Mula sekali keluaq cerita SAPP nak buat undi tak caya kat Pak Lah. Pas tu diam, tak jadi apa apa. Senyap tanpa lagu. Sok sek sana soksek sini, keluaq lah kes Yong Teck Lee yang dulu dulu dan dibesarkan oleh media.
Pastu keluaq pulak kes RPK buat deklarasi di mahkamah tentang kehdiran Rosmah bini Najib, dan 2 orang pegawai tentera semasa Altantuya diletupkan. Riuh rendah lah depa nak bincang dalam Parlimen dan sebagainya. Anwar pun melalak lah sana sini tentang Najib terlibat dalam kes tu. Dan dia pun melalak jugak yang dia ada bukti yang lebih dahsyat lagi.
Najib pun tak menyangkal dakwaan itu. Pak Lah pun backing lah deputy dia ni. Orang baru tengah dok menimbang kesahihan deklarasi RPK, BOOM keluaq tuduhan Anwar dah balaih budak umoq 23 tahun pulak. LAgi hebat pulak cerita ni. Budak tu siap buat repot polis. Macam pi cerita kena rogol lah. Yang bestnya tak dak sapa pun nak minta bincang kes ni dalam mahkamah. Semuanya tak percaya. Semuanya kata budak tu dibayaq. Semua gang yang taksub ngan Anwar kata dia dianiaya. Depa lima duit pun tak percaya ngan cerita tu.
Keluaq lah gambaq si mamat tu dalam blog sana sini. Keluaq lah cerita dia sana sini dalam blog. Keluaq lah macam macam cerita konspirasi kerajaan kononnya. Mamat tu ambik gambaq ngan menteri depa kata menteri tu terlibat. Cetek sungguh teori konspirasi depa. Yang ana geram dan buat ana maki hamun adalah apabila depa ni sanggup mengeluarkan sumpah seranah, maki hamun kat tunang si Mamat tu. Apa salah dia? Apa dosa dia? Kutu yang memaki hamun tu lah mangkuk hayun besaq. Baghal. Bodoh piang. Terutama ada sekoq yang menamakan diri dia "one". Gila babi betui cara dia komen. Ana tak boleh terima bila dia memaki hamun dan mintak doa agar perkara yang tak elok dijatuhkan kepada si tunang ni tadi. Dia tu sapa? Yang dok minta laknat dari Allah turun kat orang yang tak berdosa apa hal? Dia tu nabi ka atau babi?
Larilah DSAI ni pi kedutaan Turki. Untuk cari perlindungan katanya. Ada ugutan bunuh. Dan keluaqlah kenyataan kononya dia nak buat pengumuman tentang lompatan 4 ahli BN ke PRK, tempat mana dia nak bertanding dan sebagainyalah. Lepas dia keluaq dari kedutaan tu, dia pun pi saman balik budak yang tuduh dia tadi. Dalam pada tu keluaq pulak kisah IGP dan Gani Patail yang memutar belitkan bukti bukti kes semasa DSAI di tuduh liwat dan rasuah 10 tahun lalu. DSAI minta perkara ni disiasat dan true enough, hari ni BPR kata nak panggil depa untuk buat statement.
Lepas satu bala, keluaq mai pulak BALA, penyiasat persendirian yang terbabit dalam kes Altantuya pulak buat deklarasi mahkamah. Deklarasi dia ni lagi dahsyat dan boleh dikategorikan 18SXX. Siap masuk apa yang disukai oleh Altantuya apabila melakukan hubungan seks. Cerita ni semua adalah untuk menyangkutkan Najib kedalam kes ini. Siap Anwar buat persidanagan akhbar lagi untuk menunjukkan kepada dunia betapa jujur dan bersungguhnya dia dalam menjadikan Malaysia ni sebuah negara yang aman dan telus. Gol...Camtulah nampaknya. Dah leading 1 - 0. Bersorak lah PKR dengan gol tu. Sembang sana sini tentang apa yang BALA cerita. Dulu bila Nalla buat pendedahan tak dak sapa pulak yang gah kan berita tu. PAsai dia mengata kat DSAI..patut lah..
Tup tup...GOOLLL.... BALA skor sendiri. Dia tarik balik segala apa yang dia kata dalam masa 24 jam. Tak nampak DSAI dah masa ni. Kedudukan sekarang adalah seri. Depa ni semua dok main2 dengan deklarasi di mahkamah lanie. Awat kita semua dok biaq depa mempermainkan institusi mahkamah lanie?
Berita terbaru...Bala dan keluarga dia dah hilang dan tak adapat dikesan oleh sahabat handai dan jugak adik beradik beliau. Apa dah jadi?
Sapalah yang jadi konduktor orkestra ni ha? Aku nampak kemungkinan besaq 2 kem yang berlainan yang cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain dengan menggunakan skrip yang amat terperinci sekali penulisannya.
Ana nampak Pak Lah ngan DSAI Aj ni mempunyai common enemy. NAJIB. Buat bagu Najib jatuh, cuma tinggai satu lawan satu. Senang sikit.
Biaq lah depa dok rebut kuasa. Biaqlah depa dok berlawan. Kita ni, selagi ada kerja, ada gaji dan boleh bagi keluarga makan, kita akan senyap dan tak mau cari pasai. Tapi bila anak2 nak makan pun tak dak, masa tulah baru nak melawan habis habisan. Betui dak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cerita ceriti....Bukan lagu Khalfah..CERITA CERITET,TAIK MATA PENUH POKET
Post a Comment