Saturday, May 3, 2008

SUFIAH YUSOF

Sufiah Yusof, 23, genius Matematik yang menggemparkan kita suatu masa dulu. Kebanggaan rakyat negara ni adalah kerana ibu kepada Sufiah adalah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan seorang Pakistan dan menetap di England.

Dia ni bermasaalah kerana dia tak dapat membesar seperti budak budak yang sebaya denganya. Umur belasan tahun dah masuk Universiti yang dahsyat pulak tu.

Yang ana nak bincang disini ialah apabila ramai rakyat yang melenting bila Sufiah didapati memeprdagangkan dirinya dalam internet dengan bayaran 130 pound untuk satu sessi. Lumayan tu. Maka berkerumun lah rakyat memberi pandangan dan pendapat cara mana nak memperbetulkan kepala budak tu supaya jadi orang yang lebih berguna. Kaunselling lah, mebincang lah, pendekatan agama lah dan macam macam lagi. Yang nak terpa pi dari sini pun ramai.

Tapi yang ana hairannya, kat sini pun berlambak lambak yang berperangai macam Sufiah tu. Dok berdagang di tepi jalan pun ada. Yang dalam hotel ka, spa ka, massage parlour ka, tok sah dok kiralah punya ramai. Tapi tak dak sapa pulak yang nak bagi pendapat atau pandangan cara pendekatan yang sesuai untuk menangani masaalah yang di dalam negara sendiri ni.

Tak salah sungguh orang dulu dulu dengan membuat perumpamaan, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata...BUTA. Buat apa pun depa nak cari nama, nak recognition dan pampasan. Itulah rakyat negara ana yang tercinta....

1 comment:

abe MIE 'TERJAH' said...

Sufiah jadi pelacur selepas bercerai dengan suaminya...dia bboring kot...

kata sufiah, dia kebetulan jumpa dengan orang yang nak tawar kerja..pada masa tu dia baru saja tamat pengajian...kerja tak ada...

kerja apa lagi..yang tak baik jawab nya...Bonda sufiah bila diajukan soalan kenapa tak jaga anak dengan baik, dia kata- saya tidak mampu berbuat apa2 sebab dia dah besar lagipun dok kat luar negeri masalah sosialnya menjadi-jadi...

Tak boleh salahkan bondanya... ibu dia dah besarkan dia...gatal2 masih belajar nak berlaki....dan pas belajar terus nak kerja 'sedap' dan senang...dan sufiah dah berjaya memilikinya...

Dah tak boleh buat apa-apa..loni kita dok pikir pasal nak masukperuk pun susah..beras lah , tiap minggu naik harga...

Sufiah orang tak kisah... dia boleh berfikir... dia nak insaf ke atau tak nak...sendiri punya ingat...

orang Malaysia dan Dunia Islam sekarang hadapi krisis 'sufiah baru' iaitu bekalan beras dan gandum...

(perkara nie saya ada bincang dalam website saya http://malaysialoni.blogspot.com)