Dengaq habaq masih terdengaq pertikaian orang pasai TDM letak jawatan, pasai anak2 dia dah kaya dan sebagainya lah. Kisah anak menantu Pak Lah kaya raya pun dah tak larat dengaq. Terlampau banyak sangat.
Yang membuatkan ana heran ni pasai orang ramai dalam dunia siber yang dok hentam TDM tak henti henti. Depa dok maki sana, dok maki sini pasai orang tua tu. 22 tahun dia jadi PM tak dak ke benda elok yang dia buat? Tak dak ka pembangunan yang dia buat? Kebuluran kah rakyat masa tu? Tenggelam kah nama Malaysia di dunia ni? Benci kah negeri2 lain pada Malaysia?
Pada ana lah, negara yang tak suka TDM ni adalah negara yang dia tegoq. Tu pun dia bukan saja saja tegoq. Ada pasai lah dia tegoq. Depa ni lah kebanyakkan nya yang tak suka, meluat dan benci kat dia.
Ana ingat lagi satu kenyataan DSAI dulu semasa dia masih blue eye boy TDM, dia pernah kata, kalau depa pi conference apa2 ka, ramai negara ketiga nanti approach Malaysia suruh jadi tukang cakap untuk isu isu yang negara tu sendiri tak berani keluarkan. Takut kena sanction dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa orang hormat Malaysia masa TDM jadi PM. Adalah kebaikan dia.
Jahat dia tu ana tak tau lah banyak mana dia affect rakyat jelata. Tapi kekadang dalam politik ni, inilah salah satu cara untuk kehadapan.
Senag cakap macamni lah. Bila kita pakai kain pelikat, kita tak leh nak tutup sepenohnya badan kita. Tutup belah bawah sampai kaki, dada ngan kepala nampak jugak. Tutup kat ataih, bawah ternganga. Moralnya, tak leh nak bagi semua orang gembira.
pssttt... Mulai hari ni ana pun keluaq dari UMNO...nak ikut mentor dan jugak doktor yang sunatkan ana dulu...hahahahaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ana rasa ente emosional sikit la. Ana punya fikir... TWO WRONGS DOEN'T MAKE ONE RIGHT la bro.
lagi satu Mat Salleh ada kata gini la THE ENDS DOESN'T JUSTIFY THE MEANS. Sory la, ana pun tak pandai sangat bahasa penjajah ni. Mungkin ente boleh tolong kupas lah
Post a Comment