Sunday, July 20, 2008

PEMBANGKANG

Bila speaker tak mau layan usul undi tak percaya dalam Parlimen baru baru ni, pembangkang semua keluar dewan tanda protes. Tapi perkara semacam ni memang selalu depa buat dari dulu lagi. Apa nak heran. Tapi yang bestnya ada juga pembangkang yang rasa rugi bila keluaq sebab depa tak dapat nak bahas dan dengaq penjelasan menteri.

Ada sorang dari DAP yang masuk balik sebelah petang sebab dia berjanji dengan pengundi kawasan dia yang dia akan dapat penjelasan keatas masaalah yang dibangkitkan. Dia ni seorang yang dedikasi habis ngan kerja dia. Macam ni lah yang kita dok cari. Tapi selalunya dok dalam pembangkang orang jenis cam ni. Dulu Tan Sri Lee Lam Thye pun lebih kurang camni lah perangai dia...Dia pun pembangkang. Lepas dia keluaq je...Macam macam dia buat. Kalau dia masuk Barisan masa tu, dah sahih jadi menteri.

Baru ni pulak bila cerita Anwar kena tangkap tersebar di Parlimen, Azmin minta semua pembangkang sentuh pasai tu bila berucap. Tak ramai yang ikut sebab depa rasa buang masa nak cakap masaalah sorang, walhal depa mewakili satu kawasan Parlimen yang bermasaalah.

Itulah PKR...banyak sangat ajenda peribadi penasihat dia ni. Pastu kuncu2 dia suruh semua gang lain bercakap mengenai penasihat depa. Walau camana pun itu lah realiti Anwar, penasihat PKR dan juga penunggu kerusi PM. Dok tunggu kosong dan mengharap boleh masuk kut pintu belakang, seperti selalunya....hahahaha...Lawak je..

GANU KITE

Dengaq habaq Exco Trengganu semuanya dapat kereta Mercedes E200 baru menggantikan Proton Perdana yang lama tu. 3 juta lebih dibelanjakan. Tolak pi tolak mai boleh lah dapat dalam 30 biji Perdana. Walau apa pun, ini dah tunjuk kemajuan pada Mat Said, MB Ganu kite.

Boss...tapi janganlah lupa kedudukan No.2 termiskin dalam Malaysia tu bila lagi nak hapuskan? Jangan asyik dok syok kereta baru saja, tapi rakyat menderita. Tapi ana konfiden Mat Said boleh buat bagi kedudukan No.2 u hilang. Kalau dah dia sanggup "undercover" nak pi tangkap orang curi pasiaq, pas tu masuk pulak dlam kolam ikan, ok jugak lah MB yang dikata gedebe ni.

Harap harap dengan kereta baru ni dapatlah exco2 semua bergerak lebih pantas dan menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat selama ni. Sebelum harga barangan di negara kita naik, Terengganu dah mahai dah. Macam dalam artikel ana dulu dah sebut, semua nya mahai especially kat pekan minyak Paka. 2/3 bulan lagi buka lah satu Mall kat Kertih. Dapatlah orang minyak semua berbelanja disitu dari pada dok pi berbelanja di Kuantan.

Pekan minyak tu pulak dok tepi laut, tapi sampai sekarang tak dak pembangunan riadah langsung kat tepi laut tu untuk orang bersantai ka apa ka...Tengok tengoklah...

RESIPI

Dengaq habaq juru kamera dalam kes LINGAM kena tumbuk!! Dush.... Kena pulak dengan pembantu peribadi memba jugak. Ini lah yang di namakan telus dan adil. Silap sikit saja DUSH...

Pak Lah pulak dah bagi arahan Gani ngan Musa tak leh masuk campoq kes DSAI yang baru ni. Ini adalah sebab DSAI dah mengacum kata depa ni dah buat naya kat dia masa kes yang dulu. Jadi oleh kerana Pak Lah tak mau bagi naya DSAI lagi, maka itulah arahan dia. Anwar dah dapat treatment yang dahsyat sungguh la nie. Memang class gitu. Apa saja yang dia mintak dan perlu, kalau boleh Pak Lah nak bagi. Cuma dia mintak nak jadi PM saja Pak Lah tak berapa nak boleh bagi lagi. Mungkin later...sapa tau...

Pastu ada jugak cerita Bahagian UMNO di Pahang ada yang dah tak sabaq tunggu Pak Lah nak turun 2010. Depa mau Najib lawan untuk post No.1. Ha...tu dia baru ada akai. Depa ni suruh Najib lawan, Ku Li pun ber ia sangat nak lawan, Shahrir pun kata kalau ada orang calun dia, apa salahnya dia lawan. Pakat berebut lah depa semua. Tapi ini adalah satu pertandingan yang sihat. Kalau nak kata dengan adanya pertandingan maka akan terjadinya perpecahan, la nie pun dah ada kem kem yang tertentu dah. Yang ni semua tak leh nak elak. Biaq lah depa bertarung. Sekurang kurangnya, bila dah selesai nanti, barulah kita boleh perbetui balik.

Lanie banyak yang dok cakap kem Pak Lah, kem Najib,kem Ku Li, kem Muhyiddin dan pendek kata sesiapa saja pemimpin dalam UMNO ni akan ada kem nya yang tersendiri lah. Memang pun. Dia mesti ada penyokong dia dan terjadilah satu kem...Hahahaaha..Org kampung punya analisis ana ni...Ana setuju kalau biaq saja depa berentap. Tak oayah dok tunggu sampai 2010 lah. Kalau dok lembab camni saja baik lah try yang baru.Pimpinan baru. Kut2 boleh dapat citarasa baru.

Rakyat dah sanggup menukar kepimpinan dalam 5 negeri, dah berani mencuba pertukaran pimpinan, dah berani menggunakan kuasa undi untuk tendang yang lama dan ambik yang baru, apa salahnya kita tendang yang dok ada dan try hak baru pulak.

Resipi baru... Asam garam dan pedas dia mungkin lebih enak dari masakan la nie yang ternyata tak sedap.

Friday, July 18, 2008

DEBAT atau BAHAS

Ana terbaca dalam New Straits Times hari ni...Tajuknya "Why 'debat', not 'bahas'?"

Yang bertanya adalah Tam Yong Yuee dan apabila dipikirkan balik, betui juga apa yang En Tam kata. Kenapa perlu melayukan bahasa Inggeris bila kita ada perkataan yang sesuai dan khusus untuk menerangkan maksudnya dan telah di guna pakai sekian lama.Renung renunglah...

Dengaq habaq, DSAI tak mau bagi darah dia untuk ujian DNA. Well, la nie baru kita tau bahawa tak dak undang undang yang boleh memaksa kita untuk bagi darah untuk tujuan membuktikan kesalahan... Hmmm

Ana nampak macam DSAI ni saja dok cuba melengahkan atau menyusahkan pihak yang nak buat pertuduhan. Pandai sungguh dia ni. Cekap. Dapat publisiti meluas. Polis panggil untuk ambik statement, dia tak pi. Janji nak pi, tapi tak hadir. Katanya notis tu tak diberi secara terus kepadanya. Nak bagi camana bila bodyguard kat rumah dia tak bagi masuk.Polis dah keluaq waran baru dia janji nak pi. Tu pun lengah masa. Bila polis tangkap dia, dia buat cerita macam2. Polis UTK pakai topeng lah dan sebagainya. Tapi polis kata, dia punya bodyguard ramai. Rombongan yang ikut dia berjumlah 7 buah kereta. Kalau dia dah sampai rumah dia, lagi susah. Depa ramai. Polis serbu kalu dah jadi cerita lain yang lebih sensasi.

Ana hairan pasai apa dia nak buat camni semua. Apa yang dia hendak sebenaqnya? Dok dalam tahanan pun dia nak treatment yang lebih. Nak tidoq atas tilam, pasai sakit belakang. Kena ikut je lah apa yang rakyat lain lalui bila kena tahan polis. Bila jadi PM esok bagilah arahan pada PDRM agar sediakan tilam empok untuk tahanan polis.

Minta minta cepatlah selesai kes ni. Tak larat dengaq dah. Kalau salah, salah lah. Kalau tak pun oklah. Biaq kita dapat cerita yang sebenaq dan hilang segala tohmahan dan apa apa saja kepada pengadu, tunang pengadu dan DSAI serta keluarga DSAI sekali.

Thursday, July 17, 2008

Al- Fatihah


Kita telah dikejutkan dengan berita kehilangan seorang tokoh bolasepak yang amat terkenal dengan kelantangan nya memperkatakan sesuatu isu bolasepak. Allahyarham Datuk Ahmad Basri adalah segelintir tokoh yang berani menegur segala kepincangan dan kecacatan pentadbiran FAM.

Beliau lah satu satunya wira bolasepak Kedah. Beliaulah yang memperkenalkan pemain pemain yang dianggap "kampung" oleh pengulas sukan Hasbullah Awang ke persada negara sehingga membuatkan pasukan Negeri Kedah sebuah pasukan yang digeruni ramai sekarang.

Tuhan lebih menyayangi beliau...Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...

Al Fatihah...

Monday, July 14, 2008

NO.2

Adusss...Kelmarin bila ana dan kawan2 bertolak dari Utara tanahair menuju ke KL selepas melawat tapak projek, dengaq habaq kata depa nak buat road block untuk nak halang orang orang yang nak pi tunjuk perasaan di Parlimen kononnya hari ini. Jadi adalah 2/3 tempat sepanjang lebuhraya tu yang ada polis dok ushar atas bawah.

Jadi kami semua pun masuk Guthrie Highway supaya senang sampai ke Shah Alam. Alhamdulillah memang clear jalan tu.

Malam tu ana pi tidoq di Kajang. Pagi kul 8 nak keluaq dari Kajang ya Allah...macam semut daaa. Betu macam apa Tun kata dalam blog dia, depa dok tahan kereta camtu, membuatkan kita membakar minyak yang sedia mahal tu dengan tidak bergerak. Tak terpikiaq kah depa kata pagi pagi senawi ni orang nak pi kerja. Orang nak hantaq anak pi sekolah. Orang keluaq cari rezeki. PDRM tolong kita menghabiskan rezeki yang sikit tu dengan membuat sekatan jalan dan menjadikan jalan sesak dan menambahkan Carbon Monoxide setempat apabila semua kereta dok berkerumun tang tu dan lawan bakaq minyak 2.70/liter.

Tak dak ke cara lain yang depa boleh buat tanpa menganggu orang awam yang langsung tak berniat nak protes ka, nak pi kerumun parlimen ka, nak berpolitik ka, melainkan keluaq pagi nak cari rezeki halal supaya boleh bela anak dan keluarga dirumah tu.

Bila orang sampai lewat ke pejabat, produktiviti dah kurang. Mood dok dalam jam pagi2 lagi nuat produktiviti kurang. Orang bertambah meluat kat yang berkuasa kerana menyusahkan rakyat. Betuilah polis tu buat kerja depa, tapi tak bolehkah depa minimisekan gangguan depa tu?

Bila mai tengahhari ana nak kena pi KL, suspen lah pulak sebab banyak orang dok kata jam. Tapi radio kata berjalan lancar. Ana caya kat radio, teruih masuk KL. Betui...memang lancar. Surprising kerana kereta tak banyak dan ada satu tempat tu polis buboh cone depa tu untuk buat bagi jalan yang 3 lane bagi tinggai satu. Jadi cam mulut botoi, sangkutlah..Tak dak polis pun yang dok tunggu atas jalan, tgapi depa semua dok bawah pokok sebab teduh dari cahaya matahari. Kesian depa. Tapi boss depa bagi arahan camano?

Ana sampai Central Market lebih kurang kul 2:45, kereta yang park kat tepi CM tu semuanya kereta polis. Teksi yang ada kut situ semua kena halau sebab depa nak park kat situ. Ramai polis daripada rakyat.

Depa ni semua menjalankan tugas untuk menghalang orang yang nak menyuarakan pendapat, menujukkan perasaan tak puas hati depa. Rakyat ni kebanyakkan nya tak puas hati ngan Pak Lah je. Semua orang nak mintak dia tukaqkan diri dia jadi orang biasa yang bukan bergelar Perdana Menteri lagi. Sebab title tu tak serasi ngan dia kut.

Cuma dia sorang je yang rasa dia perlu dok sampai 2010. Kalau orang betui sayang kat dia dan memerlukan pimpinan dia, tentu dah ada orang yang meminta supaya dia pikir dulu dan jangan pergi pada 2010. Tak dak sapa pun yang halang dia. Tak dak menteri pun yang suruh dia tarik balik keputusan dia. Tak dak rakyat pun yang buat demonstrasi suruh dia tarik balik kata2 dia nak belah 2010 ni... Tak terasa kah dia? Tak terkilan kah dia? Macam kata orang tua tualah, rumah suruh pi, kuboq panggil mai.

Pak Lah will always be the best No.2, but a failed No.1....

Thursday, July 10, 2008

SYARIAH

Dengaq habaq Anwar Al-J dah buat lapuran ke JAWI tentang apa lagi kalau bukan kes liwat tu lah. Dia dah beralih ke Jabatan Ugama lah pulak untuk settle kan kes dia ni. Dia juga hendak orang yang tuduh dia tu menyediakan 4 saksi yang boleh memberi keterangan bahawa adegan seksual di luar tabii itu benar benar berlaku.

Ana ni susah lah nak kata apa sebab sat gi dok komen pasai hukum syariah ni ada orang yang marah. Tapi secara lojiknya, kejadian yang sebegini selalunya di buat atau diperlakukan secara tertutup dan tidak ada saksi saksi yang boleh cerita secara sahih perlakuan itu. Lainlah kalau benda tu di buat kat dalam stadium yang penoh ngan penonton.

Teringat lah jugak dulu masa ana melawat Patpong kat Thailand, jalan saja kat situ pasti ada yang panggil suruh masuk kedai depa. Kebanyakkan nya akan berbunyi camni..."Come sir, sex show, pretty girl...." Tapi ada satu tempat ni dia punya ayat tu lain macam sikit..."Come sir, boy f*** boy, big c***...boy f*** boy"....Ha kat sini kalu mesti banyak saksi. Untuk pengetahuan semua, ana tak masuk...rasa geli lah pulak...wek....

TUN Dr M


Happy 83rd Birthday
Tun Dr Mahathir Mohammad

Masih consider dia sebagai a great statesman. Belum ada lagi Malaysian yang hampir dengan dia in whatever field yang depa terajui. Bakat Tun pun macam P. Ramlee lah jugak, tak dak lagi yang dekat atau setaraf dengan beliau.

Walau apa pun orang nak kata, nak kutuk, nak maki dia, ana respect dia habisss.... Banyak jasa dia kat Malaysia ni...Nobody is perfect.

Paling dekat ana interact ngan Tun ni adalah apabila ana telah disunatkan oleh beliau. Masuk jawi lah tu...Hahahaha...Takkan lupa hari tu sampai mati...

BALA GHONAH

Akhirnya Bala sudah diketahui dimana duduknya. Dia lari ke negara jiran katanya. Polis lah kata camtu. Menunjukkan dia masih hidup dan sihat sekeluarga. Anak saudara dia pun dia dah call.

Satu team dari Bkt Aman pun dah pi jumpa dia untuk ambik statement pasai apa dia buat dua akuan bersumpah. Haru jugaklah Bala ni. Bala Ghonah betui.

Tak taulah kalau orang dok kata dia dapat duit untuk buat semua ini, tapi hidup dah jadi tak tentu hala dah bagi famili dia. Well, dia pilih untuk hidup gitu kan? Mungkin kalau PR pegang Malaysia, dia dilantik jadi bodyguard PM baru ke? Malaysia boleh! Dalam sekelip mata boleh jadi popuplar dan sekelip mata jugak kena melarikan diri, meninggalkan tanahair tercinta....

Monday, July 7, 2008

NAFSU

Dengaq habaq kes liwat yang sedang gah sekarang ni nak dirujuk ke mahkamah syariah. Adalah hamba Allah yang mencadangkan. Maka yang kena tuduh pun buatlah kenyataan bahawa kena ada empat saksi dan sekiranya tiada maka dia menganggap kes ini tiada asas sama sekali.

Aduhai rakyat sekelian, sekiranya boleh dapat 4 saksi tu, dah lama masuk dalam dan tak keluaq keluaq dah. Bukan senang nak cari 4 saksi untuk bagi keterangan pasti. Ana ni bukanlah arif tentang undang2 syariah ni, tetapi kalau tak silap dok belajaq dulu, depa kata saksi tu pun mesti yang ada kredibiliti dan tak dak dosa punya orang. Nak cari hak tak dak dosa ni susah, kalau dalam Malaysia ni. Kan?

Tapi Anwar ni pun satu lah. Bila keluaq kes ni, dia bawak keluaq kes yang lain lain pulak. Nampak lah macam dia nak menyimpangkan rakyat untuk tumpu perhatian ke tempat lain, bukan kes liwat. Bila jadi camni, banyaklah tohmahan yang dia dapat. Ana kata tohmahan ni bukan bermakna ana sokong dia, tapi cerita dan konspirasi yang tak pasti. Dibuat buat. Direka bentuk. Orang dan ada jugak pak menteri yang komen bahawa dia sepatutnya tumpu keatas pertuduhanterhadap diri dia, daripada dok menyibuk kes lain. Atau pun memang dia nak bagi orang tumpu tempat lain dari kisah Jub tu.

Nafsu ni lah yang dok jatuhkan ramai umat manusia dunia ini. Nafsu nilah musuh No.1, numero uno dalam seseorang. Nafsu jugaklah yang menguatkan seseorang untuk kerja keras untuk mencapai sesuatu yang diingininya. Dan nafsu jugaklah yang buat Bill Clinton kelam mata.

Adakah nafsu Anwar ini yang kelak merudumkan dia atau menaikkan dia?

Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaa!!!!!

Sunday, July 6, 2008

BALA

MENGHILANG ENTAH KEMANA
SESIAPA SAJA YANG TERJUMPA ATAU TERLIHAT LELAKI INDIA YANG BERTOPI DIBAWAH, SILA LAH EMAIL ANA.

Bala dan keluarga nya dah menghilangkan diri. Dimanakah kamu Bala? Apa sudah jadi maca!? Diugut kah dia? Dibayar kah dia? Diletupkah dia?

Tak siapa yang tahu. Episod seterusnya buat bagi orang lagi suspen...Doooshhh..

Tapi tak salah dia kalau dia lari pun. Sebab ramai orang dok cari dia. Yang sokong dia, yang marah dia dan yang saja nak jumpa dia...

CERITA CERITI...

Mula sekali keluaq cerita SAPP nak buat undi tak caya kat Pak Lah. Pas tu diam, tak jadi apa apa. Senyap tanpa lagu. Sok sek sana soksek sini, keluaq lah kes Yong Teck Lee yang dulu dulu dan dibesarkan oleh media.

Pastu keluaq pulak kes RPK buat deklarasi di mahkamah tentang kehdiran Rosmah bini Najib, dan 2 orang pegawai tentera semasa Altantuya diletupkan. Riuh rendah lah depa nak bincang dalam Parlimen dan sebagainya. Anwar pun melalak lah sana sini tentang Najib terlibat dalam kes tu. Dan dia pun melalak jugak yang dia ada bukti yang lebih dahsyat lagi.

Najib pun tak menyangkal dakwaan itu. Pak Lah pun backing lah deputy dia ni. Orang baru tengah dok menimbang kesahihan deklarasi RPK, BOOM keluaq tuduhan Anwar dah balaih budak umoq 23 tahun pulak. LAgi hebat pulak cerita ni. Budak tu siap buat repot polis. Macam pi cerita kena rogol lah. Yang bestnya tak dak sapa pun nak minta bincang kes ni dalam mahkamah. Semuanya tak percaya. Semuanya kata budak tu dibayaq. Semua gang yang taksub ngan Anwar kata dia dianiaya. Depa lima duit pun tak percaya ngan cerita tu.

