Sunday, May 11, 2008

SITI FATIMAH TAN

Dengaq habaq Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, telah dibenarkan menjadi kafir semula selepas Hakim Mahkamah Syariah, Othman Ibrahim, memberi keputusannya.

Kes sebegini merupakan kes yang pertama di Malaysia dimana seorang Muslim yang masih hidup diberi kebenaran untuk meninggalkan agama Islam.

Mengikut bukti bukti yang dibentangkan, Tan Ean Huang, seorang peniaga dari Nibong Tebal memeluk agama Islam atas dasar ingin berkahwin dengan seorang warga Iran, Ferdoun Ashanian, pada tahun 1999. Ferdoun pulak langsung tak pernah membimbing Tan untuk menjadi seorang muslimin yang baik dan Tan pulak tak pernah meninggalkan kebiasaan nya menyembah berhala Tua Pek Kong, Kuan Yin dan Thi Kong. Atas dasar ni lah maka Hakim membenarkannya kembali ke agama asal.

Maka, Ong Ka Ting, Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah dan Pengurus Program Sisters In Islam Norhayati Kaprawi pun bersetujulah sangat dengan keputusan tu. Ong Ka Ting menyifatkan keputusan ini sebagai bersejarah dan berharap sesiapa lagi yang mempunyai masaalah yang sama supaya tampil kehadapan dan dapatkan penyelesaian dengan segera.

Mengikut Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian hal ehwal agama, tiada undang undang di peringkat federal untuk menghalang seseorang untuk menukar agamanya.

Nasharuddin Mat Isa, PAS, menyatakan bahawa meninggalkan agama Islam adalah dilarang sama sekali kecuali seseorang itu dipaksa memeluk Islam.

Selepas mendapat keputusan tersebut Tan terus ke tokong berdekatan untuk bersyukur.

Siapa salah? Tan kah? Suaminya kah? Atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang? Dah terlambat untuk menuding jari. Kalau dah individu itu sendiri tidak mendalami ajaran agama, tidak dibimbing dengan sempurna dan memeluk agama hanya untuk berkahwin dan berseronok diranjang, ana setuju sangat dengan keputusan hakim itu. Kerana individu sebeginilah yang menjatuhkan imej Islam di mata bangsa asing yang berlainan agama.

No comments: