Monday, June 30, 2008

CERITA LAGI....

Banyak sekali cerita cerita konspirasi yang timbul apabila lapuran mengenai pertuduhan ke atas Anwar disiarkan. Disini nampak jelas betapa ahli ahli Pakatan Rakyat berperangai seperti jugak dengan ahli ahli Barisan Nasional ya ini terus menerus menolak segala dakwaan dan menyalahkan orang lain keatas tuduhan itu.

Budak yang buat lapuran tu di tanam oleh Najiblah, budak tu dibayar lah, Anwar dianiaya lah, ini semua angkara IGP dan Gani Patail lah, cerita ini nak tutup cerita Altantuya lah, cerita ni nak bagi rakyat lupa minyak naik hargalah dan bermacam macam lagi...

Bila RPK buat deklarasi mahkamah berkenaan cerita Altantuya, depa sibuk nak bincang dalam parlimen lah, suruh kerajaan siasat lah, dan bermacam macam lagi. Ana pun dah tak larat dengaq. Ada juga dikalangan depa sendiri yang meragui tindakan Pak Lah yang selama ini mendapat pujian dan backing dari segelintir ahli ahli PR.

Ini lah yang dikatakan lumrah dunia. Inilah yang membuatkan hidup di Malaysia bertambah warna warni. Penuh dengan suspens cerita ini.

Tadi terbaca dalam RockyBru, ada jugak yang komen dan tidak setuju dengan tindakannya memasukkan gambar mangsa dan tunangannya. Ini adalah kerana wanita itu langsung tak terbabit dalam kes ini, malah terheret oleh kerana tindakannya. Bagi ana itu adalah hak masing masing. Itu adalah cara dia. Tetapi sebagai manusia yang waras dan berpedoman, kita tidak harus mengecam keluarga Shaiful atas tindakannya itu.

Sahabat dan kawan yang ditemui hari ni asyik berbincang kisah Anwar siang dan malam. Mungkin betul juga pendapat yang menyatakan bahawa kisah tuduhan liwat kali ini adalah untuk menutup kisah Altantuya dan harga minyak yang naik harga.

5 comments:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Sekali lagi rakyat Malaysia yang gemar dengan cerita-cerita sebegini berjaya dimainkan oleh para pemimpin (baik dari um-NO, B-Natang atau PR).

Saya nampak pelik kerana setiap kali terdapat isu berkaitan rakyat, pastinya akan timbul isu lain yang tidak melibatkan rakyat tetapi sensasinya mengalahkan bintang bolly & hollywood.

Jadi saya berpendapat, semuanya ini adalah wayang yang dimainkan oleh para pemimpin um-NO a.k.a B-Natang untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu berikut:
1. Kenaikan harga minyak dan barang.
2. Pemilihan um-NO yang akan menjelang sebab penuh dengan arahan flip-flop-flup.
3. Isu Altantuya
4. Lain-lain isu berkaitan seperti Perhimpuna 1 juta, protes sana sini.

Jelas bahawa yang bodoh dikeldaikan bukanlah sidang wazir BODOlah tetapi adalah rakyat itu sendiri. Sedarlah....

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: Asalkan malam jer, demam. Asalkan demam jer, malam

Anonymous said...

Ana minat dgn komen Sang Tuba. Abe Mie pun tak kurang hebat juga. Tapi ana nak rendangkan sikit je komen ST n mungkin ada domino on komen AM juga.
Ana amat setuju dgn teori diversion yg ST anjurkan tu. Dah lama politicians M'sia guna pendekatan ni ( d sebut sbg Bogeyman Politics). Tun Razak memperkenalkan Rukun Tetangga utk memesongkan fikiran rakyat dari isu semasa ketika itu. Tapi Tun Razak amat bijak sbb dia menyatupadukan rakyat dgn mengada-adakan isu seolah2 negara d ancam. Isu yg tak ada.., d ada2kan (sama mcm drama politik terkini). Bezanya, dulu dlakukan tanpa mengaibkan n menjatuhkan sapa2 tapi today memang tujuan nak yg kedua2 tu. Malah lebih dari tu.
Teori KONSPIRASI???...Mungkin juga ya?!?!!!!
- UMNO nak jatuhkan DSAI?
- Najib nak bunuh cita2 politik DSAI?
- Pak Lah nak kill 2 birds with 1 stones? (Dgn sendiri nya dia "tak boleh" nak berundur lagi dari jawatan PM)
- Khairi kena jaga kedudukan Pak Lah utk pastikan cita2 politik dia terus bernafas? (kalau Najib jadi PM... sadaqallah-hal- azim la Khairi)
- Mungkin juga DSAI sendiri yg akitekkan semua ni utk "kill 2 birds with 1 stone" juga? pendekatan "sikologi sonsang".
Pkiaq amek la!!!!

Dari

CANGKLEWANG

Anonymous said...

Eh eh Cangklewang pun bahasa diri ana juga? Apa-apa lah.
Wah hebat2 komen Sang Tuba, Abe Mie n Cangklewang. Ana tak cukup tangan mau tabik spring kat ente semua la.
Minta2 Si Luncai tak masuk menjampuk la. Dia ni yahabibi amat Bodoh bin Baghal la. Bila jampuk saja asyik terkeluar tajuk saja. Orang cakap tajuk intelektualiti.., dia jampuk tajuk duit. Orang cakap pasal mertabad n tamadun bangsa.., dia jampuk ajak minum air ketum!!!??? Adoi dia buat ana fenin lalat la.
Tahniah Khalifah, Sang Tuba, Abe Mie n Cangklewang kerana hebat dgn hujah2. Teruskan, teruskan.
Utk Si Luncai...., dok diam2 dok diam2!!!!

rebel without a cause said...

c4,b4 and after, the situation is not gonna change our judiciary system.....

sodo mee, maggie mee, mamee all the same.. they added flavours to make it nice....

new advertisement line for maggie, " If you don't eat maggie mee, you are sodo mee "

Sodo mee...."the KEMUT KELILING"

khalifah said...

Hahaha..Keliling ...