Keluaq lah gambaq si mamat tu dalam blog sana sini. Keluaq lah cerita dia sana sini dalam blog. Keluaq lah macam macam cerita konspirasi kerajaan kononnya. Mamat tu ambik gambaq ngan menteri depa kata menteri tu terlibat. Cetek sungguh teori konspirasi depa. Yang ana geram dan buat ana maki hamun adalah apabila depa ni sanggup mengeluarkan sumpah seranah, maki hamun kat tunang si Mamat tu. Apa salah dia? Apa dosa dia? Kutu yang memaki hamun tu lah mangkuk hayun besaq. Baghal. Bodoh piang. Terutama ada sekoq yang menamakan diri dia "one". Gila babi betui cara dia komen. Ana tak boleh terima bila dia memaki hamun dan mintak doa agar perkara yang tak elok dijatuhkan kepada si tunang ni tadi. Dia tu sapa? Yang dok minta laknat dari Allah turun kat orang yang tak berdosa apa hal? Dia tu nabi ka atau babi?

Larilah DSAI ni pi kedutaan Turki. Untuk cari perlindungan katanya. Ada ugutan bunuh. Dan keluaqlah kenyataan kononya dia nak buat pengumuman tentang lompatan 4 ahli BN ke PRK, tempat mana dia nak bertanding dan sebagainyalah. Lepas dia keluaq dari kedutaan tu, dia pun pi saman balik budak yang tuduh dia tadi. Dalam pada tu keluaq pulak kisah IGP dan Gani Patail yang memutar belitkan bukti bukti kes semasa DSAI di tuduh liwat dan rasuah 10 tahun lalu. DSAI minta perkara ni disiasat dan true enough, hari ni BPR kata nak panggil depa untuk buat statement.

Lepas satu bala, keluaq mai pulak BALA, penyiasat persendirian yang terbabit dalam kes Altantuya pulak buat deklarasi mahkamah. Deklarasi dia ni lagi dahsyat dan boleh dikategorikan 18SXX. Siap masuk apa yang disukai oleh Altantuya apabila melakukan hubungan seks. Cerita ni semua adalah untuk menyangkutkan Najib kedalam kes ini. Siap Anwar buat persidanagan akhbar lagi untuk menunjukkan kepada dunia betapa jujur dan bersungguhnya dia dalam menjadikan Malaysia ni sebuah negara yang aman dan telus. Gol...Camtulah nampaknya. Dah leading 1 - 0. Bersorak lah PKR dengan gol tu. Sembang sana sini tentang apa yang BALA cerita. Dulu bila Nalla buat pendedahan tak dak sapa pulak yang gah kan berita tu. PAsai dia mengata kat DSAI..patut lah..

Tup tup...GOOLLL.... BALA skor sendiri. Dia tarik balik segala apa yang dia kata dalam masa 24 jam. Tak nampak DSAI dah masa ni. Kedudukan sekarang adalah seri. Depa ni semua dok main2 dengan deklarasi di mahkamah lanie. Awat kita semua dok biaq depa mempermainkan institusi mahkamah lanie?

Berita terbaru...Bala dan keluarga dia dah hilang dan tak adapat dikesan oleh sahabat handai dan jugak adik beradik beliau. Apa dah jadi?

Sapalah yang jadi konduktor orkestra ni ha? Aku nampak kemungkinan besaq 2 kem yang berlainan yang cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain dengan menggunakan skrip yang amat terperinci sekali penulisannya.

Ana nampak Pak Lah ngan DSAI Aj ni mempunyai common enemy. NAJIB. Buat bagu Najib jatuh, cuma tinggai satu lawan satu. Senang sikit.

Biaq lah depa dok rebut kuasa. Biaqlah depa dok berlawan. Kita ni, selagi ada kerja, ada gaji dan boleh bagi keluarga makan, kita akan senyap dan tak mau cari pasai. Tapi bila anak2 nak makan pun tak dak, masa tulah baru nak melawan habis habisan. Betui dak?