Saturday, April 5, 2008

JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Dengaq habaq kata PAS hantaq memorandum kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan usulan supaya YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang meletak jawatan. Ini adalah untuk menyenangkan proses ambil alih yang nak dibuat oleh Pakatan Rakyat. PAS mendakwa YDP tu telah dilantik semasa BN menguasai Pulau Pinang jadi YDP sepatutnya kena kosongkan jawatan itu agar depa boleh masukkan YDP dari kalangan parti mereka atau yang sehaluan pemikiran dengan depa.

(2) Yang di Pertua, Timbalan Yang di Pertua dan ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen (1) hendaklah orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di Pertuan Agong
http://jaipp.penang.gov.my/epaipp1993.htm

Aku petik dari Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Bahagian II.

Boleh pakai ke?

1 comment:

Anonymous said...

Kalau tukak YDP dari PAS ,Nampak makin kacau kawan saya diKebun Bunga,lambat lagi lah boleh menikah,atau ada alasan baru tak mau menikah dgn kawan tu...siaaann kat dia