Monday, July 7, 2008

NAFSU

Dengaq habaq kes liwat yang sedang gah sekarang ni nak dirujuk ke mahkamah syariah. Adalah hamba Allah yang mencadangkan. Maka yang kena tuduh pun buatlah kenyataan bahawa kena ada empat saksi dan sekiranya tiada maka dia menganggap kes ini tiada asas sama sekali.

Aduhai rakyat sekelian, sekiranya boleh dapat 4 saksi tu, dah lama masuk dalam dan tak keluaq keluaq dah. Bukan senang nak cari 4 saksi untuk bagi keterangan pasti. Ana ni bukanlah arif tentang undang2 syariah ni, tetapi kalau tak silap dok belajaq dulu, depa kata saksi tu pun mesti yang ada kredibiliti dan tak dak dosa punya orang. Nak cari hak tak dak dosa ni susah, kalau dalam Malaysia ni. Kan?

Tapi Anwar ni pun satu lah. Bila keluaq kes ni, dia bawak keluaq kes yang lain lain pulak. Nampak lah macam dia nak menyimpangkan rakyat untuk tumpu perhatian ke tempat lain, bukan kes liwat. Bila jadi camni, banyaklah tohmahan yang dia dapat. Ana kata tohmahan ni bukan bermakna ana sokong dia, tapi cerita dan konspirasi yang tak pasti. Dibuat buat. Direka bentuk. Orang dan ada jugak pak menteri yang komen bahawa dia sepatutnya tumpu keatas pertuduhanterhadap diri dia, daripada dok menyibuk kes lain. Atau pun memang dia nak bagi orang tumpu tempat lain dari kisah Jub tu.

Nafsu ni lah yang dok jatuhkan ramai umat manusia dunia ini. Nafsu nilah musuh No.1, numero uno dalam seseorang. Nafsu jugaklah yang menguatkan seseorang untuk kerja keras untuk mencapai sesuatu yang diingininya. Dan nafsu jugaklah yang buat Bill Clinton kelam mata.

Adakah nafsu Anwar ini yang kelak merudumkan dia atau menaikkan dia?

Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaa!!!!!

2 comments:

WAK SAPU said...

Nak tahu lagi citer Anwar???? Jom pi kat http://waksapu.blogspot.com/

WAK SAPU said...

No problem...Wak tak ada halangan....Wak memang sedang cari sobat...hehehehe