Sunday, April 27, 2008

Abe Mie Kato Lagi..

Abe Mie tak jemu memberi pendapat nya dan ana rasa bersalah kalu tak utarakan disini. Sedap di renung dan tenung. Ana anggap dia sebagai penulis jemputan pada blog ana lah. Terima kasih abe...

Salam... jumpa lagi gamaknyer..'

terima kasih sebab siar pendapat saya...saya suka menulis...pernah jadi wartawan dan editor to dah berhenti dan loni dok kerja dengan syarikat international JEPUN..kesian tengok bangsa Melayu dalam swasta..

bangsa lain senang masuk kerja...geng kita, kena ada ijazah lah, pengalaman lah...itu ini..diskriminasi... nak wak cam ner... kita kan hero lagi dalam politik..kan gitu.. tapi dulu. DAP dah jadi superman dah, melayu jadi SUPARMAN (indo punya nama)...

adanya blogspot ginie leh dapat saya asah lagi pena saya...

saya nak kecek sikik tentang komander bernama KULI nak bertanding jawatan presiden UMNO….

Apa akan jadi kalau Pak Lah dah kena be-LAH dan KULI jadi presiden…

kata KULI UMNO bukan kerajaan tapi parti… andainyer dia menang, dia boleh desak UMNO lantik diri dia sebagai PM kelak…songsang betul… benda macam nie saya gelar POLITIK GAY…

Kenapa KULI tak mahu dok diam aje…main dengan anak lembu, bela ayam itik atau borak dengan kambing…macam cerita mat salleh buat...

tenang fikiran sebab cakap dengan manusia susah nak ikut…. Atau main sorok-sorok dengan cucu kat rumah?
saya hairan dengan KULI kenapa dia nak terus jadi PM?

kenapa tak mahu jadi TPM dahulu lawan najib seronok cerita, pastu jadi PM? itupun kalau ada rezeki...
Nak jadi PM bukannya senang…parti dok gelumbang dengan lumpur…kat Selangor TOYOL buat hal…dan sebab itulah isu nie jadi isu nasional…rasuah, pendatang asing, rampas tanah orang melayu kasi kat bangsa Indo.. lupa aje… yang penting Toyol kena jawab soalan PKR supaya UMNO orang UMNO tak jadi speaker rosak..

saya minat pasal KULI…dia rasa diri dah uzur ke?

nie nasihat cucu ...kalau terus jadi PM mana boleh...belajar dulu lah...takkan sejarah semangat 46 ditubuhkan dan UMNO kena bubar dah KULI dah lupa selupanya… mering dibuat nyer…

KElantan kalau menjadi seperti terengganu dah kubu kuat BN boleh juga KULI bermegah dan royak yang kejayaan BN sebab dia..

nie entah apa apatah...dia penyebab BN jadi ‘Bencana Nasional’ kat Kelantan adalah...

saya tengok KULI sama dengan Perdana Menteri GAY (sendiri ingat lah sapa orang tu)...dok gila-gila nak jadi PM Malaysia...

nak ambil sabah dan sarawak...sedangkan partinya hanya kuasai 31 kerusi aje...dan bininya dilantik Bayangan PM ...cakap pun tak pandai ada hati nak jadi PM.....PM-perempuan malu (boleh jadi)boleh kot

Abe mie, ana nak jampuk sikit.

Ku Li tak tau lah samaada ada anak atau tak untuk memberi dia cucu agar dapat bermain main ngan dia. Lagi pun memang lah dari dulu dia ni teringin sangat nak jadi ketua. Lawan, kalah. Buat parti lain, nampak tak leh pi dah, masuk balik. Dengaq habaq dia bela orang asli kat Gua Musang dahsyat. Happy depa kalau Ku Li buat kenduri bagi depa seronok...Selalu jugak dengaq habaq dia buat majlis makan makan dan minum minum ngan depa. Pasai tu dia takkan kalah kat situ. Kalau nak harap dia ambik balik K'tan, pakai tak dak dah. Text ucapan cucu penakan dia Tengku Faris tu, kemungkinan bessaq depa kata kuncu kuncu dia lah yang tulis...Menaikkan semangat Melayu katanya, tapi celah celah tu mendukacitakan bangsa asing lagi sekali. Tak serik jugak. Cari pasai. Tak perlu buat benda tu..

Al Jub(DSAI) memang lah langsung hampeh la nie. Tak tau lah apa yang dia nak. Tapi tempat PM tu for sure dia mau. Pasai tu dok kerja keras risik sana sini. Tapi apa takut, Israel sokong dia jadi PM. Memang depa dah masuk paper dah, memuji ketokohan dia. Kalau Israel backing ni selalunya menang.....hehehehe.

April 27, 2008 1:37 AM

GERAM...

Dengaq habaq Hishamuddin dah minta maaf pasai isu keris dalam perhimpunan dulu. Ada lah gamaknya orang bagi tahu dia yang episod tu adalah salah satu daripada sebab bangsa asing lari dari menyokong BN. Episod keris ni dah lama. Memang Cina dah berbunyi lama dah pasai ketidak setujuan mereka. Apahal la nie baru nak pohon maaf. Dulu bila orang tegur, apa yang di jawab? Semua ni wayang. Masa banyak sokongan hampa ikut suka hati hampa saja. Hampa semua juah. Hampa semua ranggi. Lupa yang dok bagi hampa dok tang situ semua adalah rakyat. Rakyat yang terdiri dari berbilang kaum.

Cerita Melayu sebagai Tuan dalanegara ni tak payah dok heboh. Semua rakyat tau tentang kedaulatan Melayu ni. Apa nak dok pi heboh, saja nak bagi orang sakit hati. La nie baru padan muka. Ana bukan lah nak support Cina ka, India ka atau bangsa lain dari Melayu. Ana rasa kita dok dalam Negara yang berbilang kaum yang mana kita memerlukan antara satu sama lain untuk hidup, untuk memajukan negara, untuk memartabatkan Malaysia dimata dunia, buat apa nak dok tunjuk samseng kat bangsa lain. Hampeh.

La ni nampak sangat lah kita ni menggelabah. Sana sini la nie dok mengaku bertanggung jawab. Sanggup letak jawatan.Lepas sebulan setengah baru nak rasa tanggung jawab. Aduhai tak dak klas langsung. Lepas rakyat dah tenyeh betui betui, baru nak menangis, alahai...betui betui la drama yang boleh terima anugerah lakonan terbaik. Esok dapat sokongan balik camtu lah juga, depa nanti lupa.

Khir Toyo boleh bagi penyapu kat Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Hulu Selangor. Ha la nie, amacam? Patut Tan Sri Khalid mau bagi award kat Khir pulak. Kena bagi penyapu jamban supaya dia boleh cuci segala tahi yang dia dengan bini dia tinggai. Bini dia pun pandai pandai transfer duit tu pi ke tempat lain lepas kalah pasai apa? Duit tu duit persatuan bini bini wakil rakyat. Tolong orang orang susah lah katanya. Takut bini bini wakil rakyat baru, nanti makan duit tu dan tak tolong orang susah. Yang sebenaqnya, depa yang ambik alih kerajaan lama ni lagi susah nak buat kerja depa, sebab semua orang dok tengok dan tunggu depa buat salah saja. Tak perlu risau. Tak perlu nak tunjuk terrer. Orang dah kenai ngan perangai hampa semua..

Ana rasa geram lah 2/3 hari ni bila baca cerita cerita ni semua. Yang tu lah lumrahnya. Apa pun yang dibuat RM juga yang jadi penentunya. Nak tolong orang ka, nak songlap orang ka, semua nya pasai duit.

Kedah pun ada jugak satu Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. PBANK untuk singkatannya. Memang depa selalu dok pi bank lah dok pi ambik duit dan belanja duit. Dengaq habaq persatuan ni di terajui oleh Kerabat DiRaja Kedah. Tapi depa ni base kat KL. Ramai yang support PBANK ni dari segi kewangan. Bagi pun bukan bagi saja. Bagi ada makna.

Majlis depa ni bila masa pun ada hiburan. Sebab Peneraju Persatuan ni , laki bini suka menyanyi. Buat album dengan Mawi lah, dengan Nurul lah dan sapa sapa lagi. Nak pi cari performer untuk show pun depa pi sendiri. Meneru pi. Lebih banyak duit habis untuk organise Majlis kutipan dana daripada bantuan yang diberi kepada mangsa bencana alam. Hidup depa seronok saja. Cari lembu, cucuk hidung, tarik, tunggang.

Yang susah akan tetap susah...Ini lah antara Melayu Melayu yang ana tengok dalam Masyarakat kita hari ni yang dok berselindung disebalik jawatan, pangkat dan kedudukan mereka untuk hidup bersukaria... Dangdut bannnggg....Ampun Tuanku...

Friday, April 25, 2008

PENDAPAT JUJUR

Apa yang dikatakan oleh Abe Mie dibawah ni ada kebenarannya jugak. Tetapi inilah resam manusia, buat apa saja asalkan dapat kedudukan. Ikutlah apa saja walau pun menyimpang dari tujuan asal, supaya dapat merasa kerusi yang diidami sekian lama.

Pada ana, siapa saja yang memerintah akan melalui simpang siur yang serupa. Takkan dapat mengembirakan semua rakyat. Umpama pakai kain pelikat dan tak pakai baju. Buka gulong, tutup dari kepala kebawah, mesti akan ternampak kaki. macam tu lah kita ni.

Tetapi kita hendaklah berani menyatakan pendapat dengan jujur, jangan beri pendapat untuk mendapatkan peminat. Kalau cerita apa yang orang nal dengaq serupalah dengan ahli politik, bagi pendapat yang rakyat nak dengaq, lepas tu diam 4 tahun....

Abe Mie Kato...

Abe Mie kata:

PKR DAN PAS diBABIkan OLEH DAP
oleh: abe MIE (penulis bebas)

saya gemar melayari website dan membaca HARAKAH. ini luahan hati saya tentang akhbar berkenaan yang semakin hari semakin nyanyuk dan 'tua'

‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian.

Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.

Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme.

PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

Bagaimana dengan pemerintahan PAS
lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.
Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China.

Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.

Ana terasa nak kongsi dengan hampa semua apa yang abe mie kata. Tiap tiap pendapat seseorang hendaklah dihargai dan harus kita renung dan fikir fikirkan...

Tq abe mie...

Tuesday, April 22, 2008

TANJONG

Ana setuju 100% dengan pandangan Presiden CAP(Pesatuan Pengguna Pulau Pinang), S M Mohammed Idris bahawa kerajaan harus mementingkan manusia daripada kenderaan. Beliau memperkatakan sedemikian memandangkan Pulau Pinang sekarang sudah sesak dengan kenderaan. Bila musim cuti sekolah, keadaan semakin teruk dengan kebanjiran kereta kereta dari luar Pulau Pinang .

Dengan pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang, akan bertambah lagi lah kenderaan yang masuk ke Pulau. Cadangan SM Idris agar di bina LRT dari Pulau Pinang ke Butterworth adalah satu cadangan yang baik. Tetapi apa nak dibuat dengan Feri yang sediada ni?

Sekiranya ada pengangkutan awam yang baik dari tanah seberang, pengangkutan awam dalam Pulau masih tak boleh dibanggakan lagi. Kemasukan Rapid Penang mungkin akan memperbaiki keadaan tetapi dengan keadaan dan mentaliti orang Pulau Pinang sendiri yang berlagak samseng dan tak suka orang luaq, keadaan menjadi susah. Depa lebih suka bangsa asing tetapi anak Pulau Pinang yang menjalankan bisnes ni.

Ni lah sikap yang kena kikis dari minda orang Tanjong. Kekadang tu nak tunjuk samseng tak tentu hala, sampai merugikan diri sendiri. Pikiaq pikiaq lah tengok..

Sunday, April 20, 2008

SALAM


Camni lah sepatutnya orang Islam bersalaman antara lelaki dan wanita . Sunggoh sopan dan santun sekali. Siap pakai sarong tangan lagi. Bukan dok pegang bahu sana sini, atau pelok pinggang sambil bergambaq.

Majlis Kerajaan bersama Malaysian Bar Council tempoh hari bila Datin Seri Wan Azizah juga turut hadir bersama serta beberapa ahli ahli parti pembangkang yang lain.

Ada jugak cemuhan yang diterima bila PM buat majlis ni. Tapi apapun yang dilakukan buat masa la nie pada ana adalah nak cuba tonjolkan kembali diri dia yang dah nak tenggelam. Sekurang kurangnya la nie dah dapat support dari loyar loyar dan hakim hakim.

Tetapi kontraktor kontraktor masih tak merasa jasa PM lagi sejak dia pegang teraju. Kontraktor yang buat kerja ngan BLT boleh la gagau banyak, dan juga yang buat kerja dengan Syarikat Patrick Lim..

