Monday, May 5, 2008

TUHAN

Dengaq habaq penganut agama Kristian Katolik Malaysia telah mendapat kebenaran dari Mahkamah untuk membawa kes penggunaan nama Allah sebagai Tuhan didalam akhbar The Herald. Hakim Mahkamah Tinggi ,Lau Bee Lan telah meluluskan agar kes itu didengar di Mahkamah setelah pihak Kerajaan cuba membuang kes itu.

Ini lah ketelusan dan keadilan yang ditunjukkan oleh Hakim setelah diperbetulkan oleh Pak Lah baru baru ini, kononnya lah.

Kerajaan telah mengharamkan penggunaan nama Allah dalam akhbar itu dan hampir hampir mengharamkan penerbitan newsletter yang diterbitkan di dalam bahasa Inggeris, Mandarain, Tamil dan Melayu itu.

Ini menunjukkan betapa degilnya mereka dan masih nak berlawan serta nak menegakkan penggunaan nama Allah itu walaupun sentimen rakyat yang beragama Islam dah tercalar. Katanya sebab yang amat ketara diatas kedegilan mereka untuk berlawan adalah kerana bangsa lain merasa tidak senang dengan Kerajaan yang rata rata menghebahkan yang negara kita adalah negara Islam.

Aduh ...kacau kalau camni. Depa nampak dah samseng dan kurang di ajar cara menghormati satu sama lain. Pikiaq pikiaq balik, orang Melayu pun kekadang ada juga kata camtu kat depa.

No comments: