Wednesday, August 20, 2008

Datuk Lee Chong Wei

Dengaq habaq Lee Chong Wei akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk pada 30hb Ogos ni. Ketua Menteri En Lee Guan Eng membuat kenyataan hari ini. Guan Eng selepas buat sidang akhbar pagi ini, telah bergegas terbang ke KL untuk berdebat dengan Koh Tsu Koon malam ini.

Chong Wei pulak terkezut apabila disampaikan berita itu dan menyatakan yang dia sangka gelaran Datuk akan diperolehi nya sekiranya dia memenangi pingat emas Olimpik. Walau bagaimanapun, dia memperolehi 2 pingat tahun ini. Pingat perak Olimpik dan pingat DSPN dari kerajaan Negeri Pulau Pinang. Duit RM300K dan pencen RM3K sampai mati. Legalah dia....

Nampak gaya Penang ni asyik dok bagi Datuk kat budak muda2 la nie. Hari tu Nicol, la nie Chong Wei pulak. Dulu, mamat yang cross English Channel pun dapat Datuk gak.

Ana rasa kalau tunggu sat bagi depa ni dah dekat nak habis karier depa, baru bagi, pun baguih jugak. La nie depa dapat, menyusahkan ramai orang, dengaq habaq. Sebab utama ialah bila mai protokol, susah nak address depa ni. Dan bila pi bertanding dalam sekumpulan pun susah jugak. Sebab ada orang kata bila dah ada pangkat gitu, dah tak boleh lah nak boh depa duduk sekali ngan atlit lain. Tetapi..depa kan masih atlit negara lagi. Mungkin bos2 dalam persatuan sukan la yang rasa terpinggir pasai nak kena panggil depa Datuk.....

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

rezeki masing-masing. mereka juga 'pejuang negara' tapi dalam bidang sukan. jangan melihat datuk orang kaya dan orang politik saja.

tahniah.

Anonymous said...

dapat datukship sebab berjuang untuk negara tak pa la. ada yang dapat title datuk, tapi ramai orang tak tahu apa perjuangan mereka.. buka business entah apa-apa pong boleh dapat jadi datuk. muda-muda pong dapat kontrak sana sini, pong boleh dapat jadi dato'/datuk.
tapi apa ada pada title dato'/datuk tu? rasanya kat malaysia ni terlalu ramai sangat dah...jadi kalau pi mana-mana function kalau sebut aja "hi, dato'", ramai yang akan berpaling kepada anda..