Saturday, April 19, 2008

PARLIMEN

Dengaq habaq Sidang Parlimen akan bermula tak lama lagi. Sidang yang pertama untuk kerajaan yang baru.

Terdapat 222 kerusi didalam Parlimen yang dianggotai oleh Ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat untuk mewakili mereka mendapatkan segala kemudahan dan pembangunan yang sepatutnya diterima dari kerajaan. Mereka inilah yang akan menanyakan soalan, mendapat penjelasan akan sebarang ketidak puasan hati rakyat yang mereka wakili. Inilah forum yang maha tinggi didalam Malaysia.

Alangkah mengejutkan apabila didapati 29 daripada Ahli Parlimen yang dilantik langsung tiada soalan untuk ditanya. Langsung tiada. Adakah ini menunjukkan kawasan yang diwakili itu tiada bermasaalah langsung? Cukupkah semua keperluan infra strukturnya? Kaya raya kah rakyat dalam kawasannya?

Atau adakah Ahli Parlimen ini merasakan dengan elaun yang dapat dan dapat berkampung di KL 2/3 minggu, maka tak payah dok tanya apa apa? Atau nak tunggu dekat pilihanraya lagi satu baru nak bertanya? Atau masihkah depa ni dok meraikan kemenangan sehingga lupa tugas yang sepatutnya dilakukan?

Rugi je lah duit rakyat kalau camni. Kita tak perlu Ahli Parlimen yang dok mengeram teloq saja kat dalam bangunan Parlimen tu. Pasai yang bagi kerja tu kat depa adalah rakyat. Rafidah Aziz ngan JJ ni mungkin dah lupa camana nak tanya soalan sebab depa selama ni dok menjawab saja. Ahli PKR ngan DAP ni mungkin masih terkezut dengan kemenangan dan masih belum tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Tapi tak mungkin bodoh sebegitu rupa.

Yang bestnya, orang dok kata PAS parti kampung tapi bila mai persidangan Parlimen semua orang dia menjalankan tanggungjawab mereka mengemukakan soalan...

Aduh...sakit hati dengaq lah.... Nama nama yang tidak mengemukakan sebarang soalan ada tertera dibawah

1. Abd. Rahman bin Bakri - Sabak Bernam - BN
2. Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah - Igan - BN
3. Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin - Besut - BN
4. Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti - BN
5. Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman - Kimanis - BN
6. Abit Joo Hulu - Rajang - BN
7. Ding Kuong Hiing - Sarikei - BN
8. Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis - Rompin - BN
9. Dato’ Dr James Dawos Mamit - Mambong - BN
10. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad - Kangar - BN
11. Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah - BN
12. Dato’ Seri Rafidah binti Aziz - Kuala Kangsar - BN
13. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas - Gading - BN
14. William @ Nyallau Anak Badak Lubok - Antu - BN
15. Datuk Haji Yusoff Bin Mahal - Labuan - BN
16. Charles Anthony a/l R Santiago - Klang - DAP
17. Er Teck Hwa - Bakri - DAP
18. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu - DAP
19. John a/l Fernandez - Seremban - DAP
20. Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy - Batu Kawan - DAP
21. Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat - PKR
22. Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah - PKR
23. Chua Tian Chang - Batu - PKR
24. Gobalakrishnan a/l Nagapan - Padang Serai - PKR
25. Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang - PKR
26. Manikavasagam A/L Sundaram - Kapar - PKR
27. Dato’ Rashid Bin Din - Merbok - PKR
28. William Leong Jee Keen - Selayang - PKR
29. Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad - Hulu Selangor - PKR

Dipetik dari http://iamamalaysian.wordpress.com/2008/04/18/the-height-of-irresponsibility-29-mps-did-not-submit-parliamentary-questions/

Thursday, April 17, 2008

HERO

Dengaq habaq la ni rata cerok, pelusuk negara orang dok cakap pasai peralihan kuasa. Rata rata rakyat dah berani menyatakan ketidak puasan hati masing masing. Ketua ketua cawangan, ketua ketua bahagian dan menteri menteri kabinet pun dah berani berterus terang menyokong PackLah sepenohnya untuk menyerahkan kuasa kepada Timbalannya yang juga dianggap sebagai Jeneral BN dalam PRU12 yang lalu. Kia pi kira mai, Jeneral yang cedera jugaklah kalau di kaitkan dengan persembahan keselurohannya, tetapi Harimau yang garang didalam hutan Pahang.

Kadang kadang terfikir juga dalam kepala otak ana ni, apakah perasaan PM sekarang setelah diberitahu oleh rakyat akan kelemahannya itu. Macam mana kah beliau menjalani hidup seharian berdepan dengan orang orang yang suspek akan kepimpinan beliau?

Dengaq habaq, sekarang ni banyaklah reformasi yang PM dok jalankan. LPG di Sabah dan Sarawak dah diselaraskan harga dengan Semenanjung, mungkin hari tu dah kena ugut dengan orang sana.

Dengaq habaq yang terbaru sekali, malam ni, akan diadakan majlis makan malam diantara Kerajaan dengan Bar Council dimana PM akan menyatakan kekesalan dia yang teramat sangat atas apa yang terjadi kepada Institusi Kehakiman pada tahun 1988, 20 tahun yang lalu. Kerajaan juga sedang merancang untuk memberi pampasan kepada "mangsa" yang terlibat didalam episod itu. Jumlah pampasan masih belum di tetapkan.

Dengaq habaq juga PM meminta semua Hakim yang terlibat hadir pada malam ini apabila dia menyampaikan ucapan yang bertajuk "Delivering Justice, Renewing Trust". Ceritanya, lanie PM nak tunjukkan ketelusan dan keadilan serta mendapatkan kembali keyakinan rakyat terhadap Institusi Kehakiman yang didakwa telah dirosakkan oleh pemerintah sebelum beliau.

Tun Salleh Abas, Datuk George Seah, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah telah memberi persetujuan untuk hadir di majlis itu. Manakala Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman dan Tan Sri Eusoffee Adboolcader akan di wakili oleh keluarga masing masing.

Puan Sri Wan Azizah dan Saudara Lim Kit Siang juga dijangka hadir untuk sama sama meraikan kejayaan PackLah mengembalikan ketelusan dan keadilan serta bersama sama senyum apabila Kerajaan sekarang menyalahkan Kerajaan terdahulu, walaupun mereka datang dari Barisan yang mempunyai ideologi yang sama.

Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan simpati serta sokongan dari pihak peguam peguam dan juga untuk mendapat simpati dari rakyat untuk menyapukan bedak ke muka PM yang dah teruk di benci dan dihamun oleh orang ramai.

4 tahun pertama tak terlintas dalam kepala otak dia untuk mengerjakan ini semua, kemungkinan besar dok sibuk himpun harta untuk keluarga. Apabila dah tercekik sebab makan dengan gelojoh, terpaksalah buat benda ni ibarat sambil menyelam minum air. Menonjolkan diri sebagai hero kepada Institusi kehakiman dan juga menonjolkan keaiban kerajaan terdahulu, supaya orang bersimpati dengannya.

Ana rasa inilah jenis manusia yang elok sangatlah di jatuhkan segera agar tidak memudaratkan lagi kerajaan kita dan juga Negara kita yang tercinta ini.

Monday, April 14, 2008

KHINZIR

Dengaq habaq hari ni Siasahdaily mengeluarkan kenyataan Dr Dzulkifli Ahmad anggota parlimen Kuala Selangor yang memuji kerajaan Selangor kerana berani menangani isu penternakan babi secara terbuka.

Setelah ana baca penjelasan tu ana pun rasa apa yang depa buat tu betui jugak. Kajian dibuat di Jerman. Penternakan secara tertutup ni tak lah dok bawa bau yang busuk, najis yang mengalir ke sungai dan pendek kata, terkawal.

Duit yang dibelanjakan itu pun bukannya dari Kerajaan Negeri, tetapi oleh penternak itu sendiri. Kerajaan hanya menyediakan tapak. Sekiranya terkena tanah sesiapa, mungkin akan diberi pampasan kut.

Selama ni dok bau busuk, air kotor, darah babi, najis babi dan apa lagi berkenaan babi akan hilang dan rakyat akan mendapat udara yang bersih balik. Dakwa depa yang merancangkan projek tu lah. Syabas.

Tapi ana naik geli tekak bila tulis pasai babi ni......

DR CHUA

Dengaq habaq cerita Dr Chua Soi Lek keluaq dalam blogspot di Amerika. Dahsyat jugak. Silap haribulan ada producer sana cari dia untuk nak buat filem pulak. Pelakun utama lah katakan.

Bila ana masuk tengok, ramai orang dok download. Kesian dia. Patut depa senyap dah lah. Dia pun dah ngaku bersalah dari segi undang2 kekeluargaan, tapi undang undang Malaysia tak leh buat apa apa kat dia, dan sampai hari ni pun tak leh trace sapa yang buat recording tu.

Yang depa cekup cuma orang yang mengedar. Camtu lah...Tapi ana rasa ana tau sapa buat recording tu...Ana rasa sajalah. Pendapat peribadi dan tak reflect pendapat parti..hahahaha. Macam Tok Det katalah.

Sunday, April 13, 2008

TAPAK NIAGA

Dengaq habaq kawasan tempat letak kereta bersebelahan dengan Apartment Park Avenue di jalan Kebun Bunga Penang akan dijadikan sebagai tapak penjaja yang sekarang ini berniaga di hadapan pintu masuk ke Botanical Garden.

Peniaga peniaga yang akan berpindah ke situ terdiri dari berbagai bangsa. Ada yang berniaga makanan, cenderahati, ais krim dan serba mak nenek lagilah. Yang pastinya, projek ini telah diluluskan semasa kerajaan BN dulu lagi sebab korek mengorek di jalankan sebelum PRU.

Dengaq habaq la ni, penduduk di sekitar kawasan tu sudah protes. Yang terbabit adalah Park Avenue dan Forest Field. Depa sampai ke tahap nak ambik court injunction untuk menghentikan projek tu atas alasan yang amat mementingkan diri sendiri ya itu, harga rumah depa akan jatuh. Kawasan tu depa dakwa akan menjadi kotoq sekiranya peniaga semua mai tang situ.

Depa ni semua kaya kaya jadi mungkinlah Ah Guan boleh tolong depa. Tiap malam minggu, Hash House akan berkumpul di parking lot tu, minum arak dan buat bising serta mencarut carut tak dak pulak depa nak komplen.

ROAD SHOW

Dengaq habaq road show di Kelb Golf Cinta Sayang pun panaih lit lit. The Star melaporkan, ramai yang tak puas hati dengan cara pemilihan calun untuk PRU tempoh hari. Kadir Sheikh Fadzir telah menganggap diri dia macam tongkoi kayu sebab Tok Det buat pemilihan langsung tak consult orang lama. Idea orang lain dia tak pakai langsung.

Dengaq habaq letih juga Najib ngan Rafidah dok menulis ketidak puasan hati gang akar umbi UMNO Kedah. Jenoh menepih juga lah depa ni, macam macam buah dah keluaq.

Dengaq habaq di Penang, Berahim Saat kata kalau team bola kalah, setiausaha FAM kena letak jawatan, la ni PackLah kena letak jawatan jugaklah sebab team dia kalah...

BERSEMUKA DENGAN MEDIA

Rancangan RTM, Bersemuka Dengan Media jam 6 petang menampilkan Datuk Seri Nazri. Ada sorang hamba Allah yang menamakan dirinya Keria dari Perlis buat panggilan secara live dan menegur Nazri tentang kenyataan Nazri yang menghentam Tun. Keria minta Nazri agar bersopan sikit terhadap seorang bekas pemimpin yang hebat. Keria juga meminta dia mengenang kembali jasa jasa Tun di masa lalu.

Nazri jawab dengan sombong nya bahawa Tun adalah bekas pemimpin. Bukan pemimpin lagi. Pemimpin sekarang adalah Pak Lah. Walau apa pun yang Tun kata, dia mendakwa yang dia menang dalam pilihanraya yang lalu." Saya menang. Orang lain yang tegur Tun pun semua menang."

Macam ni lah pemimpin yang kita ada. Depa bermuka muka dengan bekas pemimpin. Depa cuma hormat orang yang ada kuasa saja. Yang tak dak kuasa lagi, tak payah tunjuk hormat. Boleh blah. Lalang sungguh. Kalau dengan Tun pun dia buat camtu apa lagi dengan rakyat? Rakyat cuma ada kuasa 5 tahun sekali. Lepas lantik depa, depa bermaharajalela selama 4 tahun lebih, pastu mai cari kita lagi, suruh sokong depa..Tak pa lah, orang kawasan dia menyokong, pasai tu dia menang.

Saturday, April 12, 2008

RTM KENA HALAU

Dengaq habaq Selangor FM sudah kena halau daripada pejabat depa pasai tak mau bagi airtime kat MB. Kasaq sungguh MB ni. Maklumlah dia ni ahli korporat dulu, jadi sapa tak mau dengaq arahan dia dapat habuan lah.

Renovation opis dan studio saja dah habih RM500,000.00. Sakit juga Shaberi Cheek nak kena cari opis lain untuk Selangor FM tu. Kemungkinan besaq Selangor dapat stesen radio baru kut. Alternatif Selangor FM....

Pi mai pi mai Kedah jugak lah yang tak dak masaalah. Tak dak lah pulak kata nak halau Kedah FM ka atau nak minta airtime ka.. Perak dan Penang pun serupa gak. Tapi betuilah, depa di S'gor ni brutal habis, depa buat macam2, ladang khinzir pun depa modenkan...Syabas, hehehe.

JOHOR

Dengaq habaq UMNO Johor buat dengan cara yang amat sopan sekali bila meminta PackLah membuat plan peralihan kuasa. Kiranya kalau suruh buat plan tu macam suruh serah cepat cepat lah supaya tak memudaratkan UMNO.

Betui sangatlah tu macam mana yang di gembar gemburkan dalam internet. Memang lah orang Johor minta PackLah berundur, tapi dengan cara baik lah.

Apa lagi yang dia boleh buat cuma peralihan kuasa sajalah agar ia menjadi satu peralihan yang licin dan aman. Dengan peralihan ini yang dijangka selepas Perhimpunan Agong nanti, maka dapatlah PackLah bercuti dan tidoq puas puas. Peganglah tangan bini tu puas puas. Ciumlah bini tu puas puas. Orang pun tak payah dok tengok dah..Meluat.

Thursday, April 10, 2008

PM ROMANTIK

Dengaq habaq ramai juga rakyat yang bengang dengan kelantangan Karpal mengutuk TDM. Ramai yang rasa siapa dia Karpal ni yang boleh mengeluarkan kata2 sebegitu rupa kepada negarawan Malaysia yang ulung seperti TDM ni.

Tapi apa nak buat kalau dah Melayu sendiri dok kutuk TDM, apatah lagi bangsa asing. Lupakah kita akan jasa baik dia dulu? Lupakah kita pembangunan yang dia bawa dulu? Lupakah kita kepada kepahlawanan dia dulu menentang Zionis dan Amerika? Kalau dah negara negara ke 3 boleh sanjung TDM, pasai apa kita dok cerita segala yang tak elok berkenaan beliau.

Ikutlah telunjuk PM yang ada la nie, untuk nak menutup kekurangan diri sendiri, bukalah cerita kesalahan orang lain, keburukan orang lain dan dengan itu dapatlah mengalihkan perhatian ke individu lain daripada rakyat menilai kelemahan dia. Mempertahankan anak menantunya walau pun seantero Malaya ni tau apa yang dilakukannya. Seantero Tanah Melayu ni sakit hati, meluat dengan keangkuhan nya.

Apa nak jadi kepada negara ana yang tercinta ini kalau dah dapat pemimpin yang disangka amat bersih, alim, imam dan fasih dalam keagamaan, tiba tiba bertukar menjadi seorang yang romantik. Cium bini di khalayak ramai. Perangai Melayukah tu? Berpegangan tangan dikhalayak ramai , tidak menegah isteri menelanjangi rambut di khalayak ramai, masih boleh dianggap Imam kah sebegitu? Imam kepada rakyat Melayu di Tanah Melayu ni. Ramai Menteri yang berbini dan berlaki, kecuali Azalina yang masih tak tentu hala, tapi tak dak pun yang dok muah..muah..muah..ngan bini depa depan orang ramai.

Alahai, kalau setakat nak tunjuk sayang kat bini saja tak yah jadi PM lah. Ana nak mintak PM berubah lah sikit. Tunjuklah personaliti sepatutnya sebagai seorang PM.

TDM dah buat Malaysia ni sebagai negara contoh kepada negara2 ke3 di dalam dunia, pemimpin yang dihormati, disegani dan disanjungi. Tapi masuk PackLah, hancus nama Malaysia. Apa lagi yang rakyat Malaysia nak bangga? PM paling romantik dalam dunia....

Wednesday, April 9, 2008

DATUK HADI AWANG

Dengaq habaq Dtk Hadi pun keluar kenyataan bahawa depa memang dok nego ngan MP BN untuk lompat. Tetapi dia kata depa tak mau bayaq, rasuah semua tak leh, dosa. Semakin sakan depa dok sebaq berita camni.

Dalam opis ana ni adalah sorang pelukis pelan, budak muda lagi, 22 tahun. Cerita dia, orang kampung dia kat Maran biasa tengok seekor harimau tak tau dari mana datang, dok selimpuh tengok poster Hj. Hadi. Orang lain semua dah gabra, harimau tu lepas puas menatap gambar Hj. Hadi terus belah masuk dalam hutan.

Apa rasanya yang anda semua dapat dari cerita yang sebegini? Camana orang di Maran ni tengok Hj.Hadi? Kalau pikiaq mendalam sikit, dah sakan tok hj ni.

SMS

Semalam ana dapat SMS daripada mamak mee yang berbunyi camni....
"Program Agenda Ekonomi Malaysia telah bermula dengan telah bermula dengan usahawan babi di kawasan penempatan Melayu Sepang. Berminat boleh pohon. Borang terdapat di pejabat PKR dan DAP."

Terkezut ana bila baca sms ni, dok pikiaq jugak bila mamak mee ni berkecimpung dalam bidang ni pulak. Tapi di Sepang pulak tu. Kalau mamak kata kat Batu Maung ka apa ka, sah dia terlibat sama.

Rupa rupanya ni cerita di Selangoq lah. PKR bukan parti ethnik. Dia tak perlu nak jaga hati orang Melayu sahaja, sebab dia adalah parti untuk semua bangsa yang di panggil bangsa Malaysia. Jadi ana tak terkejut lah dengan berita tu, sebab nak jaga undi, takut nanti hilang. Dapat kat DAP nanti, tolunji pulak Selangoq.

HALWA TELINGA

SEDIKIT HIBURAN UNTUK PARA PENGUNJUNG YANG BUDIMAN. KALAU RASA TAK SEDAP SILA BAGI TAU, KALAU SYOK BAGI TAU KAWAN KAWAN..HEHEHEHE

Tuesday, April 8, 2008

BATU KAWAN


Bukak email hari ni tengok ada sorang memba hantaq satu berita yang aku rasa menarik lah untuk share dengan hampa semua. Mungkin ramai dah dapat email ni, tapi tak pa lah, tengok lagi sekali.

Cerita dia camni. Ada satu pemaju Abad Naluri Sdn Bhd yang akan memajukan tanah di Batu Kawan Penang. Cerita ni semua start lama dah,sebelum gomen kata nak ambik tanah lumba kuda kat Batu Gantong untuk di majukan sebagai PGCC(Penang Global City Centre). Tapi projek ni mendapat bantahan dari orang ramai. Tapi depa nak juga buat dan berjanji akan mengantikan tanah Penang Turf Club ni dengan ssatu lagi Equine Centre kat Batu Kawan.

Abad Naluri ni lah yang jadi pemaju. Bukan takat tempat lumba kuda saja dia nak buat, perumahan dan sebagainuya akan naik kat situ, maka majulah Batu Kawan nanti.

Yang bestnya, lokasi dia ni memang cun melecun habis. Betui betui sebelah jalan masuk ke Jambatan Pulau Pinang ke2. Tempat tu akan jadi prime land lah, harga mesti mahai gila. Masa depa beli dulu murah saja. La ni dah RM15-16 sekaki persegi. Bila dah jambatan turun tang tu, alahai...berkali kali gandalah harganya.

Dahsyat sungguh info yang depa dapat ni kan! Pasai tu lah depa kaya raya, sebab depa mungkin dapat info lebih dulu daripada kita yang nangoi nangoi ni.

Chairman Abad Naluri ni Datuk Seri Kamal Hashim. Orang kita lah katakan, tapi yang dok support dibelakang dia ialah Equine Capital Sdn Bhd. dan Pak Penakan bini Kamaludin anak PackLah yang empunya. Bestkan.... Pelancaran PGCC disebelah menunjukkan dari kiri DS Kamal Hassan, PackLah, Tsu Koon dan Patrick Lim.