Monday, June 16, 2008

NEGERI ISLAM

Dengaq habaq cadangan Pemuda PAS supaya Negeri dibawah Pakatan Rakyat mentadbir negeri secara Islam mendapat tentangan yang hebat dari parti yang amat benci dengan Islam, DAP. Kit Siang menegaskan bahawa pentadbiran secara Islam tidak menepati janji Pakatan Rakyat untuk menegakkan konsep sekular. Katanya, " Tidak dibenarkan langsung percubaan untuk menegakkan pentadbiran secara Islam atau undang undang Hudud di dalam negeri jajahan PR."

Jadi sekarang terserlah lah kenapa PAS diam langsung berkenaan undang undang Islam selepas berpakat dengan DAP dan PKR. Rupa rupanya depa ada janji...Tak leh cakap langsung pasai pentadbiran Islam. Kalau macam tu, PAS dah macam parti lain jugaklah, bila perjuangan dia yang utama adalah menegakkan Islam, mentadbir secara Islam, melancarkan undang2 Hudud dan sebagainya telah ditentang oleh partner bukan Islamnya.

Mereka dah sampai ketahap sanggup meletakkan Islam disisi agar mereka dapat 'berkahwin' dengan DAP dan PKR untuk sama sama menjatuhkan parti Melayu yang sedang memerintah negara sekarang.

Dengaq habaq PAS sanggup mengeluarkan kata kata seperti "Biar berpakat dengan kafir dari berpakat dengan UMNO" apabila di ajak berpakat dengan UMNO untuk mentadbir negeri Perak. Sekurang kurangnya UMNO ada jugak bercakap pasai Islam, memperjuangkan Islam, menegakkan Islam dalam pentadbirannya.

No comments: