Thursday, June 5, 2008

MINYAK

Dengaq habaq Idris Jala, orang kuat MAS, tak caya kata minyak dalam dunia ni tak cukup. Dia menegaskan bahawa selagi kita boleh tengok tanker masih dok belayar, orang kerja kat off shore masih dok berbelanja sakan bila naik darat, setesen minyak kita tak sesak maka itu lah tanda2 nya yang minyak ni masih mencukupi untuk kegunaan semua.

Dia menyalahkan speculators yang menyebar khabar angin tentang kekurangan minyak dan menyebabkan harga minyak melambung. Speculators ni jugak lah yang telah membeli minyak dengan banyak dan sorok. Mengeluarkan apabila harga melambung. Untung be...


Apa yang di tegaskan oleh rakyat ada juga kebenaranya, bila mana harga pasaran minyak dunia melambung maka Malaysia mestilah untung banyak. Takkan duit keuntungan tu tak leh subsidised kan minyak agar kita dapat harga yang tak melambung sampai 7 kupang sekali naik...Mampus.

Arab Saudi dijangka mendapat pendapatan USD1Billion satu hari hasil dari kenaikan harga minyak. Kegunaan domestik nya tak sampai RM1 seliter..Amacam?

Betuilah kalau Pak Lah kata nak pakai duit untuk dana itu ini, untuk beras lah untuk pemakanan lah..itu baguih. Tapi jangan lah dok pi boh kat koridor mana ka atau huloq pi kat Patrick buat projek mega ka atau huloq pi Scomi buat projek. Walhal rakyat dok melopong...

3 comments:

rebel without a cause said...

Ana memang marah sangat ni, meluat-luat apabila ditipu oleh pemimpin kita. Dua tiga hari sebelum harga minyak naik, ada pemimpin kita kata harga minyak tak akan naik sehingga bulan Ogos atau September 2008. Tiba-tiba terus naik mendadak di bulan Jun ini. Itulah Ana dari dulu dah agak, kalau pemimpin kita keluar TV atau suratkhabar mengatakan "NO" itu maknanya "YES". Janganlah nak perbodohkan rakyat lagi. Jadi jelaslah banyak kes-kes salahlaku yang didedahkan oleh parti-parti pembangkang melalui blog-blog atau suratkhabar mereka tu benarlah betul-betul berlaku... sebab pemimpin kita selalu kata "NO" kepada isu-isu yang dibangkitkan itu...always denying... "an insult to our intelligent"

Anonymous said...

Bapak memang setuju sangat dengan apa yang James Dean kata..depa memang dok melalut dan dok bohong orang saja.
Tapi mungkin jugak benda ni tak boleh nak elak lagi...terpaksalah bagi rakyat rasa susah agar adik beradik suku sakat depa senang

khalifah said...

Betul tu Abe Mie. Ana setuju sungguh. Benda ni pun akan jadi isu besaq sikit hari lagi sebab mesti ada masaalah bila nak buat pembayaran ni nanti. Tau sajalah....kerajaan...