Monday, April 14, 2008

KHINZIR

Dengaq habaq hari ni Siasahdaily mengeluarkan kenyataan Dr Dzulkifli Ahmad anggota parlimen Kuala Selangor yang memuji kerajaan Selangor kerana berani menangani isu penternakan babi secara terbuka.

Setelah ana baca penjelasan tu ana pun rasa apa yang depa buat tu betui jugak. Kajian dibuat di Jerman. Penternakan secara tertutup ni tak lah dok bawa bau yang busuk, najis yang mengalir ke sungai dan pendek kata, terkawal.

Duit yang dibelanjakan itu pun bukannya dari Kerajaan Negeri, tetapi oleh penternak itu sendiri. Kerajaan hanya menyediakan tapak. Sekiranya terkena tanah sesiapa, mungkin akan diberi pampasan kut.

Selama ni dok bau busuk, air kotor, darah babi, najis babi dan apa lagi berkenaan babi akan hilang dan rakyat akan mendapat udara yang bersih balik. Dakwa depa yang merancangkan projek tu lah. Syabas.

Tapi ana naik geli tekak bila tulis pasai babi ni......

No comments: