Ana terima satu email baru tadi dari Tom Sawyer...Beginilah bunyinya:
Ezam Masuk Umno
Kata Pak Lah, Ezam masuk Umno macam orang biasa, tak ada special treatment apa-apa. Habis tu kenapa dia punya penyerahan borang keahlian Umno boleh dibuat di Parlimen dan mendapat liputan meluas dari media-media? Saya masuk Umno hari tu pun submit kat Cawangan aja dan lepas tu tak tahu diterima atau tidak, sampai sekarang dah beberapa tahun tak tahu statusnya. Apa pun, saya nak isytihar yang saya tak mahu ada kena-mengena dengan Umno sekarang. Piiiiraaahhhh..
Ezam kata, dia masuk Umno bukan jadi spy PR. Offcourse lah.. takkan lah Pemimpin Umno sekarang bangang sangat, walaupun pada hakikatnya mereka bongok!!!! Kalau Khairy dah tak popular dan kalau Khairy bertanding Ketua Pemuda, kemungkinan ramai orang tak sokong melainkan kalau dipaksa... maka mereka mesti mencari seseorang yang boleh dijadikan "proxy" yang boleh di"control" oleh mereka. Siapa lagi yang boleh lawan Mukhriz? Khir Toyo nak beri laluan pada Mukhriz...
Kan sekarang tiba-tiba pulak Si Ezam buat "statement" yang kalau dia dicalonkan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda, dia sanggup... you can see all these coming out one by one ...... lain-lain sebab Ezam masuk semula Umno, hanya Nujum Pak Belalang yang tahu....
Memang Tom Sawyer ada point kat situ. Bukan kah perkara sebegini dah jadi semacam normal di Malaysia ini? Takkan rakyat tak nampak hala tuju Ezam selepas dia keluar dari PKR?
HarakahDaily ada melaporkan yang Ezam datang berjumpa dengan Ketua Pengarangnya 2/3 minggu sebelum PRU yang lalu dan minta diberikan butiran butiran tentang rasuah pemimpin tempatan dan yang dinginkan sangat oleh beliau adalah cerita rasuah Khir Toyo. Walau bagaimanapun, Sayuti tak bagi maklumat yang dipinta kerana kurang yakin dengan tindakan Ezam ini. Dia menyangka ada udang di sebalik mee.
Begitu jugak dengan dakwaan pemimpin PKR yang menyatakan bahawa akaun Ezam bertambah setelah diberi saguhati oleh anak menantu PM untuk menjatuhkan terus Khir.
Walau apa pun yang terjadi, senario sebegini bukan lah asing bagi kita semua. Begini lah politik Malaysia. Beginilah yang dikatakan pemimpin yang memegang teguh kepada prinsip mereka. Ini lah seorang makhluk yang meninggalkan UMNO kerana Bossnya di kenakan tindakan, bersama sama ngan bossnya, bini boss dan anak boss dan setiausaha sulit boss menubuhkan aprti lain untuk menentang kezaliman UMNO masa itu. Ini lah juga makhluk yang menghentam TDM, Pak Lah dan siapa saja didalam UMNO dimasa tu untuk menegakkan prinsipnya, masuk ISA untuk menegakkan prinsipnya. Sanggup apa saja.
Tetapi apabila tidak mendapat jawatan yang diidamkan dalam parti Keadilan, terus merajuk dan meninggalkan parti dan bersumpah berkali kali yang dia tak akan kembali lagi kepada UMNO. Kuasa jugaklah penentu segalanya. Kuasa jugak yang diinginkanya. Apakah yang dijanjikan kepadanya?
Ezam S/Usaha Politik DSAI suatu masa dulu,nampak Pak Lah telah membuat pembaharuan dalam UMNO. TDM yang menerajui UMNO selam lebih dari 2 dekad atk nampak langsung kekuatan Pak Lah.
TDM keluaq UMNO. Ezam masuk UMNO. Najib kata dia banyak maklumat. Ada orang kata dia Spy untuk DSAI. Ada orang kata dia gila kuasa. Azmin kata dia tak dak prinsip perjuangan. Orang dalam UMNO sendiri kata depa tak boleh nak percaya ngan mamat ni sebab dia ni memba ngan Khairy.
Biaq lah apa pun terjadi...Kemungkinan besar tindakan menerima Ezam ke dalam UMNO satu tamparan kepada parti lamanya PKR walaupun Azmin menyatakan tak guna ada pemimpin yang tak konsisten ngan perjuangan nya.
Ana cuma nak tengok satu sahaja. Sekiranya sampai masa DSAI nak bertanding pilihanraya kecik ka besaq ka, boh lah Ezam untuk mewakili UMNO menentang PKR...Mesti best punya fight.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment