Tuesday, April 22, 2008

TANJONG

Ana setuju 100% dengan pandangan Presiden CAP(Pesatuan Pengguna Pulau Pinang), S M Mohammed Idris bahawa kerajaan harus mementingkan manusia daripada kenderaan. Beliau memperkatakan sedemikian memandangkan Pulau Pinang sekarang sudah sesak dengan kenderaan. Bila musim cuti sekolah, keadaan semakin teruk dengan kebanjiran kereta kereta dari luar Pulau Pinang .

Dengan pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang, akan bertambah lagi lah kenderaan yang masuk ke Pulau. Cadangan SM Idris agar di bina LRT dari Pulau Pinang ke Butterworth adalah satu cadangan yang baik. Tetapi apa nak dibuat dengan Feri yang sediada ni?

Sekiranya ada pengangkutan awam yang baik dari tanah seberang, pengangkutan awam dalam Pulau masih tak boleh dibanggakan lagi. Kemasukan Rapid Penang mungkin akan memperbaiki keadaan tetapi dengan keadaan dan mentaliti orang Pulau Pinang sendiri yang berlagak samseng dan tak suka orang luaq, keadaan menjadi susah. Depa lebih suka bangsa asing tetapi anak Pulau Pinang yang menjalankan bisnes ni.

Ni lah sikap yang kena kikis dari minda orang Tanjong. Kekadang tu nak tunjuk samseng tak tentu hala, sampai merugikan diri sendiri. Pikiaq pikiaq lah tengok..

1 comment:

abe MIE 'TERJAH' said...

PKR DAN PAS diBABIkan OLEH DAP
oleh: abe MIE (penulis bebas)

saya gemar melayari website dan membaca HARAKAH. ini luahan hati saya tentang akhbar berkenaan yang semakin hari semakin nyanyuk dan 'tua'

‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian.

Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.

Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme.

PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

Bagaimana dengan pemerintahan PAS
lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.
Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China.

Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.