Sunday, July 20, 2008

RESIPI

Dengaq habaq juru kamera dalam kes LINGAM kena tumbuk!! Dush.... Kena pulak dengan pembantu peribadi memba jugak. Ini lah yang di namakan telus dan adil. Silap sikit saja DUSH...

Pak Lah pulak dah bagi arahan Gani ngan Musa tak leh masuk campoq kes DSAI yang baru ni. Ini adalah sebab DSAI dah mengacum kata depa ni dah buat naya kat dia masa kes yang dulu. Jadi oleh kerana Pak Lah tak mau bagi naya DSAI lagi, maka itulah arahan dia. Anwar dah dapat treatment yang dahsyat sungguh la nie. Memang class gitu. Apa saja yang dia mintak dan perlu, kalau boleh Pak Lah nak bagi. Cuma dia mintak nak jadi PM saja Pak Lah tak berapa nak boleh bagi lagi. Mungkin later...sapa tau...

Pastu ada jugak cerita Bahagian UMNO di Pahang ada yang dah tak sabaq tunggu Pak Lah nak turun 2010. Depa mau Najib lawan untuk post No.1. Ha...tu dia baru ada akai. Depa ni suruh Najib lawan, Ku Li pun ber ia sangat nak lawan, Shahrir pun kata kalau ada orang calun dia, apa salahnya dia lawan. Pakat berebut lah depa semua. Tapi ini adalah satu pertandingan yang sihat. Kalau nak kata dengan adanya pertandingan maka akan terjadinya perpecahan, la nie pun dah ada kem kem yang tertentu dah. Yang ni semua tak leh nak elak. Biaq lah depa bertarung. Sekurang kurangnya, bila dah selesai nanti, barulah kita boleh perbetui balik.

Lanie banyak yang dok cakap kem Pak Lah, kem Najib,kem Ku Li, kem Muhyiddin dan pendek kata sesiapa saja pemimpin dalam UMNO ni akan ada kem nya yang tersendiri lah. Memang pun. Dia mesti ada penyokong dia dan terjadilah satu kem...Hahahaaha..Org kampung punya analisis ana ni...Ana setuju kalau biaq saja depa berentap. Tak oayah dok tunggu sampai 2010 lah. Kalau dok lembab camni saja baik lah try yang baru.Pimpinan baru. Kut2 boleh dapat citarasa baru.

Rakyat dah sanggup menukar kepimpinan dalam 5 negeri, dah berani mencuba pertukaran pimpinan, dah berani menggunakan kuasa undi untuk tendang yang lama dan ambik yang baru, apa salahnya kita tendang yang dok ada dan try hak baru pulak.

Resipi baru... Asam garam dan pedas dia mungkin lebih enak dari masakan la nie yang ternyata tak sedap.

No comments: