Tuesday, August 26, 2008

PKR Menang

Dapat latest dari Share Hit Dance : 15,586 majoriti.

Maka ditabalkan lah Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh....

KIRAAN

Dengaq habaq dari Mamak Mee...20 peti undi = 10819 (PKR) . Nampak gaya lagi 5 peti undi takkan nak sapu semua kat BN kut. Maka selamatlah nampaknya Anwar.

Selamat kembali ke Parlimen...


50/50

DSAI sampai untuk mengundi


Kereta Najib di kacau oleh penyokong2..


Dengaq habaq tak sat bergaduh pulak dah..Sahabat ana cerita Datuk Hishammuddin mai melawat. Bila dia nak balik je, masuk dalam keta, depa baling botoi mineral water. Apalagi..."SERANNGG".

Sakan sungguh piliharaya kecik ni. Patutlah Syed Hamid kata pilihanraya ni adalah yang paling agresif dan hangat serta banyak mencetuskan perselisihan faham lalu bergaduh. Apa nak jadi depa ni semua. Ghaplah betui lah.

Sahabat ana juga bagi tau setakat ini jam 3ptg tadi, kedudukan masih 50/50. Ana sangkakan tempat ni amat mudah bagi Anwar. Ternyata tanggapan ana meleset. Sahabat memberitahu bahawa PAS tak bergerak langsung. Ketua sebelah atasan sahaja yang turun mai dok support sikit2. Katanya lagi muktamar PAS hari tu dah menunjukkan sikap kaum muda PAS yang nyata tidak setuju dengan gelagat PKR bersekongkol ngan DAP. Lagipun kata mereka Anwar dok berkawan rapat ngan Yahudi, lagi teruk daripada UMNO. Pas tu tak berani bersumpah pulak. Alahai DSAI...Semoga tercapai cita2 yang di pendam sekian lama..

Ini apa yang ana dengaq saja...Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau pun mati. WASSALAM

18K DAH UNDI

Ikut lapuran sehingga jam 11 pagi, hampir 18,000 pengundi telah pun menjalankan kewajipan mereka.

Ariff Shah pi pangkah pukui 8pagi manakala Anwar pi pukui 9pagi. Walau camanapun, berita yang dibawa oleh angin menyatakan towkay yang dok ambik bet bahawa Anwar boleh dapat lebih dari 15,000 undi, saheh lari...

UPAH

Ramlang yang mula2 nya dikata diupah oleh UMNO untuk jadi saksi sumpah Saiful, sekarang telah diupah pulak oleh PKR untuk buat kenyataan dan menjaja cerita dia merata kampung dalam Pmtg Pauh.

Bila Datuk Wan Zahidi Wan Teh mempertikaikan kredibiliti Ramlang, apa pulak lah yang akan dikata oleh PKR kepadanya. Sapa saja yang tak setuju ngan depa, mesti kena semboq punya lah. Lagi pun Datuk Wan ni dulu adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri pada 1994-1997. Mesti dia kenai habis TPM masa tu...

HARI UNDI

Dengaq habaq satu pergaduhan dah meletus di bawah jejantas Kubang Semang pagi ini. Kacau lah kalu camni. Jangan lah dok buat perangai budak2. Sikit2 nak bertumbuk. Malu kat orang. Sesama Melayu pulak tu.

Walau camanapun daripada sumber yang diperolehi, pukui 10 pagi tadi BN dok leading katanya. Mamak Mee lapor dari Pmtg Pauh. Tapi mamak ni kan orang UMNO, tentulah dia kata camtu. Tapi dia mengaku yang dia sendiri terkezut dengan perkembangan itu. Mungkin ramai lagi yang belum turun mengundi.

Untuk yang "menikam", 1 bayaq 3, rapat2 kan lah diri ngan towkay...takut dia lari. Masa Kak Wan dulu majoriti 13,000+, la nie depa dah penaik ke 15,000. Walau camana pun, yang untung orang yang berniaga makan dan minum lah. Ekonomi naik mendadak 2/3 minggu ni. Duit Raya...

Ana akan update bila dapat berita terbaru dari mamak mee...

RAJOO...

Deklarasi bersumpah lagi....La nie rakyat Malaysia sikit2 buat deklarasi bersumpah.. sikit2 bersumpah.. jangan sampai sumpah makan diri sudah lah...

Yang terbaru...Thagarajoo A/L Thangavelu, bekas pemandu Nallakarupan pulak buat sumpah. Bukan dalam kuil, tapi deklarasi bersumpah untuk menceritakan kepada rakyat Malaysia yang TPM Najib dan Rosmah dok buat sessi tolak bala dengan menggunakan khidmat Mr Ji, seorang bomoh dari India.

Mengikut kata Rajoo, tiap bulan semasa "Ammavasi", bila tiada bulan mengambang, maka sembahyang secara Hindu ni akan dilakukan. Siap mandi ngan susu lembu lagi. Ini sudah jadi macam cerita Ayah Pin la pulak. Aduss...apa nak jadi lah dunia ni.

Lepas dia berhenti kerja dengan Nalla, dia kerja pulak ngan Datuk Kenneth Eswaran. Mr Ji ni kira di perkenalkan oleh Datuk ni lah pada Najib. Rajoo kata Datuk Ken ni rapat ngan Najib. Kaya lah bomoh ni. Mesti dapat bayaran lumayan tu. Kalau betullah benda ni terjadi.

Kalau cerita ni mebabitkan DSAI, tentu perkataan yang pertama keluaq dari mulut dia - KONSPIRASI - Apa saja musibah yang melanda DSAI adalah konspirasi kerajaan. Kalau dai dapat AIDS sekali pun adalah konspirasi...Hahaha..jangan marah.. Saja gurau.

Najib pulak nak kata konspirasi sapa ni? Sapa yang dok sponsor cerita2 camni? Anwar ke? Hadi Awang? Kit Siang? Tun? Pak Lah mungkin?

Aduss..pening dengaq cerita ni semua. Baca lah ngan panjang lebaq kat SINI.

Salinan deklarasi boleh baca kat SINI.

Monday, August 25, 2008

ZUL KULIM

Cerita kisah Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru terjawab disini..Sila KLIK .

PMTG PAUH SEHARI SEBELUM...


Dengaq habaq "karnival" kat Pmtg Pauh ni banyak menyusah kan orang yang kerja ulang alik kat situ. Banyak sangat sekatan jalan yang polis dok buat dan juga terlalu ramai sangat pekerja2 parti yang dok buat loqlaq sana sini.

Tadi memba ana talipon dari Butterworth menceritakan kisah ni. Katanya dia pun ada dengaq habaq yang rating DSAI dah turun 4% hari ni dari 52% ke 48%. Ana dengaq habaq je lah. Dengaq habaq jugak ada yang sampai baling2 fail sebab rating yang jatuh ni. Alahai..biasa lah tu.

La nie nampak gaya depa semua dok attack yang dok atas pagaq. Yang dok pikiaq samaada nak pangkah Barisan Nasional ka atau Pakatan Rakyat ka. Atau kalau depa rasa susah sangat nak pikiaq, depa pangkah Hanafi saja. Cincin dia membawa tuah katanya.

Ni lagi satu cerita menarik yang ana dengaq dari sana. Pertaruhan pun berjalan lancar. RM1000 akan dibayar 3 kali ganda sekiranya majoriti DSAI kurang dari 15,000. Tetapi kalau majoriti dia 15,000 atau lebih, towkay makan keliling.Towkay judi pun dah join the wagon jugak untuk buat duit dalam pilihanraya kecik ni. Dengaq habaq ramai jugak yang "tikam".

Daripada yang dok dengaq, semua orang dok cerita DSAI akan menang. PKR kata DSAI menang. DAP kata DSAI menang. PAS kata DSAI menang. UMNO pun ada yang kata DSAI menang. Semua la ni dok sembang berapa majoriti dia menang. Tak dak sapa pun kata dia kalah.

Yang terbaru dalam blog ada jugak berita kononya kawan DSAI masa sekolah dulu dok melawat rata ceruk kawasan Pmtg Pauh dok cerita kisah keburukan DSAI masa muda dulu. Nak tahu lebih lanjut...klik SINI. Ana tak berani nak cerita disini...takuuutttt...

Poster kat bawah ni lagi dahsyat. Memang terdapat di Pmtg Pauh. Ana ciplak dari Rocky Bru. Bila kita baca, terpikiaq jugak, siapa lawan sapa di sini? BN vs PR vs AKIM atau Anwar vs Najib atau Najib vs Anwar+Pak Lah? Heran wan no...

Cerita terbaru ana baca ialah Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, Zulkifli Nordin dah keluaq PKR. Apa dah jadi? Dalam DSAI dok gah nak bentuk kerajaan dengan lompatan katak2 dari BN, Zul pulak keluaq dari PKR.... Musykil? Ana baca kat SINI.

Wednesday, August 20, 2008

Datuk Lee Chong Wei

Dengaq habaq Lee Chong Wei akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk pada 30hb Ogos ni. Ketua Menteri En Lee Guan Eng membuat kenyataan hari ini. Guan Eng selepas buat sidang akhbar pagi ini, telah bergegas terbang ke KL untuk berdebat dengan Koh Tsu Koon malam ini.

Chong Wei pulak terkezut apabila disampaikan berita itu dan menyatakan yang dia sangka gelaran Datuk akan diperolehi nya sekiranya dia memenangi pingat emas Olimpik. Walau bagaimanapun, dia memperolehi 2 pingat tahun ini. Pingat perak Olimpik dan pingat DSPN dari kerajaan Negeri Pulau Pinang. Duit RM300K dan pencen RM3K sampai mati. Legalah dia....

Nampak gaya Penang ni asyik dok bagi Datuk kat budak muda2 la nie. Hari tu Nicol, la nie Chong Wei pulak. Dulu, mamat yang cross English Channel pun dapat Datuk gak.

Ana rasa kalau tunggu sat bagi depa ni dah dekat nak habis karier depa, baru bagi, pun baguih jugak. La nie depa dapat, menyusahkan ramai orang, dengaq habaq. Sebab utama ialah bila mai protokol, susah nak address depa ni. Dan bila pi bertanding dalam sekumpulan pun susah jugak. Sebab ada orang kata bila dah ada pangkat gitu, dah tak boleh lah nak boh depa duduk sekali ngan atlit lain. Tetapi..depa kan masih atlit negara lagi. Mungkin bos2 dalam persatuan sukan la yang rasa terpinggir pasai nak kena panggil depa Datuk.....

Tuesday, August 19, 2008

PERAK


Adoi....camana boleh jadi camni ha? Tu lah agaknya apa yang Chong Wei kata bila dia nampak letih dan kurang bermaya bila berlawan ngan Lin Dan. Tapi walau bagaimanapun, ana mengucapkan tahniah kat Chong Wei, pasai untuk nak masuk final bukanlah satu perkara yang enteng. Bertungkus lumus dia. Penoh semangat.

Bila dia menang masa separuh akhir, semua orang dah terbayang pingat, dan tak kurang jugak yang bayangkan kilauan emas. Tapi keputusan sebenaq nyata mengecewakan.

Cuma ana kurang senang sikit bila dengaq ada orang cakap nasib baik dia tak menang, kalau tidak habis duit kita nak bagi RM1juta kat dia. Ana rasa pengorbanan atlit untuk negara ni banyak sangat. Terutama badminton yang mengenengahkan nama negara kepada dunia. Untuk dapat emas di Olimpik bukan kecik anak cek oi. Berapa tahun punya dok berlatih. Lagi baik duit kita habis kerana bagi hadiah kat atlit daripada pi perabis dok buat pilihanraya kecik la, beli undi la, perbaik highway yang tak siap2, perbaik bumbung bocoq pun berjuta. Camano?


Tahniah Chong Wei.

Monday, August 18, 2008

SUMPAH

Dengaq habaq ada ramai jugak yang memperlekehkan cerita bersumpah ngan Al-Quran ni. Ada komen2 yang kata apahal tak suruh segala menteri bersumpah kerana korupsi dan sebagainya. Ana rasa ini semua tak relevan dengan isu yang kita bincangkan. Ana bukannya nak side sesiapa, tetapi pada pandangan ana lah, Saiful nak menegaskan atau memperkuatkan lagi ceritanya. Nak bagi tau orang ramai yang dia berkata benar setelah segala bentuk tohmahan dan kutukan yang diterimanya kerana membuat pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Bersumpah bersaksikan Quran, didalam mesjid, seperti lah jugak membuat perjanjian dengan Allah bahawa segala yang di cakapkan berkaitan kes liwat tu adalah benar dan sekiranya dia berbohong, dia menyerahkan kepada Allah yang maha esa untuk menghukumnya samada diatas dunia atau akhirat. Itu saja. Apa yang dok ghaplah tak tentu pasai. Antara dia dengan Allah. Siapa lah kita nak kata benda yang dilakukan itu tak betui. Allah tu maha pengasih dan penyayang. Terserah kepadaNya.

Bagi umat yang percaya apa yang diperkatakan oleh Saiful, tak perlu sumpah ngan Quran pun dah percaya. Kepada yang dok atas pagaq, kemungkinan akan mula mempercayai Saiful. Kepada yang taksub ngan Anwar, buat lah camana pun depa akan kata konspirasi. Kalau ada gambaq sekalipun depa kan kata itu adalah konspirasi kerajaan. So, camano?

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."



Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”


WASSALAM


PARIAH

He's no more than a common Pariah! Itu lah apa yang di katakan oleh Dato Shafee Abdullah kepada Raja Petra Kamaruddin dalam PC dia semalam. Ada common dan tak common ke Pariah ni?

Nampak gaya Shafee dah hot betui bila sembang pasai RPK yang menuduh dia bersekongkol ngan polis untuk buat pertuduhan liwat keatas Anwar. Walau bagaimanapun, RPK sepatutnya jawab lah dan jangan dok saja tak bersuara.

Mungkin betui jugak teori Shafee yang RPK ni adalah puppet atau pun boneka yang di tarik talinya oleh seorang tok dalang di belakang tabir. Siapakah tukang karutnya tu? Ana seriau nak tuduh yang bukan2, nanti jadi cam RPK, mampusss.....

Saturday, August 16, 2008

SUMPAH LAKNAT


Dengaq habaq Saiful dah bersumpah di Mesjid Wilayah Persekutuan, menyatakan yang dia telah di liwat oleh Anwar Ibrahim. Dia jugak bersumpah sekiranya dia menipu maka segala hukum Allah dalam bentuk apa saja sanggup diterimanya.

Tun pun mengeluarkan kenyataan bahawa itu adalah cara Saiful untuk menegaskan lagi kesahihan tuduhan nya itu. Tun jugak berharap agar Anwar jugak berbuat demikian, daripada menjelajah seluruh negara membuat ucapan menyatakan kebenarannya dan bagaimana kerajaan berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Tuan Guru Nik Aziz pulak mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan sedemikian (bersumpah) ada lah seperti perlakuan orang kristian. Orang Islam tak buat sebegitu. Walau bagaimanapun "sumpah laknat" yang dilakukan oleh Saiful tu adalah dibenarkan dalam Islam, dan sekarang segalanya bergantung atas keikhlasan Saiful sendiri diatas sumpahan nya itu.

Walau apa pun sebagai orang yang kurang arif dalam hal ehwal agama ni, ana tak mau nak komen lebih nanti kena hentam butaaaa...

Thursday, August 14, 2008

Dato' Ariff Shah


Dengaq habaq se antero negara lah yang Dato' Ariff Shah Omar Shah telah di calonkan untuk menentang Anwar Ibrahim dalam perebutan kerusi Parlimen Pmtg Pauh pada 26hb Ogos ni.

"Saya akan jadi giant killer kali ini. Saya mengenali beliau dari dulu lagi. Saya merupakan Ketua Pemuda Umno semasa Anwar menjadi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh," kata beliau selepas diumumkan sebagai calon Umno dan BN bagi pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh.

Inilah kata2 dia. Nak jadi Giant Kiler. Jangan jadi macam Awang Adek dulu sudah lah. Gah sungguh Awang sembang, hari mengundi 8/3/08 dulu. Tapi bila mai petang dah jadi tikuih muka dia. Kecik dan monyok.

Camanapun, Ariff Shah dah ada jawatan dia. Dia dah memang dok atas salah satu kerusi dalam kawasan Pmtg Pauh tu. Orang lama kat situ. Otai lah katakan. Depa ni pun dulu semua gang Anwar lah jugak. Dulu sama naik lah dok gabuih pungkoq Anwar, la nie depa nak lawan balik pulak. Tu dia lah perjuangan politik yang dikatakan suci dalam debu ni.

Dengaq habaq hari ni, segala Giant2 UMNO pun dah start turun mai Penang dah. Hotel pun dah habih booking. Mamak nasi kandaq senyum meleret lah. Apa nak buat, kaut untung sajalah. Gang yang buat kerja ngan UMNO pun senyum gak. Mesti masyuk punya. Ada jugak desas desus ganjaran diberikan pada yang mengundi atau yang pangkah lain dari Anwar. Betui ke? Dengar kuantum nya banyak. Berbaloi ana balik mengundi klu camni. Hahahaha.

Shabat ana sorang dah mula supply kontena utk petugas. Tapi dia seriau jugak takut duit tak dapat. Terkenal jugak UMNO ni dengan kisah tak bayaq bila kalah. Harap2 kawan ana mau ambik deposit bagi tinggi. Supaya boleh cover klu depa lari...

YB Ariff ni dari kecik lagi dia masuk Sekolah Cina. Jadi bila cakap Hokkien ngan Mandarin macam ayaq lah. Ni satu kelebihan yang dia ada. Baguih tu, sebab Cina Penang banyak yang tak reti bahasa Malaysia. Tambah pulak la nie, nama jalan dalam Penang pun dah nak boh tulisan Cina. Yang dok cucuk suruh boh nama Cina ni bukan nya DAP, tapi Gerakan. BN jugak tu.

Thursday, August 7, 2008

CONSENT

Dengaq habaq Anwar dah mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.00.

Ok lah tu kan. Gomen pun tak tangkap dia. Kalau depa tangkap dia memang depa bodo soeh lah. Mesti ramai org akan simpati lagi kat dia. Biaq kes jenayah dan sebagainya di tentukan oleh mahkamah kebenarannya dan jangan dicampur adukkan dengan politik. Baru betui.

Tapi Anwar telah menimbulkan satu persoalan kenapa Saiful tidak di tuduh bersama kerana surat pertuduhan hari ini menyatakan perhubungan itu adalah perhubungan "concentual" atau "mendapat persetujuan". Apabila kedua pihak bersetuju melakukan perhubungan di luar tabii manusia maka kedua2 nya sekalilah sepatutnya di tuduh. Ana setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar. Tapi Pak Lah kata itu umpama kes rogol. Kalau rogol, yg sorang lagi tu tak setuju. Adusss...nak tunggu 2010 bagi Pak Lah terjun rasa lama sangatlah kalau dok dapat kenyataan cam ni dari dia. Apa nak buat, ni lah nasib Malaysia, dapat ketua yang tak arif bila bercakap.

Saiful ni pun satu. Sat cerita dia di paksa, sat cerita dah berkali kali, sat cerita camtu sat camni. Habihla...tungging langgang semua lah jadinya kes ni. Bukan takat dia saja tungging, orang yang dok ikut dengaq kes ni pun dah naik tungging langgang. Nampaknya banyak manipulasi yang di gunakan. Kalau boleh jangan lah bagi nampak yang kerajaan tu bodoh sangat. Tapi nampak gaya macam tu lah akhirnya. Redho je lah..maksud ana ngan kerenah Pak Lah ..

Wednesday, August 6, 2008

UNDILAH

PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH.

Penamaan Calun : 16hb Ogos 2008
Pengundian : 26hb Ogos 2008

Jumlah Pengundi : 58,449 (Berdaftar)

Anwar dah awai2 lagi kata Kerajaan akan buat apa saja utk kalahkan dia. Jadi kalau dia kalah sekalipun secara adil akan jadi isu besaq lah. Kalau dia menang pun akan digembar gemburkan jugak. Malah apa saja yang jadi kat Anwar la nie, kalau yg buruk, adalah kerjaan BN, yg baik tak yah cerita lah, mesti dia punya pasai.

Sapina pun dah keluaq untuk dia hadir di mahkamah Jln Duta esok. tak tau lah apa yang depa nak buat kat dia. Tapi nampak gaya timing depa ni semua mengena sajalah. Semua dekat2 saja. Kalau jadi apa2 definitely cerita sebegini akan bersangkut paut. Kalau dia kena tangkap, depa kata kerajaan tak mau bagi dia bertanding. Depa langsung tak pikiaq kata dia kena tangkap pasai apa.

Dah ada cult following dah untuk Anwar ni, tapi ana masih ada doubt lah dengan dia. Dalam court kalau ada doubt segala pertuduhan tak leh jalan, kes akan di tendang keluaq, camtu lah ngan ana. Ada doubt. So sokongan utk dia tak dak. Cucuk cucuk kut tepi ada lah cikit.

UNDI LAH..Kita pakat2 pilih lah yang elok mata memandang sedap telinga mendengaq.

Monday, August 4, 2008

RANGGI

Dengaq habaq la nie, cara paling mujarab untuk keluar parti secara terhormat bagi pemimpin adalah dengan menyatakan persetujuan untuk melepaskan jawatan dalam masa terdekat. Dengan kenyataan seperti itu, orang tak akan bertanding dan tak akan cuba merebut jawatan. Boleh ka camtu?

Bila Kak Fidah kata nak lepaskan Wanita kat Sharizat tahun depan, Pak Lah pun buat lah terkejut dia tu. Tanya Sharizat dan setelah confirm maka Pak Lah pun buat arahan agar tidak ada pertandingan untuk jawatan tu pasai Tan Sri Rafidah dah nak pencen dan bagi kat Sharizat yang glamor dan rambut berkarat tu.

Tan Sri Rafidah kata dia tak mau jadi berpuak puak dalam parti. Beliau mungkin jugak rasa dah sampai masa untuk rehat setelah sekian lama dok meneraju pergerakan Wanita UMNO. Dah sampai masa agaknya beliau ingin meluangkan masa ngan anak2 dan cucu2 dan juga mungkin, kemungkinan besar mendekati diri kepada Allah. Beribadat. Dunia dah cukup dan melimpah ruah dah bagi beliau sekeluarga. Akhirat tak siapa tau dan tak salah untuk menambah lagi pelaburan untuk hari akhirat.

Bila Pak Lah kata dia pun nak lepaskan jawatan kepada Naibnya pada 2010, semua orang diam dan menerima saja, walaupun ramai yang mintak dia turun cepat lagi.

Tapi bila kita pikiaq balik, ni apa cerita dok lepas kat dia ni dan dok lepas kat dia tu? Ahli yang pilih pemimpin naik ke situ. Mana ada hak dia untuk bagi jawatan tu kat siapa2 saja yang dia suka? Raja bolehlah ikut keturunan dia, lepas mati, anak atau adik naik dsb.

Camtu jugak ngan Anwar Ibrahim suami isteri. Depa buat pilihanraya kecik tu macam kenduri aruah je. Main tukaq tukaq kerusi. Yang susah segala nangoi2 yang dibawah ni lah. Tapi...nangoi2 ni jugak yang akan untung nanti sebab dapat duit untuk kerja keras depa. Ok jugak lah bila pikiaq balik camtu. Tapi akan adalah beberapa jabatan kerajaan yang akan terbabit dalam kerja kempen mengempen ni dan ini pasti pakai duit orang ramai.

Apa yang Anwar Musa kata tu pun betui jugak. Boikot je. Kalau lawan pun dia dah tau kalah. Kubu dia kat situ. Kampung dia. Orang Melayu ni begitulah sifat nasionalis depa akan menjadi bertambah tambah kuatnya apabila si polan tu budak kampong depa. Kalau BN kalah pun serupa jugak. Bukan ada rugi tang mana pun. Kedudukan masih serupa.

Awat yang depa dok ghaplah sangat bila Anwar nak tanding? Biaq je lah. La ni Tajol Rosli dah ikut cara Anwar psycho orang dengan memberikan tarikh 31 Ogos sebagai hari BN akan memerintah Perak kembali. Mungkin dia dah dapat katak2 yang nak lompat seperti mana Anwar kata dia dah dapat katak2 BN nak melompat.

Ana cadangkan lah agar katak2 BN ni bagi je kat MCA, sebab depa suka makan katak. Katak PKR bagi kat DAP. Amaaa... Bon Apetit

Ezam pun sanggup lawan Anwar. Dia ni nampak cam nak cari glamor. Tapi biaq lah. Semua orang ada cara dia sendiri. Tok Mat Presiden Takraw Malaysia pun sanggup jugak lawan. Ini adalah "has been". Yang dah terpinggir. Nak cari nama balik.

Alahai..buat lah apa yang patut. Jangan dok perhabis duit rakyat lagi sudahlah. Anwar nak puaskan hati dia sendiri kerana memang cita cita dia nak jadi PM dari dulu lagi. UMNO pulak nak kena tunjuk ranggi dia sebab Nazri kata mana boleh bagi free saja kerusi tu. Dia tak sedaq ke yang duit pilihanraya tu buat benda lain lagi berfaedah?

Friday, August 1, 2008

PMTG PAUH


Ana ingin minta ampun dan maaf kerana agak lama tak bergerak aktif dlm blogosphere ni. Bukan nya masaalah besaq, cuma tak dak mood nak komen tentang politik negara ni. Naik meluat dah kadang2. Haru biru sangat dah jadinya. Dia ni kata kat dia tu, dia tu kata kat dia ni...aduss...semua nya nampak tak kena saja.

Satu hari doktor tu cakap cam ni, esok cakap camtu. Yang mana satulah yang rakyat ni nak dengaq. Terlalu banyak choice dalam hidup la ni. Kalau pi ke kedai kopi mahai macam Starbucks ke, Coffe Bean ke atau mcm2 lagilah, bukan senang nak order kopi. Kena habaq ngan terperinci. Kopi jenis apa, kecik ka besaq ka, sejuk / panas, letih. Dulu masuk kedai kalau kopi panas ada dua jenis je. Kopi O atau kopi. Kopi O ais atau kopi ais.

Camtu jugak lah ngan senario politik la nie. Banyak choice. Banyak pilihan. Najib atau Anwar? Anwar atau Saiful? Perdana atau Mercedes? Petrol atau NGV? Macam2 pilihan lah pendek kata.

Tapi tak pa. Kita memang selalu meminta agar diberi pilihan. Supaya kita sendiri boleh memilih. Tapi kalau dah terlalu banyak, dia jadi rambang mata lah pulak.

Anwar dah nak bertanding kat Pmtg Pauh. Kubu lama dia. Datuk Seri Wan Azizah dah resign. Letak jawatan. Memang pun dia ni sebagai care taker sahaja. Pemanas kerusi. La nie baru hero dia masuk. Baru boleh masuk. Baru dapat lesen untuk bertanding. Habih duit lagi lah sesiapa yang bertanding sekali ni. Duit untuk kempen. Duit untuk beli undi. Semua serupalah. Yang bangkang dan yang turut, sama saja.

Pakatan Rakyat dah confirm DSAI yg bertanding. BN belum tentukan lagi. Kalau BN bubuh yang lama jugak, nampak gaya merudum lagi sekali lah. Habihkan boreh je. Apa kata boh org baru. Org yang kembali memeluk UMNO setelah meninggalkan, mengutuk dan mencaci parti itu suatu masa dulu. Mamat yang sanggup masuk penjara untuk menegakkan pendirian dan menyokong DSAI tanpa segan silu taksubnya. Sapa lagi kalau bukan Ezam. Orang kanan DSAI dulu. Biaqlah depa berentap pulak. Baru seronok tengok. BN takkan rugi apa apa kalau kalah, sebab dia memang dah kalah. Tekanan akan lebih terasa oleh PKR yang akan mempertahankan kedudukan di kubunya itu.

Yang ana dok tunggu sangat ialah, tindakan seterusnya oleh segelintir strategis kerajaan yang mungkin akan cuba memporak perandakan proses pemilihan ini. Maksud ana, bukanlah huru hara. Tetapi lebih kepada strategi yang akan membatalkan DSAI dari bertanding ka atau mempercepatkan kes liwat Anwar vs Saiful supaya integriti DSAI dipersoalkan. Inilah yang akan membuatkan pemilihan ini menjadi lebih menarik, lebih mengancam, lebih oommph.

Ana nampak ini sebagai langkah pertama DSAI dalam rencana beliau untuk menakluk Malaysia. Menang yg ni, maka masuk Parlimen. Pas tu dia kena kuat lagi kerja untuk menarik katak2 lain untuk melompat. Tapi cerita kisah UMNO ngan PAS dok bincang ni sikit sebanyak menyukarkan lagi proses DSAI untuk menawan Malaysia melalui pintu belakang. Mungkin banyak pintu belakang yang telah dilaluinya, tapi sekali ni bila PAS nampak cam was was sikit ngan Pakatan, maka DSAI punya tugas sikit ada susah. Mungkin tak selicin seperti yang dijangka. Mungkin memerlukan KY untuk melancarkan perjalanan.

Semoga apa saja keputusannya, kita harap tiada insiden2 yang tidak diingini terjadi. Selamat berjaya dan untuk pengundi2, termasuk ana juga yang berdaftar disitu, pilihlah yang benar dan yang boleh memperjuangkan keperluan rakyat dan tidak yang memperjuangkan untuk diri sendiri sahaja.

WASSALAM