Monday, July 14, 2008

NO.2

Adusss...Kelmarin bila ana dan kawan2 bertolak dari Utara tanahair menuju ke KL selepas melawat tapak projek, dengaq habaq kata depa nak buat road block untuk nak halang orang orang yang nak pi tunjuk perasaan di Parlimen kononnya hari ini. Jadi adalah 2/3 tempat sepanjang lebuhraya tu yang ada polis dok ushar atas bawah.

Jadi kami semua pun masuk Guthrie Highway supaya senang sampai ke Shah Alam. Alhamdulillah memang clear jalan tu.

Malam tu ana pi tidoq di Kajang. Pagi kul 8 nak keluaq dari Kajang ya Allah...macam semut daaa. Betu macam apa Tun kata dalam blog dia, depa dok tahan kereta camtu, membuatkan kita membakar minyak yang sedia mahal tu dengan tidak bergerak. Tak terpikiaq kah depa kata pagi pagi senawi ni orang nak pi kerja. Orang nak hantaq anak pi sekolah. Orang keluaq cari rezeki. PDRM tolong kita menghabiskan rezeki yang sikit tu dengan membuat sekatan jalan dan menjadikan jalan sesak dan menambahkan Carbon Monoxide setempat apabila semua kereta dok berkerumun tang tu dan lawan bakaq minyak 2.70/liter.

Tak dak ke cara lain yang depa boleh buat tanpa menganggu orang awam yang langsung tak berniat nak protes ka, nak pi kerumun parlimen ka, nak berpolitik ka, melainkan keluaq pagi nak cari rezeki halal supaya boleh bela anak dan keluarga dirumah tu.

Bila orang sampai lewat ke pejabat, produktiviti dah kurang. Mood dok dalam jam pagi2 lagi nuat produktiviti kurang. Orang bertambah meluat kat yang berkuasa kerana menyusahkan rakyat. Betuilah polis tu buat kerja depa, tapi tak bolehkah depa minimisekan gangguan depa tu?

Bila mai tengahhari ana nak kena pi KL, suspen lah pulak sebab banyak orang dok kata jam. Tapi radio kata berjalan lancar. Ana caya kat radio, teruih masuk KL. Betui...memang lancar. Surprising kerana kereta tak banyak dan ada satu tempat tu polis buboh cone depa tu untuk buat bagi jalan yang 3 lane bagi tinggai satu. Jadi cam mulut botoi, sangkutlah..Tak dak polis pun yang dok tunggu atas jalan, tgapi depa semua dok bawah pokok sebab teduh dari cahaya matahari. Kesian depa. Tapi boss depa bagi arahan camano?

Ana sampai Central Market lebih kurang kul 2:45, kereta yang park kat tepi CM tu semuanya kereta polis. Teksi yang ada kut situ semua kena halau sebab depa nak park kat situ. Ramai polis daripada rakyat.

Depa ni semua menjalankan tugas untuk menghalang orang yang nak menyuarakan pendapat, menujukkan perasaan tak puas hati depa. Rakyat ni kebanyakkan nya tak puas hati ngan Pak Lah je. Semua orang nak mintak dia tukaqkan diri dia jadi orang biasa yang bukan bergelar Perdana Menteri lagi. Sebab title tu tak serasi ngan dia kut.

Cuma dia sorang je yang rasa dia perlu dok sampai 2010. Kalau orang betui sayang kat dia dan memerlukan pimpinan dia, tentu dah ada orang yang meminta supaya dia pikir dulu dan jangan pergi pada 2010. Tak dak sapa pun yang halang dia. Tak dak menteri pun yang suruh dia tarik balik keputusan dia. Tak dak rakyat pun yang buat demonstrasi suruh dia tarik balik kata2 dia nak belah 2010 ni... Tak terasa kah dia? Tak terkilan kah dia? Macam kata orang tua tualah, rumah suruh pi, kuboq panggil mai.

Pak Lah will always be the best No.2, but a failed No.1....

No comments: