Wednesday, May 14, 2008

ANIFAH AMAN

Dengaq habaq Malaysia Today melaporkan bahawa Anifah Aman telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya merampas kuasa dari BN. Tawaran ini telah dibuat selepas Anifah menolak perlantikan nya sebagai Timbalan Menteri. Beliau merasakan jawatan sebagai Menteri Penuh sepatutnya menjadi miliknya. Kemeterian Pembangunan Luar Bandar lah yang diidamkan. Beliau juga tidak dapat menerima hakikat perlantikan Mike Tyson sebagai menteri walhal Mike langsung tidak bertanding dan untuk memburukkan keadaan Selangor diwakili oleh 4 menteri didalam kabinet sedangkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Anifah dan Ghapur mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah. Kedua duanya tidak berpuas hati dan menolak perlantikan kabinet.

Dilapurkan juga bahawa Anifah masih was was untuk melompat dan masih tunggu dan lihat. Sekiranya permintaan Sabah masih tidak di layan menjelang September ini, maka mimpi ngeri Pak Lah mungkin menjadi kenyataan.

No comments: