukuman walau tiada video dan gambar untuk menguatkan hujah loyar pembela.

Apa lagi yang nak jadi selepas ni. Tak sabar ana menunggu episod seterusnya. Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaa?

9 comments:

Anonymous said...

Ana betul2 Hairan bin Ajaib macamana DSAI yg dah 58 tahun ( terbukti ada macam-macam rekod kesihatan) boleh kepak n pejegha budak umoq 23 (prime physical age)sorang2.
Kalau dia tak kena dakwa, insyaallah tahun ni ana nak buat qurban n nak minta DSAI sorang utk peghebah lembu sekoq la.
Dua2 cerita ni agak susah sikit nak masuk aqal. Tapi kita tunggu saja rentetan n pertuduhan n d susul pula proses membuktikan pertuduhan. Harap2 tak dak la cerita lawak macam yg dulu. Segala tilam n cadar d bawa ke mahakamah (mahkamah Tompel!), tapi tak boleh bukti apa2 pun. tapi tetap d hukum.
Hairan bin Ajaib lagi.
Oleh yg demikian ana memohon title Al-Jub tu d gugurkan dulu. Kalau dah terbukti "beyond reasonable doubt", kita letak lah balik title tu. Masa tu nanti, kalau nak bold,nak fond 30 ka..., ana akan sokong.
Amacam..., timbang2 la tengok!!

khalifah said...

Orait..

Anonymous said...

Hampa ni tak tak tau,Anuar tak mau kalah dgn Pak Lah,Pak Lah penaik harga minyak,Anuar pun penaik juga adik keciknya.Pak Lah penaik rakyat sengsara,Anuar penaik,kena sorang saja,kena budah 23 thn

Anonymous said...

Hang dok diam-diam la Luncai, boleh harap dok buat lawak bodoh saja ni. Cuba la belajar komen secara intelek sikit. Kita nak bina bangsa, negara n kalau boleh tamadun. Ente faham ka apa yang ana nak cakap ni. Ana betul2 ragu dgn tahap kewarasan ente la.
Kalau nak terjun, ente terjun sorang2 saja la Si Luncai oi..!

Anonymous said...

Hang lagi bodoh,cakap nak bina bansa porahhhhh,boleh belah ayat hang tu,ayat lama saja,semua bercakap macam tu,tapi semua nak kaya diri,Dah tak laku ayat hang tu,komen hang saja tak dak nama,hang la orang paling bodoh dalam malaysia cakap macam tu

Anonymous said...

Mr Luncai,
Ente faham ka apakah yg d maksudkan dgn pembinaan tamadun?
Tak payah pecah kepala nak fikir, ana yakin otak ente terlalu cetek utk sampai ke tahap tu.
Kesian kan Luncai, orang dah maju menggunakan macam2 gejet tapi dia masih dgn labu-labu nya.
Terjun la Luncai, jgn tak terjun.

Anonymous said...

Aku nak terjun buat apa,aku ada kapal luxury yacth,hang tamadun apa,hang kata aku tak tadun tapi aku punya 3 mercedes..kalau hang nak tau

Anonymous said...

Yahabibi ya maulana... adoi Luncai, kenapa ente lagi2 mau buktikan ente bodoh? Kita cakap lain tajuk, ente masuk lain tajuk pula. Adoi, ana betul2 fenin lalat la.
Ana mau tanya ente la...,betul ka ente ada luxury yatch n 3 Merc???
Tahniah!!! Sebab kalau kaya n riak sebegini..., MEMANG SAH ente ni samada PENGAMPU atau PENIPU saja. Ente tak mungkin masuk dlm lain2 kumpulan masyarakat. Eeeee Jijik la.

SiLuncai riak dgn kekayaan nya..... eee busuk! eee busuk!!!

Anonymous said...

Your words reflect your mentality. Saya sedih org yg kaya, ada yatch and merz, berkata2 seperti itu. Mungkin kekayaan yg bukan diredha Ilahi. C'mon Malays, show your intelectuallity. Org Melayu dah pandai, kenapa masih tunjuk bodoh????