Friday, April 4, 2008

PEMUDA

Dengaq habaq Hishamuddin akan lepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno kepada sesiapa saja yang nak bertanding. K.Toyo ngan Mukhriz nampaknya berminat untuk bertanding. Apahal pulak dengan yang nombor 2 tu. KJ takkan nak dok diam saja.

Kenyataan KJ hari ini menunjukkan kesetiaan dia kepada Hisham dan menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukan samada dia bertanding untuk No.1 atau nak maintain No.2.

Dengaq habaq juga kalau KJ bertanding untuk No.1, KToyo ngan Mukhriz akan la la li tam plom siapa nak masuk. Berat kepada KToyo memberi laluan pada Mukhriz, dan bersama sama menghancurkan KJ.

Dengaq habaq ramai jugak yang hairan dan terkezut dengan tindakan Hisham yang tak mau mempertahankan jawatan nya. Ada kah ini satu taktik sepupu sepusat sepusing, mak lain2 pak asing2 antara dia ngan Najib? Kemungkinan besaq dua beradik sepupu ni dah siap planning untuk lebih jauh kehadapan di dalam Persidangan UMNO Disember ini. Yang bestnya, Hisham melepaskan jawatan hanya selepas mendengar KToyo dan Mukhriz berhasrat untuk bertanding.

Ini menunjukkan yang dia semacam tak harap nak tinggal Pemuda kepada KJ. Bila ada hasrat orang lain nak bertanding baru dia rasa lega dan terus buat pengumuman.

No comments: