Dengaq habaq dengan sopannya Anifah Aman hentam Pak Lah balik berkenaan isu Yong Teck Lee. Katanya dia tak setuju bila Pak Lah kata Yong ambik tindakan sedemikian kerana tamak. Anifah setuju sangat dengan kenyataan Yong yang menyatakan rakyat Sabah tidak berpuas hati dengan kepimpinan PM yang telah menganak tiri kan mereka selama ini. Adakah menyatakan keperluan rakyat dianggap sebagai tamak? Tetapi Anifah menegaskan bahawa dia tak setuju dengan tindakan untuk mengusul undi tak percaya terhadap Pak Lah.
Cerita Sabah tidak mendapat pembangunan yang sepatutnya ini dah lama sangat sebenarnya. Sejak dari kerajaan yang diterajui oleh TDM lagi. Sabah adalah ssalah satu negeri yang kaya dengan hasil tanahnya, tetapi tetap menjadi antara negeri yang termiskin dalam Malaysia. Tak Logik kan? Kemungkinan besar jugak wakil wakil rakyat yang dilantik tak buat kerja yang diamanahkan atau wakil rakyat yang dilantik sibuk memenuhkan poket mereka sendiri? Sendiri mau tau lah. Mereka mempunyai saluran untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka selama ini, tetapi memilih untuk menyuarakan pendapat didalam era Pak Lah. Atau mungkin telah disuarakan dahulu tetapi tidak mendapat perhatian?
Sabah dan ahli politiknya terkenal dengan kes kes lompat katak mereka. Tidak salah kalau parti pemerintah amat berhati hati dengan tindakan mereka. Tetapi sekarang Sabah memegang trump card kerana membantu BN untuk dapat mandat memerintah negara. Begitu jugalah Sabah boleh membuatkan BN hilang pegangan tampok pemerintahan sekiranya mereka mula melompat katak beramai ramai. Lanie depa dah dok berbunyi saja, macam katak panggil hujan.
Ibrahim Ali tegor Ahli Parlimen Sabah apabila menyuruh mereka fokuskan terhadap berkhidmat kepada rakyat daripada asyik meminta bajet dari kerajaan pusat. Sekali Pak Lah pi, depa tekan dia...Dia huloq RM1B. Dua kali pi dah jadi RM2B. Pi Sarawak pulak, dia huloq RM1B lagi.
Cara Pak Lah dok bagi ni semua pun macam nak suruh depa diam dan ikut cakap dia. Tak bagi depa bising, depa nak lompat. Tapi bila orang kutuk dia sikit, dia akan kata macam macam. Rasuah masih berleluasa lah sekiranya, PM offer itu ini untuk Yong TL supaya diam. Macam rasuah lah jugak tu kan? Kalau dah eksekutif No.1 negara dok buat camtu, apalagi yang lain lain. Dah jadi cam satu ikutan lah lepas ni. Nak apa2, ugut dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment